بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bersyukur kerana dapat menikmati lagi hari yang indah ini. 
Relaks minda anda seketika dan mari kita bersyair.
Syair indah yang penuh makna, memberi ingatan dan pedoman
buat santapan hati dan jiwa 
sambil mata menikmati kedamaian bersama arus ketenangan.

syair pedoman bersama arus ketenangan

KEAIBAN PADA DIRI KITA 


Kita kerap menyalahkan zaman ini, 
sedang keaiban sebenar
adalah pada diri kita,
tiada sebarang aib pada zaman kita,
kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini, 
tanpa jenayah dilakukannya 
kalau zaman tahu mengatur kata, 
tentulah ia mencaci kita kembali.
Dunia kita adalah lakonan
 dan menunjuk-nunjuk,
sebenarnya kita memperdaya 
Yang Maha melihat kita.
Si serigala tiadalah pernah
memakan daging rakannya,
sedangkan kita kerapkali
makan daging sesama sendiri.
~ Syair Imam Syafie

syair pedoman bersama arus ketenangan

ANUGERAH ALLAH


Aku melihat-Mu pada saat penciptaanku,
yang penuh dengan anugerah.
Engkaulah sumber satu-satunya,
pada saat penciptaanku.
Hindarkan aku dari anugerah yang buruk. 
Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku,
hingga saat Engkau mematikanku.
~ Syair Imam Syafie

syair pedoman bersama arus ketenangan


Terima kasih menikmati syair pedoman bersama arus ketenangan di Relaks Minda...nikmati dan hargailah setiap masa yang berlalu kerana ianya umpama arus air yang mengalir, tidak akan berpatah balik...


Author by Bin Muhammad

23 comments - "Syair Pedoman Bersama Arus Ketenangan"

Kakzakie delete icon 8:20 PG

Syair yg mendidik jiwa dan rohani kita agar merenung dalam diri kita sejauh mana baik dan buruknya yg ada di dalam diri sendiri sebelum izrael mencabut nyawa. Hargai dan berbuat terbaik semampu boleh selagi hayat di kandung badan.

Indah utk direnungkan.

sebab tu kita kena sentiasa beringat bahawa apa yang sudah berlalu akan berlalu, maka kena sentiasa melakukan perkara yang baik dan tidak melalaikan sehingga boleh menyebabkan kita akan kecewa kelak.. :)

Syair yang penuh makna dan pengajaran..Terima kasih dengan santapan jiwa ini!

paridah delete icon 9:10 PG

syair hebat ukiran penyair hebat....tenangnya jiwa melihat air yg mengalir...subhanallah indahnya.

baby comel delete icon 10:01 PG

Terima kasih tuan BM, hari ni saya gagal. Dan alhamdulillah kegagalan saya hari ni saya rasa bersyukur sgt dgn ujian tu. Lega bila ujian ni buat saya rasa kuat sgt..

ZazaMyMoon delete icon 10:45 PG

Syair yang penuh makna mendalam.. :)

syair...juga sekadar hiburan...kalau dibaca dgn mendalam...mmg sngat2 berinformasi..

Sy ni manusia biasa juga BM, kadang ada juga timenya terlalai...bila teringat ingat entri mcm ni la...baru ada niat utk x jadi nak lakukan sesuatu tu dgn lebih jauh lagi...cth...mcm makn daging saudara sndiri...biasa la perempuan kan....sy hambaNya yg lemah.:-(

acik idah delete icon 11:23 PG

Syair indah untuk maha pencipta...
Sejuk hati, tenang fikiran melihat derusan air yang mengalir tanpa henti...

Yang pergi takkan kembali
Yang hilang takkan berganti
Namun kita tahu bait berperi
Semoga kita selalu berhati suci..
Ampunkan kami Maha Pencipta Alam..
kami tak mampu berdiri tanpa Empunya Bumi...

puitis sekali syair itu untuk kita hayati dan ambil pelajaran dari kata-katanya..

Pha Is delete icon 1:21 PTG

cantik syair arab tu...

bermakna sekali makna yg tersirat itu..mari kita ambil iktibar daripadanya..

Apapun kisah yang terjadi
Harus berbalik pada diri sendiri
Mungkinkah semua ini
Terjadi atas salah kita sendiri
Sebelum bangkit terus menuding jari
Dunia hanya persinggahan bukan yang abadi
Sesungguhnya janji Allah itu pasti !
Cuma kita saja x tau bila saatnya akan tiba nanti
Sudah bersediakan kita utk menghadapi ???

Vee delete icon 3:17 PTG

sangat bermakna untuk direnungi dan dihayati mesejnya .

Tenang sekali melihat air yang mengalir tu...seakan hidup..

Yumida Huda delete icon 7:23 PTG

indah kata2 dri imam syafie
moga kata2nya kita renungkan mendlm..byk mesej yg ingin disaampaikan
isi tabung nuffnang sini-transitions

indah kata-kata ini ..sangat bermakna untuk direnungi

teringat akan nikmat berada dalam hutan sambil menikmati keindahan alam.. tenang nya dan sajak yg memberi maksud bg org yg memahaminya

Itulah peranan sesebuah karya kreatifn seperti syair ini, memberi pesanan dan didikan. Bukan sekadar luahan rasa sahaja.

Ya Allah indahnya syair ni..

hainom OKje delete icon 10:07 PG

Puiti weyh syair ni BM..... sang permaisuri mesti tak boleh tidur ni kalau tak disyairkan dulu dengan sang King hehe

Assalam BM.. kata2 indah namun sarat dgn pesanan & peringatan. Semoga menjadi renungan kebaikan buat kita semua.. aamiin

Pha Is delete icon 5:57 PTG

cantik gambar .gif tu..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap