Menjaga alam semulajadi |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kehidupan di zaman milenium ini sungguh berbeza berbanding 50 tahun dahulu. Kini populasi penduduk, pembangunan dan kemajuan semakin meningkat dengan pantasnya. Ianya memerlukan pengorbanan yang sangat besar dan berharga iaitu kemusnahan dan pencemaran alam sekitar.
Kehidupan Dan Alam Sekitar
Alam semulajadi semakin berkurang kerana tuntutan kehidupan dan pembangunan demi keperluan dan kemajuan. Ianya terlalu pantas berlaku sehinggakan tidak terkawal lalu membawa pelbagai bencana alam yang mengancam kehidupan dan nyawa.
Kemodenan pula memberi impak sampingan yang amat besar kepada alam sekitar. Kerana permintaan yang tinggi, industri semakin tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Sumber kehidupan iaitu udara, air dan hutan semakin dinodai. Bahan dan barangan berteknologi tinggi semakin menjadi bahan keutamaan namun ia kebanyakannya mempunyai kadar pereputan yang sangat lama dan bertoksid.
Sumber kehidupan iaitu udara, air dan hutan semakin dinodai. Bahan dan barangan berteknologi tinggi semakin menjadi bahan keutamaan namun ia kebanyakannya mempunyai kadar pereputan yang sangat lama dan bertoksid.
Cara hidup juga telah berubah. Demi kesenangan dan kemudahan hidup yang semakin mahukan segalanya mudah, pantas dan segera membawa kepada penggunaan barangan pakai buang semakin memburukkan lagi keadaan.
Hargailah alam semulajadi yang indah ini...Tanggungjawab kita menjaga dan memeliharanya
Kesian kepada generasi hadapan. Dapatkah mereka menikmati apa yang kita nikmati pada hari ini? Melihat pepohon dan hutan yang menghijau. Tasik yang jernih dan bersih. Sungai yang mengalir dipenuhi pelbagai hidupan. Laut dan langit yang membiru. Semuanya ini bergantung kepada tindakan kita pada hari ini.
Kempen Kitar Semula
Kempen Kitar Semula |
Namun mentaliti masyarakat negara ini yang memandang mudah kepada kempen kitar semula yang dua kali dilancarkan pada 1993 dan 2000 dibuktikan dengan peratusan kitar semula yang masih rendah iaitu hanya sekitar lima peratus.
Lihatlah apa sudah jadi dengan tong-tong sampah kitar semula. Malah kempen sabtu tanpa beg plastik pada awal 2010 juga masih tidak menyeluruh sehingga kini. Pasti ramai juga yang tidak tahu bahawa setiap 11.November adalah Hari Kitar Semula Kebangsaan... Betul tak? Jelas sekali kempen kitar semula sebelum ini masih gagal mencapai sasarannya.
Kehijauan yang dihargai |
Sudahlah kesedaran amalan kitar semula gagal, diburukkan lagi dengan jumlah sampah yang semakin meningkat dan dijangka melebihi 30,000 tan sehari dalam tempoh kurang 11 tahun lagi. Boleh kita bayangkan apa akan jadi kepada alam sekitar pada 50 tahun akan adatang.
Dipaksa, Terpaksa Atau Sukarela
Jutaan ringgit telah dilaburkan, namun tiada hasilnya. Rakyat Malaysia boleh dilentur dan mudah mengikut arahan dan amalan yang baik jika kempen kesedaran atau pendekatan yang dianjurkan bersifat berterusan dan bukannya hanya seperti 'pahat dan penukul'. Bila berlaku sebarang masalah, baru nak bertindak atau pun buat tak tahu sahaja. Penguatkuasaan dan pemantauan juga perlu dilakukan.Pilihan Masa Depan Di Tangan Anda |
Sebagai seorang manusia yang waras dan bertanggungjawab, tugas setiap individu untuk menjadikan kitar semula ini satu amalan dalam kehidupan kita. Jangan sampai kita dipaksa melakukannya. Namun tidak mustahil satu hari nanti kita terpaksa pula melakukannya.
Oleh itu sebelum dipaksa dan terpaksa, baiklah kita dengan ikhlas melakukannya mulai hari ini juga. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita, keluarga dan generasi masa hadapan demi kehidupan yang sihat dan sejahtera.
28 comments - "Amalan Kitar Semula Demi Menjaga Alam Sekitar"
great piece of entry BM, seharusnya kita semua kena tanam kesedaran tentang kepentingan mengitar semula barang2 terpakai dan dalam masa yang sama tanamkan sikap suka mengitar semula kerana secara tak langsung kita turut membantu alam sekitar kan???
bila musim kemarau ni lagilah nampak ketandusan pada bumi kita nie.kalau tak dijaga,dari sekarang nie,apa akan jadi masa akan datang..sama-sama kita mengitar semula barangan terbuang supaya dapat memelihara alam sekitar..
5% sahaja yg sedar akan kitar semula?
mmg satu angka yg menyedihkan,
kena pupuk kesedaran dikalangan generasi muda,anak2 kita...yg dah tua2...susah nak bg kesedaran..
Jika semua sedar kepantigan kitar semula ni kan bagus. Dapat berjimat mana yang patut.
mungkin itulah tahap menuju kerusakan dunia,berdasarkan kebutuhan
sekarang ni org suka buang sampah merata2...tak suka betul :(
dengan cuace sekarang ni panas terik, lepas tu jerebu lagi..masih ada lagi yang membakar sampah secara terbuka, seperti botol pelasti dan sebagainya..yg sedikit sebanyak dapat mencemar alam sekitar..dah terang lagi nak bersuluh..campak je kat tong recycling habis citer..
saya pun x tahu sebelum ni pasal 11 november tu..
kat tv 3 tadi ada berita kisah kitar semula ..ada peraduan katanya...bunda pun dengar hujung2 jer tadi..
Inilah masalah kebanyakan manusia.. tahu tapi tak sedar.. sedar tapi buat tak kisah. Bukannya tak tahu kesalahan yg dilakukan tu boleh memudaratkan diri, msykt & generasi seterusnya.. tahu tapi tiada kesedaran. Kempen2 kdglaka hanya melepaskan batuk di tangga.. ada juga yg hanya mahu meraih publisiti menyatakan yg kempen sana sini sedang giat dilaksanakan, tetapi hanya utk mengejar keuntungan hasil dari event yg diadakan namun tidak mencapai matlamat sasarannya..
Klu tak ikhlas buat baik jngn kerja.. lebih baik diberikan peluang kpd yg betul2 ikhlas utk melaksanakannya. Tak perlu kos2 yg banyk & gah utk matlamatnya tercapai, in shaa Allah... Minda msykt kita sememangnya perlu didik secara berterusan mengenai perkara ini. Biarlah ia bermula dari diri kita... peringatan yg sgt baik utk renungan semua BM... salam Selasa.. :)
Aku takda effort yang besar dalam kitar semula. Cuma asingkan jenis sampah dan sedekah surat khabar lama je (sebab murah sangat kalau jual).
beznye klo ade tong kitar semula kat semua tmpt. tp tong mcm ni ade kat tmpt tertentu je. so, bila nak buang terus campo sekali, xde asing2. melainkan benda tu kita recycle pakai balik ikut kreativiti kita.
rasanya yumida pernah buat masa kecik dulu. minuman tin tu, digosok kat lantai simen yg kasar sampai bhgn penutup atas tu tanggal. n dijadikan tmpt letak alatan tulis atas meja dlm kelas. sekali jatuh, kecoh jadinya. bising! hihi
entri yg sangat bagus n memberi kesedaran betapa pentingnya amalan kitar semula untuk mengekalkan keindahan alam sedia ada bukan mencemarkan setiap ruangnya dgn bahan2 terbuang merata...
sangat setuju dengan entri ini.. usaha yang kecil dapat mengurangkan sampah sarap yang sedia ada .. memang tak memberi kesan pada kita secara directly tapi di masa akan datang ? untuk generasi akan datang ?
mungkin pbt perlu sediakan tong berbeza mengikut brgn yg blh dikitar semula di setiap taman perumahan juga tempat awam lainnya . Seperti yang dibuat di korea dan jepun . Generasi sekarang lbh ptgkan teknologi dan mengejar gadget . pecinta alam sangat kurang ...
Doa terbaik untuk alam kita yang tercinta. klik iklan nuff anda.
Dunia semakin maju.alam sekitar jgn di abaikan..
Amalan kitar semula yang sering dipinggirkan. Kesedaran kuranglah lah BM...
Emmm...jual paper je lah yg selalu buat pun....itu pun tak seberapa....
Hari Sabtu pulak selalu lupa bawak bag.....sudahnya beli plastik bag!
nyimak dulu sob... kunjungan perdana
hanya kita yang mampu mengubah bumi kita menjadi lebih baik atau sebaliknya..
kesedaran cintakan bumi kita ni semakin menipis.. sebab itu rasa tanggungjawab itu semakin berkurangan.
peliharalah bumi ini utk generasi akan dtg..
saya suka jugak kitar semula..kotak dgn plastik je..yang lain2 tak tahu nak buat apa..
masih lagi dalam proses menyusaikan diri untuk kitar semula ni
p/s-blog ni sekarang dah kena approval berbanding dulu. anything happen ke BM?
huhu,,kdg2 malas nak asing2kan barang2 ni...nak cepat punya pasal
Jangankan nk kitar semula, sampah yg ada pun kita buang2 ikut suka je. Ygvpaling saya perasan dan betul2 rasa terkilan sgt bila pergi dekat bank atau mesin2 atm. Tong sampah elok je tersedia, tapi slip2 tu bertabur jugak kat lantai. Kesian kan rakyat kita camni
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”