بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Musibah Itu RahmatAssalamualaikum dan salam sejahtera. 'Musibah itu rahmat.' : Sudah terlalu lama kita hidup dalam penuh kenikmatan. Kita diberi kemudahan dan kesenangan dengan limpahan kemewahan dan kemurahan dalam kehidupan. Ada ketika ianya membuatkan kita terleka, lalai dan alpa kerana terlalu sibuk menikmati dan merebut nikmat duniawi.

Kini kita dicuit sedikit agar tersedar dari kesilapan. Bermula dengan cuaca yang panas kering berlarutan telah menganggu keselesaan dan mengurangkan sumber bekalan air. Cuaca panas tanpa titisan hujan telah membawa kepada kebakaran dimerata-rata tempat dan kini telah membawa kepada masalah jerebu.

Pembiakan nyamuk aedes pula sangat aktif sehingga meningkat jumlah serangan demam denggi dengan mendadaknya.

Kejutan Musibah 

Ya...kita baru dicuit dengan sedikit musibah, itu pun sudah mula pelbagai rungutan dan ketidakpuasan diatas segala kesusahan dan kesukaran. Kita harus ingat, dari mana datangnya nikmat sebelum ini dan dari mana juga datangnya musibah ini. Tidak ada yang lebih berkuasa yang mampu mengadakan semua ini selain dari tuhan Maha Esa iaitu Allah swt yang satu. 

Musibah Itu Rahmat

Janganlah sesekali kita merungut kerana rungutan itu sebenarnya menidakkan qada dan qadar Ilahi. Kita sewajarnya bersyukur kena Allah swt masih sayang kepada kita. Ketahuilah bahawa setiap dugaan dan musibah yang Allah swt berikan itu adalah rahmat sebagai tanda sayang kepada kita. 

Musibah Tanda Ingatan

Allah swt memberi peringatan agar kita segera tersedar dan beristighfar serta kembali ke pangkal jalan. Jika Allah swt tidak sayangkan kita maka pastilah dibiarkan sahaja kita terleka dan lalai dalam kenikmatan dan urusan duniawi dan dibiarkan kita mati dalam keadaan sesat dan kufur

Musibah Itu RahmatMusibah Itu RahmatMusibah Itu Rahmat

Ujian dan musibah yang Allah swt turunkan itu adalah satu peringatan kepada kita sebagai hambaNya bagi mengingatkan diri ini akan betapa lemah dan kerdilnya kita.  Bak kata pepatah Melayu bila terhantuk barulah tergadah’. Bila terkena barulah mahu beringat.

Al-Fudayl bin Iyaad rahimahullah berkata:
“Seorang hamba tidak akan merasakan hakikat Iman sehinggalah dia menganggap musibah itu sebagai suatu nikmat dan keselesaan itu sebagai musibah, dan sehingga dia tidak suka dipuji demi ibadahnya kepada Allah.” 
Al-Siyar al-Dhahabi (8/434)

Hikmah Disebalik Musibah

Bagi mereka punyai akal dan fikiran serta mahu mengambil pengajaran, pasti dapat lihat bagaimana Allah swt berkuasa menurunkan bencana dan dugaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Tiada siapa pun yang boleh lari dari ujian Allah swt dan hanya mereka yang beriman dan bertakwa sahaja yang mampu tenang dan mensyukuri disaat berlakunya musibah dan ujian ini.

Musibah Itu RahmatMusibah Itu RahmatMusibah Itu Rahmat

Allah swt suka dan sayang andai kita selalu memuji, meminta dan merintih di hadapanNya. Sebab itulah Allah swt berikan kita sedikit kesusahan agar kita tidak terpedaya dan lalai dalam kehidupan yang sementara ini. Alpa dari tanggungjawab sebenar dan terlalu asyik dengan urusan dunia.

Rasulullah saw bersabda: 
“Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan. Tidaklah Allah menetapkan ke atasnya suatu ketentuan takdir, kecuali pasti akan menjadi kebaikan baginya. Apabila diliputi kesenangan, maka dia akan bersyukur dengan kesenangan itu, sehingga dengan demikian menjadi kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa malapetaka, maka dia akan bersabar dengannya dan yang demikian itu juga menjadi kebaikan baginya.”
HR Muslim, juz.3 no.2999 hal.602

Begitulah hebatnya Allah s.w.t. Disebalik dugaan, musibah dan ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar.  Hanya hati yang celik dan beriman sahaja mampu melihat apa yang tersirat disebalik yang tersurat.  Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya.  

Oleh itu berserahlah kepada Allah swt dengan penyerahan yang sebenar-benarnya. Teruslah berfikiran positif dengan mencari hikmah, kebaikan dan kekuatan atas segala ujian, musibah, keburukan dan kelemahan. Muhasabah diri dan kembalilah kita kepadaNya. Bersyukur, berdoa dan bersabar... 

Musibah Itu Rahmat


p/s: Alhamdulillah, nampaknya beberapa tempat telah turun hujan dengan lebatnya, tapi tidak di Hulu Selangor. Harus diingat walaupun tempat anda hujan lebat, bekalan air tidak akan pulih kerana sumber bekalan air datangnya dari Empangan Sg. Selangor dan Klang Gate. Jika kedua-dua kawasan ini masih tidak menerima hujan yang mampu menambahkan takungan air di empangan maka masalah air di Selangor akan tetap berterusan. Teruskan berdoa... 
Author by Bin Muhammad

41 comments - "Musibah Itu Rahmat"

Yana Yani delete icon 10:38 PG

terima kasih untuk peringatan tu BM
kalau mak saya dia marah kalau panggil musibah
dia kata setiap yang berlaku tu rahmat

paridah delete icon 10:40 PG

assalam...benar tu setiap musibah yg Allah turunkan ada hikmahnya tersembunyi hanya perlu berfikir n bermuhasabah diri....

Fiza Rahman delete icon 10:48 PG

Betul tu. Setiap yg berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya. Kita ni kekadang bila dah ditimpa musibah baru nak ingat kat DIA.

ujian semakin mendekatkan diri dengan Pencipta...

Assalamualaikum... terima kasih untuk peringatan berguna ni. samada susah atau senang, kena selalu ingat Allah... fikir positif dan terima Qada dan Qadar (",)

Pha Is delete icon 11:18 PG

betul tu.. musibah tu tanda Allah igt pada hambaNya..semakin beriman seseorang tu, semakin kuat dugaan untuk dia..

Mizz Aiza delete icon 11:40 PG

semoga musibah ini mendekatkan diri kita dengan Allah.. bersangka baiklah dengan Allah.. alhamdulillah di tempat aiza pun ada hujan juga sekejap BM..

setiap apa yang berlaku dan setiap apa yang Allah jadikan mesti bersebab dan bukannya bersuka2...

Tanpa Nama delete icon 12:04 PTG

tq atas ingatan ini... Adik pun selalu je bagi tau KA mcm ni, "Allah turunkan dugaan sebab Allah sayangkan kita jadi kena sabar & redhakan Ummi ! "

Tanpa Nama delete icon 12:05 PTG

done nuffnangx2 yer

Unknown delete icon 12:08 PTG

Betul tu.. bila kita hilang sesuatu baru kita menghargainya.. sebab itu kita kena selalu disedarkan olehNya.. Dia sayangkan kita.. sudah pasti Dia akan menyelamatkan kita dari terus terleka dan lupa.. Alhamdullillah..

Jika punya iman pasti percaya setiap yg terjadi ada hikmahnya. Begitulah dgn keadaan sekarang kalau tak kerana kekurangan air rasanya ramai yg tak tahu solat istisqa'... sedar juga sekurang-kurangnya doa telah dimakbulkan dgn adanya hujan di beberapa tempat.

Ujian itu tanda kasih sayang Allah S.W.T

mselim3 delete icon 1:11 PTG

Assalammualaikum...BM,

Ujian kekadang menduga kita sekuat mana kita sabar dalam menghadapi dugaan daripadaNya.. untuk meningkatkan tahap ketakwaan kita. Adakah kita mengatakan kita hamba yang taat sedangkan kita belum diuji.. setiap manusia pasti akan di uji Allah.. bergantung kepada tahap keimanan kita. Sesungguhnya Allah Maha Adil, takkan Allah nak uji kita setinggi tahap kesabaran Nabi Ayub as ..kan.
Pape memang mselim3 setuju dengan musibah itu adalah rahmat utk hambaNya.
Bayangkan bagaimanakah kita jika tidak diuji dengan musibah.. tentu hati kita keras.. kan.
Terima kasih entry nie.. bagus. Ditambah dengan keindahan alam ciptaanNya. Ucapkan lah "Subhanallah'..

mselim3

pls: BM sesungguhnya nikmat dunia ini adalah ibarat air dihujung jari.. mselim3 ada baca entry popular BM "Hidup ini hanyalah sementara.. entry nie 1 page google.. mselim3 selalu mengikut perkembangan BM...

Orkid delete icon 1:20 PTG

Saya singgah baca ari ni yer !

sangat benar sekali BM.. dan mungkin itu tarbiyah Allah untuk kita melalui pelbagai cara yang di hadirkan terima kasih infonya

Unknown delete icon 4:19 PTG

Kat Dungun pun panas sampai saya taknak keluar rumah waktu tengh hari.. kluar pagi dan mlm je..tp ptg sempat lg pergi joging..hehe

Nurul delete icon 5:22 PTG

Terima kasih atas peringatan ini, BM... Kat belah dsara perdana ke dsara damai ni masih lagi jerebu kuat...

Bless in disguise. Ada hikmahnya dalam setiap ujian yang melanda dalam hidup kita.

Unknown delete icon 7:07 PTG

moga hujan turun dlm masa terdekat ni. aah asal lalu je kat jln raya, terlihat asap keluar dri tanah, dgn daun pokok yg bertukar warna coklat. sama ada kes pembakaran hutan tak terkawal or kebakaran hutan semulajadi dek cuaca yg panas. ujian buat kita semua.

Rahmat...terima segala dugaan dengan hati terbuka.

BinMuhammad delete icon 9:06 PTG

Waalaikumsalam...ya! itulah sebaiknya. Sentiasa positif!

BinMuhammad delete icon 9:15 PTG

Waalaikumsalam sahabat,
Sampai check entri di google...sungguh terharu, begitu sekali mselim mengikuti perkembangan Blog ini. Terima kasih...semoga persabatan kita berkekalan. Insyaallah...

BinMuhammad delete icon 9:15 PTG

Puteri lilin mana boleh keluar tengahari...nanti cair! hehe

BinMuhammad delete icon 9:18 PTG

Adik memang petah berbicara... kata2nya pun kadangkala cukup terkesan.

Tanpa Nama delete icon 9:32 PTG

betul...kita jadi manusia yang leka kerana terlalu menghirup nikmat.keadaan sekrang mengajar kita untuk lebih menghargai setiap titisan air. mari kita terus doakan yang terbaik agar keadaan ini tidak berterusan atau menjadi lebih buruk lagi.

Unknown delete icon 9:52 PTG

salam BM, kadang2 kita semua alpa dgn apa yang berlaku dan saling menyalahi sesama sendiri,..ingatlah kita semua ini ujian dari-Nya..

Blog Santai delete icon 9:55 PTG

Musibah satu peringatan untuk kita kan BM...kena muhasabah diri dan bukan masa untuk untuk menyalahkan sesiapa..

Blog Santai delete icon 9:59 PTG

Isi dua tabung di sini...

Khir Khalid delete icon 10:32 PTG

Semoga musibah itu membuatkan kita bermuhasabah diri utk menjadi hambaNya yg lebih baik & dpt membuka peluang utk menambah pahala amal agar dpt mendekatan lagi diri kita kepada Allah swt.. aamiin..

Zawiah delete icon 10:52 PTG

marilah kita sama - sama berdoa kepada Allah agar musibah ini berpenghujung secepat mungkin .

OKje delete icon 11:02 PTG

Apa khabar sahabat sezoo ....ada sihat? Hehe....Betul tu BM...musibah yg menimpa tu buat kita lebih mengingati Allah bagi orang yang berfikir.....

ewanthology delete icon 11:52 PTG

syukur

Bunda_nora delete icon 2:40 PG

syukur alhamdulillah

AlHamdulillah, Ya ada rahmat disebalik setiap dugaan yang kita hadapi.Mungkin kita terlalu banyak tidak bersyukur dengan nikmat adanya air, maka Allah tarik balik segala pemberianNya dengan hikmah supaya kita berfikir dan menghargai setiap anugerahNya..

redha dgn setiap apa yg terjadi krn perancangan ALLAH adalah yg terbaik utk hambanya.

mselim3 delete icon 9:14 PG

hehehe... kata sahabat. Moga BM berjaya dalam dunia blog .. mselim3 selalu ikut BM daripada belakang aje. BM ada potensi pergi jauh...k. Moga sahabat mselim3 nie berjaya. Kekal kan niche BM nie.. orait.

mselim3

pls: sahabat yg selalu memantau...hehehe

Unknown delete icon 9:55 PTG

Haha..tahu xper..

Unknown delete icon 12:15 PTG

Ada hikmah setisp apa yg berlaku itu

wsc biolo delete icon 3:36 PTG

kalau sabar akan terasa hikmahnya

Moga kita selalu muhasabah diri. Alhamdulillah, Desa AlamRia masih ada air.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap