Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ada yang singgah ke entri INI dan kemudian membelek entri pertama anda. Dalam asyik membelek, lihat-lihat juga entri-entri terawal...betul tak? Mesti anda merasa sedih melihat ada entri-entri tersebut yang menarik tapi maklumlah, di awal blogging...tiada kenalan dan tiada siapa yang nak singgah, ambil peduli dan melihat blog kita yang baru lahir ni kan. Maka... Visitor pun kurang dan tiada satu pun komen yang di terima. 



Itu andaian saya terhadap Blog Kesuma Angsana (KA) lah.... Terpandang saja tajuk entri ini saya terus terkedu seketika. Macam merajuk dan melepaskan geram pun ada tapi itulah kekuatan dan daya penarik tajuk sesuatu entri! Terbaca saja tajuk, terus segera nak klik dan lihat entrinya... 

Maklumlah... sekarang ini, bila KA publish entri pasal Adik, pasti bertimbun komen menerjah. Ya! Inilah realiti bermulanya perjalanan sebagai seorang blogger dan semua blogger pasti menghadapi situasi yang sama. Sedikit demi sedikit... hasil usaha dengan blogwalking, menyertai segmen dan promosi, barulah blog kita mula dikenali dan akhirnya berada sehingga ketahap sekarang ini.

Namun entri-entri lama ini pasti akan terus terbiar sepi kerana jarang sekali ada pengunjung yang rajin singgah untuk membuat ulangkaji. Dengan cara menerbitkan semula, dapatlah kita berkongsi kisah menarik yang telah diterbitkan sebelum ini. Seperti entri ini, Jika KA tak terbitkan semula, pasti tiada siapa yang tahu kisah entri pertama tentang Adik.


Bagi yang tidak mengenali Adik, beliau adalah anak bungsu KA. Adik mempunyai karektor yang menarik dan unik bagi kanak-kanak seusianya. Setiap kali KA publish kisah mengenai Adik, mesti ianya adalah sesuatu yang menarik, kelakar dan mengagumkan. Sekarang ini kesihatannya sedikit terganggu. Sama-samalah kita mendoakan Adik kembali sembuh dan ceria semula seperti selalu. 


Kembali semula kepada entri tersebut. Lihatlah betapa ktreatifnya Adik melukis. Ketika diusia 5 tahun (pada masa itu) sudah mampu melukis sedemikian cantik. Terserlah bakat terpendam seorang anak gadis yang bercita-cita hendak menjadi Tentera Laut pabila dewasa kelak.

Melalui cita-citanya saja kita dapat lihat akan kekuatan dalamannya yang cukup cekal, berdisiplin dan bersemangat. Adik memang berbakat dan KA amat bertuah mempunyai anak seperti Adik yang ceria, tabah, bijak, sopan dan ramah. Salam buat  KA dan Adik... :)

Ingin tahu sepenuhnya tentang entri ini sila ke SINI dan lihatlah berapa banyak pula komen yang diterima selepas entri ini di terbitkan semula.


 *****************************************************************************

Ini adalah entri pertama dan akan menyusul entri2 seterusnya nanti kerana mulai Bulan November ini... Satu Kategori atau Label baru akan diwujudkan iaitu Komen Entri. Selalunya kita akan memberi komen pada entri diruang 'comment' di bawah setiap entri...tapi kali ini saya akan menerbitkan entri khas sebagai komen saya terhadap entri anda. 

Ianya satu penghargaan, promosi dan pemberian 'backlink' buat anda yang sentiasa menyokong dan setia bersama Relaks Minda. Pemilihan blog dan entri adalah berdasarkan pemilihan saya sendiri. Sebelum itu saya memohon keizinan kepada blog yang akan terpilih untuk saya copy kandungan mahupun gambar di dalam entri tersebut. Semoga anda dapat menerima akan kategori baru ini. :)


Admin...

44 comments - "Kesian...Tiada Siapa Yang Peduli Entri Adik"

Aimacomel delete icon 5:13 PTG

Haah Adik mmg berbakat, pastu pulak lintah dan bijak sgt bila berkata2. Mmg suka bila kak KA cerita pasal anak2 beliau. Hehhee, entri pertama? =)

Unknown delete icon 5:24 PTG

altenatif baru buat blogger...baik idea nie bro..ada kelainan :)

norahanum delete icon 5:30 PTG

Saya dulu pun buat tidak permah memikirkan adakah orang yang akan membacanya, kerana saya menulis untuk koleksi saya sendiri.

Bukan sahaja entri pertama saya tiada komen, ada juga entri-entri selepasnya yang tiada komen.sehinggakan saya rasa hairan kalau ada sesiapa yang beri komen...hehhe.Mungkin kelemahan banyak dipihak saya.Selain tidak berapa minat menyertai segmen, saya juga tidak konsisten dlm blogwalking..Namun, saya sangat memghargai BM kerana antara readers yang paling rajin hantar komen di blog saya..

Amin...saya sokong...buat yang terbaik....kita jaga kawan-kawan blogger kita....teruskan.

samalah dulu BM ,entri pertama acik tak ada siapa yang baca.. tenguk sendu dan sedih aje

Vee delete icon 7:17 PTG

pada awal penglibatan sbg blogger , follower kebanyakannya blogger remaja yg lbh berminat utk upkan follower daripada memberi komen . Bila saya jumpa blog drp blogger dewasa aka satu line dgn saya , barulah ada komen ...

setuju.. masa2 mula buat blog.. first enrtry mana ada orag komen.. dekat 2..3 bulan gak la.. baru la ada org komen.. tu pun baru la strt nak strt folow segment la. bloglist la.. tapi satu pengalman yang berharga..bak kata orang pengalman mengajar kita lebih matang dalam menghadapi suatu cabaran :)

semua org mcm tu kot..saya punay entri pertama pun sikit je org komen...hahahaa

entry sy memula pun gitu BM...tiada pengunjung...pastu..ayat pun ntah apa2 la...:)

Unknown delete icon 8:20 PTG

knah dulu mula2 buat blog rasanya n3 dah ke berapa baru ada komen. itu pun hanya satu.. =)

Tanpa Nama delete icon 9:18 PTG

hehe..entri memula kathy entri syok sendiri,kathy penulis kathy juga pembaca..memang tiada sebarang komen pun...hehehhe

Entri dulu kengkonon nak buat dlm english. Xsedar diri english pecah2. Setelah tersedar drp lamunan pjg, barulah liza menulis dlm bahasa ibunda. Itupun entri syok sendiri. :(

Bahrain delete icon 10:56 PTG

pertama kali singgah sini rasanya..hehe, cantik blog.

mrhanafi delete icon 11:31 PTG

ha..ha..bagus cara tu tuan..saya memang benarkan jika terpilih

p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

gud idea tu BM... salah satu alternative yang boleh mempromosi blog follower Relaks Minda.. hope lepas2 ni 1st entry Zaza menjadi pilihan Relaks Minda jg.. hehehe

Siang tadi ada jg singgah ke blog KA dan ada jg mengikuti perkembangan adik.. dalam keadaan kesihatan adik sekarang, Saya doakan adik cepat sembuh.. inshaAllah ;)

Unknown delete icon 11:41 PTG

moga adik cepat sembuh
aah sama la...entry pertama jarang yg dtg mengomen..al maklum la..masih baru, belum mengenali sahabat maya

Fais-SKA delete icon 12:30 PG

Bgus idea tu =) ambe stuju sgt..mgkin dgn ada label dn kategori baru ni, slah 1 dya trikan juga..pasti menarik nnti..Suka ambe bca entri pasal adik tu..mmg klakar, cuma skrg adik xbrapa sihat, harap adik cepat sembuh...

BinMuhammad delete icon 12:35 PG

Betul tu BC...Kisah adik adalah penyeri di Blog KA

BinMuhammad delete icon 12:36 PG

Terima ksih Fizi...semoga boleh diterima ramai

BinMuhammad delete icon 12:40 PG

Ramai yang bermula begitu... tapi blog adalah perkongsian tanpa sempadan, bukan platform yg sesuai utk koleksi sendiri

BinMuhammad delete icon 12:46 PG

Tanpa komen terasa spt entri kita tidak diendahkan walaupun kita tahu ramai yg singgah. Ya...blog kita belum setaraf blogger popular spt FL atau BS. Perlu ada usaha utk menarik pembaca dan pengomen.

BinMuhammad delete icon 12:46 PG

Insyaallah...semoga sama2 kita mendapat manfaat.

BinMuhammad delete icon 12:48 PG

Rasanya, setiap blogger pasti melalui fasa tersebut.

BinMuhammad delete icon 12:50 PG

Betul tu...sebab tu follower yg beribu2 pun tak akan dapat komen sampai seribu pun... :)

BinMuhammad delete icon 12:52 PG

Hasil dari tekun berusaha dan terus belajar akhirnya pasti berjaya. Ganjarannya...pengalaman, ilmu dan blog semakin meriah dan ceria

BinMuhammad delete icon 12:54 PG

Ya...semua blogger pasti akan menempuh saat2 manis itu...huhuhu
Hanya yang terus berusaha dan belajar akan berjaya mengarunginya.

BinMuhammad delete icon 12:58 PG

Itulah yg menjadi kenangan dan perbandingan... Tanpa yg dulu takkan ada sekarang... :))

Sama lah kita kak nah..hehe

hahaha....kita serupa :D

Biasalah...mula2 syok sendiri le...sendiri tulis, sendiri baca...hehe

Terima kasih diatas kunjungan anda...Selamat datang :)

Terima kasih kerana sentiasa menyokong... :)

Insyaallah...tapi ianya bukan 1st entri... Ianya adalah komen utk entri terkini.
Sama2 kita doakan kesihatan adik.

Itulah realiti sebuah blog...
Bersama kita doakan adik segera sembuh.

Fais, Terima kasih atas sokongan mu dan bersama2 kita doakan kesihatan adik.

Mizz Aiza delete icon 5:32 PG

menarik idea BM.. aiza pun suka berkunjung di blog KA dan membaca kisah tentang adik.. kita sama-sama doakan semoga adik cepat sembuh..

Unknown delete icon 4:04 PTG

Sy tak berkunjung lg ke blog KA ni.. tajuknya mmg menarik.. sy suka cara BM ni.. bestnya klau entry sy juga dikomen di blog BM..hehe

OKje delete icon 10:15 PTG

Ohhhhh KA my fren....
Bikin susah hati kawan kawan Alamaya KA bila adik tak sihat baru baru ini....
Wah ......ada kategori baru yeh...dahsyat tu ....dulu segmen manusia dan jin, sekarang dah ada komen entri....meletops!

RIZZNA delete icon 8:21 PTG

selalu gak ke laman KA tapi tak pernah nak terjah n3 awalan. dulupun CiM menukil sepi...saja2 utk merawat hati...tapi skang dah ada yg dtg bertandang.

moga adik sihat seperti sedia kala.

Tanpa Nama delete icon 11:45 PG

tq so much atas n3 ni, tq juga kerana bagi idea utk n3 di blog KA. Terharu sgt2 bila ada yg sudi buat n3 sebegini, akan KA sampaikan salam buat Adik nanti.. dan yer, orang memberi kita merasa, jgn lupa baca n3 KA yang ini pula yer http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2013/11/bila-n3-kita-yang-xde-komen-di-jadikan.html

Mummydearie delete icon 3:05 PTG

Oh, KA antara yang terawal komen di blog saya yang belum setahun tu. Memang suka baca blognya kerana selalu berkisar tentang Adik. Lepas baca entri pertama aritu, saya pun dok belek entri pertama saya. Beruntunglah kan kalau baru entri pertama dah dapat satu komen ... :D

Memang hebatlah BM ni. Tahniah! Saya sangat mengalu-alukan.

Hebatlah BM ni. Tahniah! Teruskan. Saya memberi sokongan yang padu.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap