Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate
Tips Tingkat Pageview
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dari entri sebelum ini 'Entri INI'. Saya mendapat permintaan untuk berkongsi tips untuk meningkatkan trafik blog oleh Fizi Zaidi. Alhamdulillah... timbul pula idea untuk berkongsi tips ini yang sungguh mudah tapi memberi kesan yang amat besar!

Semoga informasi yang diberikan ini dapat memberi sedikit ilmu dan panduan berguna untuk Fizi dan sesiapa sahaja yang mahukan peningkatan jumlah view blog anda. Setiap orang ada matlamatnya, ada yang mahukan unique visitor dan ada yang mahukan pageview. Terpulanglah kerana kedua-duanya pun perlukan usaha dan ilmu. 

Selain dari teknik SEO dan entri yang berkualiti serta diminati, ingin saya kongsikan disini satu cara mudah untuk meningkatkan Pageview anda dan merendahkan Bounce Rate. Ianya terbukti berjaya buat saya. Artikel ini sedikit panjang supaya maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan jelas.

Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate
Komen Fizi Zaidi di entri tersebut...

Apa sebenarnya Pageview dan Bounce Rate?

Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate
Tinggi... ada baik dan buruknya
Sebelum saya dedahkan teknik ini, anda perlu kenali apakah itu Pageview dan Bounce Rate. Anda mungkin biasa dengan pageview. Ia adalah jumlah atau bilangan page blog anda yang dilihat atau diloading oleh pembaca. Setiap kali blog anda diakses atau dibuka ianya akan dikira sama ada oleh ID/pembaca yang sama atau pun berbeza. Oleh itu satu ID/pembaca boleh memberi banyak pageview.

Ianya berkait dengan isi kandungan blog anda, jika ianya menarik dan digemari pasti pembaca ini akan melihat page/entri-entri yang lain. Setiap kali loading page berlaku maka setiap kali itulah juga pageview anda akan dikira.

Bounce rate pula adalah kiraan peratusan pembaca yang datang di page kita tanpa membuka page lain. Maknanya pembaca ini hanya datang membuka satu sahaja entri anda dan berlalu pergi. Mengikut peratusan, semakin tinggi semakin tidak bagus. Jika Bounce Rate anda di bawah 30% adalah yang terbaik tetapi sekiranya melebihi 60% bermakna blog atau website tersebut bermasalah. Untuk lebih pemahaman mengenai Bounce Rate, saya syorkan anda membaca Entri INI

Kepentingan Bounce Rate dan Kaitan Dengan Pageview

Oleh itu peratusan Baunce Rate menjadi kayu ukur untuk melihat sesebuah blog itu berkualiti dan mempunyai tarikan untuk pembaca berada lebih lama di blog anda. Ianya salah satu indek yang perlu diberi perhatian kerana ianya dapat membuktikan kejayaan dan tahap keberkesanan isi kandungan sesebuah blog.

Selain dari Ranking dan jumlah Unique Visitors, Bounce Rate juga menjadi penunjuk tanda aras yang amat penting bagi sesebuah blog terutama yang bertunjangkan untuk menambah pendapatan melalui bisnes online dan menjadi tarikan terbaik untuk pengiklan.

Bounce Rate ini amat berkait rapat dengan pageview. Semakin rendah Bounce Rate semakin tinggi Pageview. Pentingnya kualiti entri yang menarik dan lengkap kerana ia dapat menurunkan Baunce Rate dan menaikkan Pageview dimana pembaca akan berminat untuk melihat entri-entri anda yang lain dan berada lama di blog anda.

Audience Overview Dari Google Analytics

Sekarang anda lihat statistik Blog ini. Saya menggunakan Google Analytics kerana datanya lebih tepat, dipercayai dan memberikan banyak informasi yang anda perlukan untuk melihat perkembangan blog. Dari situ anda boleh melihat apakah kekurangan yang boleh anda perbaiki. Antara informasinya adalah dari data Audience Overview.

Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate
Data December 2013
Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate
Data January 2014

Jika anda lihat dari jumlah visits dan unique visitor, jumlahnya tidaklah jauh berbeza diantara bulan Dec 2013 dan Jan 2014 tetapi anda dapat lihat jumlah Pageview dan Bounce rate berubah dengan agak ketara sekali. Ini menunjukkan jumlah pembaca yang berkunjung membuka lebih dari satu page telah meningkat.

Lihat pula nilai Pages/visit... ia membawa maksud, secara purata... seorang pengunjung telah membuka 3.43 page setiap kali singgah diblog ini pada bulan Jan 2014 dan inilah yang telah membawa kenaikan ketara kepada jumlah Pageview. Manakala nilai Bounce Rate menunjukkan 33.74 peratus dari pembaca yang kunjung ke blog ini hanya melihat satu page sahaja.

Lihat juga tempoh masa pengunjung berada di blog ini... Ianya juga telah meningkat dari 2.54 minit kepada 3.23 minit. 

Cara Meningkatkan Pageview Dan Merendahkan Bounce Rate

Apa yang telah saya lakukan untuk meningkatkan Pageview & merendahkan Bounce rate ini? Terus terang saya katakan yang saya tidak mampu untuk menerbitkan lebih dari satu entri sehari. 

Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28)
AJL 28
Saya juga telah membuat ujian dengan menerbitkan entri hangat semasa iaitu entri Anugerah Juara Lagu (AJL 28), namun blog ini tidak cukup kuat dari segi SEO untuk bersaing kata kunci bagi merebut trafik yang tinggi.

Oleh itu penting bagi saya untuk menerbitkan entri yang berkualiti mengikut niche serta kategori yang telah ditetapkan. Selebih dari itu saya perlu membuat sendiri promosi untuk menaikkan Pageview dan merendahkan Bounce rate.

Antara promosi yang paling berjaya andalah widget link untuk entri blog. Ada 3 widget yang memaparkan 'Artikel Pilihan Terbaik', 'Artikel Terkini' dan 'Artikel Popular Bulan Ini' di sidebar, manakala widget 'Anda juga mungkin meminati' (nrelate) dibawah setiap entri. 

Inilah sebenarnya yang menaikkan Pageview blog ini dan menurunkan Bounce rate. Sebagai tambahan anda juga boleh meletakkan internal link didalam artikel anda menuju kepada artikel lain yang berkaitan yang telah anda terbitkan.

Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce RateCara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate

Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate

Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate

Mencuba Dan Berusaha... Semoga Berjaya

Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate
Mencuba lebih baik dari hanya berharap
Harus diingat bahawa jumlah link yang ada didalam blog anda seharusnya tidak melebihi 100 link (internal and external) kerana terlalu banyak link akan menurunkan tahap SEO blog dan kurang digemari oleh robot pengindeks enjin carian. Selain dari itu ia juga akan meningkatkan masa loading blog!

Diingatkan juga, saya tidak menjanjikan kejayaan 100%... Cuma ini adalah salah satu cara yang terbukti berjaya buat saya. Apa pun yang paling penting disini adalah artikel anda mestilah berkualiti dan menarik. Jika anda membuat sesuatu entri bermaklumat, pastikan ianya lengkap dan boleh dipercayai. 

Terbaik apabila anda mampu membuat pelbagai entri berkaitan topik yang sama atau saling berkait kerana pencari maklumat pasti mahukan informasi berkaitan dengan lebih banyak dan mendalam dari pelbagai sudut dan pandangan. Gunakan Tips Menjadi seorang Blogger Berjaya sebagai panduan tambahan...


Jika ada masih kabur dan kurang faham, sila ajukan pertanyaan...Insyaallah akan saya cuba menjawab mengikut apa yang saya tahu dan faham... Jika maklumat ini ada kesilapan sila perbetulkan, saya hanya menyampaikan hasil dari pengalaman dan pengetahuan saya yang terhad... Wallahualam...


Author by Bin Muhammad

86 comments - "Cara Meningkatkan Pageview & Merendahkan Bounce Rate"

terima kasih BM dengan perkongsian entri ini.CM selalu confius ttg bounce rate tu..ingatkan kalau bounce rate tinggi tu baguih..hahah..

Unknown delete icon 1:04 PG

thanx BM...entri ni sgt membantu saya...

Unknown delete icon 1:24 PG

terima kasih Bro BM kerana menyediakan entri yang cukup padat dan penuh dengan maklumat yg berguna untuk fizi...cuma nak tanya mengenai colum artikat bro tu..entri yang popular akan sendirinya drop ke..cam tibanya bulan 2..akan keluar entri yang populan bari bulan 2..begitukah?

kakiblog delete icon 1:50 PG

entri ini boleh dikatakan sudah lengkap dan memang berguna untuk saya dalam memperbaiki mutu penulisan blog supaya menarik perhatian ramai pembaca..

entri sangat lengkap dan penuh berinformasi.. :) terima kasih atas perkongsian ni...

Nrelate jugak lbh bagus berbanding Linkwithin,kan...kerana Linkwithin dikatakan mencuri trafik dari blog kita. Dan meningkatkan bounce-rate blog kita

Sy jarang juga ambik tau....patut la pageview sehari x sampai 1k pun....huhuhu....

OKje delete icon 7:50 PG

Hang mmg seorang yg rajin mengkaji BM..... walaupun hang suka berkubang tp diri hang tetap inginkan kemajuan....hehe.....
Tahniah kerana berjaya memacu diri sendiri dan orang lain utk berjaya!

Unknown delete icon 8:06 PG

Terima kasih BM.. Ilmu baru buat akak.. yang akak tahu post N3 jer.. huhuhuhu

Agreed BM. Niche Blog memainkan peranan penting. Persaingan dari segi keywords memberi kelebihan yang besar. Dan pastinya widget-widget di atas banyak membantu. Tapi jangn over coz Blog akan jadi berat. SEO of course forever relevant. Kena belajar walaupun hanya basic jika ingin berjaya.

Ianya adalah entri popular setiap hari dalam tempoh 30hari. Ia bukan ikut bulan... Jika setiap hari ada perubahan dalam carta jumlah view entri dalam masa 30 hari maka setiap harilah ia bertukar tetapi jika tidak...ianya akan kekal seperti itu. Sebab itu perlunya list lain untuk mempelbagaikan entri yang dipaparkan.

Berkubang pun perlu kajian tempat yang sesuai dan yang paling best! hehehe

BM thanks yer tip nie amat baik sekali..

Thanks sgt berguna utk blogger mcm sy yg selalu on off dan tak reti nak susun ayat ni hehe

Yana Yani delete icon 9:30 PG

saya dah pernah register Google Analytics tu
tapi saya tak tahu macamana nak guna

mselim3 delete icon 9:39 PG

Assalammualaikum...BM,

Terima kasih ilmu nyer.. sangat bermanfaat ..

mselim3

banyak betul tips yg diberikan.. terima kasih BM..kalau apa2 nnt boleh lah refer ke sini.. boleh meningkatkan PV Rileks Minda ;)

Sepatutnya bila berblog kena ambil tahu hal ini semua tapi kakak memang tak rajin dan tak penah ambil tahu. Kalau nak lihat pun mungkin sesekali saja BM. Sangat informatif N3 BM ni..

Terima kasih BM...walaupun dah lama berblogging namun masih banyak istilah yang saya tak tahu, dan hari ini saya telah mengenali beberapa istilah.

Tanpa Nama delete icon 11:47 PG

Info yang sgt2 berguna & informatif,,, but KA skang ni dh slow down sikit so x ambik tahu sgt benda2 ni, neway tq share yer, nnti KA cuba praktik2kan !

Unknown delete icon 12:14 PTG

tq BM bg penerangan... mg blog ini makin berjaya..

Jehan delete icon 12:24 PTG

Assalam BM, kita sekampung rupanya. Thanks a lot for the info and sharing... Great study. Tak ramai yang tau pasal ni. Satu cara mudah nak tau populariti blog dan website adalah melalui alexa.com

Unknown delete icon 1:35 PTG

pening..berbinar je mata cik akak selepas membacanya...hihi...
maklumlah sukar untuk cik akak memahami...hihi...

umiawadah delete icon 3:38 PTG

saya kurang faham tentang hal ni,kena baca banyak-banyak kali ni,maklumlah tak amik serius sangat,apapun bagus berkongsi ilmu ni

Fiza Rahman delete icon 3:40 PTG

Good info, Tak tau pon pasal benda ni. Tau up entry kat blog jer,,,hehehe,,,Banyak ilmu nak kena korek ni.

Wafi Remli delete icon 3:44 PTG

Maklumat yang amat berguna...lepas ni tolong terangkan pasal cara nak buang links(internal & external) dalam blog pulak ye sebab saya tak faham sangat pasal benda ni...

Admin delete icon 4:33 PTG

Betul. Teknik tu semuanya betul. Saya juga menggunakannya (samada sekarang atau sebelum ini), cuma bezanya ... entri2 blog saya belum cukup kuat nak beri impak sebegitu.

Apapun, sebuah informasi terbaik yang semua orang perlu belajar.

sitirohaida delete icon 4:36 PTG

tak pernah tau pasal nie..at least belajar sesuatu hari nie di blog relaksminda..

assalamualaikum BM..acik suka penjelasan BM sangat padat dan jelas

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

Zawiah delete icon 5:32 PTG

Terbaiklah . ilmu sangat bermanfaat kepada yg memerlukan . sya utamakan keywords utk carian google .

wah...thank you..tengah belajar..merangkak2.

Sangat hebat perkongsian ini BM. Tahniah, insya-Allah, bolehlah diaplikasikan nanti.

P/S: Pasal soalan nombor tu, nanti saya "carikan" jawapannya dulu sebelum saya jawab ya.

Unknown delete icon 11:01 PTG

Tq info ni BM..x ambil tahu sgt benda ni BM appn tq skali lg..

ANIM delete icon 11:01 PTG

Kak anim memang nak tau sangat tentang maksud bounce rate tu..
Byk yang dapat dipelajari dari entry ini. Pasti ianya akan tersenarai dalam artikel pilihan pula:-))

OKje delete icon 11:19 PTG

Ekeleh......hehe...

Khir Khalid delete icon 12:19 PG

T kasih diatas perkongsian BM.. mmg bnyk yg saya perlu belajar lg. Semoga BM terus sukses.. aamiin.. :)

Stuwie delete icon 1:13 PG

Satu perkongsian yang cukup jelas dan details. Saya akan letak dalam blog saya ni ikut panduan yg tuan kongsikan. Terima kasih banyak-banyak.

AtieYusof delete icon 10:05 PG

Bagus Ilmu ni... insyaAllah boleh belajar lagi.. blog sy tu suam2 kuku je skrg ni...hehe

Assalam
Perkongsian Tuan BM ini sangat penting. Terima kasih banyak ya.

fyna delete icon 11:14 PG

terima kasih. bagus perkongsian nih. ^_^

Unknown delete icon 12:00 PTG

Terima kasih BM atas ilmu yang dicurahkan...
ingatkan jadi blogger nie senang jerr... suka2... rupa2nya banyak benda yg nak kena belajar.. baru nak belajar SEO .. nie dah kena belajar Bounce Rate pulakk... adoii... :]

cik tom delete icon 12:02 PTG

penerangan yg cukup baik dan jelas mgenai bounce rate...
blog ciktom teruk bounce rate ni..

1 lg perbanyak artikel niche yg berkaitan boleh rendahkan bounce rate jgk..

Tanpa Nama delete icon 1:25 PTG

banyak lagi yang kathy perlu pelajari dari semua ini..memang entri yg lengkap dan menjawab persoalan..kathy masih kurang pandsai bermain keywords..tapi bak kata BM,biarlah kita jadi blogger yang berilmu..muhasabah diri..

Tanpa Nama delete icon 4:04 PTG

terima kasih BM

BinMuhammad delete icon 4:27 PTG

Maaf, saya kurang faham dgn maksud anda. Nak buang link (internal & external) dalam blog? Boleh jelaskan...

Wafi Remli delete icon 11:57 PTG

Hari ada check (x ingat guna website mana) dan dikatakan ada 103 link kat blog saya... Saya tak tahu macam mana nak bagi jumlah link yang ada di dalam blog tidak melebihi 100 link (internal and external). Harap jelas...

hafizmd delete icon 12:45 PG

Terima kasih BM berkongsi tips ni. Idea pasang byk widget entri pilihan tu mmg bagus.

Nak buat jugak. Thanks BM

BinMuhammad delete icon 12:50 PG

Anda boleh check segala link yang ada didalam blog anda melalui http://smallseotools.com/website-links-count-checker/ Disini dilistkan sekali semua link dan anchor text yang ada link didalam blog anda. Maka anda boleh lihat mana2 link yang tidak diperlukan dan bolehlah dibuang.

Sebenarnya boleh sahaja ada lebih dari 100 link pada blog...tapi anda kena tahu caranya. Anda perlu membuat arahan pada custom robot txt. Contohnya anda tidak mahu 'popular post' diindex maka link yang ada disitu tidak mengganggu SEO blog anda. Ini perlukan ilmu yg mendalam kerana jika tersilap kemungkinan blog anda langsung tidak diindex oleh enjin pencari pula.

Sukar hendak diterangkan dan saya pun tidak berani mengajar kerana takut tersalah. (pernah ada pengalaman entri diblock oleh google kerana salah robot txt ini. Setelah dibetulkan, ambil masa 3 bulan utk diindex semula) Cari informasi lanjut mengenai robot txt dan cuba pelajarinya.

Semoga penerangan ini dapat membantu...

BUNDA delete icon 4:42 PTG

Semoga lebih maju jaya kerana tak lokek lmu...
Syabas...

Linda delete icon 11:08 PG

info yg sgt berguna...terima kasih BM ;)

Aimacomel delete icon 6:02 PTG

Tuan BM, ilmu yg sgt baik ni. Nak berjaya kena usaha, nk berjaya kena ada pengorbanan. Tapi bila bab berblogging ni, saya byk sgt kelemahan. Errkk, lari dari topik pulak luahan rasa ni =)

Wafi Remli delete icon 6:09 PTG

Terima kasih. Rupanya saya dah ada main ngan robot txt ni ikut yang Sifu HH ajarkan hari tu...

Unknown delete icon 1:12 PG

Salam,
Entri yang sangat berguna. In sya Allah info yang berguna ini tidak akan disia-siakan.


Thanks & Regards,
Aishah de Shoppe
http://aishahdeshoppe.blogspot.com/

sungguhlah akak ni rabun blog kut? tak pernah tahu semua ni...tau menaip je..

Bunda_nora delete icon 10:20 PG

Banyak tips yang bermanfaat dikongsikan disini...terima kasih BM..

Unknown delete icon 9:20 PG

banyak tips yang bermanfaat..terima kasih ya dengan entry ini.pasti akan di ikut,..

pergh bro .. blog sedra power nie .. tmplate nice and pengolahan isi mantop !!!

tak pernah tahu pun sebelum ni apa benda bounce rate ni..sadis betul.. dah tahu ni boleh lah buat penambah baikkan.. terima kasih..

OKje delete icon 4:57 PTG

Kalau dah sifu kata gitu maksudnya betullah tu...so kena ikut cakap sifu....
Buat widget artikel paling menarik sekarang utk kurangkan bounce rate.... Masalahnya tak de satu pun artikel yg menarik haha

Terima kasih bro di atas info yg sgt berguna ini...

owh kayak begitu toh,oke gan terima kasih

Unknown delete icon 8:15 PTG

Terima Kasih atas perkongsian tips ini :)

Thanks atas informasinya, widget memang sangat efektif untuk meningkatkan page view, satulagi mungkin archive blog juga efektif,

HAMIDIsP delete icon 6:27 PTG

Agak sukar sebenarnya. Kita tak mampu mengawal kehendak dan tujuan pengunjung..:(

bagus, bermanfaat..
lawat juga cara Hack Wifi Password

sha salleh delete icon 10:05 PTG

info yang bermanfaat. masih merangkak untuk meningkatkan unique visitor dan pageview.

Master SEO delete icon 9:10 PG

Great wonderful list. Each and every single point mentioned above has its own importance.
But Anyways,
thanks for this article…
I really love it !!
keep it up good work !! :)

Thanks and Regards,
Master SEO Indonesia
http://www.distributorseo.co.id

Jasa SEO delete icon 10:25 PTG

Sangat bermanfaat bagi pemilik blog baru ya abang. terima kasih sudah berbagi ilmunya :)

opus delete icon 1:34 PG

Artikel Yang Sangat Bermanfaat,Good Job Dear !!!

Perkenankan Saya Untuk Meminta Menempelkan Link Pleaseee !!!
Jasa Pembuatan Website Di Tangerang and
Service Projector Di Tangerang

terima kasih, ini adalah artikel yang sangat berguna bagi mereka yang baru mulai belajar.. salam sukses selalu

Nicolas delete icon 11:22 PG

bukan yang mudah memang untuk meningkatkan sebuah trafik situs karena butuh usaha dan kerja keras. Tanpa itu semua, maka akan sangat sulit kiranya untuk mendapatkan itu semua. Saya juga mengalaminya saat membangun [http://www.busanamuslimmu.xyz/ model busana muslim]

oke banget artikelnya sop

Terima kasih, ini adalah informasi yang sangat berharga

bagus dan sangat berkualitas sekali infonya terima kasih salam sukses

wah, ternyata judul juga sangat berpengaruh besar ya

informasi yang sangat menarik bagi saya seorang pemula yang ingin belajar seo..
di tunggu update berita terbaru min.....met pagii www.ramuanperangsangwanita.com

Terima kasih informasinya

Souvenir Pernikahan Murah

Mantap hu tutorialnya, page view meningkat, hasilpun meningkat,.hehe
aku tunggu artikel selanjutnya hu

Perkongsian yang baik BM..bnyak yang boleh dapat disini

kalo menurut saya link di dalam artikel lebih berpengaruh dalam menaikan pageview blog..

Artikel yang sangat bermanfaat!!

OmBlogging delete icon 11:44 PG

Keren artikelnya... salam kenal yah

aank budi delete icon 1:19 PG

apakah sekrang teknik ini masih berlaku

azwa delete icon 1:52 PG

artikelnya sangat berbobot sekali, saya sangat senangmembacanya

gojit delete icon 5:54 PTG

Terima kasih ya

aaaa delete icon 7:56 PG

mantab....

aaaa delete icon 9:45 PG

ok..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap