بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Anda Inginkan... Ada JalannyaDi Mana Ada Keinginan Pasti Ada Jalannya: Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah kerana dapat lagi bersama anda. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pandangan untuk ingatan bersama.

Santaikan minda anda dan bayangkan apa yang anda inginkan dalam kehidupan didunia ini. Pasti macam-macam perkara dan benda yang berlegar-legar difikiran yang ingin dijangkau...

Adakah keinginan dan kehendak kita ini mengikut keperluan atau diatas tuntutan nafsu? Sebagai umat Islam, kita dibataskan dalam menginginkan sesuatu kerana tidak mahu terlalu asyik dan lalai dalam kenikmatan hidup didunia yang sementara ini. Kita punyai matlamat iaitu kehidupan di syurga yang kekal abadi.

Namun Allah SWT tetap akan menunaikan impian anda didunia ini seandainya ia masih lagi didalam garis yang ditetapkan. Setiap keinginan anda diberi jalan untuk mencapainya. Oleh itu apakah yang anda inginkan dalam kehidupan ini?

Apa yang anda inginkan? 

Segala yang anda inginkan... Islam beri jalannya...

Anda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada Jalannya

Anda ingin bahagia? 
Solatlah diawal waktu

Anda mahu dipermudahkan urusan? 
Rajinkanlah membaca Al-Quran

Ingin dihormati dan disegani? 
Contohilah perilaku Rasulullah SAW.

Mahu hidup diberkati? 
Perbanyakkan berselawat 

inginkan wajah yang berseri-seri? 
Bangunlah disepertiga malam dan bertahajjud

Anda mahu kaya? 
Berzakat dan berbanyakkan sedekah serta amal jariah


Anda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada Jalannya

Anda ingin sihat? 
Maka berpuasalah..

Mahukan ketenangan hati? 
Lafazkanlah zikrullah

Anda mahukan pertolongan? 
Berdoalah

Anda gagal dan berdukacita? 
Beristighfarlah

Anda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada Jalannya

Anda mahu Islam menguasai dunia? 
Solat subuh berjemaah dimasjid seperti ramainya bersolat jumaat.

Anda mahu kereta? 
Bekerjalah bersungguh-sungguh, ikhlas kerana Allah SWT.

Anda mahu lulus periksa? 
Belajarlah bersungguh-sungguh, ikhlas kerana Allah SWT

Anda inginkan syurga? 
Ikutlah segala perintah Allah SWT dan jauhi segala laranganNya.

Anda Inginkan... Ada Jalannya

Nyatakanlah apa sahaja yang anda inginkan... Pasti akan ada jalan penyelesaian dan panduan jika anda benar-benar yakin dan percaya bahawa Islam itu benar dan sesungguh Nya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah SWT. Jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan... Insyaallah, anda pasti akan menikmati dan mencapai apa yang anda inginkan.

Allah SWT Maha Besar lagi Maha Penyayang...sentiasa mendengar dan adil kepada umatnya... Yakin, beriman dan bertakwalah!


Author by Bin Muhammad

23 comments - "Di Mana Ada Keinginan Pasti Ada Jalannya"

Perkongsian yang baik BM. T/Kasih :)
Pagi2 tgk pic bunga indahnya ciptaanmu ya allah...

Alhamdulillah.. nice sharing..
sesungguhnya ajaran islam itu mulia & adil dari semua sudut..

Satu perkongsian yang hebat dari BM! ikutlah panduan yang mudah tu, tapi kebanyakkannya yang mudah tu lah yang paling payah nak diikut.

Wafi Remli delete icon 11:25 PG

'Point'nya kita kena kembali kepada Allah dan mematuhi tuntutan syariah yang sebenar...

Yana Yani delete icon 11:57 PG

terima kasih kerana berkongsi maklumat ni BM
saya cuba muhasabah diri

paridah delete icon 12:10 PTG

capai apa saja keinginan dgn tips n peraturan yg diberi...tq

Nurul delete icon 12:20 PTG

Nice sharing :)
Tq.

Tanpa Nama delete icon 12:50 PTG

suka baca n3 ni...

Sarah Talib delete icon 12:51 PTG

perkongsian yg cukup bermakna...terima kasih

Betul kerana sesungguhnya landasan dan peraturan dalam Islam telah tercatat indah di dalam kitab Allah. Mengikut landasan itu insya-allah semuanya mudah jadinya.

Tanpa Nama delete icon 1:46 PTG

alhamdulillah,perkongsian sungguh baik..sedang berusaha memperbaiki diri ini..

Bunda_nora delete icon 3:57 PTG

Alhamdulillah...suka tengok gambar2 tu, cantik2...

Alhamdulillah, terima kasih kerana mengingatkan.

Unknown delete icon 6:30 PTG

Keinginan mengajar kita erti perjuangan...Tapi biarlah dengan landasan yang betul...
InsyaAllah.....andai itu menjadi pegangan....
rezeki pasti milik kita....
perkongsian yang menarik :)

Unknown delete icon 6:55 PTG

perkongsian yg bermakna arini
moga kita sentiasa mengingatiNya n mengerjakan suruhanNya
thanks sharing bersama kami

Mizz Aiza delete icon 11:16 PTG

suka membaca perkongsian sebegini.. setiap apa yang kita inginkan pasti Allahlah jawapannya.. :D

Subhanallah.. perkongsian yg baik.. semoga menjadi amalan utk kehidupan yg cemerlang di dunia & akhirat... aamiin..

Bunga-bunga yang cantik

Yup BM...Islam itu sempurnakan...Semuanya ada & terpulang kepada kita...

kakiblog delete icon 2:15 PTG

cantik entri...KB terkesan tuan!

Assalam
Perkongsian yang sungguh mendidik . Terima kasih Tuan BM.

Syukur diatas perkongsian yang penuh bermakna dan sesuai untuk diamalkan

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap