Amalan Kitar Semula Demi Menjaga Alam Sekitar
Menjaga alam semulajadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kehidupan di zaman milenium ini sungguh berbeza berbanding 50 tahun dahulu. Kini populasi penduduk, pembangunan dan kemajuan semakin meningkat dengan pantasnya. Ianya memerlukan pengorbanan yang sangat besar dan berharga iaitu kemusnahan dan pencemaran alam sekitar.

Kehidupan Dan Alam Sekitar

Alam semulajadi semakin berkurang kerana tuntutan kehidupan dan pembangunan demi keperluan dan kemajuan. Ianya terlalu pantas berlaku sehinggakan tidak terkawal lalu membawa pelbagai bencana alam yang mengancam kehidupan dan nyawa.

Kemodenan pula memberi impak sampingan yang amat besar kepada alam sekitar. Kerana permintaan yang tinggi, industri semakin tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Sumber kehidupan iaitu udara, air dan hutan semakin dinodai. Bahan dan barangan berteknologi tinggi semakin menjadi bahan keutamaan namun ia kebanyakannya mempunyai kadar pereputan yang sangat lama dan bertoksid

Cara hidup juga telah berubah. Demi kesenangan dan kemudahan hidup yang semakin mahukan segalanya mudah, pantas dan segera membawa kepada penggunaan barangan pakai buang semakin memburukkan lagi keadaan.

Amalan Kitar Semula Demi Menjaga Alam SekitarAmalan Kitar Semula Demi Menjaga Alam SekitarAmalan Kitar Semula Demi Menjaga Alam Sekitar
Hargailah alam semulajadi yang indah ini...Tanggungjawab kita menjaga dan memeliharanya 

Kesian kepada generasi hadapan. Dapatkah mereka menikmati apa yang kita nikmati pada hari ini? Melihat pepohon dan hutan yang menghijau. Tasik yang jernih dan bersih. Sungai yang mengalir dipenuhi pelbagai hidupan. Laut dan langit yang membiru. Semuanya ini bergantung kepada tindakan kita pada hari ini.

Kempen Kitar Semula 

Amalan Kitar Semula Demi Menjaga Alam Sekitar
Kempen Kitar Semula
Apakah pilihan yang kita ada untuk mengekalkan alam semulajadi ini? YA! Kita masih mampu andainya kita berjaya menjadikan amalan kitar semula satu budaya dalam kehidupan setiap individu. Komitmen dalam merealisasikan kitar semula dan mengurangkan sampah yang perlu dilupuskan adalah pilihan terbaik yang kita ada.

Namun mentaliti masyarakat negara ini yang memandang mudah kepada kempen kitar semula yang dua kali dilancarkan pada 1993 dan 2000 dibuktikan dengan peratusan kitar semula yang masih rendah iaitu hanya sekitar lima peratus.

Lihatlah apa sudah jadi dengan tong-tong sampah kitar semula. Malah kempen sabtu tanpa beg plastik pada awal 2010 juga masih tidak menyeluruh sehingga kini. Pasti ramai juga yang tidak tahu bahawa setiap 11.November adalah Hari Kitar Semula Kebangsaan... Betul tak? Jelas sekali kempen kitar semula sebelum ini masih gagal mencapai sasarannya.

Amalan Kitar Semula Demi Menjaga Alam Sekitar
Kehijauan yang dihargai
Sasaran kitar semula negara ini adalah sebanyak 22 peratus menjelang 2020 dimana serentak dengan matlamat negara mencapai status negara maju. Mampukah ianya dicapai? Sasaran kita sahaja jauh jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun yang berjaya melakukan kitar semula melebihi 50 peratus.

Sudahlah kesedaran amalan kitar semula gagal, diburukkan lagi dengan jumlah sampah yang semakin meningkat dan dijangka melebihi 30,000 tan sehari dalam tempoh kurang 11 tahun lagi. Boleh kita bayangkan apa akan jadi kepada alam sekitar pada 50 tahun akan adatang.

Dipaksa, Terpaksa Atau Sukarela

Jutaan ringgit telah dilaburkan, namun tiada hasilnya. Rakyat Malaysia boleh dilentur dan mudah mengikut arahan dan amalan yang baik jika kempen kesedaran atau pendekatan yang dianjurkan bersifat berterusan dan bukannya hanya seperti 'pahat dan penukul'. Bila berlaku sebarang masalah, baru nak bertindak atau pun buat tak tahu sahaja. Penguatkuasaan dan pemantauan juga perlu dilakukan.

Amalan Kitar Semula Demi Menjaga Alam Sekitar
Pilihan Masa Depan Di Tangan Anda
Jangan biarkan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan ini terus bersenang-lenang untuk menghabiskan duit kerajaan dengan program-program yang gagal, membazir dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat. Ramai lagi insan yang cekap, ikhlas dan bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab, cuma mereka tidak punya peluang.

Sebagai seorang manusia yang waras dan bertanggungjawab, tugas setiap individu untuk menjadikan kitar semula ini satu amalan dalam kehidupan kita. Jangan sampai kita dipaksa melakukannya. Namun tidak mustahil satu hari nanti kita terpaksa pula melakukannya.

Oleh itu sebelum dipaksa dan terpaksa, baiklah kita dengan ikhlas melakukannya mulai hari ini juga. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita, keluarga dan generasi masa hadapan demi kehidupan yang sihat dan sejahtera.


Sumber rujukan fakta : sini & sini
Author by Bin Muhammad

28 comments - "Amalan Kitar Semula Demi Menjaga Alam Sekitar"

great piece of entry BM, seharusnya kita semua kena tanam kesedaran tentang kepentingan mengitar semula barang2 terpakai dan dalam masa yang sama tanamkan sikap suka mengitar semula kerana secara tak langsung kita turut membantu alam sekitar kan???

sitirohaida delete icon 11:04 PG

bila musim kemarau ni lagilah nampak ketandusan pada bumi kita nie.kalau tak dijaga,dari sekarang nie,apa akan jadi masa akan datang..sama-sama kita mengitar semula barangan terbuang supaya dapat memelihara alam sekitar..

Unknown delete icon 11:06 PG

5% sahaja yg sedar akan kitar semula?
mmg satu angka yg menyedihkan,

kena pupuk kesedaran dikalangan generasi muda,anak2 kita...yg dah tua2...susah nak bg kesedaran..

Jika semua sedar kepantigan kitar semula ni kan bagus. Dapat berjimat mana yang patut.

wsc biolo delete icon 11:40 PG

mungkin itulah tahap menuju kerusakan dunia,berdasarkan kebutuhan

Linda delete icon 11:45 PG

sekarang ni org suka buang sampah merata2...tak suka betul :(

Unknown delete icon 12:08 PTG

dengan cuace sekarang ni panas terik, lepas tu jerebu lagi..masih ada lagi yang membakar sampah secara terbuka, seperti botol pelasti dan sebagainya..yg sedikit sebanyak dapat mencemar alam sekitar..dah terang lagi nak bersuluh..campak je kat tong recycling habis citer..

Pha Is delete icon 2:10 PTG

saya pun x tahu sebelum ni pasal 11 november tu..

Bunda_nora delete icon 2:45 PTG

kat tv 3 tadi ada berita kisah kitar semula ..ada peraduan katanya...bunda pun dengar hujung2 jer tadi..

Khir Khalid delete icon 2:51 PTG

Inilah masalah kebanyakan manusia.. tahu tapi tak sedar.. sedar tapi buat tak kisah. Bukannya tak tahu kesalahan yg dilakukan tu boleh memudaratkan diri, msykt & generasi seterusnya.. tahu tapi tiada kesedaran. Kempen2 kdglaka hanya melepaskan batuk di tangga.. ada juga yg hanya mahu meraih publisiti menyatakan yg kempen sana sini sedang giat dilaksanakan, tetapi hanya utk mengejar keuntungan hasil dari event yg diadakan namun tidak mencapai matlamat sasarannya..
Klu tak ikhlas buat baik jngn kerja.. lebih baik diberikan peluang kpd yg betul2 ikhlas utk melaksanakannya. Tak perlu kos2 yg banyk & gah utk matlamatnya tercapai, in shaa Allah... Minda msykt kita sememangnya perlu didik secara berterusan mengenai perkara ini. Biarlah ia bermula dari diri kita... peringatan yg sgt baik utk renungan semua BM... salam Selasa.. :)

Unknown delete icon 3:13 PTG

Aku takda effort yang besar dalam kitar semula. Cuma asingkan jenis sampah dan sedekah surat khabar lama je (sebab murah sangat kalau jual).

Unknown delete icon 3:58 PTG

beznye klo ade tong kitar semula kat semua tmpt. tp tong mcm ni ade kat tmpt tertentu je. so, bila nak buang terus campo sekali, xde asing2. melainkan benda tu kita recycle pakai balik ikut kreativiti kita.

rasanya yumida pernah buat masa kecik dulu. minuman tin tu, digosok kat lantai simen yg kasar sampai bhgn penutup atas tu tanggal. n dijadikan tmpt letak alatan tulis atas meja dlm kelas. sekali jatuh, kecoh jadinya. bising! hihi

paridah delete icon 3:59 PTG

entri yg sangat bagus n memberi kesedaran betapa pentingnya amalan kitar semula untuk mengekalkan keindahan alam sedia ada bukan mencemarkan setiap ruangnya dgn bahan2 terbuang merata...

sangat setuju dengan entri ini.. usaha yang kecil dapat mengurangkan sampah sarap yang sedia ada .. memang tak memberi kesan pada kita secara directly tapi di masa akan datang ? untuk generasi akan datang ?

Zawiah delete icon 5:04 PTG

mungkin pbt perlu sediakan tong berbeza mengikut brgn yg blh dikitar semula di setiap taman perumahan juga tempat awam lainnya . Seperti yang dibuat di korea dan jepun . Generasi sekarang lbh ptgkan teknologi dan mengejar gadget . pecinta alam sangat kurang ...

Doa terbaik untuk alam kita yang tercinta. klik iklan nuff anda.

Tanpa Nama delete icon 9:03 PTG

Dunia semakin maju.alam sekitar jgn di abaikan..

Blog Santai delete icon 9:18 PTG

Amalan kitar semula yang sering dipinggirkan. Kesedaran kuranglah lah BM...

OKje delete icon 10:21 PTG

Emmm...jual paper je lah yg selalu buat pun....itu pun tak seberapa....
Hari Sabtu pulak selalu lupa bawak bag.....sudahnya beli plastik bag!

Unknown delete icon 10:41 PTG

nyimak dulu sob... kunjungan perdana

Mizz Aiza delete icon 1:05 PG

hanya kita yang mampu mengubah bumi kita menjadi lebih baik atau sebaliknya..

kesedaran cintakan bumi kita ni semakin menipis.. sebab itu rasa tanggungjawab itu semakin berkurangan.

Abam Kie delete icon 10:10 PG

peliharalah bumi ini utk generasi akan dtg..

Unknown delete icon 1:17 PTG

saya suka jugak kitar semula..kotak dgn plastik je..yang lain2 tak tahu nak buat apa..

Yana Yani delete icon 2:27 PTG

masih lagi dalam proses menyusaikan diri untuk kitar semula ni

p/s-blog ni sekarang dah kena approval berbanding dulu. anything happen ke BM?

kak tie delete icon 11:05 PTG

huhu,,kdg2 malas nak asing2kan barang2 ni...nak cepat punya pasal

Aimacomel delete icon 10:04 PG

Jangankan nk kitar semula, sampah yg ada pun kita buang2 ikut suka je. Ygvpaling saya perasan dan betul2 rasa terkilan sgt bila pergi dekat bank atau mesin2 atm. Tong sampah elok je tersedia, tapi slip2 tu bertabur jugak kat lantai. Kesian kan rakyat kita camni

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap