Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Sabtu yang lepas, semua penduduk di sini sibuk membuat persediaa menyimpan bekalan air. Nampaknya Zon 2 menjadi kawasan permulaan yang tiada air mulai jam 9 pagi keesokan harinya mengikut jadual catuan bekalan air fasa ke 2 di Selangor. Nampaknya kawasan perumahan aku termasuk dalam senarai di Zon 2 ini.
Membeli tong air - gambar Berita Harian |
Harga? Jangan cakaplah, inilah peluang peniaga nak sembelih pengguna. Letaklah berapa harga sekali pun pasti laku. Maka tidak hairanlah harganya meningkat berganda-ganda.
Membeli Tong Air
Aku pun salah seorang yang keluar awal pagi ke kedai menanti taukeh kedai datang buka kedai untuk membeli tong air. Tapi belum pun kedai dibuka, taukeh kedai dah maklumkan segala jenis tong bekas air sudah habis. Nanti pukul 12 tengahari akan sampai stok baru.
Membeli tong air - gambar Harian Metro |
Keluar sahaja dari kawasan perumahan, sedikit pelik! Kenapa banyak sangat kenderaan ni, sampai jem teruk! Takkan semua orang keluar nak beli tong air kot? Masalah besar ni!
Lima minit tersekat tak bergerak-gerak. Mulalah bertambah pelik. Aku keluar dari kereta dan bertanya kepada seorang penunggang motor yang berpatah balik tentang punca jalan jem. "Bang... Jalan tutup, ada lumba basikal Le Tour De Langkawi!" Ujarnya. Oooh...Patut le... Abis tu, macam mana ni?
Penangan Le Tour De Langkawi
LTDL 2014 |
"Lama lagi ke?" Aku tanya kembali... "Ntah le, polis tu cakap, pelumba tu baru nak sampai Tg. Malim." Apa? Baru nak sampai Tg. Malim! Dalam 30km lagi tu! Pukul berapa jalan nak di buka ni! Jam dah menunjukkan pukul 12.15! Aku masih lagi tersekat. Ahhh! Baik aku pusing balik rumah dulu... dah lah cuaca panas gile!
Pukul satu lebih barulah semua pelumba tu habis berlalu! Kalau aku tunggu...buang masa dan minyak kereta je. Nak pergi ke tidak? Tong air belum beli lagi ni. Masih adakah lagi? Aku pun segeralah bergerak, sampai di simpang taman untuk kejalan besar, aku lihat kenderaan bersusun tersekat dijalan besar! Pulak dah! Jem lagi! Kali ini mungkin kerana bila jalan di buka sahaja, penuhlah jalan raya dengan kenderaan secara serentak!
Oh tidak! kalau macam ni keadaannya, perjalanan 10 minit pun boleh jadi satu jam! Kalau aku sampai dikedai tu pun, belum tentu tong air ada lagi...sia-sia jer. Aku pun buat keputusan, balik kerumah aje la!
Hikmah Disebalik Kejadian
Sampai dirumah, mulalah termenung. Macammana aku nak simpan air ni? (Tangki air memang tak boleh guna, sebab bocor) Maklumlah...di Hulu Selangor, mana pernah ada masalah gangguan bekalan air, oleh itu tangki air bukanlah satu keperluan. Di rumah aku cuba lihat-lihat apa-apa bekas yang ada yang boleh digunakan untuk menyimpan air...
Syukurlah ada 4 bekas plastik yang besar yang menjadi tempat simpanan pelbagai barangan. Aku kosongkan ia dan isi dengan air. Setiap satunya boleh menyimpan lebih dari 40 liter air....Alhamdulillah, selesai masalah. Jimat duit aku... Rupanya ada hikmah disebalik kejadian. Memang benar, dari cerita jiran aku, beliau bernasib baik dapat bergerak sebelum jalan ditutup. Tak sampai setengah jam...semua stok baru tong air tersebut telah habis dijual.
Allah SWT tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya. Pasti ada jalan penyelesaian...dan yakinlah, ianya adalah terbaik untuk anda...
Terima kasih bersama Relaks Minda. "Sediakanlah payung sebelum hujan" dan bersama kita berdoa agar ujian ini akan berakhir dengan segera...Amiin.
p/s: Sedang hangat isu air tak de, ada pula yang bertanya... Bagaimana nak mandi jenazah kalau air tak ada? Kalau dah betul-betul tak ada air, hanya tayammum sahaja (muka dan tangan sahaja anggota yang di tayammumkan) Tapi janganlah sempitkan pemikiran yang air mutlak itu hanya dari paip dan kolah sahaja. Air parit dan sungai itu juga air mutlak! (kena faham maksud air mutlak lah ye)
Author by Bin Muhammad
59 comments - "Dapatkan Bekas Tong Air Sebelum Catuan"
habis periuk belanga dan segala jag diisi air gamaknya..:)
Haha! Benar sekali!
semua periuk periuk, dan apa saja yang possible untuk simpan air Farah dah gunakan...muahahaha... lepas tu siap beli baldi 10 gallon extra, al maklumlah ada Ash kannn...kang sian kat budak tecik tu karang... he he he... tapi memang betul harga melambung kot... 10 gallon pail for RM 21.40...
Saya pun sama...kedai di Batang Kali dan ligamas..tak payah tanya tong air..tokey kedai dah keluarkan semua dan susun depan kedai...mujur saya ada box besar dan periuk..bolehlah simpan air..(BN tinggal di rasa ye)..
Assalammualaikum..BM,
best pulak cerita BM pasal air nie.. tiap2 sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahNya.. pasal air mutlak tu betul.. kekadang kita dah terbiasa nak air mutlak aje.. mesti air paip.. sedangkan byk sumber air mutlak yg lain.. air mata air,air kolam,air sungai,air kolam... byk2.. kan2.
mselim3
yg lucunya sy peratikan sampai botol air kecik2 pon habis diguna utk simpan air...alhamdulillah Banting tak sampai dicatu lagi... semoga ada jalan keluar utk krisis air ini..Mohon hujan akan segera membasahi bumi Malaysia..
btul ada hikmahnya xsmpt bli tong gas...dpt jimatkan duit guna bekas sedia ada..kat sini pn slalu gak xde air..
Itu yg dikatakan dlm pada diuji ada hikmah. Kalau tak jem entah bekas besar manalah BM beli agaknya. Mahu-mahu boleh jadi bath tub hihi...
Kakak ingatkan kalau catu tu terus paip tak ada air tapi ada waktunya air paip ok ye.. Macam itu masa air paip ada isi sajalah semua bekas yg ada. Kalau duduk kg juga yg bagus boleh gali perigi...
Hahaa.. itulah penangan bila tak ada air.. terasa tak syoknya kan.. mandi pun tak puas. Tak pelah, in shaa Allah, esok tempat saya dah ada air utk 2 hari berikutnya BM.. :D
banyak betul dugaan nk dpatkan bekas air,..semoga bro dan keluarga sabar dan tabah meghadapi ujian kemarau ini..:)
boleh guna pakai juga idea tu..hehe
letour dah start ye, awat saya baru tahu...hehe
kisah benar yang berlaku kepada BM ya? rupa-rupanya ada hikmah di sebalik dugaan itu..
Ketawa sy baca entry ni..dugaan betol..memang lucu..hahaha
in sya Allah xlama lagi hujan pasti turun berkat doa kita semua n pohon2 yg kekeringan juga lain2 hidupan...
selama ni kita sangat bersenang-lenang kan..
hihi!
Kena tambah lagi ni BM, sebelum tong air naik harga...hehehe...
Bila jadi macam ni, mula lah peniaga naikkan harga tong. Teruk betul tau. AMik kesempatan. Alhamdulillah bangi tak der dalam senarai. Tapi standby gak tadah air.
Inilah penangan catuan air, belum pernah ada pengalaman...kini rasakanlah. hehe
Ya...Saya tinggal di Rasa. Nak ke Batang Kali tu lah yang seksa sangat pada hari Sabtu lepas...Sabo je lar...
Waalaikumsalam sahabat,
Itulah...bila dah terbiasa dgn air paip jer...difikiran hanya ingat itulah sahaja sumber air bersih.
Itulah senarionya...memang lucu, tapi inilah pengalaman. Syukurlah tempat PCL tidak terlibat..
Tong air lah cik tom...hehe
Betul tu...kalau beli bekas air tu, dah la mahal...nanti bila keadaan dah pulih nak letak mana pula...Syukur sangat2.
Ntahlah akak, kalau membeli tu selalunya tak beringat...hehe Syukur juga, tak membazir wang beli tong yang mahal berganda harganya tu. Begitulah catuan dilakukan, dapat air selang dua hari...selama sebulan!
Kalau di kampung, mudah jer nak dapat sumber air, kalau korek perigi di laman rumah kat taman perumahan ni...agak2 ade air ke...hehe.
Kita serupa Khir, mandi asal basah jer. Jadual kita pun serupa... Esok petang kita mandilah puas-puas! haha!
Bagi saya xlah teruk sangat sebab hanya berdua, kesian kalau keluarga besar yang anaknya ramai. Thanks Fizi...
Saya pun tak perasan yang LTDL tu dah bermula...hanya tau pada hari Sabtu lepas tu juga lah. hehe
Ini memang kisah benar...syukur, dapat juga berjimat.
Wah! sukanya dia...kat Dungun xde masalah, bolehlah ketawa...
Inilah penangan pertama kali kena catuan air...beringat sebelum kena ye Mieza :)
aduhai mmg seksa sungguhlah biler xde air ni kan !
Bersama kita doakan. Alhamdulillah...Petang semalam dah hujan lebat di sini, semoga hari ini pun hujanlah juga.
Betul tu, kesenangan selama ini mengalpakan kita, semoga kita lebih bersyukur dan menghargai nikmat yg diberi.
Rasanya dah cukup dgn apa yang ada. Memang untung besar pekedai jual tong air ni...kesusahan beri limpahan rezeki pula buat mereka.
bekas begini elok ada di rumah.boleh buat tempat simpan barang,kalau tiba saat kecemasan begini,boleh buat tempat simpan air.komen berterabur sebab line meragam jer,pening kepala... :(
Kena bersabarlah KA, kena tempuhi juga walaupun seksa... Berdoalah kita bersama2...
Betul tu Kathy, dulu masa beli...guna buat angkut barang masa pindah rumah. Lepas tu jadi bekas simpanan...kini dah jadi bekas air pula! Banyak gunanya. Boleh disusun bertingkat jadinya jimat ruang menyimpan.
acik di koleh pun simpan air di tong , di shah alam tak ada air
betul skrg..asal ada bkas kat umah..smuanya tgh tadah air..
slow2 air kat paid smkin bkurang..
alhamdulillah , sini tak kena catu lagi wpun cyberjaya sudah mula . anak buah lak , boleh jer main air paip kat depan umah suka2 dia jer , adeh . Setakat ni blm ada notis lagi . hope klu nak catu , biarlah mrk beri noits dulu . klu tak haru gak nih ...
Baru sabtu lepas bunda ke Aeon...nampak orang beli kotak plastik macam tu...katanya nak takung air...tak rugi bekas tu bolih guna isi macam2...
betul jugak...
bunda pun ada simpan air...petang semalam hujan lebat, takung jugak air hujan untuk cuci kereta...
buat masa ni tempat bunda air masih on....Alhamdulillah...
terpaksa ambil inisiatif sdri utk menghadapi mslh ni..
Alhamdulillah tempat idah tak kena catuan air... walau pun begitu kami memang senantiasa ada simpanan air beberapa tong dirumah... almaklum laa anak ramai kan.. so kena la sediakan payung sebelum hujan... :D
alhamdulillah..
...............dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:2-3) a.k.a ayat seribu dinar..
Ya, saya ada dengar yang jalan jem teruk hari sabtu tu. Kata cikgu tu, nak ke rumah dia pada dal 10 minit dah boleh sampai, bila terperangkap dalam jem tu, 2 jam kena tunggu dalam kereta.
kasihannya Malaysia kemarau..
alhamdulillah , tempat MZ masih on jiran kami SETIA ALAM dah bercatu...tapi skg jebu di tempat kami teruk sangat jarak penglihatan 500 meter...
maaf jebu = jerubu.
MZ pon pakai tong yg sama banyak time pindah rumah dulu.
Lagi pon mmg nampak kemas untuk di susun bertengkek tengkek,poket pon selalmat..:)
selamat menakung air. terkini kes jerebu pulak. hadoi..macam2.. segala yg tersurat pasti ada hikmahnya buat kita. harga tong dah makin mahal, makin berharga
Nasib baik ada bekas air kat umah. Alamatnya memang tak mandi lah. hehe, susah kalau tak ada air. Nak basuh baju semua. Kat Johor setakat ni belum dikenakan catuan.
betul tu, tak perlu lagi membeli tong baru..
Alhamdulillah so far our area ok..nway itulah yang dinamakan dugaan kan BM..pasrah aje ya..& petang tadi dah hujan lebat kan. Allah mendengar doa kita semua..semoga krisis air segera berakhir...
pastikan bekas air bertutup. nyamuk suka sangat kat tempat air bersih ni. silap haribulan bukan kita mati sebab kurang air, tapi mati sebab kena denggi.
jerubu, atau jerebu kak..? hehehe
berniaga jual tong ni kaya ni.. hihi.. apapun sediakan langkah awal.. air ni kalau takde payah jugak..
BM thanks yer ingatkan, meskipun saya kat sp kedah masih belum ader masalah bekalan air terputus, tapi harus juga berjimat cermat dan simpan air kan, nk gi beli lah tong air nie
Harga tong dah naik 300% .Mahal bebenor...nakalah dia orang...
Hari tu tgk kat Tesco Rm 90 henggit....
So air dlm tong barang tu dah luak ke belum ? Memang kesian sangatlah kat depa yg tak dpt berendam ...dah lah musim panas cenggini!
Klu kena kt sy nasib la BM..mesti teruk
kalu amalan akhirat kita nanti dulu...kalau air dicatu ribut sekali....
Alhamdulillah kat apartment flora Damansara masih ada air lagi. Sye dah lama stanby tong2 air dan segala macam bekas air... Tapi rasa sedih sikit lah sebab tak dapat bisnes sebab kerja yg dilakukan berkait ngan air...ada rumah costomer yg tak ada air, so tak dapat buat kerja cuci rumah.. Moga ALLAH S.W.T turunkan hujan kembali membasahi bumi Malaysia ini.. Amin...
Udah le kite susah x de ayor... Duit kopak plk nk kna bli tong ayor....dugaan2.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”