Pengajaran... Seorang Blogger Baru
Ikut hati mati.. Ikut rasa binasa!
Assalamualaikum dan Salam manis kepada sahabat semua. Terima kasih diatas segala komen dan pandangan anda di entri INI. Ramai juga yang tak puas hati bila cerita terhenti separuh jalan dan ketika klimaks pulak tu.

Pelbagai pandangan dan ulasan juga diterima mengenai alkisah Blogger otai, terkenal dan popular ini.

Bukan niat untuk memburukkan mereka tetapi itulah yang dialami oleh blogger-blogger baru. Keghairahan dan semangat kami sedang membara untuk berblogging hingga terlupa akan sesuatu yang lebih penting. Kini anda ikuti sambungan seterusnya...

Jawapan Ringkas Tapi Mendalam

Jawapan yang diberikan membuatkan aku tersentak dan termenung seketika... Jawapan yang mengubah terus persepsi aku terhadap mereka. "Dik... Jangan terlalu mudah menghukum tapi cubalah memahami" Jawapannya ringkas tetapi membuatkan aku berfikir cukup panjang. 

Aku mula mengakui yang aku silap kerana terlalu mudah menghukum dan cepat melepaskan ketidakpuasan. Aku terlalu ghairah dan kecewa sehingga menyempitkan hati dan minda akan adap sopan serta sikap hormat-menghormati sehingga dengan mudah menjatuhkan hukuman dan menilai seseorang.

Pengajaran... Seorang Blogger Baru
Satu jari menuding... empat jari lagi kearah diri sendiri!

Aku sewajarnya melihat sesuatu yang negatif dan positif itu satu teladan dan pengalaman. Aku perlu bersangka baik kerana setiap manusia itu ada kelebihan dan kelemahan yang tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Aku malu sendiri lalu segera memohon maaf diatas keterlanjuran bicara.

Pengalaman yang amat berharga telah ku kutip. Mulai dari saat itu aku mula belajar untuk lebih memahami, berfikiran positif, bijak dan matang dalam menilai sesuatu perkara di media sosial.

Memahami Yang Perlu Difahami

Tapi aku masih kurang memahaminya. Perlukah aku bertanya semula? Tidak sama sekali! Kali ini aku tidak akan melakukan kesilapan yang serupa. Aku perlu mencari jawapannya sendiri! 

Pengajaran... Seorang Blogger Baru
Tidak mungkin semuanya sama
Blogger otai, popular atau terkenal, mereka juga bermula dari bawah. Gelaran bukan diminta tetapi dilabel kepada mereka. Mereka telah berusaha keras untuk sampai kepuncak.

Pelbagai pengalaman pahit manis telah mereka tempuhi. Pasti mereka juga pernah merasai apa yang aku lalui. Adakah ianya suatu yang lumrah untuk tidak mengendahkan blogger baru? Tidak mungkin mereka sekejam itu untuk membiarkan kita merasai apa yang pernah mereka lalui. Mungkin ada tapi tidaklah semuanya. 

Mereka inilah juga yang berkongsi pengalaman dan panduan buat blogger-blogger baru. Mereka mencurahkan segala pengetahuan dan ilmu secara percuma agar kita boleh belajar mengikuti jejak langkah mereka malah ada yang mengharapkan agar lebih berjaya daripada mereka. Sampai hatikah mereka untuk mengecewakan blogger-blogger baru ini? Mungkin ada tapi tidaklah semuanya.

Ada yang kata, jumlah komen yang mereka terima terlalu banyak dan tidak mungkin mereka mampu untuk membalas dan menjejak kembali. Tapi masih ada pelbagai cara lain yang boleh dilakukan untuk membalas dan menghargai pengomen. Itu bukan alasannya... Mungkin ada tapi tidaklah semuanya

Mungkin juga mereka sibuk tetapi ada dikalangan mereka yang dalam sehari mampu pula menerbitkan banyak entri, tak kan tidak ada sedikit pun masa untuk menghargai pengunjung dan membalas komen? Ya...mungkin ada tapi tidaklah kesemuanya. 

Fahamilah Dan Positifkan Diri


Pengajaran... Seorang Blogger Baru
Menuju puncak!

Kita tidak akan memahaminya sehinggalah kita mula mengalami dan merasainya... Untuk kepuncak itu sukar tetapi untuk terus kekal dipuncak itu lagilah sukar. Terlalu banyak yang perlu dikorbankan dan diabaikan. Ada kalanya ianya akan mengguris hati dan perasaan orang dibawah tapi itulah harga yang harus dibayar untuk terus kekal dipuncak... 

Pengajaran... Seorang Blogger Baru
Blog umpama gedung ilmu, cerita dan berita
Janganlah beranggapan blogger otai, popular dan terkenal itu sombong kerana tidak mengendahkan kita, seorang blogger baru. Bukan mereka sengaja melakukannya tapi pasti mereka ada sebab tertentu dan tersendiri apabila bertindak sedemikian dan pasti untuk kebaikan mereka dan kita juga. Untuk mengetahuinya... kita perlulah berusaha untuk menjadi seperti mereka! 

Positifkan diri, jadikan kejayaan dan perkongsian mereka itu satu inspirasi dan keseronokan untuk kita. Kutiplah segala pengalaman dan ilmu yang mereka curahkan.

Terima Kasih Kerana Memahami

Sejujurnya aku pun amat berterima kasih kepada mereka kerana melalui perkongsian, ilmu dan pengalaman mereka jugalah yang telah banyak mengajar aku ilmu dan kefahaman dalam memajukan serta mempertingkatkan pengetahuan sama ada dalam diri dan blog ini. 

Kenapa aku mendedahkan pengalaman dan pendapatku ini? Ya... kerana aku juga takut dan tidak mahu jika anda juga beranggapan sedemikian. Maklumlah... belum terkenal dan popular pun aku sudah jarang membalas komen dan menjejak semula para sahabat dan pengunjung yang amat aku hargai dan hormati sekalian. Oleh itu aku bermohon ampun dan maaf andai ada yang terasa dan kecewa... Seperti yang telah kita pelajari, "jangan terlalu mudah menghukum tapi cubalah memahami"... :)

Pengajaran... Seorang Blogger Baru
Maafkanlah kekurangan dan kelemahan diri ini...

p/s: pengalaman ini berlaku pada 2 bulan pertama menjadi blogger... ambillah apa yg baik...
Author by Bin Muhammad

62 comments - "Pengajaran... Seorang Blogger Baru"

Unknown delete icon 12:45 PG

yang tu cik akak sokong...apa yang penting jangan merendah diri...
sebab kita sama sahaja...mungkin blogger baru kurangnya ilmu...tapi apa salah kita berlajar jikalau ingin berjaya.....
Kata cik akak...ingin dapatkan sebutir nasi...perlukan keyakinan yang tinggi untuk jadi petani..hahaha..

tapi serius yang cik akak tak suka.....
mampus berlagak....cuma sekali dia menerjah blog kita...kan elok....
Kunjung-mengunjungi kan adat orang Malaysia..hihihi...
terluah perasaan kat sini lah uncle...bgus balik dulu...banyak dosa dapat dok memanjak mengutuk t...huhuhu

Linda delete icon 1:16 PG

Well said! ...suka sgt entry ni.. thanks ;)

Aimacomel delete icon 1:19 PG

Perasaan itu ada pada setiap yg bermula. Nak meniti satu anak tangga yeahh memang berat terasa. Dan pada akhirnya bila kita memahami apa yg org lain rasa, di situ kita letak kan nilai dia yg sebenar. Betul, setuju sgt dgn kata2 hikmah blogger hebat tu. Belajar utk memahami sebelum menghukum.

Saya sendiri pun yg masih baru terkejar2 juga utk membalas setiap kunjungan yg diberi.

terima kasih tuan BM atas perkongsian ni

Unknown delete icon 2:07 PG

nak capai sesuatu yang diidam haruslah bersusah payah dulu..

suka baca entri ini BM, ada unsur2 suspen..huhu

As salam.
Memang sedih bila blogger hebat tak pernah komen dalam entri blog kita. Tapi sy selalu fikir positif "andai aku komen dlm blog dia ni, org lain pasti lihat juga komen dan link blog aku. Pasti ada yang sudi terjah ke blogku". So, sy sntiasa beri komen yg bermanfaat utk menjaga reputasi blog sy juga. Dah tak kisah dah dgn komen banyak ke sikit sebab niat utama berblogging bukan utk itu. Just for Dakwah dan menyebarkan dan berkongsi sedikit ilmu yg Allah pinjamkan sementara waktu.
O ya, sy dah approve BM dalam kelab blogger Encik Titan.
Maaf lama tak berkunjung ke mari. Bz terlampau... huhu...

kita fikir yang positif ajer... mungkin blogger2 hebat tersebut juga seperti kita mempunyai kekangan masa... dan ada di antara mereka terpaksa letakkan keutamaan kepada perkara2 lain terlebih dahulu sebelum kita... yup kita semua bermula dari bawah, tanpa readers kita tak akan ke mana sebenarnya sebagai blogger,

paridah delete icon 7:58 PG

salam pagi suka baca blogger otai berkongsi pelbagai ilmu yg banyak dimiliki...mcik xde apa nk dikongsi saja suka2 terawang-awang di alam maya...

berfikiran positif selalu.

mama simple je, nak masuk blog mereka, nak komen atau tak, terpulang... jangan ada stress dalam blogwalking ni.. :) kita ni manusia, ada masanya kita boleh buat kerja membalas dan berkunjung, ada masanya kita sibuk... errmm...

#tengok sekarang, mama demam, batuk selsema.. pakej tu..

BM, nampaknya apa-apa yang bermain di fikiran saya sebelum ini meleset. Em, rasanya saya pernah membaca sebab "kenapa blogger otai atau popular ni tak balas komen" demi kebaikan blogger baru itu juga". Tetapi tak ingat pula di mana. Bagaimanapun, satu entri membakar semangat yang baik untuk semua dari BM.

memang sikap kita terlalu cepat menghukum tanpa mengambil kira sudut positif...
dulu2 biasa jugak terasa bila kita beriya2 komen tp pihak disana buat derkk ja...lama2 belajar dari pengalaman..

Yelah BM always think +ve lah kan...
Sy yg bloger tenggelam timbul ni pun...kadang nak jejak blik rakan2 yg dtg komen pun perlukan masa yg btul2 terluang....inikan pula bloger glemer2 tu kan...

Yana Yani delete icon 10:03 PG

oh gitu ceritanya, tapi kalau BM tak buat gitu
tak tahu jugakan, now u know...hehe

betul juga kan, mereka berusaha keras untuk jadi
apa yang kita nampak sekarang
tapi memang fitrah manusia hanya nampak permukaan sahaja
isi tu diorang pandang kemudian

kena tetapkan matlamat untuk jadi blogger ni
then kita boleh jadi seperti mereka yang otai =)

Wafi Remli delete icon 10:24 PG

Menyentuh hati...tears dropping...;(

fragmenbiru delete icon 11:03 PG

In Shaa Allah..psoalan2 yg slalu abak tanya pada diri..terima kasih... niat yg ikhlas dgn mtlamat yg btul pasti dan pasti tdak akan mngcewakan..

BinMuhammad delete icon 11:09 PG

Luahkan cik akak...jgn dipendamkan tapi kat sini jer tau! pakcik ko ni boleh terima apa sahaja...always positive!

BinMuhammad delete icon 11:13 PG

Pengalaman mengajar... hanya berkongsi apa yang dilalui.
Terima kasih Linda :)

BinMuhammad delete icon 11:21 PG

Jangan terlalu dikongkong oleh emosi kerana ia akan membutakan hati dan minda. Jangan lakukan kesilapan yg serupa...sentiasalah bersangka baik dan positif kerana pasti ada hikmah disebaliknya.

Kita ini insan yg lemah...

BinMuhammad delete icon 11:23 PG

Ya...tiada kejayaan tanpa kegagalan. Hanya usaha dan belajar dari kesilapan mampu menjadi matang dan membuka jalan.

Thanks Fizi... :)

BinMuhammad delete icon 11:27 PG

Setuju dgn ieta, matlamat blogging itu yang lebih penting. Gunakan blog sebaiknya utk perkongsian yg bermanfaat.

Terima kasih approved...salah seorang admin rupanya. :)

BinMuhammad delete icon 11:29 PG

Itulah sebaiknya...tiada guna kecewa dan emosi...kelak ianya menyusahkan dan lebih meyakitkan hati. Readers kitalah yg perlu diutamakan...
Thanks Farah :)

Khir Khalid delete icon 11:32 PG

Perkongsian yg sgt baik utk peringatan & renungan kita semua.. apa yg penting yg saya lihat ialah usaha kita utk memajukan diri, menjalin ukhwah & sentiasalah bersangka baik kpd semua... selebihnya kita serahkan shj, in shaa Allah, akan diberi jln kejayaan dari pelbagai cara. T kasih BM.. :)

BinMuhammad delete icon 11:40 PG

Ya! Merekalah gedung ilmu...percuma lagi. Terima kasih buat mereka...
Tak pe...yg penting anda gembira dan perkongsian utk kebaikan bersama.

BinMuhammad delete icon 11:47 PG

Yes...always positive! :)

BinMuhammad delete icon 11:49 PG

Betul kata mama...jgn stress! Kita enjoy!! (kata Nora Danish)
Semoga mama segera sihat ye

BinMuhammad delete icon 11:51 PG

Meleset...Hmmm, apa yg TI fikirkan agaknye...
Betul tu...jgn mengharap komen dan kunjungan dr blogger otai kerana ianya sebenarnya untuk kebaikan mereka dan kita... Itulah gunanya ilmu dan pengalaman, pasti anda ketahui sebabnya :)

Unknown delete icon 11:52 PG

kongsi seikhlas mungkin.. Allah jua membalasnya..

BinMuhammad delete icon 11:54 PG

Samalah kita... semoga jadi pengalaman buat orang lain juga...

BinMuhammad delete icon 12:01 PTG

Bersangka baik dan positif...itu sebaiknya! :)

BinMuhammad delete icon 12:08 PTG

Jangan lakukan kesilapan yg sama ya...
Pengalaman orang lain jadikan pengajaran...
Terima kasih Yana :)

Saya ingatkan sebab itulah yang BM hendak kongsikan, tapi biarlah di hembus angin di awang-awangan.

BinMuhammad delete icon 12:13 PTG

Eh...ini bukan kisah sedih. xmo sedih2...senyumlah... :)

BinMuhammad delete icon 12:15 PTG

Ingat ye... Jangan terlalu mudah menghukum tapi cubalah memahami...
Terima kasih sentiasa bersama RM :)

BinMuhammad delete icon 12:17 PTG

Insyaallah...sekadar berkongsi sedikit pengalaman. Walaupun pahit tapi ada manisnya... :)
Terima kasih Khir, semoga anda berjaya!

BinMuhammad delete icon 12:18 PTG

Ya...Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...
Terima kasih kakizan

Tanpa Nama delete icon 12:19 PTG

bukan mudah nak puaskan hati semua orang kan BM... kdg2 KA yang suam2 kuku ni pun ketandusan masa nak terjah blog kawan2.. lagi2 lately kerja bertengket2, balik dah sibuk dgn urusan rumah pulak.... harap2 kawan2 memahami lah kan !... tq berkongsi n3 ini yer

Tanpa Nama delete icon 1:48 PTG

kathy dah menagalami stres yang teruk kebelakangan ni akibat terkejar nak blogwalking blog rakan² blogger terutama yang ada dalam dalam bloglist..kesannya,kathy tiada mood update entri dan terasa masa terlalu singkat sangat untuk berkinjung blog rakan².ada benarnya kata BM,kathy yg masih sedikit komentator pun tak terbalas komen dan kunjungan mereka,apatahlagi otai² yang memiliki puluh ribuan follower.bersanka baik,ambil yang baik..komen pun biar berkualiti,jgn asal komen jer..hehehehe..

Unknown delete icon 1:51 PTG

ya kini lieya sedang melaluinya.. kena sentiasa berfikiran positif, tuan tanah xnak komen takpe.. tak nak follow balik pon tak pe.. mungkin ade lagi ramai yang sudi.. cuma perlu bersabar je,kita buat yang terbaik.. insha allah. kendian hari kita happy kan.. walaupun kadang-kadang kecil hati juga.. lagi2 mereka yang ada Followers yg ramai.. tapi xpela.. mungkin dah lumrah.. belajar dari sesuatu.. dan pengalaman.. ia lebih menyeronokkan..

Semoga mereka semakin popular..thanks yer..

aznur delete icon 3:15 PTG

apa jua dilakukan fikir2kan..meraih penghargaan manusia vs penghargaan maha Esa..nawaitu selalu kena check..moga2 ilmu yg dikongsi dapat juga saham kubur dan dunia..semoga update dgn ilmu2 ..

Aduhai kakak tak pernah mengharap komen blogger terkenal. Sebab itu bila blogger yg kakak kenal kian terkenal kakak akan perlahan-lahan mengundur diri. Sedar kakak bukan blogger yg baik. Sunggah tak mampu nak berkunjung semua teman apa lagi masa berblog sangat terhad...

Abam Kie delete icon 3:47 PTG

saya suka berkawan dgn BM sbb BM blogger yg ramah. Selalu lawat blog saya n komen mana yg patut. Hasilnya sy pun dtg jengah ke sini n komen entri ini. Hidup kita bagai aur dan tebing. kena saling bantu membantu.

jadilah bloger yang ikhlas penuh beramal

bloger sejati bukan berarti harus lupa segalanya

Unknown delete icon 4:31 PTG

terima kasih BM.. :) sebenar nya saya pon baru mula mnjinak dlm dunia blogger ni...nasib baik jumpe entri ni awal2..tidak lah nnt sy tersasar sgt....

assalamualikum BM entri ini sangat bagus memotivasikan para blogger.. acik pernah di labelkan sombong.. tak kenal maka tak cinta ^_^

p/s : harap dapat vote blog acik untuk favorite lifestyle blog di media social awards. cara-cara ada di blog acik

cik akak bila nak kunjung blog saya? hihi...

btw..entri ini rasanya mewakili semua blogger baru, termasuklah saya. tq for sharing uncle.. :)

Unknown delete icon 6:36 PTG

BM seorang blogger yg peramah..komen yg dilontarkan juga ikhlas n jujur..itu yg yumida suka pasal BM. yumida pun masa beronline terhad, hanya 2 jam sehari. kengkadang semput gak nak blogwalking. hihi. ada gak yg x kesampaian jejak balas. masa newbie dulu rajin komen kat blog blogger otai, skrg kurang coz masa amat mencemburui.

ANIM delete icon 8:38 PTG

kak anim jarang drop komen kat blogger terkenal sebab ada perasaan "sapalah kita kan?" kak anim pernah alami juga, banyak kali drop komen tapi singgah say hello kat kita pun tak pernah. namun entry ni membuka mata. ayat.jangan menghukum tu paling tepat. yg penting..

mselim3 delete icon 10:30 PTG

Assalammualaikum..BM,

betul tu BM pape jgn cepat menghukum.. tiap3 orang mempunyai masalah yang berbeza yg perlu kita fahami..

mselim3

PCL delete icon 11:58 PTG

ikhlaskan diri dalam apa jua..dlm konteks blogging, kalau kita faham apa itu blogwalking berkesan adalah datang dan singgah sekali dlm sehari ke blog tertentu utk berikan dia unic view..singgahan kali kedua dan seterusnya pd hari yg sama hanya lah sumbangan page view sahaja. Sokongan yg macam mana kita nak berikan...kitalah tentukan dan keikhlasan datang dari hati yg tulus. Sombong itu sifat yg dibenci oleh semua orang..apa guna popular kalau ada sifat demikian, namun itu mungkin bukan pilihannya...yeah jangan menghukum sebelum memahami kadaannya.

blogwalking...salam blogging,

kakiblog delete icon 1:59 PG

Saya masih lagi menganggap blogger baru meskipun sudah serius menulis blog dalam setahun..mungkin cara kita berpandangan positif akan mengundang prasangka baik oleh orang lain juga termasuk blogger otai!

OKje delete icon 7:39 PG

Bw ni mmg sangat sangat ambik banyak masa....apatah lagi blogger otai mcm diaorang, mng tak sempat!........ Bukan mudah nk positifkan minda selalu, ada masa kecundang jugak!

So kesimpulannya kena bersangka baik dan jangan cepat sentap ya...

Unknown delete icon 9:36 PG

betul tu Bm..kena positifkan fikiran..dan jgn sangka buruk..

Unknown delete icon 6:01 PTG

Betul BM, kita kena think positive selalu.. fikir negatif sikit2 pun boleh tapi jadikan ia iktibar untuk kita dan sshhhh...

Assalam
Berfikiran positif ialah bersangka baik. Tahniah Tuan BM. Kami hargai luahan yang di paparkan ini. Perkongsian yang menjadi panduan.

Unknown delete icon 12:11 PTG

Pergghh legaaaa dah dapat jawapan... :D
Ermm... sebagai blogger baru... idah tak berani nak komplen2... terima dan serap jer budaya blogging nie... mana yang baik kita ikut... mana yang buruk kita jadikan sempadan... cayokk BM.. :D

BUNDA delete icon 4:28 PTG

Belajar dari kesilapan lalu sudah cukup untuk kita jadikan pengalaman..
Perbaiki dari kesilapan lalu menjernihkan semula hati dan perasaan..

Bunda pun pernah lalui itu..bukan saja dari blogger yang sedia femes tapi dari blogger yang baru nak up...
Seakan memilih kawan untuk diterjah balik...bunda dapat rasakan itu...
Tapi bunda ni buat tak hemoih jer bak kata orang utara...
Bunda tetap macam biasa..tetap terjah dan beri komen diblog mereka tanpa terlalu mengharap sangat...

Bunda tak nak stress dan pening2 kepala memilkirkan semua tu...
Bunda sedar siapalah bunda...hanya blogger picisan yang menumpang didunia maya ini..
Hanya blogger biasa yang tak mengharap nama dan popular pun...
Hanya blogger biasa menulis untuk kepuasan diri sendiri...
Tak kisah lah kalau orang tak kenal diri bunda yang sebenar pun...

Bunda hadir dan menulis bukan kerana nama....

QZ92 delete icon 3:53 PG

Setuju dengan ungkapan blog merupakan gedung ilmu tu. Amat menarik sekali

berblog pun punyai cabaran. Kadang kadang ada orang yang tidak puas hati dan sentiasa memerhati kalau-kalau kita melakukan kesalahan...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap