Assalamualaikum... Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa sunat 10 Muharram pada hari ini. Semoga anda semua beroleh rahmat, keberkatan serta  ganjaran dan pahala seperti yang dijanjikan. Insyaallah...amiin.

Menarik berbicara mengenai puasa sunat ini pabila terbaca kisah Cikgu Anim, tuan empunya blog Inilah Ceritaku. Komen Entri kali ini menyingkap kisah di entri beliau yang penuh dengan persoalan tentang puasa sunat ini. Kisah tentang Cikgu Anim yang dalam dilema tetapi beroleh sesuatu disebaliknya.

Suasana jamuan murid tahun 6
Rezeki Berpuasa 9 Muharram
Semalam, 9 Muharram seperti yang kita semua ketahui, hari dimana umat Islam digalakkan berpuasa sunat.

Alkisah bermula pabila sehari sebelumnya, dimana cikgu Anim mendapat jemputan jamuan yang akan diadakan keesokan harinya oleh murid-murid tahun 6 di sekolahnya

Bagi memeriahkan majlis tersebut, bubur lambuk di 'order' menjadi buah tangan cikgu Anim disamping memenuhi permintaan "seseorang". Maklumlah, cikgu Anim pun mungkin juga akan berpindah sekolah pada tahun hadapan... Semoga berjaya hendaknya.

Bubur lambuk
9 Muharram pun tiba, cikgu Anim pun berpuasa. Aktiviti mengajar disekolah berjalan seperti biasa. Pabila tengahari, majlis jamuan telah siap sedia...Cikgu Anim pun datang bagi memenuhi jemputan. Bila sampai waktu majlis jamuan bermula... dilema mula melanda dibenak fikiran cikgu Anim. 

Yang manakah harus diutamakan...Puasa sunat atau memenuhi jemputan makan di jamuan tersebut? Jika anda bagaimana?

Dengan berpandukan entri INI...keputusan muktamat yang paling wajar telah di putuskan. Anda ingin tahu apa keputusan cikgu Anim...Silalah ke entri INI

Inilah Ceritaku - Anim
Terima kasih Kak Anim kerana telah membuka minda, berkongsi ilmu dan panduan buat saya yang cetek pengetahuannya ini. Sesungguhnya banyak entri-entri Kak Anim yang memberi pengajaran, kesedaran dan peringatan disamping kisah-kisah keluarga yang menceriakan. Saya amat mengagumi dan menghormati Kak Anim.

http://bicaraneem.blogspot.com
Seorang blogger yang begitu merendah diri tapi cukup popular sebenarnya... Jika tidak, masakan jiran sebelah rumah pun membaca blog beliau...hehe. Ikutilah Entri INI yang telah membuatkan Kak Anim terkedu seketika. Semoga Kak Anim sekeluarga sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan... :)


Admin...

49 comments - "Dilema Puasa Sunat 9 & 10 Muharram"

ANIM delete icon 4:52 PG

BM, aduhai..malunya kak. Blog kak ni blog picisan saja. Cerita dan pengalaman cikgu "tua" yang kemudiannya ditransfer ke bentuk tulisan, heee. BTW, tqvm. Kak hargai entry n (dan ukhwah kita) :-))

Sy penah baca pasal ni BM, antara puasa sunat...dan bila ada tetamu dtng atau kita dijemput makan...kita kena batalkan puasa sunat...demi memenuhi jemputan makan bersama tetamu....sy ingt ni dri sy darjh 6 ada ustaz di tv bercerita psal puasa sunat...katanya...kita msti memuliakan tetamu...dari lakukan perkara yg sunat....maaf klau sy tersilap....sbb perkara da lama....tp perlu juga pencerahan dari mna2 orang yg bijak pandai agama.....

Semoga diberkati Allah.

Terdapat hadis di mana Rasulullah –sallalahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Orang yang berpuasa sunat adalah pemimpin dirinya sendiri. Kalau dia mahu ia boleh meneruskan puasanya dan jika ia mahu ia boleh berbuka”

Tanpa Nama delete icon 7:55 PG

Mungkin pahala dan fadhilat kedua-duanya sama, sebab itu jika buka puasa pun dapat pahala.. Teruskan pun dapat pahala.. Kita perlu menghormati orang dan orang perlu menghormati kita yang berpuasa.. Cuma jika tidak diikuti kadang kala ditakuti menimbulkan prasangka atau fitnah, itu lebih buruk malah mungkin boleh datangkan dosa pula..

Persoalan yang selalu jadi topik bualan ni BM..Anyway Kita setuju ada dua pendapat sebenarnya. Ada yang mengatakan kita perlu memenuhi undangan berbanding puasa sunat kerana meraikan tuan rumah adalah dituntut dalam Islam. Ada juga yang mengatakan seperti yang dikatakan oleh Kamsiah. Dan apa yang dikatakan Waiman itu betul, jika ditakuti menibulkan fitnah dan dosa, buatlah keputusan yang bijak kerana kedua-duanyan tidak akan mengurangkan pahala kita. In Shaa Allah.

Abam Kie delete icon 8:53 PG

saya cuma posa pd 10 Muharram aje..aku insan yg lemah...

Unknown delete icon 11:19 PG

dilema.. selalu jer mengalami.. :)

AtieYusof delete icon 11:41 PG

Alhamdulillah dapt sy berpuasa semlm dan hari ini..moga kita semua mendapat ganjaran dan pahala dariNYA...amin! :)
nti nak lawat lah cikgu Anim..:)

Mizz Aiza delete icon 11:42 PG

selalu juga aiza ke blog kak anim.. selamat berpuasa BM.. :D

BinMuhammad delete icon 12:39 PTG

Pengalaman cikgu itulah yang menarik dan memberi banyak pengajaran.
Insyaallah..semoga ukhwah kita berpanjangan.

BinMuhammad delete icon 12:42 PTG

Ilmu dan pengetahuan itu amat penting agar kita dapat membuat keputusan dengan betul. Hadiri majlis2 ilmu dan seringlah bertanya kpd mereka yang arif agar kita tidak tersilap.

BinMuhammad delete icon 12:42 PTG

Insyaallah...terima kasih MKL

BinMuhammad delete icon 12:45 PTG

Ya..pilihan ditangan kita dan perlu lihat kpd yang mana lebih membawa keberkatan dan tidak membawa kepada kemudaratan dan kesan sampingan.

BinMuhammad delete icon 12:49 PTG

Setuju dengan anda...Allah maha mengetahui, semoga kita bijak membuat keputusan agar diri dan orang lain juga selesa dan mendapat kebaikannya. Kadangkala pahala dikejar...takut pula dosa yg kita dapat...Wallahualam.

BinMuhammad delete icon 12:52 PTG

Benar Radziah...keputusan kita perlulah bijak. Untuk itu kita perlu mempunyai ilmu dan rujukan. Semoga kita tidak tersalah dalam membuat keputusan kerana takut pahala tiada, dosa pula menjelma...

dah 10 muharam ke?
macam mana boleh lupa nie...
pada yg berpuasa selamat menunaikan
kewajipan..

BinMuhammad delete icon 12:55 PTG

Untuk panduan bersama:

Dari Abdullah ibn Abbas berkata, bahawa ketika datang ke Madinah, Rasulullah s.a.w mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’. Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada mereka, “Hari apakah ini hingga kalian berpuasa?” Mereka menjawab, “Ini adalah hari yang agung. Pada hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Fir’aun dan kaumnya. Kerana itu, Musa berpuasa pada hari itu sebagai ungkapan syukur. Dan kami pun melakukannya.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Kami lebih berhak dan lebih layak terhadap Musa daripada kalian.” Rasulullah s.a.w pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari itu. [H.R Muslim no.2658]

Abdullah ibn Abbas berkata, “Saat Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura’ dan memerintahkan para sahabatnya untuk berpuasa, mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, itu adalah hari yang diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.’ Rasulullah s.a.w pun bersabda ‘Pada tahun hadapan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan.’” Katanya, “Tahun hadapan tak kunjung tiba hingga Rasulullah s.a.w wafat.” [H.R Muslim no.2666]

Abdullah ibn Abbas berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Seandainya tahun hadapan aku masih hidup, nescaya aku benar-benar akan berpuasa pada hari kesembilan.’” [H.R Muslim no.2667]

Syaikh Muhammad Al-Utshaimin dalam mensyarah hadith mengenai puasa hari tasu’a dalam kitab Riyadhussolihin An-Nawawi menyebut seperti Ibnul Qayyim dan lain-lain bahawa puasa pada hari Asyura’ itu ada tiga jenis:

1. Dilakukan puasa hari Asyura’ dan 9 haribulan. Ini adalah yang paling utama.

2. Dilakukan puasa hari Asyura’ dan 11 haribulan. Ini lebih rendah darjatnya daripada yang sebelumnya.

3. Dilakukan puasa hari Asyura’ itu sahaja. Ini sering tidak disukai oleh sebahagian ulama, kerana Nabi s.a.w memerintahkan agar berbeza dari orang-orang Yahudi. Manakala sebahagian lain memberi keringanan pada hal itu.

BinMuhammad delete icon 12:56 PTG

Dilema selalu melanda...perlukan pencerahan minda nih, hehe

BinMuhammad delete icon 12:58 PTG

Sykur Alhamdulillah...Semoga puasa anda di berkati.

BinMuhammad delete icon 12:59 PTG

Selamat berpuasa juga Aiza, Blog Kak Anim adalah antara blog wajib saya :)

BinMuhammad delete icon 1:02 PTG

Kalau dah terlupa nak buat macam mana...lakukanlah amalan sunat lain antaranya diterangkan dalam entri terbaru Kak Anim hari ini... Dapatkan ilmu ini.

Buat kakak tak ada masalah utk puasa Tassu'a (semalam) dan Assyura (hari ini) sebab kerja yg melambak sampai tak sempat makan.. Anak kakak tak puasa pun sebab ada makan-makanlah tu.. mcm sekolah cikgu Anim juga.

Nanie delete icon 2:52 PTG

hari ini nanie puasa. so kena continue esok kan? kadang2 rasa da faham bila baca info dlm internet.

Unknown delete icon 2:56 PTG

Selamat Berpuasa BM...
Tengok bubur lambuk tu.. huhu... memanggil2 jer rasanya... :D

Pha Is delete icon 3:26 PTG

kalau x boleh puasa 9 dan 10 muharram, boleh juga puasa 10 dan 11 muharram, supaya nak bagi nmpak perbezaan antara puasa org islam dan puasa org yahudi yg juga berpuasa pada hari asyura...

Unknown delete icon 4:07 PTG

yer..walaupon berkenalan melalui laman blog jer.tapi terasa keakraban di antara kak anim..melalui gaya penulisan dh tahu kak anim seorang yg lemah lembut..suka baca jgk blog beliau..:)

Khir Khalid delete icon 4:52 PTG

Alhamdulillah.. masih dpt berpuasa hari ini.. sekiranya diajak utk menghadiri jemputan, pasti akan hadir jika diizinkan & membantu memeriahkan majlis. Sekiranya masih mampu utk terus berpuasa akan terus berpuasa asalkan semua tidak merasa segan kerana kita berpuasa.. kena pandailah memainkan peranan di situ kerana ianya juga satu ibadah kan.. asalkan kita masih dpt berpuasa, mereka disekeliling x merasa bersalah atau sebagainya & majlis berjalan meriah.. alhamdulillah. Tp klu mmg x tertahan dgn hidangan dgn majlis yg panjang & sebagainya, berbuka shj lah.. itu pun alhamdulillah juga.. :)

BinMuhammad delete icon 6:45 PTG

Bila kerja banyak, macam tu lah...masa pun terasa cepat je berlalu.

BinMuhammad delete icon 6:51 PTG

Jika puasa 9 & 10hb, tak perlulah puasa 11hb, tapi kalau mula berpuasa 10hb eloklah sambung pada 11hb...supaya puasa kita berbeza dr kaum Yahudi yg berpuasa hanya pada 10hb Muharram.

Unknown delete icon 6:51 PTG

moga kak anim sentiasa dirahmati olehNya
tringin nak tahu empunya diri kak anim..meh kita terjah

BinMuhammad delete icon 6:56 PTG

Biasanya bulan puasa je boleh dapat kan... Memang memanggil2 hehe.. kena order dgn Kak Anim le.

salam..
yup dlupun saya tertanya2 persoalan
sekiranya berlaku situasi mcm ni..
apa yg harus kita lakukan..
terima kasih perkongsian
dan utk kak anim. tq utuk penjelasan yg sangat berguna :)

BinMuhammad delete icon 8:18 PTG

Betul tu pha is, seperti yg telah diterangkan sebabnya di komen saya pada Abe Kie di atas. Semoga mereka yg dilema mendapat pencerahan yg jelas.

BinMuhammad delete icon 8:19 PTG

Kemesraan Kak Anim amat terasa seperti kakak sendiri jer...

BinMuhammad delete icon 8:23 PTG

Betul tu Khir, terpulang kepada kita, asalkan semua pihak saling menghormati dan memahami...tiada halangan. Pilihlah secara bijak yang mana yg lebih perlu dan memberi manfaat yg lebih besar.

BinMuhammad delete icon 8:24 PTG

Yumida memang kena terjah, berkenalanlah dgn beliau.

BinMuhammad delete icon 8:26 PTG

Alhamdulillah...semoga mendapat pencerahan dalam permasalahan.

Tanpa Nama delete icon 8:38 PTG

ingin juga berkenalan dengan kak anim ni..terima kasih berkongsi psl puasa2 sunat ni..menambahkan ilmu di dada yang masih serba kekurangan ini..muhasabah diri..

Kekzamanis delete icon 9:32 PTG

Baru baca semalam pasal ni kat blog Kak Anim.. =)
http://miezashaklee.blogspot.com

Vee delete icon 12:41 PG

Blogger Anim mmg bersahaja dalam setiap entrynya ...

lynmunir delete icon 1:57 PG

Betul tu saya sependapat dengan Khir. Islam itu indah dan penuh timbangrasa. Andai ada pertembungan pilihlah mana yang lebih ringan dan tidak menyulitkan keadaan . Tapi andai mampu bertahan insyaallah ganjaran yang menanti lebih besar dari dugaan yang dijalani.

suri delete icon 12:17 PTG

puasa mengajar kita mendekat pada kisah para nabi dan terdahulu

Tanpa Nama delete icon 12:18 PTG

Anim antara rakan blogger terbaik KA. suka baca pengalaman beliau melalui n3 yang simple & menarik

OKje delete icon 12:55 PTG

Baca dah entri ni semalam..... Betul.... banyak ilmu yg dikongsikan dalam blog Bicara Aneem....

Blogger yang baik ialah blogger yang memberi manfaat, tidak kira pada dirinya sendiri, atau pada orang lain. Kadang-kadang penulisan yang bercorak peribadipun boleh memberi manfaat, ia mungkin membawa keceriaan dalam hidup kita atau membawa ketenangan kerana rupanya kisah hidup kita sama sahaja macam orang lain..

kakiblog delete icon 12:56 PG

dilema begini memang menguji iman...penyelamatnya ilmu yang ada di dada..tepuk dada tanya selera!

p/s:Entri terbaru saya.... Blogger Aka Pegawai Pemasaran

Nina Mads delete icon 4:45 PTG

selamat menunaikan ibadah puasa BM.. nanti nk singgah kejap je blog kak anim tu

Wah, hebatnya. Jiran sebelah rumah pun menjadi pengikut setia ya.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap