Mangsa-Mangsa Banjir

Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir
Keadaan banjir di Kuantan
Bencana banjir semakin semakin buruk di Pantai Timur. Ramai sekali mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah sementara sama ada ke rumah saudara mara mahu pun ke pusat-pusat pemindahan sementara.

Pusat-pusat ini diwujudkan khas sebagai tempat perlindungan sementara buat mangsa-mangsa banjir.

Bencana banjir kini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap hujung tahun pasti akan berlaku. Ianya sudah menjadi perkara normal buat penduduk-penduduk di Pantai Timur, cuma situasinya sahaja sama ada teruk atau pun tidak. Pusat-pusat pemindahan sementara mangsa banjir ini pula sudah menjadi lokasi sinonim buat mereka. 

Kemudahan Pusat Pemindahan Sementara

Oleh kerana setiap tahun berlaku, maka tidak ada timbul lagi sebarang kesulitan dalam pengurusan di pusat-pusat pemindahan sementara mangsa banjir ini.
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir
Mangsa banjir

Namun yag menjadi persoalan, apabila ianya sudah menjadi perkara biasa, tidak adakah penambahbaikan dalam menguruskan tempat-tempat ini?

Melihat kepada keadaan mangsa yang dalam keadaan hiba, sedih dan tertekan, pasti timbul rasa kasihan. Ditambah pula dengan suasana ditempat pemindahan yang amat tidak selesa, bertambahlah derita mangsa. Sebagai sebuah negara yang sentiasa mengutamakan rakyat, sewajarnya pusat-pusat pemindahan ini di beri peningkatan dari segi peralatan dan kemudahan.

Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir - Sumber Google
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir - Sumber Google
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir - Sumber Google
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir - Sumber Google

Lebih penting disini adalah negara kita sebagai sebuah negara Islam, maka agama Islam seharusnya di jadikan panduan dan rujuan dalam menguruskan pusat-pusat pemindahan sementara ini. Sungguh amat tidak wajar sekiranya lelaki dan perempuan yang bukan muhrim ditempatkan disatu tempat yang terbuka. Ini amat memberi ketidakselesaan untuk menjaga aurat dan keselamatan.

Kemudahan Untuk Kebaikan

Mungkin kita perlu belajar lagi dalam pengurusan dan penyediaan kemudahan di pusat-pusat penempatan untuk mangsa-mangsa banjir ini. Contoh terbaik seperti yang dilakukan di Jepun ini. Setiap keluarga di tempatkan dalam khemah masing-masing. Barulah terjaga aurat dan mudah di kawal. Keselamatan juga terjamin. Semoga ianya dapat menjadi contoh yang boleh kita pelajari. 

Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir
Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Bencana di Jepun

Bukan hendak menuding jari kepada sesiapa. Bersyukur dengan apa yang telah disediakan. Namun untuk masa-masa akan datang diharapkan perkara ini dapat dipertimbangkan dan diusahakan oleh pihak berwajib. Bencana yang berlaku bukan hanya sekali ini...ianya akan tetap berulang dimasa akan datang. Pelaburan keatas kemudahan ini sentiasa boleh di gunakan semula dan bukannya satu kerugian. Semoga keadaan dan suasana di pusat-pusat pemindahan sementara mangsa-mangsa banjir ini berubah seiring dengan kemajuan negara.

Berdoalah kita agar keadaan banjir ini akan segera pulih dan tidak bertambah buruk. Doakan juga semua yang terlibat diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menempuh musibah yang melanda. Semoga mereka sentiasa dilindungi dan dalam keadaan sihat serta selamat. 


Admin...

33 comments - "Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir"

Unknown delete icon 4:45 PTG

betul juga idea bro..kekadang kita leka dgn perkara yang jarang berlaku... sehingga kita mengabaikannya..

Zawiah delete icon 5:11 PTG

kalau lah mereka yg 'berkenaan' boleh nampak fikir keperluan pengasingan itu , alhamdulillah .

umiawadah delete icon 5:21 PTG

saya pun sehingga kini tertanya-tanya,alangkah bagusnya Malaysia juga dapat menyediakan satu tempat sesuai untuk penempatan banjir (kita dah maklum banjir akan berlaku setiap tahun),dewan orang ramai atau sekolah biasanya mereka ditempatkan,lihatlah keadaan mereka,mereka pun mesti tidak selesa bila bercampur-campur sebegitu...saya juga bukan ingin menunding jari kepada sesiapa,tetapi sekadar memberi pandangan sebagai rakyat...

Mizz Aiza delete icon 6:37 PTG

semoga banjir cepat pulih.. kasihan kepada mereka yang menjadi mangsa.. kepada mangsa semoga terus tabah menghadapi ujian ini..

Unknown delete icon 8:46 PTG

Mudah2an ada pihak2 tertentu yg buka mata dan ambil langkah yg lebih baik..contohi negara Jepun..
Memang menyedihkan dn kesian pada mangsa banjir..

Blog Santai delete icon 9:24 PTG

Dugaan untuk mangsa kan. Kita setuju supaya kerajaan lebih perihatin masalah banjir ni coz almost every year berlakukan..sepatutnya mereka yang bertanggungjawab lebih bersedia dengan keperluan yang lebih baik..Whatever it is syukur kalau dia orang selamat..itu yang lebih penting..

Pha Is delete icon 10:23 PTG

pusat pemindahan mangsa banjir di thailand pun sangat convenient... x mcm kat malaysia...

Unknown delete icon 11:12 PTG

Syukur semua mangsa selamat...semoga tak ada yang terkena penyakit berjangkit atau apa-apa masalah...Keselesaan mungkin tiada...Harap juga ada pihak yang memikirkan perkara sebegini demi untuk keselesaan rakyat negara kita ni...
Dan berharap tak ada pihak politikkan perkara macam ni...


x0x0 ^___^

Tanpa Nama delete icon 11:33 PTG

betul juga...setuju dengan BM..

lynmunir delete icon 1:40 PG

Betul tu Bin, sudah seharusnya kita lebih peka kepada perkara yang begini. Mahu tidak mahu kita harus mengaku yang Japan ( sbg contoh ) berjaya mengurus mangsa bencana dengan baik berbanding dengan yang negara kita lakukan. Teguran ini harus diterima dengan hati yang terbuka oleh kerajaan. Tak guna sibuk menghulur bantuan ke merata dunia sedang rakyat sendiri terabai bila bencana menimpa.

ANIM delete icon 7:56 PG

kak teringat cerita salah seorang kawan kak yang terlibat dalam musibah banjir yg melanda johor dahulu. kerana memikirkan aurat, menyalin pakaian, menyusu anak, suaminya memasang khemah kecil untuknya di pusat pemindahan banjir tersebut.

PCL delete icon 8:42 PG

sy sejujurnya blm pernah mengalami musibah banjir teruk di kawasan tempat tinggal...sukar utk sy gambarkan keadaan dan suasan penempatan.., gambaran dari media sudah memahamkan keadaan ..selain simpati dan juga empati dengan keadaan mangsa. Berdoa agar musibah ini tidak berpanjangan .

Itulah juga yg kakak dan abang bincangkan sebelum tidur malam tadi BM. Kalau sediakan khemah kecik-kecik yg boleh masuk dlm bangunan rasanya lebih selesa. Macam mana yg perempuan dan lelaki yg bukan muhrim berada di dewan sama. Tak selesanya... kesian. Hendak berwudu' dan solat lagi macam manalah kalau ramai macam itu. Satu hal nak bertudung 24jam rasanya aduhai. Kalau ada aircond tak apa juga ini kipas aje dan org sesak mestilah panas.

Kita lihatlah menteri mana akan bersuara kelak akan adakan bangunan khas utk memindahkan mangsa banjir - tak guna sekolah lagi (sebab perlu digunakan tiap tahun kan). Tunggu BM jadi wakil rakyat ajelah hahaha... mesti kakak undi punya:)

Seksa life kat pusat pemindahan banjir ni. Privacy dah tentu-tentu takda. Rasa macam hidup gelandangan pun ada sebab barang-barang sendiri nak letak kat mana pun tak tau. Kalau nasib tak baik, terpaksa bersesak-sesak dalam satu pusat.

Unknown delete icon 10:15 PG

Dalam gerimis penyeri rahmat,
Salam manis dihari Jumaat.

Pohon serawa melentuk basah,
Tangga rebah tiada kuatnya;
Mohon berdoa untuk yang susah,
Semoga musibah ada rahmatnya.

NM03 delete icon 10:53 PG

moga mereka yang terlibat dengan bencana alam kini, tabah dan kuat menghadapi ujian.

Orkid delete icon 11:20 PG

Doakan aja & saya clik2 nuffnangx2 ya

Khir Khalid delete icon 2:46 PTG

Mmg teruk bencana banjir ni, terutama klu penempatan sementara juga tidak diselia dgn baik.. ada perkhabaran dari beberapa rakan yg terjebak dgn masalah banjir ini di pahang.. bantuan mmg agak lambat diterima, disamping kesukaran kerana berebut2 ration bantuan makanan.. mmg kesian. bnyk NGO yg x dpt masuk kerana disekat atas faktor keselamatan. Bantuan yg sepatutnya diharapkan juga tiba terlalu lambat & x sempurna... Ini bukan buat cerita, ttp perkhabaran sebenar dari sahabat2 yg menghadapinya sekeluarga..

mrhanafi delete icon 5:11 PTG

banjir begini memberi keinsafan kepada kita..

OKje delete icon 8:48 PTG

Baguslah Jepun punya style tu....tak pernah tau....tulah pasal sebab rajin sangat membaca hehe.....ini pun ada org tolong galikan tq BM.. .....hehe.... tp kan BM kalau selesa gitu takut org tak mo balik pulak nanti hehe
Simpati dengan nasib mereka....

kita bersangka bai dengan ALLAH.. mungkin ini adalah teguranNya.. tapi kesian di kawasan penempatan yang ada bayi dan orang tua... kelengkapan tidak mengcukupi

Barangkali kekurangan peruntukan dan perlukan kerjasama daripada pelbagai pihak.

wanariahamiza delete icon 10:42 PTG

Teruknya banjir. Hanya doa mampu dikirim buat keluarga di sana. :(

Ada menteri berkata...dia kata sistem, perkhidmatan dan kemudahan di pusat pemindahan sementara kita berkelas dunia, lebih baik dari Jepun!
Macammana tuuu...?

Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan....huhuhu

Melihat sahaja sudah terasa siksa...apatah lagi jika mengalaminya sendiri.
Berat mata memandang berat lagi bahu yag memikul.

Rungutan dan rintihan sebegini hanya kedengaran di media sosial. Kalau di media utama...segalanya bagus dan berjalan lancar.
Kasihan kpd mangsa...semoga mereka tabah dan sabar. Selamat dan sihat.

Mereka nampak tapi...Hmmmm... bersangka baik ajer le.

Pha Is delete icon 5:27 PTG

hahaha.. tu satu hal..
kat thailand siap ada khemah. kita mintak khemah spaya batas aurat terjaga. tak terlalu open macam sekarang ni.
tapi pak menteri kata khemah x sesuai sebab malaysia panas. jepun pakai khemah sebab cuaca sejuk. kita mntak khemah bukan sbb nk duk dalam tu 24 jam.. tu just untuk kegunaan para muslimah spaya lebih privasi untuk sesetengah urusan..

bunda delete icon 8:15 PG

Takziah kepada mangsa2 banjir...ujian Allah dalam berbagai bentuk....ini masa mereka...masa kita ntah bagaimana...

bunda delete icon 8:25 PG

Setiap musibah ada musababnya dan hikmahnya...Hanya Dia maha mengetahui...

Unknown delete icon 1:11 PTG

Hmm..itulah yg dipersoalkan..harap tahun depan tidak seperti ini lg..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap