بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Mahligai Idaman
Mahligai Idaman
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam semanis madu, semoga hari ini segalanya lebih baik dari semalam.

Rumah
adalah tempat dimana kita tinggal untuk berlindung dari keadaan cuaca dan ancaman. Pastinya setiap orang mahu memiliki sebuah rumah sendiri. Rumah yang besar, selesa dan lengkap serta indah bak mahligai sudah tentu menjadi satu idaman.

Di zaman ini, amat sukar untuk memiliki rumah idaman apatah lagi mahligai yang harganya pasti mencecah jutaan ringgit. Hanya segelintir sahaja yang mampu, kebanyakannya pula hanyalah sekadar mendapat tempat berlindung dan berehat

Namun anda tidak perlulah risau kerana anda juga berpeluang untuk memiliki rumah bak mahligai idaman ini. Malah ianya lebih besar, lebih selesa dan lebih indah serta berkekalan selamanya. Ya... mempunyai mahligai di Syurga

Mahligai Idaman

Untuk mendapatkannya, anda tidak perlu mengumpul wang jutaan ringgit semasa hidup untuk membelinya. Tiada kekayaan di dunia yang mampu anda bawa setelah anda mati. Hanya amalan dan jariah yang mampu menjanjikan sebuah mahligai indah di Syurga

Mendapat Mahligai Di Syurga

Berikut adalah beberapa amalan dan jariah yang telah dijanjikan Allah SWT bagi mendapatkan mahligai di Syurga. Marilah sama-sama kita membinanya. Jika didunia ini kita tidak mampu... jangan sampai diakhirat juga kita tidak memilikinya. 

Mahligai IdamanMahligai Idaman
  • Sesiapa yang membina  masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT akan terbina juga sebuah mahligai di Syurga buatnya sebagai balasan pengorbanannya terhadap Allah SWT. 
  • Sesiapa yang memberi sumbangan untuk membina rumah Allah SWT, maka Allah SWT akan membina sebuah mahligai buatnya didalam Syurga.
Mahligai IdamanMahligai Idaman
  • Sesiapa yang menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardu, maka Allah SWT akan membina sebuah mahligai didalam Syurga.
  • Sesiapa yang memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan (merapatkan saf), maka Allah SWT membina sebuah mahligai untuknya didalam Syurga.
Mahligai IdamanMahligai Idaman
  • Sesiapa yang mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar (menghentikan perbalahan), maka Allah SWT membina untuknya sebuah mahligai didalam Syurga.
  • Sesiapa bergurau dengan cara benar (tidak berdusta) maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai ditempat yang paling tinggi didalam Syurga.
Mahligai IdamanMahligai Idaman
  • Sesiapa yang sentiasa mengingati Allah SWT dengan bezikir maka terbinalah mahligainya di Syurga. Apabila seseorang hamba berhenti dari berzikir maka malaikat berhenti membina mahligai itu. Dan apabila ditanya "Mengapa kamu berhenti membina mahligai sifulan itu?" Mereka menjawab "Perbelanjaan belum tiba lagi"

Mahligai Idaman

Tidak mahukah kita memiliki mahligai idaman di Syurga? Maka marilah bersama kita meningkatkan amalan dan melakukan amal jariah... Semoga kita semua beroleh mahligai idaman di Syurga

Andai ditakdirkan kita bertemu di Syurga... teringin sekali bertamu ke mahligai anda. Semoga ianya bukan sekadar mimpi tapi bersamalah kita jadikan ianya kenyataan... InsyaAllah. Terima kasih bersama Relaks Minda...


p/s: gambar adalah sebagai hiasan artikel sahaja..
Author by Bin Muhammad

40 comments - "Memiliki Mahligai Idaman Di Syurga"

Assalamualaikum BM, in shaa Allah. terima kasih untuk tips2 paling berguna untuk bekalan akhirat sana.... singgah menabung ford sini ~~~

Walaupun dijanjikan mahligai di syurga bagi manusia yang beriman, masih lagi terdapat manusia yang tidak sabar berlumba-lumba membina mahligai di dunia hingga menindas hak-hak manusia lain yang sekadar ingin memiliki rumah untuk berlindung di muka bumi ini.

Tanpa Nama delete icon 9:36 PG

sungguh hebat janji allah. janji allah itu benar. moga kita semua mendapat syafaatNYA

Waalaikumsalam Sheila,
Bersamalah kita membina mahligai di syurga... :)

Biarkanlah mereka berlumba2 utk nikmat duniawi yang sementara ini...kita pula perlu berlumba2 untuk nikmat syurgawi yang kekal abadi. Disana nanti barulah mereka akan tersedar...tapi segalanya sudah terlambat.
Yakinlah akan janji Allah SWT.

Jangan kita menjadi manusia yang rugi, marilah kita rebut dan bina mahligai di syurga!

Unknown delete icon 9:55 PG

cantiknyaa... bilalah ada peluang nk duduk rumah mcm ni..

Namun sayangnya ramai yg masih sanggup menipu dan menindas hanya kerana mahligai di dunia yg sementara. Sedangkan mahligai syurga yg jauh lebih indah berganda-ganda menanti andai mampu berbuat kebaikan dan amalan...

Kakak tak kelip mata tengok semua rumah yg BM tepek. Aduhai mimpilah kakak malam ini dik :)

Unknown delete icon 10:33 PG

Jika tak dapat mahligai idaman di dunia.. mari kita bina mahligai idaman di Syurga.. Ameen

OKje delete icon 10:55 PG

Sapalah yg tak berkeinginan punya mahligai di Syurga BM....
Semoga okje dapat melawan hawa nafsu yg tebal dalamm diri ini.... huhu

ANIM delete icon 11:00 PG

kalau tak dapat mahligai indah..ada 4 lagi cara untuk mendapat rumah kaca di syurga...wallahuaa'lam
http://bicaraneem.blogspot.com/2011/10/rumah-kaca-di-syurga-untuk-4-golongan.html

paridah delete icon 11:11 PG

miliki kediaman sekadar boleh berlindung drpd panas n hujan pun bagaikan berada dalam mahligai idaman sekiranya bersyukur n hidup dgn penuh kasih sayang sebelum berada dlm mahligai idaman yg kekal abadi...

Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada..

Mizz Aiza delete icon 12:01 PTG

setiap kebaikan yang kita lakukan di dunia ini pasti akan mendapat pembalasan setimpal di akhirat kelak.. jika tidak mendapat mahligai di dunia, teringin juga mendapatkannya di syurga kelak..

mselim3 delete icon 12:26 PTG

Assalammualaikum...BM,

Terima kasih atas ingatan ini. Insaallah... blogger pun mempunyai tanggungjawab berpesan kepada kebaikan dan kebenaran... nice. Thanks my friend.

mselim3

Bahrain delete icon 12:46 PTG

Perkara senang pun ada juga yang tak malas nak buat.

BinMuhammad delete icon 1:01 PTG

Mahligai disyurga berkali ganda cantik dan indahnya...peluang masih ada, mari kita dapatnya!

BinMuhammad delete icon 2:16 PTG

Tipu daya dunia adalah hasutan syaitan. Semoga kita tidak terjebak sama. Tak pe bermimpi...InsyaAllah akak akan dapat yg berganda lebih indah di syurga. :)

BinMuhammad delete icon 2:16 PTG

InsyaAllah...sama2lah kita... amiin

BinMuhammad delete icon 2:19 PTG

Jika mahukannya, kena usaha... sama2 kita bina mahligai disyurga :)

BinMuhammad delete icon 2:20 PTG

Terima kasih kak Anim, bertambah lagi ilmu saya... :)

BinMuhammad delete icon 2:22 PTG

Hidup didunia ini juga perlukan kesenangan dan keselesaan tapi hanya sementara... Marilah kita bina juga mahligai di syurga yg kekal selamanya...

BinMuhammad delete icon 2:23 PTG

Ya, bersyukur diatas segala kurnianNya didunia... tapi kita juga perlu rebut tawaran istimewa disyurga kerana ianya lebih bermakna dan kekal selamanya...

BinMuhammad delete icon 2:25 PTG

Benar...Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana. Bersama kita dapatkan mahligai di syurga.

BinMuhammad delete icon 2:27 PTG

Waalalikumsalam mselim,
Tugas kita menyampaikan kebaikan...semoga semua orang beroleh manfaatnya...InsyaAllah.

BinMuhammad delete icon 2:30 PTG

Perkara yg senang inilah selalunya juga senang dilupakan. Buat ingatan diri sendiri yg selalu lalai dan lupa...

Fiza Rahman delete icon 3:04 PTG

Perkongsian yg ssangat bagus. Ramai yg berlumba2 impikan mahligai yg indah kat dunia ni.

keindahan yg tak terjangkau dek pikiran kita...

Maria Firdz delete icon 4:28 PTG

nice sharing... jom kumpul tiket nk msuk syurga ALlah...

Blog Santai delete icon 5:07 PTG

Senagnya nak dapat mahligai di syurga kan BM. Jauh beza dengan rumah di dunia. Terpaksa berhutang untuk puluhan tahun untuk mendapatkan apartment/double storey.

sungguh hebat janji allah. janji allah itu benar. , dan ianya menjadi tugas blogger juga untuk menyebarkan kebaikan dan pastinya setiap insan yang bernyawa mengimpikan mahligai di syurga

Unknown delete icon 7:41 PTG

cantik gambar..hihi...

lynmunir delete icon 8:18 PTG

Rumah yang di syurga adalah impian kebanyakan hamba allah tapi rumah yang sekarang pun jika disinari dengan kasih sayang dan redha allah pun dah seolah-olah mendapat rumah di taman syurga. MasyaAllah.

profhariz delete icon 8:56 PTG

MashaAllah. Perkongsian yang baik. Terima Kasih..

Unknown delete icon 9:46 PTG

sentiasa berusaha menuju redha Allah dalam rahmatNya.. in shaa Allah..tima kasih saling mengingat..

Tanpa Nama delete icon 1:15 PTG

moga kita akan tergolong dalam insan² yang mendapat mahligai di 'sana' nanti..inshaAllah..

Yana Yani delete icon 5:41 PTG

saya nak SYURGA! saya akan cuba memperbaiki diri
terima kasih untuk peringatan ni BM

Khir Khalid delete icon 9:24 PTG

Subhanallah.. biar pun dibina mahligai emas bertatahkan permata di dunia ini, tiada satu pun yg setara dgn apa yg dijanjikan Allah swt... Mudah2an kita semua tergolong dikalangan org2 yg layak mendapatnya nanti... aamiin. Sesungguhnya janji Allah itu pasti.... Allahuakbar...

Dalam kita mengejar kemewahan di dunia, jangan lupa bekalan di akhirat juga. Terima kasih BM.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap