![]() |
Tips Tingkat Pageview |
Semoga informasi yang diberikan ini dapat memberi sedikit ilmu dan panduan berguna untuk Fizi dan sesiapa sahaja yang mahukan peningkatan jumlah view blog anda. Setiap orang ada matlamatnya, ada yang mahukan unique visitor dan ada yang mahukan pageview. Terpulanglah kerana kedua-duanya pun perlukan usaha dan ilmu.
Selain dari teknik SEO dan entri yang berkualiti serta diminati, ingin saya kongsikan disini satu cara mudah untuk meningkatkan Pageview anda dan merendahkan Bounce Rate. Ianya terbukti berjaya buat saya. Artikel ini sedikit panjang supaya maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan jelas.
Apa sebenarnya Pageview dan Bounce Rate?
![]() |
Tinggi... ada baik dan buruknya |
Ianya berkait dengan isi kandungan blog anda, jika ianya menarik dan digemari pasti pembaca ini akan melihat page/entri-entri yang lain. Setiap kali loading page berlaku maka setiap kali itulah juga pageview anda akan dikira.
Bounce rate pula adalah kiraan peratusan pembaca yang datang di page kita tanpa membuka page lain. Maknanya pembaca ini hanya datang membuka satu sahaja entri anda dan berlalu pergi. Mengikut peratusan, semakin tinggi semakin tidak bagus. Jika Bounce Rate anda di bawah 30% adalah yang terbaik tetapi sekiranya melebihi 60% bermakna blog atau website tersebut bermasalah. Untuk lebih pemahaman mengenai Bounce Rate, saya syorkan anda membaca Entri INI
Kepentingan Bounce Rate dan Kaitan Dengan Pageview
Oleh itu peratusan Baunce Rate menjadi kayu ukur untuk melihat sesebuah blog itu berkualiti dan mempunyai tarikan untuk pembaca berada lebih lama di blog anda. Ianya salah satu indek yang perlu diberi perhatian kerana ianya dapat membuktikan kejayaan dan tahap keberkesanan isi kandungan sesebuah blog.
Selain dari Ranking dan jumlah Unique Visitors, Bounce Rate juga menjadi penunjuk tanda aras yang amat penting bagi sesebuah blog terutama yang bertunjangkan untuk menambah pendapatan melalui bisnes online dan menjadi tarikan terbaik untuk pengiklan.
Bounce Rate ini amat berkait rapat dengan pageview. Semakin rendah Bounce Rate semakin tinggi Pageview. Pentingnya kualiti entri yang menarik dan lengkap kerana ia dapat menurunkan Baunce Rate dan menaikkan Pageview dimana pembaca akan berminat untuk melihat entri-entri anda yang lain dan berada lama di blog anda.
Selain dari Ranking dan jumlah Unique Visitors, Bounce Rate juga menjadi penunjuk tanda aras yang amat penting bagi sesebuah blog terutama yang bertunjangkan untuk menambah pendapatan melalui bisnes online dan menjadi tarikan terbaik untuk pengiklan.
Bounce Rate ini amat berkait rapat dengan pageview. Semakin rendah Bounce Rate semakin tinggi Pageview. Pentingnya kualiti entri yang menarik dan lengkap kerana ia dapat menurunkan Baunce Rate dan menaikkan Pageview dimana pembaca akan berminat untuk melihat entri-entri anda yang lain dan berada lama di blog anda.
Audience Overview Dari Google Analytics
Sekarang anda lihat statistik Blog ini. Saya menggunakan Google Analytics kerana datanya lebih tepat, dipercayai dan memberikan banyak informasi yang anda perlukan untuk melihat perkembangan blog. Dari situ anda boleh melihat apakah kekurangan yang boleh anda perbaiki. Antara informasinya adalah dari data Audience Overview.
![]() |
Data December 2013 |
![]() |
Data January 2014 |
Jika anda lihat dari jumlah visits dan unique visitor, jumlahnya tidaklah jauh berbeza diantara bulan Dec 2013 dan Jan 2014 tetapi anda dapat lihat jumlah Pageview dan Bounce rate berubah dengan agak ketara sekali. Ini menunjukkan jumlah pembaca yang berkunjung membuka lebih dari satu page telah meningkat.
Lihat pula nilai Pages/visit... ia membawa maksud, secara purata... seorang pengunjung telah membuka 3.43 page setiap kali singgah diblog ini pada bulan Jan 2014 dan inilah yang telah membawa kenaikan ketara kepada jumlah Pageview. Manakala nilai Bounce Rate menunjukkan 33.74 peratus dari pembaca yang kunjung ke blog ini hanya melihat satu page sahaja.
Lihat juga tempoh masa pengunjung berada di blog ini... Ianya juga telah meningkat dari 2.54 minit kepada 3.23 minit.
Lihat juga tempoh masa pengunjung berada di blog ini... Ianya juga telah meningkat dari 2.54 minit kepada 3.23 minit.
Cara Meningkatkan Pageview Dan Merendahkan Bounce Rate
Apa yang telah saya lakukan untuk meningkatkan Pageview & merendahkan Bounce rate ini? Terus terang saya katakan yang saya tidak mampu untuk menerbitkan lebih dari satu entri sehari.
![]() |
AJL 28 |
Saya juga telah membuat ujian dengan menerbitkan entri hangat semasa iaitu entri Anugerah Juara Lagu (AJL 28), namun blog ini tidak cukup kuat dari segi SEO untuk bersaing kata kunci bagi merebut trafik yang tinggi.
Oleh itu penting bagi saya untuk menerbitkan entri yang berkualiti mengikut niche serta kategori yang telah ditetapkan. Selebih dari itu saya perlu membuat sendiri promosi untuk menaikkan Pageview dan merendahkan Bounce rate.
Antara promosi yang paling berjaya andalah widget link untuk entri blog. Ada 3 widget yang memaparkan 'Artikel Pilihan Terbaik', 'Artikel Terkini' dan 'Artikel Popular Bulan Ini' di sidebar, manakala widget 'Anda juga mungkin meminati' (nrelate) dibawah setiap entri.
Inilah sebenarnya yang menaikkan Pageview blog ini dan menurunkan Bounce rate. Sebagai tambahan anda juga boleh meletakkan internal link didalam artikel anda menuju kepada artikel lain yang berkaitan yang telah anda terbitkan.
Mencuba Dan Berusaha... Semoga Berjaya
![]() |
Mencuba lebih baik dari hanya berharap |
Harus diingat bahawa jumlah link yang ada didalam blog anda seharusnya tidak melebihi 100 link (internal and external) kerana terlalu banyak link akan menurunkan tahap SEO blog dan kurang digemari oleh robot pengindeks enjin carian. Selain dari itu ia juga akan meningkatkan masa loading blog!
Diingatkan juga, saya tidak menjanjikan kejayaan 100%... Cuma ini adalah salah satu cara yang terbukti berjaya buat saya. Apa pun yang paling penting disini adalah artikel anda mestilah berkualiti dan menarik. Jika anda membuat sesuatu entri bermaklumat, pastikan ianya lengkap dan boleh dipercayai.
Terbaik apabila anda mampu membuat pelbagai entri berkaitan topik yang sama atau saling berkait kerana pencari maklumat pasti mahukan informasi berkaitan dengan lebih banyak dan mendalam dari pelbagai sudut dan pandangan. Gunakan Tips Menjadi seorang Blogger Berjaya sebagai panduan tambahan...
Jika ada masih kabur dan kurang faham, sila ajukan pertanyaan...Insyaallah akan saya cuba menjawab mengikut apa yang saya tahu dan faham... Jika maklumat ini ada kesilapan sila perbetulkan, saya hanya menyampaikan hasil dari pengalaman dan pengetahuan saya yang terhad... Wallahualam...
Author by Bin Muhammad
85 comments - "Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate"
terima kasih BM dengan perkongsian entri ini.CM selalu confius ttg bounce rate tu..ingatkan kalau bounce rate tinggi tu baguih..hahah..
thanx BM...entri ni sgt membantu saya...
terima kasih Bro BM kerana menyediakan entri yang cukup padat dan penuh dengan maklumat yg berguna untuk fizi...cuma nak tanya mengenai colum artikat bro tu..entri yang popular akan sendirinya drop ke..cam tibanya bulan 2..akan keluar entri yang populan bari bulan 2..begitukah?
entri ini boleh dikatakan sudah lengkap dan memang berguna untuk saya dalam memperbaiki mutu penulisan blog supaya menarik perhatian ramai pembaca..
entri sangat lengkap dan penuh berinformasi.. :) terima kasih atas perkongsian ni...
Nrelate jugak lbh bagus berbanding Linkwithin,kan...kerana Linkwithin dikatakan mencuri trafik dari blog kita. Dan meningkatkan bounce-rate blog kita
Sy jarang juga ambik tau....patut la pageview sehari x sampai 1k pun....huhuhu....
Hang mmg seorang yg rajin mengkaji BM..... walaupun hang suka berkubang tp diri hang tetap inginkan kemajuan....hehe.....
Tahniah kerana berjaya memacu diri sendiri dan orang lain utk berjaya!
Terima kasih BM.. Ilmu baru buat akak.. yang akak tahu post N3 jer.. huhuhuhu
Agreed BM. Niche Blog memainkan peranan penting. Persaingan dari segi keywords memberi kelebihan yang besar. Dan pastinya widget-widget di atas banyak membantu. Tapi jangn over coz Blog akan jadi berat. SEO of course forever relevant. Kena belajar walaupun hanya basic jika ingin berjaya.
Ianya adalah entri popular setiap hari dalam tempoh 30hari. Ia bukan ikut bulan... Jika setiap hari ada perubahan dalam carta jumlah view entri dalam masa 30 hari maka setiap harilah ia bertukar tetapi jika tidak...ianya akan kekal seperti itu. Sebab itu perlunya list lain untuk mempelbagaikan entri yang dipaparkan.
Berkubang pun perlu kajian tempat yang sesuai dan yang paling best! hehehe
BM thanks yer tip nie amat baik sekali..
Thanks sgt berguna utk blogger mcm sy yg selalu on off dan tak reti nak susun ayat ni hehe
saya dah pernah register Google Analytics tu
tapi saya tak tahu macamana nak guna
Assalammualaikum...BM,
Terima kasih ilmu nyer.. sangat bermanfaat ..
mselim3
banyak betul tips yg diberikan.. terima kasih BM..kalau apa2 nnt boleh lah refer ke sini.. boleh meningkatkan PV Rileks Minda ;)
Sepatutnya bila berblog kena ambil tahu hal ini semua tapi kakak memang tak rajin dan tak penah ambil tahu. Kalau nak lihat pun mungkin sesekali saja BM. Sangat informatif N3 BM ni..
Terima kasih BM...walaupun dah lama berblogging namun masih banyak istilah yang saya tak tahu, dan hari ini saya telah mengenali beberapa istilah.
Info yang sgt2 berguna & informatif,,, but KA skang ni dh slow down sikit so x ambik tahu sgt benda2 ni, neway tq share yer, nnti KA cuba praktik2kan !
tq BM bg penerangan... mg blog ini makin berjaya..
Assalam BM, kita sekampung rupanya. Thanks a lot for the info and sharing... Great study. Tak ramai yang tau pasal ni. Satu cara mudah nak tau populariti blog dan website adalah melalui alexa.com
saya kurang faham tentang hal ni,kena baca banyak-banyak kali ni,maklumlah tak amik serius sangat,apapun bagus berkongsi ilmu ni
Good info, Tak tau pon pasal benda ni. Tau up entry kat blog jer,,,hehehe,,,Banyak ilmu nak kena korek ni.
Maklumat yang amat berguna...lepas ni tolong terangkan pasal cara nak buang links(internal & external) dalam blog pulak ye sebab saya tak faham sangat pasal benda ni...
Betul. Teknik tu semuanya betul. Saya juga menggunakannya (samada sekarang atau sebelum ini), cuma bezanya ... entri2 blog saya belum cukup kuat nak beri impak sebegitu.
Apapun, sebuah informasi terbaik yang semua orang perlu belajar.
tak pernah tau pasal nie..at least belajar sesuatu hari nie di blog relaksminda..
assalamualaikum BM..acik suka penjelasan BM sangat padat dan jelas
Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini
Terbaiklah . ilmu sangat bermanfaat kepada yg memerlukan . sya utamakan keywords utk carian google .
wah...thank you..tengah belajar..merangkak2.
Sangat hebat perkongsian ini BM. Tahniah, insya-Allah, bolehlah diaplikasikan nanti.
P/S: Pasal soalan nombor tu, nanti saya "carikan" jawapannya dulu sebelum saya jawab ya.
Tq info ni BM..x ambil tahu sgt benda ni BM appn tq skali lg..
Kak anim memang nak tau sangat tentang maksud bounce rate tu..
Byk yang dapat dipelajari dari entry ini. Pasti ianya akan tersenarai dalam artikel pilihan pula:-))
Ekeleh......hehe...
T kasih diatas perkongsian BM.. mmg bnyk yg saya perlu belajar lg. Semoga BM terus sukses.. aamiin.. :)
Satu perkongsian yang cukup jelas dan details. Saya akan letak dalam blog saya ni ikut panduan yg tuan kongsikan. Terima kasih banyak-banyak.
Bagus Ilmu ni... insyaAllah boleh belajar lagi.. blog sy tu suam2 kuku je skrg ni...hehe
Assalam
Perkongsian Tuan BM ini sangat penting. Terima kasih banyak ya.
terima kasih. bagus perkongsian nih. ^_^
Terima kasih BM atas ilmu yang dicurahkan...
ingatkan jadi blogger nie senang jerr... suka2... rupa2nya banyak benda yg nak kena belajar.. baru nak belajar SEO .. nie dah kena belajar Bounce Rate pulakk... adoii... :]
penerangan yg cukup baik dan jelas mgenai bounce rate...
blog ciktom teruk bounce rate ni..
1 lg perbanyak artikel niche yg berkaitan boleh rendahkan bounce rate jgk..
banyak lagi yang kathy perlu pelajari dari semua ini..memang entri yg lengkap dan menjawab persoalan..kathy masih kurang pandsai bermain keywords..tapi bak kata BM,biarlah kita jadi blogger yang berilmu..muhasabah diri..
terima kasih BM
Maaf, saya kurang faham dgn maksud anda. Nak buang link (internal & external) dalam blog? Boleh jelaskan...
Hari ada check (x ingat guna website mana) dan dikatakan ada 103 link kat blog saya... Saya tak tahu macam mana nak bagi jumlah link yang ada di dalam blog tidak melebihi 100 link (internal and external). Harap jelas...
Terima kasih BM berkongsi tips ni. Idea pasang byk widget entri pilihan tu mmg bagus.
Nak buat jugak. Thanks BM
Anda boleh check segala link yang ada didalam blog anda melalui http://smallseotools.com/website-links-count-checker/ Disini dilistkan sekali semua link dan anchor text yang ada link didalam blog anda. Maka anda boleh lihat mana2 link yang tidak diperlukan dan bolehlah dibuang.
Sebenarnya boleh sahaja ada lebih dari 100 link pada blog...tapi anda kena tahu caranya. Anda perlu membuat arahan pada custom robot txt. Contohnya anda tidak mahu 'popular post' diindex maka link yang ada disitu tidak mengganggu SEO blog anda. Ini perlukan ilmu yg mendalam kerana jika tersilap kemungkinan blog anda langsung tidak diindex oleh enjin pencari pula.
Sukar hendak diterangkan dan saya pun tidak berani mengajar kerana takut tersalah. (pernah ada pengalaman entri diblock oleh google kerana salah robot txt ini. Setelah dibetulkan, ambil masa 3 bulan utk diindex semula) Cari informasi lanjut mengenai robot txt dan cuba pelajarinya.
Semoga penerangan ini dapat membantu...
Semoga lebih maju jaya kerana tak lokek lmu...
Syabas...
info yg sgt berguna...terima kasih BM ;)
Tuan BM, ilmu yg sgt baik ni. Nak berjaya kena usaha, nk berjaya kena ada pengorbanan. Tapi bila bab berblogging ni, saya byk sgt kelemahan. Errkk, lari dari topik pulak luahan rasa ni =)
Terima kasih. Rupanya saya dah ada main ngan robot txt ni ikut yang Sifu HH ajarkan hari tu...
Salam,
Entri yang sangat berguna. In sya Allah info yang berguna ini tidak akan disia-siakan.
Thanks & Regards,
Aishah de Shoppe
http://aishahdeshoppe.blogspot.com/
sungguhlah akak ni rabun blog kut? tak pernah tahu semua ni...tau menaip je..
Banyak tips yang bermanfaat dikongsikan disini...terima kasih BM..
banyak tips yang bermanfaat..terima kasih ya dengan entry ini.pasti akan di ikut,..
pergh bro .. blog sedra power nie .. tmplate nice and pengolahan isi mantop !!!
tak pernah tahu pun sebelum ni apa benda bounce rate ni..sadis betul.. dah tahu ni boleh lah buat penambah baikkan.. terima kasih..
Kalau dah sifu kata gitu maksudnya betullah tu...so kena ikut cakap sifu....
Buat widget artikel paling menarik sekarang utk kurangkan bounce rate.... Masalahnya tak de satu pun artikel yg menarik haha
Terima kasih bro di atas info yg sgt berguna ini...
owh kayak begitu toh,oke gan terima kasih
Terima Kasih atas perkongsian tips ini :)
Thanks atas informasinya, widget memang sangat efektif untuk meningkatkan page view, satulagi mungkin archive blog juga efektif,
Agak sukar sebenarnya. Kita tak mampu mengawal kehendak dan tujuan pengunjung..:(
bagus, bermanfaat..
lawat juga cara Hack Wifi Password
info yang bermanfaat. masih merangkak untuk meningkatkan unique visitor dan pageview.
Great wonderful list. Each and every single point mentioned above has its own importance.
But Anyways,
thanks for this article…
I really love it !!
keep it up good work !! :)
Thanks and Regards,
Master SEO Indonesia
http://www.distributorseo.co.id
Sangat bermanfaat bagi pemilik blog baru ya abang. terima kasih sudah berbagi ilmunya :)
Artikel Yang Sangat Bermanfaat,Good Job Dear !!!
Perkenankan Saya Untuk Meminta Menempelkan Link Pleaseee !!!
Jasa Pembuatan Website Di Tangerang and
Service Projector Di Tangerang
terima kasih, ini adalah artikel yang sangat berguna bagi mereka yang baru mulai belajar.. salam sukses selalu
bukan yang mudah memang untuk meningkatkan sebuah trafik situs karena butuh usaha dan kerja keras. Tanpa itu semua, maka akan sangat sulit kiranya untuk mendapatkan itu semua. Saya juga mengalaminya saat membangun [http://www.busanamuslimmu.xyz/ model busana muslim]
oke banget artikelnya sop
Terima kasih, ini adalah informasi yang sangat berharga
bagus dan sangat berkualitas sekali infonya terima kasih salam sukses
wah, ternyata judul juga sangat berpengaruh besar ya
informasi yang sangat menarik bagi saya seorang pemula yang ingin belajar seo..
di tunggu update berita terbaru min.....met pagii www.ramuanperangsangwanita.com
Terima kasih informasinya
Souvenir Pernikahan Murah
Mantap hu tutorialnya, page view meningkat, hasilpun meningkat,.hehe
aku tunggu artikel selanjutnya hu
Perkongsian yang baik BM..bnyak yang boleh dapat disini
kalo menurut saya link di dalam artikel lebih berpengaruh dalam menaikan pageview blog..
Artikel yang sangat bermanfaat!!
Keren artikelnya... salam kenal yah
apakah sekrang teknik ini masih berlaku
artikelnya sangat berbobot sekali, saya sangat senangmembacanya
Terima kasih ya
mantab....
ok..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”