Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda ada melabur dalam amanah saham ASN dan ASB? Sama ada atau tidak pasti anda mengetahui dan mengikuti perkembangan semasa mengenai hukum isu halal dan haram akan pelaburan ini. 

Hukum Pelaburan ASN Dan ASB
Pelaburan Amanah Saham ASN & ASB
Ianya menjadi isu hangat kerana jumlah pelabur Islam yang amat besar dalam skim pelaburan ini. Ianya memberi pulangan yang baik dan amat mudah berurusan kerana hampir semua bank dan agensi perkhidmatan menawarkan perkhidmatan pelaburan ini disamping diuruskan oleh badan kerajaan iaitu PNB.

Masihkah anda yakin atau tidak ambil kesah akan isu hukum pelaburan anda dalam ASN dan ASB ini? Harus diingat, setiap wang yang anda dapat dari setiap dividen dan bonusnya ini akan digunakan untuk membeli keperluan dan sumber makanan yang akhirnya menjadi darah daging kita, isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Selain dari itu kita juga perlu mengeluarkan zakat dan hanya pendapatan yang halal sahaja wajib dizakatkan.

Oleh itu, sebenarnya wajib untuk kita mengambil berat akan sumber pendapatan kita agar ianya halal dan suci tanpa sebarang keraguan.

Hukum Pelaburan ASN dan ASB

Sejak ASN dilancarkan dan kemudian ASB, isu ini masih belum selesai. Kini ia kembali hangat diperkatakan. Masih tiada kesepakatan dalam majlis ulama dan syariah dalam memutuskan status hukum pelaburan ini. Sebenarnya mudah diputuskan jika setiap pelaburan PNB dalam amanah saham ASN dan ASB ini didedahkan secara telus kepada orang awam.

Hukum Pelaburan ASN Dan ASB Hukum Pelaburan ASN Dan ASB Hukum Pelaburan ASN Dan ASB
Subur dan mekar berkembang hasil dari keberkatan

Hukum yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Saham Malaysia menyatakan pelaburan ASN dan ASB adalah HARAM telah menimbulkan keraguan dan persoalan bagi umat Islam seluruh negara. Sekuriti Syariah ini adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengkaji dan memastikan status kehalalan saham sesebuah syarikat di Malaysia. Malah Majlis Fatwa Selangor dan Pulau Pinang juga telah mengharamkan pelaburan ini. 

Berlainan pula dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (link e-fatwa), Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan yang menyatakan Pelaburan ASN dan ASB ini  adalah HARUS. Hasil dividen dan bonusnya adalah HALAL. Oleh yang demikian, mana satukah hukum yang betul dan perlu kita ikut? 

Perbezaan Membawa Keraguan

Pendapat saya, jika ada pertembungan dan keraguan dalam sesuatu hukum. Kembalilah kepada hadis ini, Sabda Rasulullah SAW, “Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak meragukan.” (Riwayat at-Tirmidzi). 

Oleh kerana terdapat dua keputusan yang berbeza dan timbul keraguan akan hukum halal dan haramnya maka lebih baik dielakkan dari menyertai saham ini kerana dikuatiri saham tersebut termasuk dalam haram.

Daripada terus dalam keraguan, lebih baik menyertai saham-saham Islam yang diakui status halal, dimana kita yang menyertai tidak ragu-ragu dan semua majlis ulama dan syariah di Malaysia bersepakat mengiktiraf saham-saham tersebut adalah halal.

Hukum Pelaburan ASN Dan ASB Hukum Pelaburan ASN Dan ASB Hukum Pelaburan ASN Dan ASB
Suci dan bersih pasti akan mententeramkan jiwa

Teruskan mendapat nasihat dan pandangan dari alim ulama yang arif tentang hal ini. Tanyalah mereka akan permasalahan ini. Dapatkan pencerahan dengan jelas secara berdepan kerana informasi melalui internet berkaitan agama amat banyak yang telah diputar belit diatas pelbagai kepentingan. Melainkan anda benar-benar pasti ianya adalah dari sumber yang sohih. 

Entri ini bukan mengundang kontroversi tetapi ingatan bersama agar mengambil berat tentang isu halal dan haram kerana sebagai umat Islam, ianya penting agar hidup kita dan keluarga sentiasa diredhai dan diberkati... InsyaAllah.
"Pilihan ditangan kita...alternatif lain juga ada. Maka... hanya iman didada yang mampu memutuskannya... fikir2kanlah... Wallahualam."

Author by Bin Muhammad

31 comments - "Hukum Pelaburan ASN Dan ASB "

Yana Yani delete icon 11:56 PG

emm...saya dah agak lega sikit hari tu baca pengesahan
majlis fatwa kebangsaan
ni baca entry BM buat saya rasa musykil balik
pelaburan bagaimana sesuai untuk umat Islam BM
cer suggest kan

Abam Kie delete icon 12:00 PTG

salam. kalau gitu kita simpan di tabung haji aje la..

Sheila Salim delete icon 12:00 PTG

Assalamualaikum .. suami sheila ada buat.. tapi sheila yang ragu dengan statusnya. sekarang kalau nak cancel balik tak boleh. camne ekk nak buat?

Maria Firdz delete icon 12:07 PTG

Btul tu.. Elakkan itu lebih baik.. Kalau setakat simpan.. Gunakan shja duit simpanan.. Dividen yg dapat disedekahkan atau derma kan kpd org lain...

Unknown delete icon 12:11 PTG

alhamdulilah..setakat ni kami sekuage memilih tabung haji sebagai saham kami..dengan kaedah potongan zakat sekali..senang kan !
thanks BM atas perkongsian ini..

Tanpa Nama delete icon 12:16 PTG

tq atas perkongsian ni, ada baca juga di paper semalam.. !

mselim3 delete icon 12:22 PTG

Assalammualaikum..BM,

memang benar pasal hukum pelaburan asn dan asb nie byk menimbulkan kontroversi.. dan gi tgk portal e-fatwa .. dan pandangan2 ustad2..

mselim3

Surau tempat kakak baru membuat tazkirah isu ini. Bila dah ada syak-dzan-waham sebaiknya sendiri kena fikir. Kalau air kopi yg halal bila nak diminum ada rasa syak/waham pun jadi haram diminum. Terpulang pada iman di dada.. Banyak alternatif boleh dibuat. Kalau kopi itu tak boleh diminum, minumlah air teh ke milo...

Kakak bagi perumpamaan aje BM..

BinMuhammad delete icon 12:34 PTG

Pelaburan yang disahkan halal oleh semua badan fatwa dan syariah. Seperti pelaburan dalam Tabung Haji dan Bank Islam. Bila tiada ketelusan, timbul pula keraguan dan berbeza hukum...lebih baik dielakkan.. Wallahualam

BinMuhammad delete icon 12:36 PTG

Waalaikumsalam abe kie,
Ya!...itu sebaiknya, tanpa was-was! :)

BinMuhammad delete icon 12:39 PTG

Saya tidak berani menyatakan hukumnya...cuma jika timbul keraguan, lebih baiklah dielakkan. Jual baliklah pelaburan itu...itu sahaja caranya. Dapatkan pandangan dari mereka yg lebih arif dahulu ye.

BinMuhammad delete icon 12:43 PTG

Perumpamaan yg mudah untuk difahami. Terima kasih akak.
Pilihan ditangan kita...alternatif lain juga ada. Maka... hanya iman didada yg mampu memutuskannya...fikirkanlah.

Unknown delete icon 12:45 PTG

assalamualaikum, bro BM fizi hanya aktif di bank islam , itu pun atas dasar pinjaman belajar..lain2 acc. x usik just simpan utk keperluan akan dtg..

entri BM yang ini telah membuatkan Farah terfikirkan sesuatu, thanks for opening up my mind on this...

semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt.

Unknown delete icon 3:57 PTG

Wallahu'alam ..carilah yang halal hindarkan yang haram

Unknown delete icon 5:55 PTG

masih berlanjutan isu ni..lama dah x check buku asb. berlumut dah. haha

Pha Is delete icon 6:34 PTG

sampai sekrang pun, saya masih lagi ragu2.. nak melabur pun, pikir 4-5 kali..
nice info.. perkongsian yg baik..

ye memang tengah hot isu nie.. saham yang paling bagus adalah bersama tabung aji

tapi yang agak sedih apabila beberapa bank yang gunakan sistem islam tetapi mengenakan interest yang agak tinggi..

Saya tak ada akaun ASB. Moga entri ini memberi pencerahan kepada kita semua.

OKje delete icon 8:39 PTG

Baru baru ni hubby pun ada sembang pasal issue ni....rupanya tgh hangat la ni yeh.....maklum le zirafah kurang sikit membaca paper hehe.....
Betul tu...sekarang ni byk pilihan .....elok pilih benda yg tak meragukan...selamat!....
Nasib tak buat loan ASB

Usy@M^^ delete icon 10:00 PTG

Sy xragu dngn pelaburan trsebut krn tahu dmana ianya dlaburkn.. Persoalan yg msh xdpt jwp ialh knp org melayu bt pelaburan khas utk org melayu (islam) melabur mesti haram ? knp pelaburan yg xorg melayu (islam) buat adlh pelaburan yg halal walaupn pelaburan tersebut terang bhw dlabukan pd yg haram..? fikir2kn

Mizz Aiza delete icon 10:18 PTG

kata mak aiza, lebih baik melabur di tabung haji sahaja.. memang sudah jelas tabung haji itu dizakatkan wang kita..

Zawiah delete icon 10:42 PTG

saya sudah berhujah ttg ni dgn anak buah . perkara ni tlh dibincangkan di dlm kelasnya di uia . keraguan timbul bila maybank terlibat dlm urusniaga asb ni ... maka kehalalan diragukan ...

BinMuhammad delete icon 11:12 PTG

Sebagai orang yang tidak mengerti urusan pelaburan saham sepenuhnya, hanya majlis fatwa dan syariah menjadi tempat rujukan akan hukumnya. Jika dalam majlis fatwa dan syariah sendiri bercanggah keputusan, ia menimbulkan rasa keraguan dan syak.
Saya tidak menyatakan pelaburan ASN &ASB ini haram atau halal tetapi jika ada rasa keraguan dan syak adalah lebih baik dielakkan, kerana kita punya banyak pilihan/altenatif pelaburan lain yg 100% diyakini satus halalnya...Itu mengikut apa yg disarankan dan diajar oleh Rasulullah SAW....wallahualam.

Tanpa Nama delete icon 2:16 PTG

kathy pun ada buat entri bertanyakan tentang status loan ASB ni..sebab tak tahulah mesti bertanya..tqvm BM atas pencerahan ini..

Khir Khalid delete icon 7:23 PTG

Saya amat bersetuju dgn entri BM ini.. sebenarnya lama juga perkara ini telah dipertikaikan cuma tak diperbesarkan & dihebahkan mungkinnya.. dari dulu ramai juga tuan2 guru yg tak bersetuju dgn asn & asb ini & ini salah satu sebabnya saya masih tidak membuka sebarang akaun ini sehingga kini. Biarlah org kata rugi & tak memikirkan peluang keuntungan utk masa hadapan sbb saya berpendapat yg saya agak musykil ttg hal ni. Ragu2 boleh membawa kpd yg haram kan.. saya mmg ragu2. Saya memilih utk simpan di tabung haji.. Alhamdulillah.. t kasih diatas pencerahan ini BM.. semoga Allah memberkati.. aamiin..

fragmenbiru delete icon 11:53 PG

Perkongsian yang sangat bermakna..isu ini memang sudah lama dipersoalkan.. Abak sendiri merasa ragu-ragu,dan lebih baik dijauhi..

ASB dan ASN tak bagi pulangan banayak mana pun. Belajar la beli saham patuh syariah lagi baik

Unknown delete icon 12:21 PTG

Nk tnya, hanya akaun asb & asn je ke yg diragukn? Kalo akaun lain2, cm ASW & ASP blh la ye? gitu?

Diana delete icon 11:22 PG

Betul... Elakkan yang diragui. Baru hati tenang :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap