Orkid Desa
Bunga Orkid @ Anggerik Desa Kembali Mekar : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hujung minggu yang nyaman dikampung, melawat MIL dan PIL. Maaf kepada sahabat semua jika tak dapat nak berkunjung ke entri anda, maklumlah... 'line' kurang memberangsangkan. InsyaAllah akan saya jejaki sedikit demi sedikit.

Hampir sebulan tak pulang kekampung, cuaca kemarau yang melanda banyak memberi kesan kepada pokok-pokok bunga MIL. Namun semenjak seminggu ini hujan yang turun berterusan telah merubah kembali suasana.

Jika sebelum ini dedaun semakin menguning dan berkurangan... kini kembali menghijau. Tunas-tunas baru telah tumbuh merimbunkan semula ranting-ranting yang gersang.

Kecantikan Bunga Orkid Desa

Lihatlah orkid atau anggerik desa yang kembali mekar berbunga ini. Mewarnai semula suasana suram halaman setelah sekian lama tidak kelihatan. Menguntum juga kembali senyuman MIL yang sebelum ini semakin gusar melihat bunga-bunga kesayangan semakin hilang serinya...

Bunga Orkid @ Anggerik DesaBunga Orkid @ Anggerik Desa

Bunga Orkid @ Anggerik DesaBunga Orkid @ Anggerik Desa

Bunga Orkid @ Anggerik DesaBunga Orkid @ Anggerik Desa

Bunga Orkid @ Anggerik DesaBunga Orkid @ Anggerik Desa

Bunga Orkid @ Anggerik DesaBunga Orkid @ Anggerik Desa


Bukan hanya orkid desa yang berbunga, malah pokok kaktus ini juga bagaikan cemburu melihat pepohon lain berbunga.. Ia juga mengeluarkan bunga! Walaupun sekuntum tapi cukup memikat setiap mata yang memandang.

Bunga kaktus

Rahmat Disebalik Musibah

Begitulah suasana di kampung yang berubah sekelip mata pabila cuaca juga berubah. Kemarau sebelum ini banyak memberi kesan keatas hasil pendapatan penduduk kampung disini. Buah kelapa sawit yang kurang berat disamping hasil padi yang berkurangan seperti selalu adalah antara kesan yang ketara yang dihadapi. Namun ianya tidaklah terlalu teruk sehingga membebankan atau memusnahkan tanaman.

Semoga keadaan sekarang ini akan berterusan. Hujan yang kian kerap turun telah memulihkan kembali kesuburan tanah yang dahulunya kering kontang. Mungkin ada hikmah disebalik musibah yang akan membawa lebih rahmat dan limpahan rezeki pula dimasa akan datang.

Tidak kira apa jua sumber pendapatan, tetap ada risikonya. Jika ianya tidak hadir dari diri kita sendiri atau orang lain... ianya juga mungkin dari kesan cuaca dan bencana alam. Namun Allah swt itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Tidak akan diberi kesusahan dan ujian melebihi kemampuan diri. Hanya dengan berdoa dan kembali berserah kepadanya... akan membuatkan kita lebih bersyukur diatas segala nikmat dan rahmat dariNya.

Terima kasih bersama Relaks Minda...


Author by Bin Muhammad

30 comments - "Bunga Orkid @ Anggerik Desa Kembali Mekar"

Khir Khalid delete icon 12:55 PG

Subhanallah.. suka tengok bunga2 tu kembang mekar... cantik2.. :)

cantik2nya orkid...suka sbb ianya tahan lama..tak seperti bunga2 lain..

Unknown delete icon 9:39 PG

rajinnya dengan bunga-bunga orang kampung kan uncle...

paridah delete icon 10:23 PG

cantik sungguh orkid2 ni mekar mewarnai suasana selepas hujan ya..

Tanpa Nama delete icon 10:26 PG

cantiknya orkid...setuju dengan BM..musibah itu adalah ujian yg manis untuk hambanya..allah akan gantikan dengan yg lebih baik.

Alhamdulillah... terapi minda dan mata kakak masuk sini BM. Sekarang memang pokok bunga dan buah menjadi-jadi selepas kemarau panjang tempohari. Pokok buahan dan cili/sayur bapak kakak pun meriah jadinya BM.

Inilah hikmah Allah dari diuji bila hujan turun selepas panas yg panjang semua pokok bagaikan memberi hadiah kepada tuannya. Alhamdulillah..

sitirohaida delete icon 10:43 PG

sangat meriah suasana kampung dengan pelbagai jenis pokok yang berbunga2 sekarang nie...terasa nyamannya duduk di kampung kan..

Assalamualaikum.. cantiknya bunga. teringat rumah mertua, banyak juga pokok bunga ditanamnya. hehehe singgah menabung digi sini~~~

Perubahan iklim yang mendadak ni tentunya memberikan kesan terhadap kehidupan pengusaha tanaman baik komersial mahupun sara diri. Tahun ni ramai yang mengeluh sawit dan getah berkurang hasilnya. Paling kasihan dengan pekebun kecil getah sebab harga getah makin turun harganya sekarang ni.

jie susanos delete icon 11:37 PG

cntiknya orkid tu bm...

OKje delete icon 2:15 PTG

Suka tengok bunga tapi kurang suka nak tanam bunga ...... spesis apakah orang tu agaknya BM hehe

Dunia Zumal delete icon 2:41 PTG

Tenang jiwa bila nampak bebunga mekar di laman, teringin nak buat taman kat umah. Hehe :)

Tanpa Nama delete icon 3:03 PTG

wah cantik2 nyer BM, teringat orkid & angerik KA dulu2, skang dah lama tinggal hobi ni huhuhu

Fiza Rahman delete icon 4:10 PTG

Cantiknya bunga2 orked tu.

Aimacomel delete icon 4:45 PTG

Mak saya penggemar orkid. Selalu pergi ke nursery 2 utk cari pokok orkid. Malah dia jugak jual orkid sblm ni. Byk2 bunga, orkid ni yg paling dekat dgn kami sekeluarga

Unknown delete icon 4:53 PTG

Sekarang kat Msia nie sedang dalam musim bunga rasanya... rata2 tempat bunga merimbun... cantik bunga2 orkid tu... dulu2 ada gak bela.. tapi tak sempat nak belek pun... :D

Cantiknya bunga-bunga ni BM. Saya memang penggemar orkid. Tapi di kampung dah tak ada orang nak jaga. Macam hidup segan mati tak mahu je.

Mizz Aiza delete icon 4:58 PTG

subhanallah.. cantik sungguh bunga yang berkembang mekar.. setiap musibah pasti ada hikmah di sebaliknya..

cantiknya bunga orkid dan kaktus ni..

subhanaALLAH cantik2 bungga tersebut

Wafi Remli delete icon 7:09 PTG

Spring in Malaysia!

Unknown delete icon 7:09 PTG

cantik la BM...subhanallah
aritu kan yumida dapat hadiah bunga orkid yg dibingkaikan dlm kaca
hadiah dri rakan blogger
rs ekslusif sgt...

Zawiah delete icon 11:28 PTG

ada satu ketika , saya pulang ke kg , orkid hutan sedang berbunga dgn sgt byk ... sungguh indah dipandang !

SubhanaAllah...sgguh menarik...:D

Blog Santai delete icon 1:16 PTG

Cantiknya orkid tu...masih mampu bertahan walau kemaraukan...

Tanpa Nama delete icon 2:17 PTG

seronok tinggal di kampung ni..mcm² boleh tanam..

Nurul delete icon 3:12 PTG

Cantik2 semua orkid tu... bunga dari pokok kaktus nan sekuntum tu pun memikat hati... Alhamdulillah, hujan yang turun sekarang dapat mengembalikan keindahan tanam2an.. :)

Unknown delete icon 12:41 PTG

Aku masih mampu melihat...betapa indahnya ciptaan floraMu ya Allah...subhanallah...

Warna-warni bunga memang menghiasi laman duniawi..
Lantas memberi ketenangan jiwa...
memberi ukiran senyuman di wajah..
lantaran melambai-lambaikan hati ingin memuji kebesaran hakiki

Yana Yani delete icon 3:27 PTG

dulu mak saya ada tanam pokok orkid ni
tapi susah nak jaga! cepat dia mati

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap