Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua, semoga sihat sejahtera dan dirahmati. Terima kasih berkunjung ke Relaks Minda. Kunjungan anda amat dihargai...

Sudah puas blogwalking? Bergerak dari satu log ke satu blog...atau anda mencari sesuatu tetapi tersesat kesini? Apa pun tujuan anda...Rehatlah seketika. Tenangkan fikiran dan minda seketika. Nikmati keindahan alam semulajadi yang menakjubkan ini... Ianya dicipta untuk kita nikmati bersama...

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa
Bila mentari mula menyinar...terserlah keindahan alam
Bersyukurlah...Alhamdulillah

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Bermula langkah menyusuri titian menikmati keindahan

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Menyusuri celah bebunga menawan berwarna-warni

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Mendengar alunan merdu dikala air menuruni bebatu

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Semakin tinggi semakin indah
Sungguh menakjubkan...Subhanallah 

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Kedamaian dilembah menjadikan aliran semakin tenang

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Setenang air kali yang begitu mendamaikan

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Ketenangan yang menghentikan segala pergerakan.
Ketenangan hati memuji Yang Satu...Laailahailallah

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Umpama cermin menyerlah keindahan tasik yang mendamaikan

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Menyusur terus ke laut yang mengagumkan
Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa...Allahuakbar

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa 
Kedamaian lautan sungguh indah namun tidak terduga

Sekejap sahaja kunjungan anda disini. Menikmati betapa indahnya alam ini. Ciptaan sempurna Maha Pencipta untuk tatapan kita bersama. Semoga anda beroleh sedikit terapi santai yang memberi ketenangan. Dapat merehatkan minda seketika sebelum anda meneruskan kembara ke blog lain ataupun mencari sesuatu di alam siber ini. 

Kini masa pun telah berlalu. Hargailah masa kerana ianya tidak akan berulang kembali. Ianya akan terus berlalu tanpa menunggu... Sedar atau tidak, sudah 20 hari tahun 2014 berlalu dan bulan Februari pula akan menjelma. 

Salah satu tanda-tanda hampir kiamat adalah merasa masa berlalu begitu cepat sekali. Bukan untuk menakutkan anda tapi sekadar ingatan bersama agar tidak terlupa dan terlalai dengan nikmat dunia. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi....

Rehat dan Tenang  Seketika... Hargai Masa

Pinjam sikit kata-kata PU Yeop "Relaks, relaks juga... Jom kita beramal"

Author by Bin Muhammad

41 comments - "Rehat dan Tenang Seketika... Hargai Masa"

memang tenang dan mendamaikan.

akak suka keadaan dikampung ketika matahari mula bersinar...teringat ketika kerumah nenek zaman kanak2 dulu..cahaya matahari masuk melalui dinding buluh...terjadi bayang2 yg bergerak2 bila pokok2 ditiup angin..

Alhamdulillah.. tenang & relaks je dtg sini dgn background yg menghijau.. gambar2 yg menarik.. "Relaks, relaks juga... Jom kita beramal" hehehe

alhamdulillah, memang tenang... syukur .

Unknown delete icon 8:35 PG

Saya datang mencari BM.. Assalamualaikum dan selamat pagi BM..

Bunda_nora delete icon 8:51 PG

singgah sini...rehat sambil menghirup udara segar...

terasa relax minda...

Unknown delete icon 9:03 PG

singgah pagi...santapan minda rohani dan jasmani yang unik...
Alhamdulillah...selapang dada aku menerima keindahan ciptaan Allah....
Dengan sekelumit lafaz...SUBHANALLAH...
memberikan aku pancaindera yang sempurna....
agar aku bisa menatap sejauh mana keindahan alam ciptaanNYA....

sungguh menenangkan gambar-gambar BM ni..akak suka sangat

OKje delete icon 10:18 PG

BW bukan dah puas, tak habis lagi pun hehe.... Tetiba terus zirafah tersesat kat sini.....maklum le tak perasan jalan sambil makan pucuk!

Assalamualaikum BM, subhanallah. cantik2 gambarnya. teringat sangat Krabi bila tengok gambar kedua terakhir. sangat2 menyerupai pulau kecik yang ada di Krabi.. rindunya nak jalan di pantai. tengok keindahan alam semulajadi (",)

umiawadah delete icon 11:03 PG

hijau dan biru warna mendamaikan...saya suka sangat..

BinMuhammad delete icon 11:37 PG

Terima kasih MKL...

BinMuhammad delete icon 11:38 PG

Suasana yang sungguh menarik...Ya, saya pun teringat akan saat2 yang indah itu :)

BinMuhammad delete icon 11:39 PG

Ya...sama2lah kita, Jom kita beramal... :)

BinMuhammad delete icon 11:40 PG

Terima kasih Mama...semoga anda sentiasa tenang :)

Kalau boleh kakak nak duduk menikmati bunga-bunga yg warna-warni itu BM. Lepas tu dah letih mandi di air terjun yg cantik - subhanallah... hilang lega terasa baru kakak naik perahu menyusuri sungai yg tenang sambil berzikir. Dah kata relaks-relaks juga tapi amal jgn lupa kan... betullah kakak setuju:)

BinMuhammad delete icon 11:42 PG

Waalaikumsalam! Selamat pagi Mieza....
Rindu pada ku?...Jgn! Mr. K sentiasa mengekorimu...hehehe

BinMuhammad delete icon 11:43 PG

Salam Bunda... Semoga Bunda sentiasa tenang dan sihat. :)

BinMuhammad delete icon 11:44 PG

Lama tidak menikmati madah cik akak disini... Terima kasih, teruja sekali :)

BinMuhammad delete icon 11:46 PG

Semoga sentiasa tenang...terima kasih Zila :)

BinMuhammad delete icon 11:49 PG

Habislah pucuk-pucuk...togel pokok! Hilang keindahan dan kehijauan alam...huhu. Jgn terlalu asyik makan dan mendongak jer...nanti termasuk dalam sungai! :)

BinMuhammad delete icon 11:51 PG

Waalaikumsalam,
Semoga terubat sedikit kerinduan... Tunggulah lepas bersalin dan sihat semula, lepas tu nak pusing satu dunia pun boleh... :)

BinMuhammad delete icon 11:52 PG

Warna alam sememangnya memberi ketenangan dan kedamaian.
Terima kasih Ummi :)

BinMuhammad delete icon 11:54 PG

Tu dia...cukup seronok mendengar imaginasi Akak...terasa ingin turut bersama :)

Anugerah ini memang tidak dapat dijual beli.

Yana Yani delete icon 2:09 PTG

saya tak sempat pun BW lagi
time lunch ni, tuju blog BM dulu...hehe

cantik gambar-gambar tu, rasa damai sangat
macam nak masuk ke dalam gambar...hehe
kalau besar lagi tu, lagi puas tengok =)

Tanpa Nama delete icon 4:45 PTG

color2 feveret KA yg menenangka jiwa sungguh hehehe

Khir Khalid delete icon 5:08 PTG

Subhanallah.. cantik permandangan.. gambar yg pertama tu sungguh mempersonakan bila melihat jalur cahaya menembusi hutan.. sungguh terpesona melihatnya.. subhanallah walhamdulillah.. Allahuakbar...

Unknown delete icon 6:02 PTG

subhanallah..cantiknyaaaaa
memang menenangkan..aah fikiran kita adakalanya terlalu byk bekerja
mungkin dgn menikmati keindahan alam akan memberikan perasaan mendamaikan

assalamualaikum.. indahnya.. kalaulah dapat pergi tempat-tempat seperti ini akan rasa tenang ^_^

Wafi Remli delete icon 10:11 PTG

Allahu Akbar!

Tanpa Nama delete icon 10:20 PTG

sejuk mata dan minda..datang ke blog BM amat membantu kathy melegakan fikiran dan kepenatan...

Blog Santai delete icon 10:43 PTG

So cute I like it..itulah kehidupan kitakan BM..penuh warna warni!!!

Unknown delete icon 11:15 PTG

pic no dua tu BM..teringin nak ada taman mcm tu..

ANIM delete icon 3:21 PTG

betul..betul..tau2 januari sudah nak tiba ke penghujungnya walaupun baru rasa naik sekolah..

Mizz Aiza delete icon 4:25 PTG

cukup tenang dan damai.. terima kasih di atas peringatan itu juga..

shamyheart delete icon 11:15 PTG

Subhanallah. Cantik sangat.

OKje delete icon 11:34 PTG

Mana lagilah nk dapat peluang berjimba dengan badak air kalau bukan dlm sungai hehe...

Aimacomel delete icon 10:16 PG

Ya allah, cantiknya yeop... terpegun dgn suasana yg ada ni

Unknown delete icon 12:35 PTG

Waaaa... Terima kasih BM... terasa ketenangannya... sejuk sekejap terasa di mata... :D

Saidina delete icon 9:51 PTG

Memang tenang dan menenangkan minda yang dah jem ni...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap