Kitar Semula Sisa Buangan Kitar semula - Secara mudahnya kitar semula membawa maksud memungut dan mengasingkan sisa buangan pepejal untuk diproses menjadi produk yang sama atau barangan lain. Ianya bernilai kerana dapat mengurangkan penggunaan sumber asli dan menjimatkan kos serta tenaga.

Kitar semula adalah cara terbaik untuk menjimatkan tenaga selain dari mengurangkan kemusnahan alam semulajadi.

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda ketahui :

  • Kitar semula satu tin minuman dapat menjimatkan tenaga untuk sebuah tv berfungsi selama 3 jam!
  • Kitar semula satu botol kaca dapat menjimatkan tenaga untuk sebuah komputer berfungsi selama 25 minit!
  • Kitar semula satu botol plastik dapat menjimatkan tenaga untuk mentol 60watt menyala selama 3 jam!
  • Kitar semula kertas menggunakan kurang 70% tenaga daripada membuat kertas dari bahan asasnya!
  • Tenaga yang ada dalam bahan buangan didalam tong sampah dalam setahun mampu memberi tenaga untuk tv berfungsi selama 5,000 jam!
  • Hampir 60% daribada bahan buangan didalam tong sampah boleh dikitar semula!
  • Hampir 50% sisa buangan boleh di leraikan untuk dijadikan baja.
  • Hampir 80% komponen dalam sebuah kereta boleh di kitar semula!

Kitar Semula Mengurang Sisa Buangan

Kitar Semula Sisa Buangan Ianya jelas menunjukkan akan betapa mudahnya sisa buangan dapat memberikan kita kembali pulangan yang amat berguna dalam menjaga alam sekitar serta menjimatkan tenaga. Oleh itu setiap dari kita perlu membudayakan amalan kitar semula kerana ianya amat penting untuk mengurangkan kemusnahan dan pencemaran alam semulajadi.

Kitar semula adalah cara termudah dan terbaik yang dapat memberi kesan positif kepada alam sekitar dan kehidupan kita kerana ianya dapat disumbangkan oleh setiap individu.

Kita perlu bertindak segera kerana jumlah bahan dan sisa buangan semakin bertambah berkali ganda setiap masa. Ketahuilah...kira-kira sebanyak 15,000 tan sampah yang dipungut setiap hari dan jumlah ini mampu memenuhi bangunan KLCC dalam masa 9.6 hari.

Punca Bertambah Sisa Buangan

    Kitar Semula Sisa Buangan
  • Pertambahan populasi penduduk bermakna semakin banyak bahan dan sisa buangan dihasilkan.
  • Kemodenan mengubah cara hidup untuk lebih pantas dan segera maka barangan pakai buang menjadi trend kehidupan.
  • Kekayaan juga mengubah manusia menjadi banyak memiliki dan bertukar barangan lalu membazir dalam keperluan. 
  • Teknologi juga semakin pantas menyebabkan sesuatu produk semakin cepat ketinggalan dan jangka hayat penggunaannya yang singkat. 
  • Penggunaan bahan-bahan yang tidak mesra alam menyebabkan ianya tidak boleh dikitar semula malah kadar pereputannya juga terlalu lama.
Apabila sampah-sampah ini semakin banyak, ia memerlukan kawasan yang banyak serta besar untuk dijadikan tapak pelupusan. Sudah tentu ianya memerlukan pengorbanan dan mangsanya adalah alam semulajadi. 

Kitar Semula Selamatkan Kehidupan Dan Alam Ini

Tempat pelupusan sampah tempat dimana terkumpulnya segala jenis bahan buangan. Ianya menjadi tempat paling bertoksid dan pastinya memberi kesan kepada alam sama ada tanah, air dan udara, Oleh itu betapa pentingnya amalan kitar semula kerana dapat mengurangkan penghasilan sisa buangan dan sampah ditapak pelupusan sampah.

Menambah tapak pelupusan sampah bukanlah jalan penyelesaian terbaik dalam menguruskan sisa buangan, Tanah semakin terhad manakala alam semulajadi perlu dipelihara. Kitar semula adalah jalan penyelesaian terbaik. Oleh itu fikirlah sebelum buang kerana ianya dapat menyelamatkan kehidupan dan demi generasi akan datang.

Kitar Semula Sisa Buangan
Kehijauan Alam Semulajadi

Terima kasih bersama Relaks Minda...Jom Kitar Semula!

Sumber rujukan : recyling guide.org.uk
Author by Bin Muhammad

44 comments - "Kitar Semula Sisa Buangan "

paridah delete icon 8:01 PG

Di kampung2 terutama perkampungan felda memang terlalu banyak sisa buangan yg perlu dilupuskan...tapi pembeli2 yg masuk membeli seolah tidak menghargai susah payah mrk yg mengumpulnya...adakah patut sejumlah besi2 buruk, barang2 terpakai, botol2 cuma dibayar seringgit...baiklah dilonggok ke dalam bakul sampah utk dibuang ke tempat pelupusan....

terapkan nilai kitar semula dalam jiwa anak-anak, sebab mereka bakal mengemudi masa hadapan,...

Unknown delete icon 8:32 PG

Kena sedarkan diri sendiri dahulu.. betul tak?.. :D

Aimacomel delete icon 8:40 PG

Hari2 kita buang sampah, banyak pulak tu kan..

Ada terbaca satu artikel yg mengatakan bahawa manusia ini ibarat virus kanser kpd bumi.. semakin lama bila virus ini berkembang, semakin teruk bumi pastinya... wallahualam..

Rumah kakak barang yg boleh kitar semula memang kami simpan ada almari khas belakang rumah. Tapi cuma sisa makanan ajelah tak dapat nak dijadikan baja sebab tak ada ruang tanah utk digali dan tanam. Kalau ada mungkin boleh juga buat..

kena ajar anak-anak dari mula untuk menjaga alam sekitar..Penting tu..Akak sakit hati tengok manusia ni kadang-kadang, depan mata boleh ajar anak buang sampah merata. Kitar semula? Doa jelah mereka insaf

BUNDA delete icon 9:52 PG

Kesedaran begini patut dimulakan dari rumah...

kakiblog delete icon 10:49 PG

saya dan keluarga biasanya guna balik plastik untuk buang sampah..tin aluminium dan suratkhabar jual walaupun harga tersangat murah..itu lebih baik dari memenuhkan tong sampah..

Nick Nashram delete icon 12:28 PTG

jangan pandang botol tu xde harga.
kalo kumpul banyak2 pegi jual dapat duit tu :)

Unknown delete icon 2:37 PTG

Di negara kita nie kesedaran berkaitan kitar semula nie masih rendah...
Kurang publisiti...

Tanpa Nama delete icon 2:38 PTG

semua bermula dari rumah..lebih baik kita latih diri kita dan anak2 untuk kitar semula..katy cuba ajar anak2 agar jangan buang buku2 lama yg tak guna lagi.kumpul satu tempat dan kalau dah banyak jual.tapi kena simpan betul2,jangan jadi tempat nyamuk membiak lak..hehehe..

umiawadah delete icon 3:34 PTG

dulu banyak tempat juga saya lihat tong kitar semula,kenapa tak luaskan lagi di kawsan perkampungan. ye...atau dah tak wujud lagi tong-tong tersebut..

BinMuhammad delete icon 3:48 PTG

Mungkin ini antara sebab kenapa terhentinya pengumpulan barang terbuang. Tapi jika kita mempunya matlamat yg berbeza iaitu untuk memelihara alam dan demi generasi akan datang pastinya bayaran hanyalah menjadi bonus dari apa yang telah dilakukan. Susah payah anda tidak sia-sia...malah tidak ternilai harganya. :)

BinMuhammad delete icon 3:50 PTG

Untuk menerap nilai ini kepada anak2...Ibu bapa haruslah melakukannya terlebih dahulu dan menjadi contoh buat mereka....betul tak mama :)

BinMuhammad delete icon 3:51 PTG

Itulah yang sepatutnya... Bermula dari diri sendiri.

BinMuhammad delete icon 3:55 PTG

Kita tidak mampu menghalang kemusnahan alam semulajadi kerana tuntutan dan kesan dari kehidupan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat melambatkannya...

BinMuhammad delete icon 3:58 PTG

Akak memang contoh terbaik! Jika ianya sudah menjadi amalan seharian dan kehidupan...ianya menjadi mudah dan biasa.

BinMuhammad delete icon 4:02 PTG

Mungkin kita tidak mampu mengubah semua orang, Ya...doakan yg baik2 buat mereka. Kita mulakan dgn diri kita dan mereka yang rapat serta dekat dengan kita terutama anak-anak, itu lebih baik dari terus menilai perlakuan orang lain...

BinMuhammad delete icon 4:03 PTG

Dirumahlah asas segalanya... jika sudah menjadi amalan, dimana sahaja kita berada ianya akan tetap diamalkan.

BinMuhammad delete icon 4:05 PTG

Pemikiran sebeginilah yang perlu ada pada setiap orang. Syabas diucapkan!

BinMuhammad delete icon 4:06 PTG

Betul tu... Dizaman ini, segalanya bernilai. Hanya jauhari yang mengenal manikam :)

BinMuhammad delete icon 4:10 PTG

Inilah yang perlu kita pertingkatkan. Publisiti itu perlu dan menjadi tanggungjawab kita untuk melakukannya. Jangan mengharap kpd pihak2 tertentu sahaja kerana kesannya akan dirasai pada setiap orang. Mencuba...walaupun sedikit tapi berterusan. Sama2 kita usahakannya...

BinMuhammad delete icon 4:12 PTG

Kitalah yang menjadi teladan buat anak2 dan orang sekeliling. Jika bukan kita...nak tunggu siapa lagi...
Syabas Kathy!

BinMuhammad delete icon 4:27 PTG

Pihak bekenaan mungkin tidak berjaya dalam membudayakan amalan kitar semula atau banyak tong2 ini telah disalah gunakan. Tapi kini ramai yang datang membeli dari rumah kerumah dan banyak pusat pengumpulan barangan terbuang telah wujud. Maka ia juga satu cara mudah buat kita. Kumpul dan terus jual. Jgn terlalu mengharap akan kewujudan tong-tong ini, kesedaran harus bermula dari diri...pasti ianya akan bergerak dgn sendirinya. :)

BinMuhammad delete icon 4:30 PTG

Manusialah punca kewujudan sampah dan manusia jugalah sepatutnya tahu untuk menguruskan sampah... Jika tidak, kita akan hidup bersama sampah.

kita perlu kesedaran tentang sayangi alam sekitar/... pelbagai kempen telah di lakukan jika tiada inisiatif diri sendiri susah juga

Unknown delete icon 6:10 PTG

ni salah 1 cara utk elak sampah bertimbun2
brgn kitar semula mmg memberi manfaat buat kita

tringat zaman kecik..zaman jual tin minuman aluminium, botol yeos...gara2 ade pembeli nak beli semua tu..skrg jarang dah tgk

Pha Is delete icon 6:42 PTG

bagus Bm.. sama2 kita tingkatkan kesedara rakyat malaysia tentang kepentingan kitar semua...

Vee delete icon 9:22 PTG

saya melihat masyarakat korea , dan juga barat agak berdisiplin bila buang sampah . mereka mengikut kategori sampah . klu kat sini , semua dalam satu lah kan !

dulu giat kempen kitar semula ini..tapi sekarang aku rasa macam dah kurang tuk wujudkan kesedaran ini..ibubapa juga memainkan peranan tuk mendidik anak2

Blog Santai delete icon 11:04 PTG

Kempen kitar semuala ni macam tak berfungsi sangat untuk menyuntik kesedaran dikhalangan kita semua..even Bag plastic pun ramai yang tak nak guna dua kali even kena bayar kalau pergi shopping...

lynmunir delete icon 11:31 PTG

Tapi sekarang dah tak banyak stesyen kitar semula di tempat saya. Banyaknya dah tutup tanpa diketahui sebab musababnya. Lori cina yang selalu ambik barang kitar semula pun dah jarang masuk ke kawasan saya la ni.

Di sekolah dulu terlalu banyak program yang membabitkan usaha kitar semula. seronok sebenarnya. Antara program yang kami jalankan, semua jualan di kantin sekolah tidak menggunakan plastik dan polistrin. Boleh makan di kantin sahaja. Atau kalau mahu dibungkus, pelajar perlu membawa bekas sendiri. :)

Kempen kesedaran harus dijalankan sekerap mungkin. Semua pihak harus bekerjasama. Kalau masyarakat dapat lihat kesannya depan mata, apa yang berlaku pasti semuanya tak berani buat lagi.

Mizz Aiza delete icon 8:27 PG

semuanya bermula dari rumah kita sendiri.. siapa sangka bahan yang terbuang itu mampu menjimatkan tenaga..

kakiblog delete icon 6:56 PG

usaha lebih untuk bangkitkan kesedaran kitar semula...

Unknown delete icon 11:37 PG

kalau x rajin nak kitar semula, ada baiknya kita berjimat. Jimat tenaga, jimat air.

OKje delete icon 6:40 PTG

Tulah tu....tp masih tak kreatif nak recycle barang yek.....walaupun relax minda dah bagi idea nak buat macamana!

Aimacomel delete icon 3:22 PG

Perasan tak yang kesedaran utk kitar semula ni seolah2 bermusim je. kenapa eh? Pentingnya kita beri kesedaran kpd org ramai utk melakukan kitar semula ni sentiasa. Menjadikan ianya amalan dlm kehidupan. Kita sayang bumi kita!

Unknown delete icon 8:37 PG

saya pandai kitar semula kotak je.. buat tempat letak pensel la,,lori mainan la.. tempat letak buku.. yang lain semua xreti dan tak kreatif..

Zaman saya kecik-kecik dulu, memang rajin kutip-kutip tin, kotak-kotak, dan surat khabar lama yang orang buang untuk kitorang kumpulkan dan jual kat besi buruk. Kadang, sampai 4-5 kali trip kitorang angkut pakai motor untuk dapatkan RM10.

Pha Is delete icon 5:20 PTG

singgah menabung sini..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap