WW - Wordless Weekend #1
New Perodua Viva 2014 / Perodua Axia
![]() |
New Perodua Viva |
![]() |
New Perodua Viva |
![]() |
New Perodua Viva |
![]() |
New Perodua Viva |
Nantikan kemunculan Perodua Viva Terbaru 2014
Kemungkinan besar nama Perodua Viva juga akan digugurkan dan digantikan dengan nama baru iaitu Perodua Axia.
Ianya berdasarkan model Toyota Agya (Indonesia) / Daihatsu Avla (India)
(seperti dalam gambar-gambar diatas)
Ianya sedang giat dibangunkan oleh jurutera Perodua dengan melakukan sedikit perubahan kosmetik dibahagian luar model tersebut. (biasanya front grill, front and behind bumper dan mungkin lampu depan dan belakang)
Masih mengekalkan ciri-ciri kereta kompak yang selesa, jimat minyak dan mudah dikendalikan.
Akan dilancarkan pada awal suku ke tiga tahun ini.
Terkini! Gambar Spyshot Perodua Axia. Rekaan yang hampir menyerupai Perodua Myvi!
![]() |
Rekabentuk belakang Perodua Axia |
![]() |
Rupabentuk hadapan Perodua Axia |
![]() |
Rupabentuk Perodua Axia dengan Varian yang berbeza |
![]() |
Sudah jelas... Nama baru - Perodua Axia! (sumber : funtasticko) |
Dijangkakan Perodua Axia menggunakan enjin 1KR :
1.0L (989 cc)
65 PS (48 kW) at 6000rpm
85 Nm (63 lb·ft) of torque at 3600rpm
Dengan keluarnya gambar spyshot ini bermakna Perodua Axia sudah semakin dekat untuk diperkenalkan! Maklum balas dari pekerja Perodua juga memaklumkan bahawa Perodua Viva telah ditamatkan pengeluarannya. Perodua Axia akan didatangkan dengan varian yang sama seperti MyVi iaitu G, SE dan Extreme.
Info terbaru : Teaser Perodua Axia kini disiarkan melalui facebook rasmi Perodua iaitu MYPerodua. Dah semakin hampir nampaknya pelancaran Perodua Axia ini.
![]() |
Teaser Perodua Axia di Facebook MYPerodua |
Info Terkini! Perodua Axia Baru kini telah dilancarkan dengan rasminya. Harga bermula dari RM24,600!
Sila ke link berikut untuk informasi penuh :
http:// Perodua Axia - Harga Dari RM24,600
http://Harga Variant dan Spesifikasi Perodua Axia Baru
p/s: Akan ada lebih pilihan untuk kereta kompak terbaru dipasaran termasuklah Proton Iriz (PCC) yang dijangkakan dilancarkan pada penghujung September tahun ini...
Ditulis oleh :
Artikel : Perodua Viva Terbaru 2014
39 comments - "Perodua Viva Terbaru 2014 @ Perodua Axia..."
Dah jatuh hati pandangan pertama nie :)
Cantik...anak bungsu bunda tengah kumpul duit/survey viva....
Terbaik
cantik viva baru ni...
sesuai utk org2 bujang atau keluarga kecil...
Kena beli satu nie uncle hihi
cantiknyer..
Assalammualaikum...BM,
terima ksih atas info nie,,, cantik dan menarik,
mselim3
cantik. body dia nampak pjg. beznye ade lg keta baru. beznye klo ade org anjurkan GA hadiah dia dpt keta baru ni. wooooo...syok syok..
salam singgah. dah tak nampak macam rupa viva dah tu haaaa. sangat cantik ^_^
Inilah baru betul yg mcm cantik, mcm comel je.. :D :D
biasa saja....
Ohhhh ni model terbaru ke? Setiap model baru, rezeki bagi kilang tempat Pak Zirafah keje....manalah tau dapat peluang supply part!...rezeki buat Mak Zirafah jugak....hhehe
Wah nampak comel jer ..
hehehehe ..untuk org bujang dan keluarga kecil boleh la ,,
Kalau anak ramai kena fikir untuk beli yg lbh besar ..
Menarik gak.
Errmm.. not bad looking...
Boleh tahan juga Viva ni kan.
cantiknya kereta viva model terbaru itu.. nampak lebih luas.. tapi aiza kena habiskan dulu membayar kereta viva yang sedia ada.. hehe..
Menarik juga..
Serius ni vivs baru?? Ermm, semacam je. Btw, perodua n toyota satu family. Safety is LOVE. Toyota. Hehehe, lari tajuk plk
boleh tahan cantiknya ^_^
Perodua ni not bad sebenarnya BM. Dari segi rekod better than Protonkan...
Cantik juga Viva baru ni... :)
mcm comel jer...mcm menarik jer..:D
apasal kereta ni kecikkk sangat, tak berbaloi mengeluarkan duit sebanyak Rm 46,000 membelinya, dahla mahal, kecik pulak tu, alahai perodua, buatlah besar sikit macam kereta sedan & saloon, kereta kecik-kecik macam ni, nak buat hapa!!
perodua tanak bersaing dgn proton. Ok lah tu, perodua keluarkan keta kompak, proton keta sedan.. baru banyak pilihan..
Datang tengok viva nie buat kali kedua. Hehe :)
cantiklah potongan dia ye
rasa cam nak minta dengan en suami aje...hehe
loan susah la skrang..........
rega beqara nie
not bad
kalau proton kuar kete baru, mesti byk suara2 sumbang..malaysia oh malaysia
mcm cantik mcm comel je bole beli 1 bijik ni hehehe
Nampak kecik jer
menyesal siapa beli..tiada kualiti..
berat brp?
Kereta yg comel n menarik..oklh kalau setakat nak bw gi kerja,antar ankgi n blk sklh dan jd kereta kedua utk keluarga...agak sesuai utk mereka yg inginkan pemjimatan. Saya suka!
Tengok rega la bro..ni rega Zaman kancil dulu..tp yg penting jimat petrol..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”