Banjir Melanda Lagi
Apabila tiba sahaja hujung tahun bermakna tibanya musim hujan. Angin Monsun Timur Laut akan mula mengganas. Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung akan merasai kesannya. Malapetaka seperti banjir, ribut dan tanah runtuh akan kerap berlaku.
![]() |
Keaadaan di Pusat Bandar Kuantan |
Isu ini akan menjadi bahan cerita hangat dan selalu dikemas kini oleh blogger. Komen Entri kali ini memilih kisah banjir yang di kemaskini oleh dua blogger Pantai Timur ini.
Banjir di Kuantan, Pahang
![]() |
ECM Shopping Kompleks - Kuantan |
Bandar Kuantan kini seakan lumpuh apabila paras air semakin tinggi menenggelamkan sebahagian besar bandar ini. Banyak jalan yang terpaksa di tutup.
Semoga mereka tabah menghadapi musibah yang melanda. Kemusnahan harta benda pasti merugikan dan membebankan. Sesungguhnya bencana dari Allah ini memberi peringatan bahawa tiada kuasa yang mampu menandinginya. Jika Dia berkehendak, tiada siapa mampu menghalangnya.
![]() |
Bahana banjir |
Kejadian banjir bermusim ini mungkin sudah di jangka. Persediaan awal dan sentiasa beringat perlu ada pada setiap orang agar dapat mengurangkan kerugian dan mengelakkan dari kecelakaan yang lebih buruk seperti kematian.
Blog Cerita Shark akan terus memberikan berita-berita dan kisah-kisah terkini tentang perkembangan semasa banjir di Kuantan. Semoga ianya dapat memberi maklumat kepada mereka yang memerlukan.
Banjir di Kemaman, Terengganu
![]() |
Keaadaan di sekitar rumah Jie Susanos |
Apabila jalan di tutup maka perhubungan terputus. Ianya pasti menyukarkan terutama untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Semoga setiap keluarga telah mempunyai persediaan secukupnya untuk mengharungi tempoh terputusnya hubungan ini. Diharapkan juga pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan secepat mungkin kepada mereka yang memerlukan.
Teruskan ke Blog Jie Susanos untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang keadaan banjir di Kemaman.
Berhati-Hati Ketika Banjir
Beginilah keadaannya di kebanyakan tempat di Pantai Timur dikala ini. Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor semakin tenggelam. Hujan yang turun tanpa henti turut terasa tempiasnya hingga ke Pantai Barat.
Setiap orang harus berjaga-jaga. Malang tidak berbau. Persediaan awal perlu dilakukan, jangan sampai "sudah terhantuk baru nak tegadah."
Kami mendoakan semoga mereka yang terlibat dalam bencana ini tabah menghadapi dugaan. Jagalah keselamatan terutama kepada kanak-kanak. Banjir bukan peluang untuk bersuka ria. Jangan sampai kita kehilangan orang yang tersayang. Pendawaian elektrik juga amat merbahaya. Berhati-hatilah... ikuti perkembangan dan maklumat banjir dari masa ke semasa.
Admin...
27 comments - "Terkini - Keadaan Banjir di Pantai Timur"
kesian mereka kan..
dugaan
Allahuakbar ujian untuk mereka ketika ini
Kereta tenggelam, rumah masuk air, brg2 bnyk rosak.. aduii mmg x larat bila terjebak dgn bencana spt ini.. kesiannya. Semoga mereka diberikan jalan yg sebaik2nya.. aamiin..
Berhati-hati...
keadaan sekarang (tengahari) makin teruk..
hujan lebat dari pagi tadi tidak berhenti,
ada setengah jalan sudah ditutup.
nnti sy update sebelah petang keadaan di Kuantan
harap keadaan akan cepat pulih..
em..kena awasi ank2 masa bnjir ni..
keadaan semasa waktu tengahri sudah pun diupdate :)
Slm singgah membaca tengahari ni !
Subhanallah... teruknya...
Semalam di kl hujan dari pagi sampai ke malam tak berhenti2...
tidur malam pun rasa bimbang jer.. walaupun kawasan rumah idah tak ada bukit...
risaunya selalu kalau hujan gini kat area hulu langat tu ada jer kes tanah runtuh... hopefully this time tak ada lah...
kathy pun tgh susah hati BM..hujan turun tak berhenti..tapi persiapan mengemas barang ada juga di lakukan aghar boleh di letak di tempat selamat dan lebih tinggi..
Biasanya Kelantan dulu kan....semoga semuanya berhati-hati di musim sebegini
banyak bersabar..
Subhanallah...semoga tiada bencana yang teruk dan meragut nyawa berlaku..
Takziah kepada mangsa2 banjir semua...
Assalammualaikum...BM,
wahh..teruk banjir kat kuantan nie.. kan!... peh... musim hujan bergini yang dirisaukan pasal keselamatan nyawa..
mselim3
Hari ni hujan tak berhenti2 seharian. Moga keadaan banjir buruk ini akan pulih segera.
ANAK AKAK KAT UMP KATA BYK KELAS CANCEL SBB RUMAH LECT KENA BANJIR HEHE
Tulah kesiankan....teruknya.... Nasib SPM dah nak habis tinggal satu dua paper utk aliran Teknik je...
Takut le kalau cenggitu nak bercuti dipersisiran pantai hoho
planning nak balik bercuti ke rumah MIL pun terbatal gara2 musim hujan & banjir ni !
di tempat aiza setakat ini cuaca mendung dari pagi hingga petang.. sesekali hujan akan turun gerimis.. baru minggu lepas aiza ke kuantan pahang, syukur ketika itu banjir belum bermula..
Kepada mangsa banjir berhati-hati dan jagalah keselamatan.
Teruk ni..hujan tak berhenti..Mohon sama-sama doa semua mangsa banjir selamat. Amin
Kalau dulu Kelantan & Trengganu yang selalu di landa banjir...tapi sekarang Kuantan dah take over...kesian dia orang..besar dugaan tu...
teruk jugak banjir kali ni..
Syukur sekarang dah surut. Banyak tempat kembali pulih,
Ya Allah teruknya tgk gambar dlm ecm tu..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”