بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...Salam Jumaat. Ikutilah sebuah kisah ringkas ini 'Buah tembikai membawa dosa' semoga ianya dapat memberi ingatan yang amat berguna kepada kita sebagai pedoman agar tidak mudah melatah di atas sesuatu ketentuan yang tidak dijangkakan.
Kerana Marahkan Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji buah tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah buah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.
Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.
Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu segeralah beliau bertaubat dan redhalah dia dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.
Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu segeralah beliau bertaubat dan redhalah dia dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Peringatan Bersama
Mungkin anda pernah dengar kisah ini, tak apa...anggaplah ia sebagai "refresh minda" untuk ingatan bersama. Sama-samalah kita beringat, jika terbeli buah atau sayuran tak elok janganlah marah-marah kerana secara tak langsung kita sebenarnya memarahkan Allah SWT Yang Maha Pencipta... Nauzubillah...Tanpa di sedari kita telah berdosa!
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Admin...
38 comments - "Buah Tembikai Membawa Dosa"
Mendalam maksudnya ni BM.. mmg benarlah apa yg diperkatakan itu. Semoga menjadi iktibar & peringatan buat kita semua.. in shaa Allah. Salam Jumaat.. :)
hebatnya iman seorang ahli sufi..
semoga menjadi iktibar kepada kita semua!
p/s: Salam blogwalking dari admin kakiblog
Thanks for sharing... Semoga menjadi iktibar buat kita semua...
sama seperti beli buah durian jugak la,kan..penjual sendiri tak tau mcm mana kedaan isinya...
Inilah hakikat yang selalu berlaku kan BM..kita terlupa dan terlepas pandang..semoga dijadikan iktibar...
kadang2 kite tak terfikirkan benda2 macam ni? thanks for the reminder... boleh i share kt blog?
perkara yang selalu berlaku dalam kehidupan seharian kita BM..salam jumaat
Benda yg ramai ingat remeh camni la kita kadang kala terlupa. Thanks for reminding. Selalunya nasihat BM terkesan di hati. Kadang-kadang xdpt tidur mlm dibuatkan memikirkan kata2 hikmat BM. ;)
erm kdg2 sy pn mrh ble beli buah x elok..xsedar rupanya... :(
cantik la ukiran buah2 ni semua...rse syg je nk mkn..keh3x
adeh...ciktom br je ada terlanjur ckp camtu last week..thanks utk peringatan ni ;)
Nice sharing...
salam jumaat...kisah n teladan...
tbaik.....salam jumaat,,, ada masa lawat kami.
Terima kasih peringatan, betul juga, kalau makanan rosak atau tak sedap, cepat je kita nak kondem, kadang-kadang tak fikir langsung penyebabnya
allahuakbar. betul2 buat diri ni tersedar. entry mantap. keep it up..
salam jumaat ^_^
Walaupun nampak merah dan cantik belum tentu isinya sedap.
Silakan...tanpa sebarang halangan.
peringatn yg bagus bro...jgn cepat kita nak melatah
peringatn yg baik utk yg suka merungut..fikir sblm berkata2..
contoh yang baik untuk menasihat si isteri yang suka marah.
Ada setengah perkara kita dapat elak, ada setengah perkara kita tak dapat elak. Memarahi sesuatu perkara yang lepas adalah perkara sia-sia kerana ia sudah pun berlaku. Semoga kisah ini menjadi ingatan kita bersama.
tq berkongsi semula kisah ini dgn KA. even dh pernah baca sebelum ni !
done sedekah nuffnang juga jumaat ni yer
muhasabah diri..insaf kathy membaca entri ini sebab kathy pun selalu terlepas cakap kadang kala..sangat bermanfaat entri ini di hari jumaat yang mulia.
sangat mendalam maksudnya :) kadang kala itu yang kita tak sedar.mari kita muhasabah diri
aah kan..bila kita suka merungut dlm x sedar kita tlh membuat dosa pdNya
nice sharing
isi tabung nuffnang sini-chipsmore
Gud sharing.. thanks sbb igtkan yer.. =D
Terima kasih BM berkongsi di sini. Mungkin ada antara kita yang terlepas pandang.
klu terbeli x elok , ikhlaskan jer duit tu . anggap jer sedekah ...
perkongsian yang bagus
semoga kita sentiasa berada di dalam golongan
yang sentiasa bersyukur
Diari Seorang Mama
Astghfirullahalazim.....moga dosa kita diampunkan.....
Pernah dengar cerita ni...okje ulang tayang pun....hehe
Tapi zaman sekarang dah lain, dah benda tu dah rosak tetap jual. Berniaga nak untung..Apa2xpun, ambil iktibar dalam kisah ni.
Huh, sungguh bermakna kisahnya.
nice story.. 1st time dengar...
Assalam
Sungguh menginsafkan
Jawapan terbaik dalam menangani hal macam ni..sy jumpa ramai org yg merungut kerana benda mcm ni.. marahkan penjual..sy pernah beli sesarang telor.. separuh drpdnya rosak. Benda kat dalam penjual pun tahu.. kira takder rezeki..jangan marah2
Begitulah apabila diri dikuasai rasa amarah yang meluap-luap..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”