Labels @ Blogger |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salah satu bahagian yang ada pada post setting untuk blogger andalah Labels.
Apakah LABELS?
Apakah kegunaannya? Perlukah ia digunakan? Apakah kepentingannya? Labels yang dimaksudkan disini adalah kemudahan untuk kategorikan artikel anda dibawah satu topik.
Labels ini biasanya dipaparkan dibawah setiap artikel (seperti dibawah artikel ini, labels: Info Blogger).
Anda juga boleh gunakan widget di sidebar untuk memaparkan semua labels yang ada. Selain itu anda juga boleh guna cara saya yang meletakkan Page Tab khas untuk labels yang saya namakan Kategori. (saya seorang aje kot guna kaedah kuno ini)
Page Tab - Kategori di Relaks Minda |
Fungsi dan Kelebihan Labels
Labels ini berfungsi bagi memudahkan anda serta pembaca untuk membuat sorting, pencarian, pemilihan dan mengikuti artikel dibawah satu topik yang sama. Ianya juga telah mengecilkan skop pencarian. Oleh itu ianya amat penting untuk anda dan pembaca menjimatkan masa lalu terus kepada artikel yang diinginkan.
Ramaikah pengguna dan pembaca menggunakan kemudahan ini? Oleh kerana saya meletakkan labels di Page Tab maka ianya boleh mengesan jumlah pageview untuk Page Kategori ini. Ianya membuktikan ramai pembaca mengunakan label atau kategori untuk mencari sesuatu topik yang mereka kehendaki. Disamping memberi kemudahan, jelas sekali ianya dapat meninggikan pageview dan merendahkan bounce rate anda.
Dengan data ini juga dapat disimpulkan bahawa setiap entri yang menarik dan punya view yang tinggi perlu ada kesinambungan, dikembangkan dan diperbanyakkan kerana ianya pasti menarik minat pembaca untuk mengetahui lebih lanjut serta maklumat dari pelbagai sudut dan kepelbagaiannya. Dengan adanya Labels, ianya dapat membantu memudahkan tugas pembaca dan memberi pageview yang tinggi buat anda.
Page Kategori mengungguli Pages pageview |
Tips menggunakan Labels:
- Setiap artikel tidak digalakkan lebih dari tiga label. Ini memudahkan pembaca dan ianya nampak lebih khusus dan relevan.
- Setiap label tidak lebih dari tiga perkataan. Perkataan yang banyak biasanya membawa maksud yang lebih khusus dan spesifik. Ianya akan mengecilkan skop sesuatu labels maka ini pasti akan menambahkan bilangannya.
- Terlalu banyak label. Label yang banyak menunjukkan blog anda tidak ada niche yang khusus. Ianya nampak tiada sistem dan kurangnya pengetahuan anda tentang labels.
- Berhati-hati untuk meletakkan label baru, pastikan label terdahulu kerana jangan sampai menyusahkan pembaca kerana topik yang sama tapi berlainan label.
Labels - Kemudahan Dan Manfaat Bersama
Labels ini sebenarnya digunakan untuk pembaca. Ianya tiada kaitan dengan enjin pencari dan SEO. Tapi ianya juga boleh di crawl oleh enjin pencari andai anda mengubah robot.txt untuk mengindex labels. Ianya perlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi kerana kesilapan akan membuatkan artikel anda di block atau menjadi spam. Namun jika ianya masih default setting, maka anda tak perlu nak risau. Biasanya kelebihan labels berkait dengan SEO adalah kepada pengguna wordpress.
Gunakan kemudahan yang ada untuk kemudahan diri sendiri dan pembaca anda. Setiap kemudahan dan manfaat yang anda berikan, pasti memberi pulangan buat anda. Selamat me'LABELS' artikel anda... :)
Author by Bin Muhammad
31 comments - "Pentingkah Meletak Labels Atau Kategori Artikel?"
penerangan bagus nie...
hurmm tak reti nak letak label kat bawah entry.. sbb dah letak label kat sidebar..
tolongggggg ajar saya!!
Good tips BM. Saya tgh nak merombak lebel² saya yang banyak sangat ni. Ada tips tak mcm mana nak buat...hehehe...
great piece of sharing BM and keep it up... iolss tak publish labels kat blog sebab buat semak, tapi dalam setiap entri memang ada labels yang tertentu... he he he...
congrats on Alexa Ranking achievement today!!! Global Rank dah di bawah 100K dan Rank in MY dah 586... good job and thumbs up!!!
Label bila dah banyak sangat dah jadi susah nak manage blog. Label pada blog ni lebih kurang buat kerja pemfailan jugak la. Kena manage dari awal, bila dah banyak memang pening nak susun.
akak dah remove widget label dalam usaha meringgankan blog hehe
Terima kasih...sekadar berkongsi ilmu yg sedikit ini.
penggunaan labels untuk entry shaja...thanks for sharing BM,kadang-kadang kita tak tahu betapa pentingnya meletak label atau kategori nie..
Kena update entri dengan memasukkan perkataan yang ingin dijadikan label dibahagian labels di post setting. Kena buat satu persatu...Banyak kerja tu kalau entri dah banyak!
Tiada cara lain, kena buat dgn update entri satu persatu... Penting buat blogger baru, kalau dah banyak entri...letih juge lah nak merombaknye...
Ianya terpulang kepada individu... Kalau rasakan perlu, boleh sahaja. Kelebihan dan kekurangannya tetap ada.
Thanks Farah for your support. Really appreciate it! Tahniah juga buat Blog Farah yg semakin terbilang!
YA...ianya penting di manage dari awal, jika tidak...pasti sukar untuk di kemaskini. Banyak kerja dan pening tu nak buat kalau entri dah banyak!
Saya pun xsuka widget tu...sebab tu saya buat kategori di Page Tab
Itulah yg biasa dilakukan...
Labels penting utk memudahkan pembaca mencari dan mengikuti entri dgn topik yg sama.
yup..
mmg bagus labels nie..
memudahkan pembaca nak cari skop entry.
dulu mmg x pandang nie.
sekarang bila dh serius dalam blog baru tahu kepentingan dia.
Setuju sangat.labels ni untuk memudahkan pencarian dan pembaca.
yeszaaa. dari situ yk keywords akan dijumpai. ggod info :)
Ada kepentingn rupanya... Info yg berguna..
Kdg2 lupa letak label dlm entry..lps ni kena chek satu2 entry yg mn x ada label n letk label.
tq share BM...nk buat kt pg tab mcm BM nti..
Saya juga cuba mengurangkan label dan memperbanyakkan artikel berkaitan label yang sedia ada.
Sy x publish label tpi mmg letak label...
label penting....memudahkan kita.
Label mmg penting bagi saya... memudahkan. Tp bnyk lagi yg saya kena belajar sbb saya main letak je asal ada & sesuai dgn topik yg ditulis hehee.. T kasih atas tips ini BM.. :)
elok letak label..nak padam entri tu pun senang..kathy buang broken link biasa guna label sebab entri segmen selalu banyak buat broken link..so,pendapat kathy..penting letak label ni..
Assalammualaikum...BM,
Ini pandangan mselim3 , kita kongsi2 ilmu k...
Label ini mempunyai 2 kelebihan :
1- Ia memudahkan agar pengunjung dapat membaca artikel melalui label yang digunakan oleh admin blog.
2- Label juga membolehkan sesuatu artikel itu diindex oleh enjin carian.. tetapi perlu setting txt atau robot .. semua memerlukan byk tutorial setakat nie mselim3 alhamdulilah dah setting utk txt. Untuk blogspot setting utk robot nie boleh juga tak tertakluk hanya pada blog WP sahaja.
Sesama berkongsi ilmu..
mselim3
pls: x caya cuba BM kaji setiap blog yg mesra SEO mesti ada label nie,,, tetapi label nie memberatkan loading blog serta tidak disenangi pengunjung.. utk blog mesra SEO byk setting lain. Ini adalah salah satunya..nice."peace". Daripada sahabat utk sahabat.
Benar, label juga boleh dicrawl oleh enjin pencari dan menjadi keyword SEO... tapi seperti yg telah diterangkan, bagi yang kurang ilmu...jgn sesekali menyentuh robot txt. Jika silap sedikit, entri anda akan diblock. Setelah diperbaiki, memerlukan 90hari untuk diindex semula oleh enjin carian (pernah ada pengalaman ini).
Inilah kemahiran yg diperlukan blogger blogspot berbanding wordpress yg telah siap di setting utk mesra SEO bagi label dan tag.
Terima kasih sahabat berkongsi ilmu... :)
Satu lagi kegunaan labels yg sangat bagus dipraktikkan. Thanks Kathy.
Sebelum ianya semakin banyak dan menyulitkan...lebih baik ianya disemak semula dan dikemaskini.
saya main letak aje tanpa tahu tujuan sebenar label ni
tapi berdasarkan penerangan BM ni
saya rasa berada di landasan yang betul =)
aiza letak je label tu BM.. tapi tak pasti apa kegunaannya yang khusus.. selepas membaca entri BM ni barulah nampak.. terima aksih di atas pencerahan mengenai label ini..
mselim3 suka berkongsi ilmu dengan BM pasal SEO nie..
Terima kasih BM ;)
pls: kalau ada forum pasal seo nie lagi best..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”