Menjadi Blogger Perlu Ada Sebab dan MatlamatPerlukah ada sebab untuk anda menjadi seorang blogger? Perlukah ada matlamat? Pada pandangan saya, memang ada sebab anda menjadi seorang blogger dan seorang blogger juga perlu ada matlamat! 

Kenapa saya katakan begitu? Mudah sahaja... lihatlah dalam kehidupan kita. Apakah sebab dan matlamat kehidupan anda? Apakah tujuan anda melakukan sesuatu pekerjaan? Apakah sebab anda melakukan begitu dan begini? Sudah pastinya semuanya punya sebab dan matlamat.

Kenapa Menjadi Blogger?

Oleh itu... Kenapa anda ingin menjadi seorang blogger? Tidakkah ianya juga bersebab dan punya matlamat. Percayalah jika anda melakukan sesuatu tanpa sebab dan matlamat, pasti ianya tidak akan berterusan dan berjaya kerana anda sebenarnya tidak tahu apakah yang anda sedang lakukan dan perlu lakukan.

Berbalik kepada matlamat anda menjadi seorang blogger tetapi sebelum itu, penting untuk anda tahu sebab kenapakah anda mahu menjadi seorang blogger. Adakah anda :
    Menjadi Blogger Perlu Ada Sebab dan Matlamat
  • Mahukan pendapatan dari blog?
  • Mahu berkongsi kisah peribadi?
  • Mahu berkongsi ilmu?
  • Mahu berkongsi pengalaman?
  • Mahu melakukan pemasaran?
  • Mahu memperkenalkan produk?
  • Mahu orang tahu lokasi menarik?
  • Mahu menambah kenalan?
  • Mahu berdakwah?
  • dan...pelbagai lagi sebab (anda tentu boleh senaraikan beratus lagi sebab...)
Jika anda punya sebab pasti anda juga punya matlamat! Untuk mencapai matlamat, anda mesti melakukan sesuatu dan berusaha untuk mencapainya. Anda bohong pada diri anda sendiri jika anda katakan, berblogging hanya untuk suka-suka kerana orang yang suka-suka ini tidak akan kekal lama sebagai blogger dan tidak akan boleh menjadi blogger!

Menjadi Blogger Perlu Ada Sebab dan Matlamat

Matlamat Seorang Blogger

Tapi tidak mustahil jika dari sebab suka-suka akhirnya anda membina matlamat dalam berblogging dan kerana itu jugalah anda terus kekal menulis dan menerbitkan entri. Kadangkala berlaku juga yang anda tidak perasan bahawa anda sebenarnya sedang berusaha dan menuju kepada matlamat tersebut.

Satu contoh mudah: Anda lihat blogger yang punya trafik tinggi dan ramai follower. Anda cemburu... tanpa anda sedar anda telah menetapkan matlamat dalam diri. Anda tidak sedar bahawa reaksi anda sebenarnya adalah usaha untuk mencapai apa yang anda cemburukan.

Anda mula dengan blogwalking, meninggalkan komen, menyertai segmen atau GA serta menerbitkan entri berterusan. Ketahuilah bahawa itulah usaha anda sebenarnya...dan matlamat anda adalah untuk menjadi seperti blogger tersebut!


Kenapa Dan Bagaimana?

Oleh itu fahami sebab kenapa anda berblogging dan perlu tahu bagaimana untuk mencapainya.
  • Jika anda mahu berkongsi pengalaman - pastinya anda perlu ramai kenalan dan pembaca...jika tidak, dengan siapakah anda ingin kongsikan pengalaman itu.
  • Jika anda mahu berkongsi ilmu - pastinya anda perlu punya ilmu blogging untuk meningkatkan tahap blog anda di enjin carian agar mudah perkongsian ilmu anda dicapai oleh ramai orang.
  • Jika anda mahu tambah pendapatan - pastinya anda perlu meningkatkan trafik, ranking dan kualiti blog agar mendapat kepercayaan pengiklan dan pengunjung yang ramai.
Menjadi Blogger Perlu Ada Sebab dan Matlamat
Dari sebablah terbukanya laluan dan panduan untuk anda berusaha mencapainya. Apa sebenarnya yang ingin anda capai? Ya...itulah matlamat anda sebenarnya! Jika anda faham dan jelas akan sebab dan matlamat anda, pasti ianya akan menjadi lebih seronok, yakin, mudah serta bersemangat. 

Oleh itu, anda perlu ada sebab dan matlamat dalam berblogging. Jika anda tidak pasti...renung dan lihat kembali apa yang anda telah lakukan selama anda berblogging.

Dari tindakan dan entri, anda boleh menilai diri... Andakah anda seorang blogger yang punya sebab dan matlamat atau anda sebenarnya tersesat dan terimalah hakikat bahawa dunia blogging bukannya bidang anda.

Hidup Bersebab Dan Bermatlamat

Begitulah juga dalam hidup kita, perlu ada sebab dan matlamat. Allah swt berfirman didalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya. “Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56) 

Matlamat kita hanya satu... kebahagiaan di akhirat iaitu berada di syurga yang kekal abadi. “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan kematian dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Maka barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS. Ali Imran: 185)

Menjadi Blogger Perlu Ada Sebab dan Matlamat

Oleh itu sebelum lakukan sesuatu, pastikan kita punya sebab untuk melakukannya. Mulakan dengan niat dan tetapkan matlamat. Hanya itulah panduan untuk kita membuka jalan, mendapatkan ilmu dan berusaha menggapainya dengan cara yang benar dan betul agar kita tidak tersesat dan gagal


p/s: sekadar pandangan peribadi... terima kasih bersama relaks minda.
Author by Bin Muhammad

80 comments - "Menjadi Blogger Perlu Ada Sebab dan Matlamat"

Subhanallah... sungguh terkesan saya dgn kata2 ini. In shaa Allah.. akan ttp atas matlamat utk kebaikan diri & org lain. Dgn adanya matlamat, berblogging akan jadi lebih seronok. Perkongsian renungan yg sgt baik BM.. t kasih.. :)

Wafi Remli delete icon 3:54 PG

Masih ada matlamat yang masih belum tercapai, terima kasih di atas renungan dan peringatan yang dikongsikan

yang penting nahu kita.
bagi aku kan BM.. pada mulanya mng saja2 je blogging tp bila dah lama2 mcm srdap plak menulis.. tp banyaknya bahasa2 merapu.. selain tu Kak Jah jg suka kongsi pengalaman.. pengalaman x seberapa Kak Jah bila Kak Jah ke mana2. bonus bg blog aku bila ada org dtg komen. dan bonus jg bg mereka2 yg terjumpa blog aku bila diorang search sesuatu (mungkin blog aku yg mereka pilih).
Skrg ada beberapa matlamat yg perlu ku kejar..
thx atas kesedaran entry ni.. ;-)

ketika blog mula mencetuskan fenomena dulu...akak suka baca blog org...dan teringin nak punya blog sendiri...tp terfikir,nak tulis apa,ada ke org yg nak baca...
rupanya bila kita minat dan serius,idea utk membuat entri tu sentiasa datang...malah berderet dalam draf tu menunggu utk dipublishkan...

entri yang best ni BM, mama ada matlamat mama sendiri kenapa mama berblogging, cuma sekarang masa amat mencemburui daku.. :(

Salam. Apa ya matlamat saya berbloging? Haha. Kena cari balik matlamat yang betul-betul kuat. Hehe

Nurul delete icon 9:36 PG

Entri yang bagus, BM... Mula2 dulu nrl suka baca blog orang je, lama kelamaan rasa cam nak menulis di blog sendiri... Ada matlamat, tapi masih belum tercapai dek kerana masa... :)

Subahanallah...mmg betol apa yg BM kata ,xkata org lain kata pd diri sendiri matlamat mula2 akak blog suka2 nak kongsi resepi dan tambah kenalan..skg dah bertambah seronok berblogging...melalui blog juga ramai yg oder kuih talam dan editor majalah dtg shooting dapor akak...:)

paridah delete icon 10:43 PG

Mula blogging suka2 sekadar mengongsi karya yg banyak terhasil selama ini...tiada matlamat yg ditetapkan tapi hanya pastikan etika penulisan dipatuhi...xfemes sbg blogger yg diminati pun xper. susah juga femes ni...nawaitu itu utama menulis dgn izin Allah...

setuju dengan pendapat BM,apapun dalam kehidupan ini, ada satu hadis yang menyebut jika kita ingin dunia hendaklah dengan ilmu, ingin akhirat juga hendaklah dengan ilmu dan jika kita ingin keduanya juga hendaklah dengan ilmu.Dalam pada kita menetapkan matlamat dalam berblog, maka jangan pula lupa untuk tambah ilmu dalam bidang ini supaya tidak sesat dihujung jalan..:)

BinMuhammad delete icon 11:03 PG

Semoga kita tidak melakukan perkara yang sia-sia... Kembali kepada matlamat dan fitrah kehidupan kita.

BinMuhammad delete icon 11:04 PG

Semoga anda berjaya mencapai matlamat... Insyaallah, perkara yg baik itu akan dipermudahkan Allah swt

BinMuhammad delete icon 11:07 PG

Kejar Cik Jah...Kejar matlamat anda! Semoga berjaya!
Bahasa merapu xpe asalkan masih boleh difahami...jangan bahasa planet marikh dah le...hehe

BinMuhammad delete icon 11:10 PG

Sebab minatlah wujudnya blog "Detik-Detik Indah Dalam Hidupku" yang kini sudah punya peminat pula... :)

BinMuhammad delete icon 11:11 PG

Saya tahu...Mama punya banyak matlamat, dahulukan yang mana lebih penting dulu...yang penting matlamat kebahagiaan didunia dan akhirat tetap terus digapai...

BinMuhammad delete icon 11:12 PG

Mendapatkan cinta...itu matlamat cik akak? Akak sudah pun punyai cinta...cintailah DIA yang mencintai cik akak...

BinMuhammad delete icon 11:13 PG

Cari! Jangan tak cari...pastikan sebab dan matlamat anda, :)

BinMuhammad delete icon 11:15 PG

Matlamat perlu ada...tempoh masa mencapainya terpulang kepada kepentingannya... :)

Unknown delete icon 11:18 PG

saya masuk dunia blog sebab saya tau boleh cari duit untuk berniaga dengan blog.. alhamdulillah saya dah rasa manisnya bila berjaya mendapat kepercayaan orang luar... insya-allah matlamat utama untuk jadikan blog sebagai sumber pendapatan tambahan dan berkongsi ilmu akan diteruskan... :)

BinMuhammad delete icon 11:18 PG

Bangga melihat kejayaan anda... Kini blog semakin memberi makna dan memainkan peranan yang besar dalam kejayaan. Sudah itu menjadi sebab yg kukuh kenapa blog anda perlu diteruskan. Matlamatnya kini...untuk dicapai oleh ramai orang agar bisness lebih dikenali dan berkembang.
Semoga anda terus berjaya dan sekali lagi saya katakan, kalau dah jadi jutawan kuih talam, jangan lupa saya ye... :)

BinMuhammad delete icon 11:38 PG

Sebab kewujudan blog sudah dikenal pasti, utk kongsi karya akak dengan orang lain. Maka matlamatnya adalah supaya orang membaca...betul tak? Mustahil ianya ditulis utk tatapan sendiri...jika demikian, lebih baik simpan dalam pendrive ajer.

Benar...bukan femes yg dicari, tapi setiap karya adalah untuk tatapan orang lain. Mereka membaca, menilai dan mendapat pengajaran darinya, maka akak perlu belajar untuk meningkatkan pencapaian karya akak kpd pembaca... Bukankah itu amanah buat kita, kerana ilmu yg ada itu datangnya dari Allah swt dan tugas kita untuk menyampaikan.

Saya rasa...akak sudah cukup matang utk memahami cuma akak terlalu merendah diri dan kurang yakin dgn kemapuan diri... Semoga akak berjaya dan saya tahu akak ada matlamat tersendiri... :)

BinMuhammad delete icon 11:43 PG

Sebab dan matlamatlah yang mendorong dan membuka jalan untuk kita berusaha melakukan sesuatu untuk mencapainya. Untuk itu kita sudah pastinya perlukan ilmu...dan ilmu itu tidak ada penghujungnya, wajib dicari hingga kehujung nyawa!
Terima kasih CK krn berkongsi pandangan.

Fiza Rahman delete icon 11:43 PG

Mekasih BM atas perkongsian. Memula blogging dulu hanya sekadar suka². Tgk org lain ada blog, kita pon nak ada blog juga. Tapi bila dah lama²...dah start dapat income even sikit. Pastu dapat kawan baru dan jumpa plak secara nyata. Niat tu jadi lain. Lebih² lagi bila kita dapat job hasil dari blogging ☺

BinMuhammad delete icon 11:45 PG

Nampaknya anda cukup bersedia serta tahu akan matlamat anda dan sudah semestinya anda punya ilmu untuk merealisasikannya. Tahniah! Semoga anda terus berjaya dan mencapai matlamat yang telah anda tetapkan... :)
Terima kasih berkongsi pengalaman.

Unknown delete icon 11:46 PG

salam bro,..kalau dulu bt blog sebab nak kongsi pengalaman. pendapat..than terbit nak masukkan iklan..kiranya dlm duk berblog boleh la kot tambah2 duit poket..apa pun matlamat tentulah ada..

Bahrain delete icon 11:46 PG

Dalam blogger pun memang kena ada sebab dan matlamat kalau tidak mood blogging akan ke laut. Tetapi ramai yang mempunyai matlamat yang sekadar hangat taik ayam. Semoga kita terus memberikan info yang berguna kepada pengunjung.

BinMuhammad delete icon 11:50 PG

Bila suka-suka akhirnya membawa makna...ianya pasti mengujakan. Kini anda punya sebab untuk berblogging dan pasti perlu ada matlamat/sebab seterusnya agar ianya terus memacu anda untuk tidak terhenti setakat ini sahaja...
Tahniah dan semoga terus berjaya! Terima kasih berkongsi pandangan.

BinMuhammad delete icon 11:53 PG

Setiap blogger pasti punya sebab dan matlamat tersendiri... Hanya dengan sebab dan matlamat itulah blog dapat bertahan dan diteruskan...

BinMuhammad delete icon 11:58 PG

Matlamat hangat2 tahi ayam ini berpunca dari tidak tahu bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Tiada ilmu, pengalaman dan kejayaan yg datang bergolek maka perlunya usaha yang berterusan.
Mungkin ada juga yang menetapkan matlamat yang terlalu tinggi sehingga ianya sukar dicapai. Oleh itu perlu juga tahu kemampuan diri dalam menetapkan matlamat.
Tapi yang penting kita perlu ada sebab/matlamat...barulah ada jalannya...

Biarpun kadang kakak rasa bagaikan sia-sia tetapi kakak rasa kakak dpt banyak manfaat dari berblogging. Mungkin tidak dari N3 sendiri tapi kakak banyak perolehi dari blog yg kakak kunjungi macam blog BM ini.

Tanpa Nama delete icon 12:53 PTG

matlamat... hrm... sesuatu yg KA fikir2kan.. awalnya mmeg kerana suka berkongsi rasa & cerita tpi terkdg masa terlalu mencemburui, sampai pernah nk tutup aje blog KA tu buat sementara huhuhu

gomo merah delete icon 12:55 PTG

datang menderma di sini

dari pertama saya jadi blogger hingga ke hari ini.. tujuan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dengan cara acik tersendiri terutama kepada remaja. Untuk memberi ilmu yang ada.. soal popular dan sebagainya acik tak fikirkan sangt.. janji ada yang baca blog acik ^_^

Tanpa Nama delete icon 1:07 PTG

kathy mula² buat blog sebab kathy suka menulis.sejak zaman sekolah suka menulis apa² saja yang tersirat dalam hati..lama² bila punya sedikit ilmu mula rasa nak berkongsi tutorial,resipi dan tips yang di rasakan bermanfaat buat tatapan semua.tutorial itu kathy pastikan telah di cuba dulu sebelum berani nak ketengahkan.begitu juga dengan resipi,hasil air tangan resipi.kalau bulan puasa memang trafik blog resipi kathy naik..hehehe...

Menulis bukan kerana nama ..
Menulis bukan kerana kontroversi ..
Menulis sekadar meluahkan rasa jiwa....
MENULIS PAKAI HATI BUKAN MAIN HENTAM KEROMO JER ..
Kadang2 apa yg kita tulis org tak suka ..
kadang2 apa yg org komen ttg penulisan kita .. kita tak suka ..
Tapi kalau tujuan kita utk sampaikan ilmu berkongsi cerita berkongsi rasa
Niatkan dalam hati aku menulis ikhlas kerana Allah ...

Sebab suka menulis dan ingin menyampaikan ilmu yang saya tahu dan baca yang boleh memberi manfaat kepada orang lain serta berkongsi pengalaman lah saya berada di dunia blog ini..

BinMuhammad delete icon 1:57 PTG

Setiap entri akak tiada yang sia-sia. Banyak yang saya dan pengunjung lain dapat melaluinya...ianya tidak ternilai harganya.

BinMuhammad delete icon 2:00 PTG

Tidak! Jangan sesekali tutup blog...jika tidak update pun, biarkanlah ianya...banyak yg boleh pengunjung dapat dari entri KA yg mungkin ada diantaranya dapat membantu mereka yg memerlukan...

BinMuhammad delete icon 2:00 PTG

Alhamdulillah...terima kasih :)

BinMuhammad delete icon 2:02 PTG

Jelas sekali Acik sudah punya matlamat dan tahu apa yang ingin disampaikan...dan ianya tidak sia-sia, kini ramai yang mendapat manfaat darinya. Teruskan...ibadah kita yg punya ilmu pengetahuan utk menyampaikan dan mengingati...

BinMuhammad delete icon 2:05 PTG

Bila mula2 punya blog kita dahagakan ilmu, bila sudah ada ilmu kita sampaikan...itulah yang sebaik-baiknya.
Kini masa utk Kathy fikirkan kemanakah arah tujuan dan matlamat berblogging... kerana ia dapat meningkatkan semangat dan dahagakan lebih ilmu lalu semakin banyak yg ingin dikongsikan.

BinMuhammad delete icon 2:14 PTG

Benar...kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Blog kita...hak kita, cara kita. Tapi perlu juga berhati2 kerana blog bukan hanya untuk diri sendiri tapi tatapan semua orang tanpa sempadan (lainlah blog dibuka utk readers only)
Jika kita faham maksud menyampaikan dan berkongsi kebaikan... InsyaAllah pasti dipermudahkan kerana itulah tugas kita sebagai khalifah dibumi Allah swt ini, perlu punya ilmu dan seterusnya berkongsi serta saling mengingati untuk mendapat kebahagiaan hakiki di hari akhirat nanti.

Dunia Zumal delete icon 2:29 PTG

Dulu zumal sekadar mengisi masa lapang jer, lagi pun bosan tak bekerja... Bila zumal nampak peluang yang lebih besar, zumal jadikan blogging sebagai kerja zumal :)

BinMuhammad delete icon 2:38 PTG

Setiap orang punya pengalaman dan cara hidup yang tersendiri. Ianya amat berharga dan pastinya dapat memberi sesuatu buat mereka yg memerlukan. Oleh itu jangan kedekut...beri dan sampaikan kepada ramai orang, bagaimana caranya? Anda perlu jadikan blog anda mudah dicapai melalui enjin carian. Dapatkan ilmu blogging dan pelajarinya...anda pasti akan rasai kepuasannya!

BinMuhammad delete icon 2:40 PTG

Nampaknya kini sudah ada matlamat disebalik minat berblogging... Bagus! Pelajari dan dapatkan ilmu untuk mengembangkan dan meluaskan lagi peluang anda...semoga Zumal berjaya!

Yana Yani delete icon 2:57 PTG

wow, nice sharing BM
kalau tanya saya kan, mungkin lebih kepada berkongsi kisah peribadi
lagipun saya nak asah balik bakat menulis yang dah lama tumpul
tak terfikir nak kejar trafik atau mungkin saya kata begitu sebab belum dikenali?
hehe...kelakarlah pula

tapi sungguh, saya hanya berniat untuk menulis sesuatu untuk tatapan anak cucu cicit
popular ke tak, belakang cerita =)

mselim3 delete icon 3:17 PTG

Assalammualaikum...BM,

mselim3 .. suka berkongsi apa yang dibaca dan suka menjalinkan ukhuwah sesama blogger serta berbaik tidak kira muda atau yg otai..

mselim3

Tanpa Nama delete icon 4:31 PTG

Terima kasih atas perkongsian ini..

Unknown delete icon 5:53 PTG

saya suka entri ini. niat & matlamat utama saya dulu adalah ingin berkongsi sedikit elmu dan perkongsian yg bermanfaat dgn org lain.

Entri yang mencetus minda untuk kembali muhasabah diri mengenal matlamat berblog. Insya-Allah BM, saya masih berpegang pada matlamat saya terutama perkongsian mengikut niche blog Tetamu Istimewa. Biarpun kadang-kadang tu agak tersasar sedikit.

lynmunir delete icon 6:08 PTG

Entri ini membuat saya tertanya-tanya tentang matlamat saya dalam berbloging.
Mungkin masih belum menemui matlamat yang kukuh untuk diperjuangkan dan setakat ini bloging hanyalah sebagai satu terapi minda buat saya sesekali meluahkan perasaan, berkongsi pengalaman selain mencatat jornal pribadi untuk bacaan anak cucu ( hemm...itupun kalau generasi akan datang masih minat membaca ).

in sha Allah

Alhamdulillah... mudah2an membawa keberkatan bersama semua... aamiin. T kasih BM..

Unknown delete icon 7:26 PTG

kak nah mulai berblog dulu hanya kerana minat menulis juga membaca, timbul keinginan untuk menulis dan berkongsi tentang apa saja dengan sesiapa jua..moga apa yang dikongsi boleh memberi manfaat kepada pembaca..dan sekarang Alhamdulillah..kak nah gembira kerana dengan berblog juga kawan2 kak nah makin bertambah selain menambah ilmu di dada..knah suka n3 ini.. mencetus minda untuk kembali bermuhasabah diri.. sampai bila nak berblog =)

Unknown delete icon 7:58 PTG

bagusnye entry hari ni. membuat yumida terimbau kisah dulu2. masa berblog dulu, x tahu mcm mana nak handle blog ni. nak update mcm mana. nak semak komen mcm mana. usaha berblog berterusan memberi pengalaman berharga dlm berblog. n x sangka benda yg langsung x tahu apa2 blh jana duit dari situ. alhamdulillah. mmg syok berblogging. cuma klo line internet slow hmm sakit jiwa jugak dibuatnya. hihi
menabung nuffnang sini - clinique

Maria Firdz delete icon 8:08 PTG

Apa pun kita kena da matlamat dan hala tuju... Nice entry...

BinMuhammad delete icon 8:55 PTG

Betul ke niat utk tatapan anak cucu cicit...tipulah, hehe
Kalau betul, blog bukan tempat yang sesuai. Ianya adalah media sosial yang terbuka diakses oleh semua orang diseluruh dunia tanpa sempadan. Maka sebab itu saya katakan anda sebenarnya berkongsi bukan hanya utk tatapan mereka. (melainkan anda sekat blog untuk tatapan orang tertentu sahaja)
Oleh itu apa sebenarnya? Jangan tipu diri sendiri...anda sebenarnya mahu orang lain juga membaca apa yang anda tuliskan. Mahu orang lain juga merasai apa yang anda rasai, memberi pendapat dan celoteh serta mendapat sesuatu darinya.
Jangan terasa kerana itulah sebenarnya matlamat kewujudan blog! Susah kan nak mengakuinya... :)

Asalnya mmg suka2. Tetapi bila pembaca dan follower bertambah, blogging ada kalanya memberikan side income. Blogging event, sponsored post dan nuffnang memberikan sedikit insentif sbg pembakar semangat.

Unknown delete icon 9:24 PTG

Assalam..ini first saya jejak komen kat bLog BM, sebelum ni tak pernah pun jenjalan kat sini. Pada awalnya sy berblogging adalah hanya utk suka-sbka, pastu edit blog sendri, rasa best pula tengok blog comel2, then belajar buit duit dr berblog, yg pastinya dengan berblog sy banyak menimba ilmu. Matlamat sebenar, hanya sekadar perkongsian diri mahupun pengalaman sy sahaja.

BinMuhammad delete icon 9:37 PTG

Waalaikumsalam,
Menajalinkan ukhwah...sambil berkongsi kisah-kisah bacaan, ianya cukup bagus. Sudah pastinya matlamatnya untuk kebaikan bersama... :)
Semoga ukhwah kita berpanjangan...amiin

BinMuhammad delete icon 9:39 PTG

Terima kasih juga kerana sudi singgah disini...amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 9:42 PTG

Setiap orang ada matlamatnya tersendiri dan pastilah untuk kearah kebaikan diri sendiri dan orang lain. Semoga hasrat murni anda mencapai matlamatnya... :)

BinMuhammad delete icon 9:49 PTG

Terus terang saya katakan, saya sayang blog tetamu istimewa kerana tidak banyak blog yg punya niche sedemikian rupa. Namun saya sebenarnya kecewa apabila kini ianya dicemarkan oleh entri berkaitan drama online. Saya ingatkan hanya sekali dua kerana ianya ada kaitan dgn novel tapi nampaknya seperti jadi satu entri wajib yang telah mencorakkan blog tetamu istimewa kepada carian hiburan online. Tidak salah jika ada artikel tidak berkaitan niche diterbitkan tetapi menyerlahkan blog kearah yang bertentangan bagi saya amat tidak relevan.
Jangan marah cikgu, ini hanya pandangan peribadi...tidak semestinya betul dan perlu diikut. Blog cikgu, hak cikgu...cara cikgu. Semoga Blog Tetamu Istimewa terus maju dan berada dilandasan yg tepat.

BinMuhammad delete icon 9:56 PTG

Sebenarnya kita dah ada sebab dan matlamat tetapi masih kurang peka dan yakin. Hanya sekadar selesa dengan membiarkan keadaan semasa yang mencorakkannya. Jika matlamat anda utk berkongsi pengalaman dan sebagai catatan jurnal peribadi maka teruslah lakukan ia.
Fikirkan apa yang terbaik buat anak cucu apabila mereka membacanya kelak. Pastikan ianya bermanfaat serta dapat menjadi nostalgia indah buat mereka. Dengan matlamat itu, anda pasti tahu apa sebenarnya yang perlu dikongsikan diblog... Jangan terus tertanya2 kerana ianya tidak beri jalan penyelesaian... Semoga berjaya!

BinMuhammad delete icon 10:05 PTG

Saya amat berminat utk mengetahui pengalaman blogger spt Kak Nah yg telah mengenali dan menceburi dunia blogging selama 5 tahun. Terima kasih krn sudi berkongsi sedikit disini.
Selagi Kak Nah masih punya sebab untuk berblogging...saya harap Kak Nah teruskan... InsyaAllah saya akan sentiasa menyokong... :)

ANIM delete icon 10:10 PTG

dulu matlamat berblogging seba sunyi baru berpindah ke SP, tak de kenalan, tak kenal jiran. bila respon diterima memberangsangkan teruskan niat berkongsi pengalaman. nak buat blog agama, biasanya kurang pengunjung. so dari pengalaman hidup seperti nomad, kak selitkan sikit2 dengan niat, kalau 1000 sehari viewers (malu nak habaq sebab tak ramai spt oranglain & tak ramai followers), ada 10 yg berubah nak jadi lebih baik pun syukurlah kerana kak anim sendiri "berhijrah' setelah setahun berblogging.^_^ (tengok tu, sempat lagi cerita panjang)

BinMuhammad delete icon 10:12 PTG

Haha! Rasanya kebanyakan blogger adalah sama dipermulaan blogging...Blur!
Kerana minat diteruskan juga dan berusaha belajar...sehinggalah apa yg telah diperolehi kini. Nikmat dan kepuasan hasil daya usaha sendiri...memang tidak ternilai harganya! :)
Terima kasih Yumida

Blog Santai delete icon 10:13 PTG

Yup setuju aje BM ..Kita pun bermula dengan suka-suka. tapi lama kelamaan ianya menjadi serius apabila kita ada pembaca dan pengomen tegar yang tidak pernah jemu untuk memberikan support. Terhutang budi pada mereka, walaupun hanya Blog picisan..

BinMuhammad delete icon 10:14 PTG

Kita tidak boleh lari...kerana setiap apa jua yg dilakukan punya sebab dan tujuannya...

Zawiah delete icon 10:39 PTG

hanya matlamat yg buat blogger bertahan . klu sekadar suka - suka , jadilah on n off . wpun kekurangan masa , cuba juga . kekadang timbul rasa bersalah bila x dpt edit blog . matlamat juga perlu diiringi dgn minat . maka kita akan menulis tanpa tekanan .

BinMuhammad delete icon 11:16 PTG

Terbakor juga mendengarnyer...hehe
Itulah antara tarikan blog yang membuatkan hati terpikat...menjadi sebab ianya terus kekal sehingga kini..kan.

BinMuhammad delete icon 11:20 PTG

Nampak positif dari pengalaman anda... Semoga matlamat perkongsian anda akan memberi impak dan manfaat buat pembaca. Teruskan...jika ianya memberi kebaikan buat diri dan orang lain.
Terima kasih krn sudi berkongsi pendapat :)

BinMuhammad delete icon 11:29 PTG

Kita cuba lakukan yang terbaik tanpa meminggirkan kehendak dan selera ramai. Bukan jumlah pengunjung jadi keutamaan tetapi melalui perkongsian bermakna dan bermanfaat dengan cara yang menarik, santai dan tersendiri melalui pengalaman pasti menarik minat dengan sendirinya. Semoga perkongsian dan matlamat murni cikgu anim akan membuahkan hasil.
Beramal dgn cara yg kita termampu dan beroleh jariah buat bekalan dikemudian hari.
Terima kasih berkongsi ilmu dan pengalaman :)

BinMuhammad delete icon 11:35 PTG

Blog santai bukan blog picisan lagi... Jgn terlalu merendah diri. Ianya sudah berada dikalangan yang terbaik. Bangga dengan pencapaian anda yang dapat melakukannya dengan cara yg singkat. Bukan mudah...ianya perlukan komitmen dan ilmu.
Semoga RZ akan mencapai matlamat yang disasarkan!

BinMuhammad delete icon 11:44 PTG

Setuju...tanpa matlamat tiadalah arah tujuan. Seperti hidup kita yang punya matlamat begitulah juga setiap kejadian dan tindakan serta apa yang kita lakukan. Matlamatlah yang memberi kita jalan serta arah tujuan...

Semoga niat kita adalah demi akhirat semata-mata.

Saya telah membaca respons ini BM. Terima kasih atas teguran membina ini. Tanpa teguran dan pandangan daripada pembaca setia blog ini, mungkin saya boleh "hanyut" lebih jauh.

Unknown delete icon 3:12 PTG

Blogging sebagai diary kehidupan... disuatu ketika kita boleh lihat kembali apa yang telah kita lakukan sebelum2 ini... kebaikan... keburukan... ambil ikhtibar... dan perbaiki diri mana yang dirasakan perlu... dan juga disamping berharap agar kebaikan yang kita lakukan dapat menjadi inspirasi kepada orang lain... :)

mrhanafi delete icon 6:22 PG

saya berblogging untuk mengasah kemahiran menulis...selain minat menulis.oleh kerana masa yang diperuntukkan untuk blog bukannya sedikit jadi timbul keinginan untuk menjadi blog sumber rezeki..ternyata perkongsian bro antara yang terbaik!

Unknown delete icon 4:32 PTG

suka jugak menulis, tapi bila start tulis, terus hilang idea. cana tu...haha

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap