Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah yang anda lakukan di hujung minggu ini. Maklumlah cuaca panas sebegini pasti fikir dua tiga kali untuk keluar rumah. Tapi ianya bukanlah penghalang jika anda terpaksa untuk memenuhi tanggungjawab dan tuntutan dalam kehidupan ini. 

Nyaman Dan Segar Di Hujung Minggu
Santapan mata dan hati di Hujung Minggu
Namun di cuaca panas dan kering sebegini pasti terbayangkan betapa nyaman dan segarnya kalau dapat berada di air terjun yang menyejukkan. Kedinginan air dari yang mengalir dari puncak bukit ini pasti menjadi satu kenikmatan yang diidam-idamkan.

Mendengar pula irama air yang mengalir jatuh tanpa hentinya bak alunan lagu merdu nan syahdu yang amat menenangkan fikiran dan mententeramkan jiwa. Disapa lembut pula oleh bayu dingin nan nyaman... Sungguh menyegarkan. Oh! Alangkah bahagianya...

Santapan Mata, Hati dan Minda

Namun ianya tidak menjadi realiti buat anda. Dikesempatan ini, anda hanya dapat melayari internet dan singgah seketika di blog ini. Mungkin dengan gambar-gambar ini dapat memberi kenikmatan dan kesegaran minda anda buat seketika. Santapan buat pandangan mata, hati dan minda...

Nyaman Dan Segar Di Hujung MingguNyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Nyaman Dan Segar Di Hujung MingguNyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Walaupun santapan mata dapat menyaksikan kesegaran dan  keindahan alam ini, 
namun ianya pasti sukar menidakkan yang sekarang ini kita sedang diuji dengan 
suasana yang amat panas dan kering sehingga menjejas kesihatan dan
beberapa kawasan telah kekurangan sumber air bersih.

Nyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Nyaman Dan Segar Di Hujung MingguNyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Nyaman Dan Segar Di Hujung MingguNyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Walau apa pun dugaannya... Bersyukurlah. Teruskan berdoa memohon
keampunan dan memuji Ilahi. Sesungguhnya hanya padanya kita berserah.
Semoga kesukaran menjadi nikmat yang mengasyikkan.

Nyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Nyaman Dan Segar Di Hujung MingguNyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Nyaman Dan Segar Di Hujung MingguNyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Allah swt bukan membenci tapi menguji. Setiap kesukaran dan musibah 
bukanlah alasan untuk merungut dan bersedih. 
Percayalah... ianya adalah terbaik untuk kita.
Semoga kita kembali mengingati dan tersedar dari kesilapan dan kelalaian.
Sesungguhnya Allah swt tetap sentiasa bersamamu kerana Dia... Maha Penyayang.

Nyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Nyaman Dan Segar Di Hujung MingguNyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Nyaman Dan Segar Di Hujung MingguNyaman Dan Segar Di Hujung Minggu

Sebelum anda melangkah pergi... Ingatlah pesanan ini. "Panas itu juga anugerah Allah SWT. Bersyukurlah...kerana melalui ujianNya yang sedikit ini dapat mengingatkan kita akan betapa panasnya keadaan di padang mahsyar nanti... umpama mentari sejengkal dari kepala."

Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti dan selamat bekerja bagi yang mula bertugas hari ini. Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga anda sentiasa ceria, segar dan nyaman serta jadilah lebih baik dari semalam. 


Author by Bin Muhammad

25 comments - "Nyaman Dan Segar Di Hujung Minggu"

Unknown delete icon 12:10 PTG

Salam hujung minggu BM.. lihat air terjun..rasa macam nak pergi mandi sungai.. =)

Khir Khalid delete icon 3:08 PTG

Melihat gambar2 air terjun yg tenang & jernih terutama dua gambar yg mula2 tu membuatkan badan rasa nak berendam je kat situ.. syok betul... pasti segar, nyaman & tenang.. Salam hujung minggu BM, semoga ceria selalu.. :)

Sangat cantik dan bersih air terjun ni. Jauh bezanya dengan tempat kita.

Zawiah delete icon 4:14 PTG

teringat lecturer saya cakap ; kat padang masyhar nanti lagi panas . Ketika itu kelas kami yg tertutup tiada econ ...

Wafi Remli delete icon 4:41 PTG

Nyaman dan segar. Segar lagi menyegarkan!

Pha Is delete icon 7:35 PTG

baca entri ni terus rasa nk pi mandi sungai..

rasa tenang bila lihat gambar air terjun ni bro..
rasa tenang je..sesual dgn nama blog..
relexs minda :P

Unknown delete icon 8:43 PTG

Terjah sini untuk tengok perkembangan :)

Mohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

Blog Santai delete icon 9:42 PTG

Terbaiklah BM..Tenang as usual...

hari minggu tak pegi ke mana pun.
ingatkan tenang.
sibuk ngan program kat sekolah..haha

kalau dapat berendam dalam sungai pun best.. sejokkkkk je badan..
jom berkelah beramai2 hehehe

Mizz Aiza delete icon 10:32 PTG

bersyukur di atas segala nikmat Allah.. alahmdulillah.. gambar yag cantik dan menenangkan jiwa..

Arman delete icon 10:39 PTG

Indahnya pemandangan dan kejadian alam menjadi petanda kekuasaan tuhan.Jika anda takjub dan kagum maka ucaplah Subhanallah.. meskipun fizikal berasa panas tapi minda mengatakan sejuk dan nyaman bila melihat gambar2 ini..

ANIM delete icon 11:44 PTG

sejuknya...dapat berendam lagi best. kat sp memang panas, almaklum..pwnuh bendang tapi alhamdulillah, air mencukupi. tak risau sangat. kat ipoh...sempat rasa hujan lebat lebih sejam hujung minggu lalu. cuaca tak panas sangat almaklum, mukabuminya penuh dengan bukit. nikmat yang wajib kak anim syukuri bukan?

Assalamualaikum.. subhanallah. sejuknya mata memandang gambar2 keindahan semulajadi ni ~~~

shamyheart delete icon 9:50 PG

subhanallah.
cantik sangat.

Tanpa Nama delete icon 10:56 PG

rasa segar sgt.. lagi2 tengah musim panas kering skang ni !

subhanallah...tgk pic nie dan2 nak terjun kat situ juga ^^

Shahrul Yusof delete icon 12:27 PTG

Syukur Alhamdulillah. Mujur sekarang ni saya dah kerja kat ofis yang ada air-cond. Kalau lah, still lagi kena kerja bawah panas macam dulu, tak tau la macam mana dengan cuaca yang panas terik sangat sekarang ni.

Tanpa Nama delete icon 12:55 PTG

Gambar cantik entri menarik...selamat berhari isnin BM.

Unknown delete icon 5:20 PTG

Subhanallahh!!... cantik nyer ciptaan Ilahi...

kakiblog delete icon 12:50 PG

kalau panas sangat sesuai juga nak mandi manda di tempat air terjun..

OKje delete icon 10:07 PTG

Betul BM.....panas itu adalah ujian .....
Sejauh manakah kita mampu menghadapinya....moga diberikan kesabaran hendaknya.....

Yana Yani delete icon 2:23 PTG

cantik gambar dekat blog BM ni
maafkan saya baru berkesempatan ke sini setelah seketika menyepi

terima kasih untuk peringatan tu BM, kadang manusia biasa sperti biasa
terlupa hakikat tu

Aimacomel delete icon 10:08 PG

Ye, setiap kepayahan pasti akan satu ketenangan,

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap