بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hidup Senang Dan Tenang
Tenang Dalam Senang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat... semoga sahabat dan tetamu Relaks Minda dalam keadaan tenang dan senang.

Ya...yang mana satukah yang lebih penting, hidup yang senang atau hidup yang tenang? Tapi yang pastinya, tiada siapa yang mahukan hidup yang susah.

Semua orang impikan kehidupan yang senang. Dapat memiliki apa yang diimpikan. Dapat menikmati segala kemudahan. Dapat merasa segala yang diinginkan. Dapat kemana sahaja yang dimahukan.

Namun tidak semua orang dapat menikmati kesenangan. Adakah dengan kesenangan dapat menjanjikan ketenangan? Oleh itu mari kita ikuti tazkirah ringkas ini sebagai santapan minda dihari Jumaat yang mulia ini :

Senang Bukan Syarat Tenang

Dalam abjad rumi, huruf dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenarnya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan ini. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Hidup Senang Dan Tenang

Senang Tidak Tentu Tenang

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintudepan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi kesannya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Senang Terlihat, Tenang Dalam Hati

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga.... perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Hidup Senang Dan Tenang

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata.... segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Hidup Senang Dan TenangHidup Senang Dan TenangHidup Senang Dan Tenang

Ketenangan Dari Hati

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah swt. Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut, hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati.... mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca "Alhamdulillah" beribu kali tapi hati tak ingat Allah swt itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah swt dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah" tapi hati berkata "Tak patut Allah swt tak makbulkan doa aku".

Hidup Senang Dan Tenang

Bila ingat Allah swt ketika susah, Allah swt akan berikan ketenangan. Bila lupa Allah swt ketika senang, Allah swt cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah swt diwaktu susah dan senang, hati pasti tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!
Adaptasi dari majalah OK - Abu Nawe

Tenang Di Dunia, Senang Di Akhirat

Hidup Senang Dan Tenang
Tenang Dan Senang Itu Nikmat
Susah dan senang itu satu ujian... Tenang itu pula kebahagiaan. Bersyukurlah dengan setiap ketentuan dan anugerah yang diberi namun jangan cepat berpuas hati dengan apa yang dikecapi kerana kita perlu berusaha untuk berubah menjadi lebih baik pada setiap hari.

Lakukan peningkatan dalam kehidupan dan diri serta menambahkan amal ibadah dan bekalan agar bertambah dan sempurna dari semalam

Hidup didunia ini hanya sementara. Oleh itu dapatkan kebahagiaan di dunia dan berusahalah mendapatkan kesenangan di akhirat... Terima kasih bersama Relaks Minda dan selamat bercuti di hujung minggu...


Author by Bin Muhammad

28 comments - "Ingin Hidup Senang Dan Tenang"

PCL delete icon 9:49 PG

Betul tu BM, dgn megigati Allah..hati akan menjadi tenang dan dosa akan beransur terhapus, dgn mengigati Allah Yg Maha Mengetahuisegala perkara ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap. Bebaskan jiwa daripada rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan daripada hati dengan itu hati lebih tenang dan kehidupan menjadi senang insyaAllah.

Bersyukur dengan segala yang ada sambil berusaha mendapatkan apa yang belum ada.. mudah2an kita beroleh ketenangan dalam setiap kesenangan.. In shaa Allah.
Thanks for sharing BM. Enjoy yr wknd.

Fiza Rahman delete icon 10:41 PG

Salam pagi jumaat BM. Selamat menunaikan solat jumaat ☺

Perkongsian yg sangat bagus. Kalau boleh saya nak dedua. Senang dan tenang di dunia dan juga di SANA nanti.

paridah delete icon 11:44 PG

n3 yg sangat bermenafaat...mencari ketenangan jiwa di dunia sambil mengharapkan kebahgian berkekalan di akhirat....tq

sitirohaida delete icon 11:56 PG

salam Jumaat BM,Senang dengan tenang...itu lagi baik kan...entry yg banyak manfaat...

Tanpa Nama delete icon 12:07 PTG

setuju dengan entry ini. sy memililh dan memohon agar ditenangkan hati..amin..

senang boleh dilihat dgn mata kasar...sedangkan tenang hanya dapat dirasai oleh hati kita sendiri...

Unknown delete icon 12:56 PTG

salam jumaat

Unknown delete icon 1:12 PTG

Kalau boleh dua2 nak... senang nak tenang pun nak..! tapi tenang tu lebih diperlukan... :)

Sungguh betullah. Kalau dah tak sihat macam kakak sekarang ni nak tenang pun tak boleh dik. Kakak dah masuk 3 hari rasa kurang tenang. Beribadat pun tak selesa bila tak sihat ni. Memang betul kena senang dan tenang tapi sihat pun kena jugalah nampak gayanya...

OKje delete icon 4:16 PTG

Minggu lepas dengar motivasi pagi kat radio IkIm 7.30.... pasal mencari ketenangan ni ...ada 4, 1) Melihat kehijauan/atau ciptaan Allah, 2) lupa 3) zikrullah 4) bermunajat kepada Allah...gitulah lebih kurang

Unknown delete icon 4:29 PTG

Yang Senang.. tak semesti Tenang..
Yang Tenang.. tak semesti Senang..
Jika Senang dan Tenang ..
ia wajar di syukuri.. Alhamdulillah

Tanpa Nama delete icon 4:53 PTG

bukan senang nak tenang ni, nak cari ketenangan jiwa plg sukar BM.. doa saban hari tak lupa mohon ketenangan jadi milik kita !

Unknown delete icon 5:24 PTG

Alhamdulillah.. perkongsian yang cukup baik..

Pha Is delete icon 6:43 PTG

betul tu, dengan sentiasa mengingati Allah, hati akan tenang, seperti firmanNya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28.
menabung sini..

tenang dan hidup senang itu rezeki Allah bagi.

Dunia Zumal delete icon 7:59 PTG

Bila kita rasa tenang mesti hidup pun rasa senang :)

Mizz Aiza delete icon 9:12 PTG

salam jumaat BM.. senang tidak semestinya tenang.. hanya dengan mengingati Allah insya-Allah kita akan berasa tenang..

Zawiah delete icon 10:33 PTG

Orang yg hidupnya senang jarang dapat tenang hatinya . Orang yg tenang hatinya akan dapat melalui kehidupannya dgn senang wpun ada ujian yg melanda ...

Khir Khalid delete icon 10:37 PTG

Subhanallah walhamdulillah... tenang itu lebih penting dari kesenangan.. kerana dgn ketenangan kita pasti senang hati & jiwa.. in shaa Allah.. Harta kekayaan tidak dpt memberi ketenangan tetapi harta yg berkat pasti memberi ketenangan & kesenangan di dunia & akhirat... salam Jumaat BM.. semoga kita semua tergolong dikalangan org2 yg tenang jiwanya & beroleh keberkatan Allah swt... aamiin..

mrhanafi delete icon 10:44 PTG

hidup tenang adalah nikmat dan senang juga adalah nikmat..jika tak bersyukur mungkin resah dan gelisah!

Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

Tanpa Nama delete icon 11:14 PTG

setiap kali ke blog ini hati sangat tenang sekali..

mselim3 delete icon 12:03 PG

Assalammualaikum..BM,

Pemandangan di blog ini pun menenangkan... tenang dan senang selalu... amin.

mselim3

tenangkan dulu baru senang

Blog Santai delete icon 1:25 PTG

Ketenangan bermula dengan kemaafan. Sebab tu setiap hari sebelum tidur kita diminta untuk memaafkan semua orang. Semoga bila kita bangun pada waktu pagi, hati kita akan tenang. Dan pastinya dekatkan diri kita dengan Allah itu lah yang terbaik..

Saya suka baca entri BM..buat saya tenang selalu..

tenang segala2 nya bila singgah kesini...:))))

Yana Yani delete icon 3:22 PTG

wow, menarik entry ni
suka bila BM kata,

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!! =)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap