بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Puisi Terakhir Imam Syafie
Puisi Terakhir
Tidak diragui lagi bahawa Imam Al-Shafie memiliki bakat puisi yang tinggi. Sekiranya beliau mahu, beliau boleh menjadi salah seorang pemuisi yang unggul pada zamannya. Walaupun tidak memberikan tumpuan kepada bidang ini, namun beliau telah menghasilkan puisi-puisi yang sangat baik.

Al-Mubarrid berkata: “Semoga Allah merahmati Imam al-Shafie. Beliau ialah seorang pemuisi terbaik, paling mahir tentang kesusasteraan dan paling arif tentang al-Quran.” Kebanyakan tema puisi beliau menyentuh sama ada mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku, pengajaran kemasyarakatan, hikmat keagamaan atau pengalaman hidup beliau sendiri. Kebanyakannya sesuai untuk dijadikan panduan dan contoh bagi mewakili tema masing-masing. - Ustaz Syauqi

Puisi terakhir Imam Syafie ini dialunkan tatkala Imam Muzani menziarahi beliau diwaktu beliau sedang sakit tenat. 

Puisi Terakhir Imam Syafie

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu


Puisi Terakhir Imam Syafie

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

Puisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam Syafie

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

Puisi Terakhir Imam Syafie

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

Puisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam Syafie

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى 
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

Puisi Terakhir Imam Syafie

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Puisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam SyafiePuisi Terakhir Imam Syafie

Terima kasih bersama Relaks Minda... Santapan mata dan rohani anda.


sumber di SINI
Author by Bin Muhammad

24 comments - "Puisi Terakhir Imam Syafie"

Linda delete icon 2:26 PTG

MashaAllah...ini betul2 santapan rohani dan mata...thanks BM :)

Assalamualaikum... sedapnya baca puisi terakhir imam syafie.. muhasabah diri bila membacanya ~~~ terima kasih berkongsi

Khir Khalid delete icon 3:04 PTG

Subhanallah.. sesuatu sentuhan yg amat mendalam utk renungan kita semua.. t kasih diatas perkongsian BM.. :)

Orkid delete icon 3:27 PTG

Rasa saya pernha terbaca , singgah ptg ari ni!

Assalammualaikum w.k.t,

BM ,puisi yang sangat bermakna.. dan peringatan bersama

Imam Syafie yang tinggi keilmuannya pun masih lagi merendahkan diri untuk diperbaiki, inikan pulak kita sebagai orang biasa.

muhasabah diri bila baca puisi Imam Syafie..
Chopp!! arwah atok den nama Syafie tau :)

Pha Is delete icon 4:29 PTG

hebat imam syafie..

Tanpa Nama delete icon 5:01 PTG

Terima kasih berkongsi yer. Walau KA pernah baca berkali2.

Sis Vee delete icon 5:18 PTG

Luahan yang amat dalam maksudnya ...

Unknown delete icon 6:09 PTG

indah puisi ni
terkandung mesej dlm puisinya

Puisi yang sarat dengan nilai kemuhasabahan diri kepada Sang Penciptanya-Allah SWT.

Unknown delete icon 7:48 PTG

terasa damai di hati... sungguh indah...

Wafi Remli delete icon 11:58 PTG

Subhanallah. Pencetus mazhab Syafie~

Tanpa Nama delete icon 3:30 PG

boleh mohon share?!! saya share tau.

Tanpa Nama delete icon 3:35 PG

https://www.facebook.com/muhamadnur.firdaus.37?sk=notes

Silakan...Memang untuk perkongsian bersama :)

Fiza Rahman delete icon 10:15 PG

Puisi yg sgt terkesan di hati.

ZaridaIshak delete icon 11:47 PG

garapan idea yang sungguh puitis dan menyentuh kalbu...

Mizz Aiza delete icon 5:51 PTG

subhanallah.. sangat mendalam maksud puisi ini..

Tanpa Nama delete icon 1:00 PTG

Hebat..imam Syafie menggarap puisi yg sgt indah..

Semoga umat Islam dipelihara Allah daripada Fitnah akhir zaman yang terlalu dahsyat sekarang ini. Amiin..

firohar delete icon 12:33 PTG

nice sharing :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap