بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Mahligai Idaman |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam semanis madu, semoga hari ini segalanya lebih baik dari semalam.
Rumah adalah tempat dimana kita tinggal untuk berlindung dari keadaan cuaca dan ancaman. Pastinya setiap orang mahu memiliki sebuah rumah sendiri. Rumah yang besar, selesa dan lengkap serta indah bak mahligai sudah tentu menjadi satu idaman.
Rumah adalah tempat dimana kita tinggal untuk berlindung dari keadaan cuaca dan ancaman. Pastinya setiap orang mahu memiliki sebuah rumah sendiri. Rumah yang besar, selesa dan lengkap serta indah bak mahligai sudah tentu menjadi satu idaman.
Di zaman ini, amat sukar untuk memiliki rumah idaman apatah lagi mahligai yang harganya pasti mencecah jutaan ringgit. Hanya segelintir sahaja yang mampu, kebanyakannya pula hanyalah sekadar mendapat tempat berlindung dan berehat.
Namun anda tidak perlulah risau kerana anda juga berpeluang untuk memiliki rumah bak mahligai idaman ini. Malah ianya lebih besar, lebih selesa dan lebih indah serta berkekalan selamanya. Ya... mempunyai mahligai di Syurga!
Untuk mendapatkannya, anda tidak perlu mengumpul wang jutaan ringgit semasa hidup untuk membelinya. Tiada kekayaan di dunia yang mampu anda bawa setelah anda mati. Hanya amalan dan jariah yang mampu menjanjikan sebuah mahligai indah di Syurga.
Mendapat Mahligai Di Syurga
Berikut adalah beberapa amalan dan jariah yang telah dijanjikan Allah SWT bagi mendapatkan mahligai di Syurga. Marilah sama-sama kita membinanya. Jika didunia ini kita tidak mampu... jangan sampai diakhirat juga kita tidak memilikinya.
- Sesiapa yang membina masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT akan terbina juga sebuah mahligai di Syurga buatnya sebagai balasan pengorbanannya terhadap Allah SWT.
- Sesiapa yang memberi sumbangan untuk membina rumah Allah SWT, maka Allah SWT akan membina sebuah mahligai buatnya didalam Syurga.
- Sesiapa yang menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardu, maka Allah SWT akan membina sebuah mahligai didalam Syurga.
- Sesiapa yang memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan (merapatkan saf), maka Allah SWT membina sebuah mahligai untuknya didalam Syurga.
- Sesiapa yang mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar (menghentikan perbalahan), maka Allah SWT membina untuknya sebuah mahligai didalam Syurga.
- Sesiapa bergurau dengan cara benar (tidak berdusta) maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai ditempat yang paling tinggi didalam Syurga.
- Sesiapa yang sentiasa mengingati Allah SWT dengan bezikir maka terbinalah mahligainya di Syurga. Apabila seseorang hamba berhenti dari berzikir maka malaikat berhenti membina mahligai itu. Dan apabila ditanya "Mengapa kamu berhenti membina mahligai sifulan itu?" Mereka menjawab "Perbelanjaan belum tiba lagi"
Tidak mahukah kita memiliki mahligai idaman di Syurga? Maka marilah bersama kita meningkatkan amalan dan melakukan amal jariah... Semoga kita semua beroleh mahligai idaman di Syurga
Andai ditakdirkan kita bertemu di Syurga... teringin sekali bertamu ke mahligai anda. Semoga ianya bukan sekadar mimpi tapi bersamalah kita jadikan ianya kenyataan... InsyaAllah. Terima kasih bersama Relaks Minda...
Author by Bin Muhammad
39 comments - "Memiliki Mahligai Idaman Di Syurga"
Assalamualaikum BM, in shaa Allah. terima kasih untuk tips2 paling berguna untuk bekalan akhirat sana.... singgah menabung ford sini ~~~
Walaupun dijanjikan mahligai di syurga bagi manusia yang beriman, masih lagi terdapat manusia yang tidak sabar berlumba-lumba membina mahligai di dunia hingga menindas hak-hak manusia lain yang sekadar ingin memiliki rumah untuk berlindung di muka bumi ini.
sungguh hebat janji allah. janji allah itu benar. moga kita semua mendapat syafaatNYA
Waalaikumsalam Sheila,
Bersamalah kita membina mahligai di syurga... :)
Biarkanlah mereka berlumba2 utk nikmat duniawi yang sementara ini...kita pula perlu berlumba2 untuk nikmat syurgawi yang kekal abadi. Disana nanti barulah mereka akan tersedar...tapi segalanya sudah terlambat.
Yakinlah akan janji Allah SWT.
Jangan kita menjadi manusia yang rugi, marilah kita rebut dan bina mahligai di syurga!
cantiknyaa... bilalah ada peluang nk duduk rumah mcm ni..
Namun sayangnya ramai yg masih sanggup menipu dan menindas hanya kerana mahligai di dunia yg sementara. Sedangkan mahligai syurga yg jauh lebih indah berganda-ganda menanti andai mampu berbuat kebaikan dan amalan...
Kakak tak kelip mata tengok semua rumah yg BM tepek. Aduhai mimpilah kakak malam ini dik :)
Jika tak dapat mahligai idaman di dunia.. mari kita bina mahligai idaman di Syurga.. Ameen
Sapalah yg tak berkeinginan punya mahligai di Syurga BM....
Semoga okje dapat melawan hawa nafsu yg tebal dalamm diri ini.... huhu
kalau tak dapat mahligai indah..ada 4 lagi cara untuk mendapat rumah kaca di syurga...wallahuaa'lam
http://bicaraneem.blogspot.com/2011/10/rumah-kaca-di-syurga-untuk-4-golongan.html
miliki kediaman sekadar boleh berlindung drpd panas n hujan pun bagaikan berada dalam mahligai idaman sekiranya bersyukur n hidup dgn penuh kasih sayang sebelum berada dlm mahligai idaman yg kekal abadi...
Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada..
setiap kebaikan yang kita lakukan di dunia ini pasti akan mendapat pembalasan setimpal di akhirat kelak.. jika tidak mendapat mahligai di dunia, teringin juga mendapatkannya di syurga kelak..
Assalammualaikum...BM,
Terima kasih atas ingatan ini. Insaallah... blogger pun mempunyai tanggungjawab berpesan kepada kebaikan dan kebenaran... nice. Thanks my friend.
mselim3
Perkara senang pun ada juga yang tak malas nak buat.
Mahligai disyurga berkali ganda cantik dan indahnya...peluang masih ada, mari kita dapatnya!
Tipu daya dunia adalah hasutan syaitan. Semoga kita tidak terjebak sama. Tak pe bermimpi...InsyaAllah akak akan dapat yg berganda lebih indah di syurga. :)
InsyaAllah...sama2lah kita... amiin
Jika mahukannya, kena usaha... sama2 kita bina mahligai disyurga :)
Terima kasih kak Anim, bertambah lagi ilmu saya... :)
Hidup didunia ini juga perlukan kesenangan dan keselesaan tapi hanya sementara... Marilah kita bina juga mahligai di syurga yg kekal selamanya...
Ya, bersyukur diatas segala kurnianNya didunia... tapi kita juga perlu rebut tawaran istimewa disyurga kerana ianya lebih bermakna dan kekal selamanya...
Benar...Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana. Bersama kita dapatkan mahligai di syurga.
Waalalikumsalam mselim,
Tugas kita menyampaikan kebaikan...semoga semua orang beroleh manfaatnya...InsyaAllah.
Perkara yg senang inilah selalunya juga senang dilupakan. Buat ingatan diri sendiri yg selalu lalai dan lupa...
Perkongsian yg ssangat bagus. Ramai yg berlumba2 impikan mahligai yg indah kat dunia ni.
keindahan yg tak terjangkau dek pikiran kita...
nice sharing... jom kumpul tiket nk msuk syurga ALlah...
Senagnya nak dapat mahligai di syurga kan BM. Jauh beza dengan rumah di dunia. Terpaksa berhutang untuk puluhan tahun untuk mendapatkan apartment/double storey.
sungguh hebat janji allah. janji allah itu benar. , dan ianya menjadi tugas blogger juga untuk menyebarkan kebaikan dan pastinya setiap insan yang bernyawa mengimpikan mahligai di syurga
Rumah yang di syurga adalah impian kebanyakan hamba allah tapi rumah yang sekarang pun jika disinari dengan kasih sayang dan redha allah pun dah seolah-olah mendapat rumah di taman syurga. MasyaAllah.
MashaAllah. Perkongsian yang baik. Terima Kasih..
sentiasa berusaha menuju redha Allah dalam rahmatNya.. in shaa Allah..tima kasih saling mengingat..
moga kita akan tergolong dalam insan² yang mendapat mahligai di 'sana' nanti..inshaAllah..
Subhanallah... terimakasib BM. Tazkrah ug mnyentuh jiwa sy... :'(
saya nak SYURGA! saya akan cuba memperbaiki diri
terima kasih untuk peringatan ni BM
Subhanallah.. biar pun dibina mahligai emas bertatahkan permata di dunia ini, tiada satu pun yg setara dgn apa yg dijanjikan Allah swt... Mudah2an kita semua tergolong dikalangan org2 yg layak mendapatnya nanti... aamiin. Sesungguhnya janji Allah itu pasti.... Allahuakbar...
Dalam kita mengejar kemewahan di dunia, jangan lupa bekalan di akhirat juga. Terima kasih BM.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”