Bagi mereka yang kelapangan dan tiada aktiviti menarik untuk dilakukan, apa kata anda mencuba kreativiti menarik ini untuk memenuhi masa lapang anda.
Saya pasti, setiap rumah mempunyai bekas telur yang tidak digunakan lagi ini. Gunakan ia untuk membuat bunga hiasan yang menarik yang pastinya menawan hati sesiapa sahaja yang memandang.
Cara pembuatannya juga sangat mudah. Hanya perlukan sedikit kerajinan. Kalau malas...segalanya tak akan menjadi. Boleh juga dijadikan aktiviti untuk anak-anak anda dirumah dan juga di sekolah.
Cara-cara Membuat Bunga Hiasan Dari Bekas Telur
Peralatan yang diperlukan :
1. Gunting
2. Pensil
3. Gam
4. Pewarna air (water color)
Lukiskan bentuk kelopak pada bahagian mangkuk bekas telur dan gunting.
Lekatkan kelopak menjadi bentuk bunga.
Teramat mudah...ikut sahaja seperti dalam gambar
Setelah itu warnakanlah mengikut warna yang anda suka.
Susun dan gubahlah mengikut kreativiti anda.
Boleh jadi kuntuman didalam pasu mahupun hiasan di frame.
Antara bentuk-bentuk bunga yang boleh anda cuba.
Semoga entri ringkas ini dapat memberi sedikit idea untuk anda mengisi masa lapang. Isilah masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Jika tidak pun berilah kepada anak-anak anda agar mereka terhibur dan kreatif menggunakan barang terbuang. Selamat mencuba...
Barang Terbuang Juga Bernilai
Kreativiti kitar semula membuka minda anda akan kegunaan barang terbuang. Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barang terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif!
Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk membuat hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan barang terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.
Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat diproses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.
Terima kasih bersama Relaks Minda. Jom! kitar semula... fikir dulu sebelum buang!
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
25 comments - "Gubahan Bunga Hiasan Bekas Telur - Kitar Semula"
Wahh kreatif sungguh.. masa remaja dulu, bekas telur ni saya tampal bnyk di dinding buat kedap bunyi utk saya berlatih main gitar.. siap cat lagi hehee.. nostalgia. Nice sharing BM.. :) :)
Nampak macam senang. Tapi, tak tahulah kalau buat jadi ke tidak. Kalau ada nampak bekas telur ni, pasti nak ambik nanti. Boleh cuba.
BM..kreatif dan cantik....lepas ni mesti org xnak buang bekas telur tu.. =)
wah...cantik..
biasanya saya buang je barang nie...kalau tak pun bakar untuk halau nyamuk..
wah.. cantik hasilnya.. siapa sangka ianya berasal dari bekas telur..
Assalammualaikum..BM,
moga post2 macam nie menjadi sumber impirasi buat peminat barang terbuang.. nice BM.. bekas telur nie biasa nyer mselim3 buang aje. BM kreatif , mana BM dapat idea nie? jawab2..tanyer nie...
kat umah ni bekas telur bertingkek - tingkek . tak de tgn yg nak membuang . dok susun jer ... blh suruh anak buah buat kativiti nih ... thanks BM .
dulu saya rajin buat gubahan dari bahan terbuang
tapi semenjak dah beranak ni, kerajinan dah hilang...hehe
Kreatif! sekali sekala buat benda ni ok gak. asyik2 tolak kat apek kitar semula jerr...
Dekat sekolah dulu pun ada buat kraftangan daripada barangan terbuang gak:D
nama pun kraftangan.. apa yg dihasilkan semua yg terbaik & cantik2..
kalau kena kat tangan Kak Jah ni... hasilnya jadi KERASTANGAN lah gamaknya hehhee
nmpk dlm gmbr mcm mudah jer..klu jie bt ni rase hancur jer
Kalau tengok macam kakak pun boleh buat tapi kena tunggu rajin ni BM. Kakak suka juga tengok...
mmg kreatif lah, nak dgn x nak je membuatnyer kan !
kreatif nya..hehe
Wah...memang kreatiflah tangan si pemilik gubahan ni.kalaulah kathy sebegitu..
Jadi aje cikgu kemas.....boleh kembangkan bakat hehe...
cantik and kreatif,ruangan nie banyak tolong saya menganjar anak didik bagi kelas kitar semula..ty :)
Cantik dn kreatif..cumanya rajin ke tak kta nak membuatnya..hehe...
Kreatif dan cantyik...hehhe
wahhhh cantik..kreatif..bleh cuba nie.hehe
kreatifitas tinggi
Sungguh kreatif
Teruskan usaha
sangat cantik
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”