Dekorasi Bilik Tidur dan Rekaan Katil untuk Kanak-Kanak: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anak kita semakin hari semakin membesar. Sampai ketikanya, mereka perlu mempunyai bilik tidur sendiri. Kanak-kanak sememangnya sukar untuk tidur bersendirian dibilik tidur mereka.

Perlu ada cara untuk memujuk dan memikat mereka agar dengan sendirinya mereka ingin berpisah dan keluar dari bilik tidur anda. Salah satu daripada caranya adalah dengan melakukan dekorasi katil dan bilik tidur agar kelihatan menarik dan menyeronokkan buat mereka.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Sedikit perbelanjaan pengubahsuaian perlu dilakukan. Tapi apalah salahnya untuk simanja kesayangan anda. Anda juga tidak perlulah bersusah payah memujuk dan hati pun senang. 

Selain dari itu anda perlu bijak melakukan dekorasi susunan dan pemilihan perabot agar bilik tidur anak anda kelihatan selesa dan menceriakan mereka.

Pilihan Idea Kreatif  Dekorasi Bilik

Apa yang dipaparkan disini adalah beberapa contoh yang mungkin menarik perhatian anda dan membuka minda untuk membuka minda dan memberi idea bagaimana untuk mendekorasikan bilik tidur anak anda.

Ianya adalah 'custom made' dan tidak didapati di kedai-kedai perabot. Tempahan harus dilakukan melalui perbincangan dengan 'interior designer'. Kebanyakan kedai perabot ternama dan besar mempunyai perkhidmatan ini.


Namun mungkin anda juga boleh ubah suai sendiri jika punya kemahiran. Yang penting di sini adalah, kreativiti dan idea dekorasi bilik tidur, susunan, warna dan perabot yang boleh menjadi contoh dan boleh anda praktikkan. Berikut adalah beberapa teknik dekorasi dan pilihan katil dan perabot yang mungkin menarik minat anda serta anak-anak anda.

1. Dekorasi Katil Bertingkat 
Bagi anda yang mahukan anak anda berkongsi bilik tidur namun ruang pula agak terhad. Pilihan katil bertingkat adalah yang paling sesuai. Paling penting dalam pemilihan katil jenis ini adalah faktor keselamatan dan kesesuaian kerana katil tersebut pastinya tinggi. 

Selain dari itu lihatlah kepada kelebihan pada rekaan katil bertingkat tersebut yang mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang bersesuaian dengan karektor anak anda.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Katil bertingkat yang sesuai untuk kanak-kanak aktif.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-KanakDekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Katil bertingkat yang mempunyai ruang-ruang menyimpan yang tersorok dan rak.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Katil bertingkat yang mempunyai pelbagai saiz katil yang berbeza.

2. Dekorasi Susunan dan Rekaan Menjimatkan Ruang
Susunan perabot sangat penting kerana ianya dapat membuatkan ruang yang sempit kelihatan luas. Ia juga penting agar kanak-kanak ini selesa dan tidak terasa lemas dalam bilik tidur sendiri. Susunan katil dan perabot paling sesuai disusun rapat ke dinding. Warna yang terang dan cerah dapat memberikan ruang lebih tampak luas.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Katil, almari, rak dan meja yang terbina sekali sangat sesuai untuk bilik tidur yang sempit. Ianya dapat mengurangkan jumlah perabot di dalam bilik.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-KanakDekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Katil dikedudukan yang tinggi dapat memberi ruang dibawahnya untuk dijadikan almari. Ianya menjimatkan ruang sehingga dapat mewujudkan ruang lain untuk riadah. 

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Rekaan katil yang tersorok yang boleh disimpan juga pilihan terbaik dalam menjimatkan ruang

3. Pilihan Dekorasi Tanpa Bilik
Tidak semua dari kita mempunyai rumah yang mempunyai banyak bilik. Jika anak-anak ramai, pasti ada yang terpaksa tidur di luar bilik. Namun itu bukanlah satu alasan untuk kita tidak memberikan keselesaan buat mereka. Masih ada pilihan rekaan katil dan perabot yang sesuai untuk diletakkan pada ruang di luar bilik tidur.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Rekaan katil dan perabot yang sesuai diletakkan di luar bilik tidur. Kemas dan tersusun. Pasti anak-anak anda juga menyukainya. Tidak menyesakkan, hanya perlu diletakkan pada satu sudut di rumah anda.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Satu lagi contoh rekaan yang sesuai diletakkan di luar bilik tidur anak. Yang penting, jangan abaikan keselesaan mereka.

4. Dekorasi Bilik Juga Sebuah Ruang Permainan
Rekaan bilik tidur yang menyerupai sebuah taman permainan pasti menarik minat kanak-kanak. Mereka pasti mahukan pondok mereka sendiri dan rekaan ini pasti dapat menjadikan impian mereka satu realiti. Jangan salahkan saya pula jika mereka akan meluangkan banyak masa hanya di dalam bilik.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-KanakDekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Agak keterlaluan tetapi jika ini dapat memujuk dan memberikan kegembiraan buat mereka, apalah salahnyakan. Tapi pentingkan juga keselamat!

5. Satu Bilik Ramai Anak
Jika anda kekurangan bilik, anak-anak sama jantina, mereka bolehlah ditempatkan bersama di dalam satu bilik tidur. Namun berilah keselesaan buat mereka kerana bilik yang dihuni oleh ramai anak-anak pasti akan menyempitkan rung. Pilihan perabut terutama katil dan susunan perabot mestilah bersesuaian agar tidak menyempit ruang. Jika boleh, ruang bilik tidur hanya disediakan katil dan almari pakaian sahaja. 

Apabila adik-beradik dalam satu bilik, pergaduhan mudah berlaku. Biasalah...adik beradik, oleh itu jangan jadikan bilik itu hak sesiapa...cukup sekadar tempat tidur dan salin pakaian.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Tiga katil 'bertingkek-tingkek' tersusun menarik. Kemas dan tersusun.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Katil yang menggunakan ruang dinding sepenuhnya akan dapat memberi ruang lebihan yang lebih luas didalam bilik.

6. Bilik Sebuah Cerita Fantasi
Rekaan bilik tidur ini pastinya menjadi idaman setiap kanak-kanak. Sebuah bilik yang berdekorasi serta bertemakan karektor atau watak animasi yang mereka minati. Bilik yang penuh dengan gambar karektor seperti kartun Upin & Ipin, Hello Kitty, Smurf, Snow White dan sebagainya pasti akan menarik minat mereka.

Rekaan perabot dan katil yang unik juga pasti memberi keseronokan dan minat mereka untuk tidur dibilik ini. Tapi jangan terlebih menghias pula, nanti mereka takut pula... 

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Katil sebuah kereta kuda ini pasti memikat hati dan keinginan anak-anak untuk tidur disini.

Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Anak - Kanak-Kanak
Rekaan katil umpama didalam sebuah istana dalam kisah-kisah buku cerita pasti memukau keinginan kanak-kanak untuk tidur dibilik mereka.

Utamakan Keselesaan Dan Keselamatan

Dekorasi katil dan bilik tidur untuk kanak-kanak ini hanyalah gambaran dan pencerus idea kreatif untuk anda menggubah bilik yang sesuai untuk anak-anak anda. Utamakan keselesaan dan minat mereka. 

Gunakan warna-warna yang mereka minati. Warna yang cerah dan terang mampu memberi keceriaan dan seri kepada bilik tidur anak anda. Jangan pula terlalu mengikut pilihan anda, ikut juga citarasa mereka. Selain dari itu, pencahayaan di dalam bilik juga amat penting.  

Dalam keasyikan anda menghias dan mendekorasi bilik tidur anak-anak ini, utamakan keselamatan. Pastikan tiada ruang untuk kemalangan mudah berlaku. Katil yang tinggi berkandang, lantai yang tidak licin dan tiada bucu-bucu tajam yang boleh mencederakan. Pastikan juga semua peralatan dan kemudahan didalam bilik mudah dicuci dan dikemas.

Dekorasi Katil dan Bilik Kanak-Kanak
Ajarkan anak-anak anda doa ini.

Semoga kanak-kanak gembira dengan dekorasi, katil, peralatan dan hiasan di dalam bilik tidur mereka. Mereka gembira anda pun ceria... :)


Admin...

39 comments - "Dekorasi Katil dan Bilik Tidur Kanak-Kanak"

bila meningkat remaja..masing2 mahukan privacy...berat hati berkongsi bilik (pengalaman akak )

sitirohaida delete icon 11:03 PG

mesti diorang suka bila dpt bilik yg di makeover mcm ni...

Unknown delete icon 11:12 PG

Kalau macam nie punya cantik.. jangan kan kata anak... mak ayah pun nak lepak kat sini.. hehehe...

Good One.. :D

Unknown delete icon 11:23 PG

cantiknya...ni bkn kate budak..mak budak pun terpikat ni..ahahahahah

Ini bukan anak-anak saja yg suka, kalau kakak pun suka cantik macam ini.
Kakak terpikat katil yg siap ada tempat simpan barang. Termasuk ada tangga berlaci nampak kemas..

anak-anak suka sangat kalau dapat bilik sendiri..akak taklah mampu buat macam ni, tapi biasa-biasa je..diorg suka jugak

paridah delete icon 12:04 PTG

wah kemas n cantik..

lagi2 zaman skrg ni.. anak2 membesar dgn zaman IT yg berleluasa.. kalau lah dapat deco bilik anak2 mcm ni.. hurmm mesti dorang tak keluar2 bilik.. silap2 dok dlm bilik doplohpatjam.. hehe

betoi...sangat menarik..si manja pasti gembira mempunyai bilik yg dihiasi perbagai perabut..dgn warna ceria dan hiasan dibilik ini berwarna terang dan lembut digabungkan, pasti simanja lebih seronok...

Tanpa Nama delete icon 1:25 PTG

Aduh rasa nk brkampung plak dlm bilik...seronok teguk bilik cantik cenggini...

Assalam
Cantik dan menarik dekorasi yang di paparkan ini. Bukan sahaja menjimatkan ruang dan kos , malah prinsip 'jangan jadikan bilik itu hak sesiapa' adalah sangat baik. Ianya bagus sebagai didikkan anak - anak seterusnya mampu menjana lebih kasih sayang sesama adik - beradik.

Mizz Aiza delete icon 1:54 PTG

bagus entri ini BM, memberi idea kepada ibu bapa di dalam mengubahsuai kamar tidur anak-anak.. selain itu ianya sangat kreatif dan menjimatkan juga.. :D

Yana Yani delete icon 2:07 PTG

walawei, boleh ciplak idea ni
tak lama lagi nak pindah ni
terima kasih BM =)

Khir Khalid delete icon 2:30 PTG

Cantik, kreatif dan sgt menjimatkan ruang.. pasti anak2 suka. T kasih diatas perkongsian BM.. :)

Wafi Remli delete icon 2:57 PTG

Saya rasa saya kena lebih pandai berjimat...ruang

Tanpa Nama delete icon 3:04 PTG

pergh mmg cantik2, maaflah lama x menjgk, leps baik sakit mood berblog turut jatuh merundum lah ! !

Unknown delete icon 6:10 PTG

wah sume pic awesome la BM!
kagum tgk dekorasi tu
beznye klo zaman dulu2 ade katil mcm ni
jgnkan katil, bilik sendiri pun xde..huhuhu
aah klo ade bilik sendiri mmg syok je menghias..yg penting keselesaan..kan kan

klau dapat bilik cantik mcm tu mmg seronok ^_^

Kebanyakan dekorasi gambar yang dikongsikan ini rasanya di bilik tidur di luar negara. Bagaimana pula dengan dekorasi mengikut kesesuaian dan kemampuan masyarakat di Malaysia. Namun, sedikit sebanyak perkongsian ini memberi idea kepada ibu bapa untuk menghias bilik anak mereka.

selamat petang dan assalamualaikum,

waahh... memang cantik dan sangat menarik, insyaallah kalau ada rezeki mama juga mahukan bilik anak perempuan mama seperti ini... :)

Unknown delete icon 9:07 PTG

hihi,...cik akak pun nak gak bilik secomel nie..hahaha..

Zawiah delete icon 11:51 PTG

kalau si anak tu lasak n nakal ... pengsan !

ANIM delete icon 8:24 PG

budak sekarang susah nak share barang. 2 abdul pun nak bilik sendiri. dah besar tak mau dah double decker. zaman kak dulu, masing2 takde bilik khusus. sebab tu kak rasa "sikap tak kisah" dan boleh kongsi tu disemai sejak kecil

Pha Is delete icon 9:58 PG

cantik.. yg x bleh blah, siap dengan papan gelongsor tu.. hahaha

Tanpa Nama delete icon 2:13 PTG

memang berangan2 nak anak2 guna katil ala2 macam ni,tapi dengan keadaan rumah yang selalu banjir ni memang tak berani nak pakai.takut tak terangkat pulak nanti..

OKje delete icon 6:35 PG

Kalah boleh mmglah nak deko bilik anak mcm salah satu pic tu tp apakan daya....rumah hanya sekangkang zirafah....so brrsyukur dgn apa yg ada pun dah cukup baik rasanya......

Unknown delete icon 12:54 PTG

Cantik..kemas dn jimat ruang..angan2jg nak buat mcm dlm pic ni...

kemas....sorry lama tak kunjung berada di overseas.

Tanpa Nama delete icon 12:41 PTG

Jarang blogger nak buat ulasan2 tip2 macam ni...good job...

bagus buat inspirasi interior

Info ini banyak membantu saya utk memisahkan anak yg berusia 4 tahun dari tidur bilik saya

Info ini banyak membantu saya utk memisahkan anak yg berusia 4 tahun dari tidur bilik saya

Unknown delete icon 11:40 PTG

Bile nk upload bilik ank puan..

Unknown delete icon 6:59 PTG

memang terbaikk la kemasan bilik macam ni. Nescaya anak2 saya suka duduk dalam biliknyer(^_^)
bila2 free bolehlah melawat blog saya ni ye.
www.vitamin4mama.blogspot.com
Tq

Unknown delete icon 5:40 PG

Nice to read!
jemput singgah blog saya www.rehanswardrobe.blogspot.com

Tanpa Nama delete icon 8:44 PTG

lawa...tapi klu yg siap sedia cenggini tak mampu la...ada dua option...beli katil double decker yg biasa, pastu hias dinding...atau upah tukang buat "pasang lantak" ke dinding. hehe

MAIZA AZMI delete icon 4:59 PTG

Banyak idea tercetus bila tengok gambar-gambar di atas terutamanya yang tinggal di apartment. Kerana ruang yang terhad. Dengan idea-idea ini masih mampu memberi keselesaan kepada anak-anak. Selain perabot, cadar juga memainkan peranan penting Untuk mudah dan supaya sentiasa nampak kemas, cadar patchwork adalah pilihan yang terbaik. Lepas anak-anak main di atas katil pun cadar tetap kemas.

Unknown delete icon 4:46 PTG

jimat space mcm ni..seronoknye ank2 dpt blk cmni..

Jom jln2 kt blog akak

Tanpa Nama delete icon 8:21 PTG

cantilnya

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap