Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Rozita Che Wan & Zain Saidin
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

11.12.13 Merupakan tarikh yang cukup bermakna buat artis sensasi Rozita Che Wan bersama pasangan Zain Saidin. Pasangan ini telah mengabdikan tarikh istimewa ini dengan pernikahan yang menghalalkan hubungan lalu mengubah status menjadi suami dan isteri. 

Perkahwinan Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta bersama pasangannya Zain Saidin ini merupakan berita panas yang menjadi carian terhangat dikala ini. Tidak ketinggalan buat sahabat-sahabat blogger yang sentiasa mengemaskini kisah dan berita semasa di blog mereka. Komen Entri kali ini menerjah 2 blog yang sentiasa menghidangkan anda dengan kisah-kisah panas & sensasi semasa.

Tahniah Che Ta & Zain

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Pernikahan Che Ta & Zain
Peluang ini digunakan oleh Blog Santai untuk mengemaskini berita sensasi dengan sebuah entri ringkas, 7 Gambar Pernikahan Che Ta dan Zain. Bukan main lagi romantis pasangan ini. Anda kena lihat sendiri gambar-gambar ini. Berikut adalah ulasan ringkas penulis mengenai majlis ini :
"Tahniah untuk pasangan Che Ta & Zain yang telah sah bergelar suami isteri. Pernikahan mereka diadakan di Gazebo, Setia City Convention Centre, malam tadi disaksikan oleh kaum keluarga dan juga tetamu yang diundang." 
"Tema majlis pernikahan mereka masih purple. Sama seperti di majlis merisik dan Berinai. Che Ta menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000."
Kalah anak dara sunti untuk mendapatkan Che Ta ni! Mahal betul! Kalau orang dah ada rupa dan popular, begitulah nilainya, ramai sahaja yang sanggup. Blog Santai sentiasa memberikan anda kisah-kisah menarik, santai, terkini dan sensasi. Jom kita terjah Blog Santai dan lihat sepenuhnya gambar majlis pernikahan yang meriah ini!

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Pernikahan Che Ta & Zain

Semoga Che Ta & Zain Bahagia

Antara yang selalu mengemaskini status artis ini adalah Blog Yumida. Dengan entri : Gambar Pernikahan Rozita Che Wan & Zain Saidin, Yumida menarik perhatian pembaca untuk menikmati gambar-gambar ekslusif majlis pernikahan pasangan ini. 

Majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin pula akan diadakan di Setia City Convention Center pada 13 Disember 2013 pada jam 8.30 malam. Pasti ianya menjadi sebuah majlis yang meriah dan gilang gemilang. Sedikit ulasan oleh Yumida :
"Ehem-ehem…pengantin baru ni bakal berlepas ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk bulan madu mereka selama 19 hari. Pewit! Jauh tuuuu…belikan Yumida ole-ole dari sana yeee.... Moga Che Ta dan Zain bahagia dunia dan akhirat. Welcome ke alam perkahwinan Zain!!! Selamat pengantin baru Che Ta! Moga bahagia sokmo..."
Wah Yumida...sampai minta ole-ole lagi. Begitulah kalau orang ada duit, berbulan madu pun pusing satu Eropah... Kalau aku kaya pun macam juga kot, hehe. Anda perlu lihat sepenuhnya gambar-gambar majlis pernikahan ini, Jom ke Blog Yumida

Seperti yang umum ketahui, pernikahan ini adalah kali ke dua buat Rozita Che Wan dan pertama kali buat Zain Saidin. Inilah jodoh...ketentuan dari Allah. Semoga pasangan ini kekal bahagia bersama selamanya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Apabila seorang hamba berkahwin, maka telah sempurnalah setengah agamanya, kini hendaklah ia bertaqwa kepada Allah pada setengah yang baki."

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Gambar di Majlis Merisik
\
Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Gambar di Majlis Berinai

Pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Gambar Pra Perkahwinan

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Gambar Pra Perkahwinan

Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin
Perkahwinan pertama Che Ta


p/s : Macam pelik jer bila Relaks Minda cerita pasal artis... 
Admin...

33 comments - "Pernikahan Rozita Che Wan (Che Ta) & Zain Saidin"

Nanie delete icon 10:09 PG

terima kasih atas perkngsian gambar ini. btw che ta dulu dan sekarang berbeza gak. lagi cun sekrang. hehe

salam ukhuwah

Unknown delete icon 10:36 PG

mg mereka bahagia sll

Tahniah! Selamat pengantin baru. Jangan lupa bawa balik kampung, biar orang Tokai tengok.

Eh..eh... tak sangka adik kakak ni mesti minat Che Ta ye hihi...
Sama cantik sama padan moga ikatan berkekalan hingga ke syurga jannah.

Kali pertama baca tajuk entri memang macam pelik je, macam bingung je...Tapi sesekali tak salah kan. Memang hangat diperkatakan tentang perkahwinan mereka ni.

Unknown delete icon 11:25 PG

yer...mcm pelik jugak ni..tiba2 je kan..ke minat che ta? hehe..

Mizz Aiza delete icon 11:27 PG

akhirnya mereka disatukan melalui ikatan pernikahan yang sah.. doakan semoga rumahtangga yang dibina sentiasa diberkati oleh Allah selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga.. p.s: pertama kali melihat gambar perkahwinan che ta kali pertama..

Pha Is delete icon 12:51 PTG

tahniah buat mereka..

Tanpa Nama delete icon 1:03 PTG

singgah jgk kejap cuti2 ni ! ssh nk komen dgn tab ni neway done nuffnag

Unknown delete icon 1:47 PTG

:D BM peminat Cik Ta ye? hehehe... ala tak pe.. sekali sekala lari tajuk skit kan.. hehehe...

Vee delete icon 3:27 PTG

sikit pelik BM . cuma blogger juga bebas untuk berkarya . moga mereka bahagia hingga akhirnya .

hehe...tak pernah tgk x-husband dia...

Unknown delete icon 4:44 PTG

hehe..
sekali sekala cerita pasal cik ta xper BM..
jgn slalu jer.
jd blog gosip pulak nnti.

Unknown delete icon 7:29 PTG

terkezut..bukan pasal tertengok nama yumida kat atas, yg tu terkezut nombor 2, terkezut benda pertama bila tertengok..terlihat di bloglist, tetibe BM update pasal artis..hihihi...xpe ambik aura che ta yg anggun bergaya tu

oh ade nama i kat atas tu, thanks sudi sharingkan perkembangan che ta dgn rakan blogger lain

cantik sungguh che ta. moga perkahwinannya dgn jejaka tampan zain bahagia berkekalan.

yg pic wedd 1st dia tu, nampak lain kan wajah che ta. ex hb dia sweet.

BinMuhammad delete icon 8:55 PTG

Saja bagi pelik sikit, komen blog kisah artis. Tak minat sgt tapi boleh layan juge le...

BinMuhammad delete icon 8:57 PTG

Itulah...saya rasa pelik. Itulah istimewanya Kategori Komen Entri...boleh bebas skit, hehe

BinMuhammad delete icon 8:58 PTG

Bukan minat tapi....bolehlah, hehe

BinMuhammad delete icon 8:59 PTG

Kategori Komen Entri beri kebebasan buat saya...sesekali xsalah kan...

BinMuhammad delete icon 9:00 PTG

Kalau selalu, kenalah tukar nama blog tapi tak minat dgn gossip le.

BinMuhammad delete icon 9:01 PTG

Saya sendiri pun terasa pelik, hehe
Kategori Komen Entri beri peluang utk saya keluar dari kebiasaan.

Blog Santai delete icon 9:12 PTG

Thanks so much BM mempromosikan my blog. Tak ada salah/pelik nya lari dari kebiasaan kan..tak perlus serius selalu-selalu. lagipun kita sekadar berkongsi kegembiraan kan disamping mengundang lebih PV for the day...

Tanpa Nama delete icon 10:03 PTG

takpe..sesekali buat kejutan untuk pembaca..che ta memang cantik..tapi berbeza pula wajah dia dengan sekarang di perkahwinan terdahulu..tahniah buat ZS & RCW :)

Unknown delete icon 11:17 PTG

BM..hehe..nak komen ke tak..nak komen ke tak.. =)

Alhamdulillah.. tahniah kpd pasangan. Semoga berbahagia di dunia & akhirat.. aamiin.
T kasih BM diatas perkongsian yg menarik.. :)

mrhanafi delete icon 7:03 PG

tahniah buat pasangan ini..che ta tua 2 tahun saya ..he..he..

BinMuhammad delete icon 9:05 PTG

Kelakarlah Kak Nah...hahaha

BinMuhammad delete icon 9:06 PTG

Tak membantu sgt pv...tapi ok jugalah, hehe

ANIM delete icon 1:48 PTG

rasa lain macam pulak bila BM buat entry fasal artis. tak mo lagilah hee...

OKje delete icon 9:16 PTG

Apa nak lainnya ...okjerr...nama pun manusia hehe sesekali nak gak hiburan .....takkan asyik ilmu je hehe..... tak gitu?

Jauh beza betul ye, muka dia masa perkahwinan pertama dulu dan sekarang. Kalau tak sebut, saya pun tak tahu tu Cik Ta kita. Tapi apapun, semoga berbahagia sehingga keakhirnya

Aimacomel delete icon 10:07 PG

Che Ta owh Che Ta... hehe

Unknown delete icon 12:47 PTG

Haha..mcm pelikkk je BM citer pasal artis..tp xmengapa..entrinya ada kelainan. Wauuu berinai pun ada baju jgk.. erkkk

Unknown delete icon 11:59 PTG

moga bahgia...
http://bondasha.blogspot.com/

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap