Keindahan Senibina Masjid kali ini membawa anda mengembara keseluruh negeri Perak Darul Ridzuan untuk menikmati keindahan beberapa seni bina masjid yang terdapat di sini.
Bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 (#VMY2014), kita tonjolkan keindahan dan keistimewaan seni bina masjid sebagai salah satu kemahiran umat islam dalam seni bina dan rekabentuk.
Bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 (#VMY2014), kita tonjolkan keindahan dan keistimewaan seni bina masjid sebagai salah satu kemahiran umat islam dalam seni bina dan rekabentuk.
Sambil melancong dapat juga singgah beribadat sambil mengenali dan menikmati keindahan seni bina, sejarah dan budaya setempat melalui senibina masjid yang mempersonakan ini.
Masjid Di Negeri Perak
Negeri Perak Darul Ridzuan yang kaya dengan sejarah, khazanah budaya dan alam semulajadi yang masih terbuka luas untuk diterokai.
Bersama kita nikmati salah satu khazanah seni binaan yang menjadi kebanggaan dan simbul keteguhan umat Islam ini. Masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat tetapi juga dapat menonjolkan perpaduan, warisan budaya setempat serta kesenian umat Islam. Walaupun terdapat garis panduan dalam pembinaan masjid, ianya bukan satu hanlangan bagi pereka menonjolkan keunikan dan kestimewaan dalam merekacipta senibina yang menarik dan menawan.
Nikmatilah keindahan senibina dan rupabentuk beberapa masjid pilihan yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan yang pastinya menjadi simbol keagungan Islam bagi penduduk setempat.
Masjid Al Adli, Lumut |
Masjid Padang Gajag, Trong |
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan, perpaduan, kemakmuran dan kekuatan umat islam di negeri Perak.
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar |
Masjid yang indah ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.
Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.
Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan Masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00
Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.
Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.
Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan Masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00
Masjid Al Aula, Simpang Empat, Hutan Melintang |
Masjid Sultan Idris II, Teluk Intan |
Masjid Al-Hidayah, Asam Kumbang, Taiping |
Masjid Tasik Bukit Merah |
Masjid Ihsaniah Iskandariah yang sungguh unik dan istimewa ini terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar.
Masjid Ihsaniah Iskandariah ini dibina pada 1936. Pembinaannya telah dibiayai oleh Al-Marhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30.
Keunikan masjid ini dapat dilihat pada rekabentuk binaannya yang menyerupai seperti sangkar burung.
Istimewanya masjid dua tingkat ini ialah keseluruhan dindingnya dibuat daripada buluh minyak yang dianyam dipanggil “dinding tepas/tepus” kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif pengaruh ‘arabes’ pada dinding masjid menimbulkan nilai estetika bangunan menjadi tarikan utama kepada siapa yang memandang.
Istimewanya masjid dua tingkat ini ialah keseluruhan dindingnya dibuat daripada buluh minyak yang dianyam dipanggil “dinding tepas/tepus” kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif pengaruh ‘arabes’ pada dinding masjid menimbulkan nilai estetika bangunan menjadi tarikan utama kepada siapa yang memandang.
Terdapat 20 tingkap berdaun dua yang dihiasi ukiran “tebuk terus, tidak silat” bermotif pucuk kacang, bulan sabit dan bintang. Bumbung masjid ini juga sangat unik kerana tidak mempunyai tebar layar menyebabkan kelihatan seperti bumbung rata yang tidak terpengaruh dengan bumbung Istana Kenangan yang mempunyai ‘satah’ kecerunan yang sangat ketara.
Masjid Jamek, Grik |
Masjid Tinggi, sebuah masjid istimewa di Bagan Serai, Perak. Bagan Serai adalah merupakan penempatan suku kaum Banjar yang terbesar di Malaysia sehinggakan terdapat Persatuan Banjar Semenanjung Malaysia berpusat di daerah ini.
Tidak syak lagi masjid ini dibina oleh suku kaum tersebut pada sekitar tahun 1890 an. Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Paduka Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Rahmatullah Shah (1918 - 1938) pada tahun 1923. Masjid ini mempunyai rekabentuk yg amat menarik dan telah dibaik pulih oleh pihak Muzium.
Namun, masjid ini kini tidak lagi digunakan dan telah dijadikan warisan negara oleh pihak Muzium. Masjid yang baru telah dibina dan terletak di sebelah Masjid Tinggi ini.
Masjid India Muslim, Sungai Siput |
Masjid India Muslim, Padang Kota, Ipoh |
Masjid Panglima Kinta ini dibina oleh Dato’ Panglima Kinta sempena memperingati isterinya yang telah meninggal dunia. Masjid ini juga dikenali dengan nama 'Masjid Tengah'. Ia terletak di Jalan Masjid, Ipoh iaitu di tepi tebing Sungai Kinta dan berdekatan dengan Jambatan Sultan Iskandar.
Masjid Panglima Kinta, Ipoh |
Melihat bangunan masjid ini, ia telah direkabentuk dengan menggabungkan senibina Mogul dan Neoclassical. Ia memiliki dua menara, anjung dan kubah batu di sebelah timur. Menurut catatan sejarah, masjid ini yang pertama sekali didirikan di Ipoh iaitu pada tahun 1898 Masihi.
Masjid Al-Mukmin, Tapah |
Masjid Taqwa, Kg Padang Tembak, Teluk Intan |
Masjid An Nur, UTP Tronoh |
Masjid Sultan Alang Iskandar Shah. Masjid ini boleh diziarahi di Kampung Datuk Seri Kamarudin, Setiawan, Daerah Manjung.
Bangunan masjid yang berkonsepkan Timur Tengah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah pada 24 Ramadan 1424 Hijrah bersamaan 19 November 2003 Masihi.
Masjid ini mempunyai gerbang berulang yang mendominasi sekeliling bangunan. Kubah berbentuk topi dibina diiring dua buah menara di kiri dan kanan. Rupa bentuk masjid ini menekankan kesederhanaan, tetapi tetap kelihatan indah dan menarik.
Koleksi Artikel Senibina Masjid
Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di Negeri Perak yang indah dan menarik senibinanya. Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan, rujukan dan panduan mengenai rupabentuk dan senibina masjid yang terdapat di Negeri Perak.
Ingatlah... Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang... marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...
Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah sebagai lambang keagungan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia...
Terima kasih bersama Relaks Minda. Bersama kita doakan.... "Ya Allah! selamatkanlah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin".
P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih
30 comments - "Senibina Masjid-Masjid di Negeri Perak"
tak pernah lagi sampai ke Perak BM,menabung Libresse di sni
cantik semua masjid yg dipaparkan di sini. teringin nak ke Perak lg utk bersolat di sana. Amin...
kesemua masjidnya cantik n bentuk senibina yg berbeza...sejuk mata memandangnya...beramal di dalamnya tentu tenang jiwa.
semuanya indah dan cantik rumah allah ni.
saya suka senibina Masjid Tinggi Bagan Serai..selalu bila balik kampung ..lalu jalan depan masjid tulahlah.., ada kalanya singgah sekejap di sana.
masjid Ubudiah kat Kuala Kangsar tu pernah pergi...sangat cantik senibinanya....
Kesemua senibina masjid di Perak cantik dan berbeza antara satu dengan yang lain... Paling unik Masjid Ihsaniah, Padang Rengas tu... ^__^
Kalau kat Perak nie, zumal pernah singgah kat Masjid Jamek Bagan Serai dan Masjid Batang Gerdu jer. Masjid Jamek Bagan Serai tu telah diubahsuai dari rupa asalnya walaupun berada di tengah2 bandar dan dicelah rumah kedai tapi ia tetap luas...
Amin... moga semua umat Islam dan masjid-masjid kita dlm peliharaan Allah.
Perak salah satu negeri yg kian pesat membangun tapi kakak kalau ke utara sekadar lalu dan singgah sebentar tetapi tak pernah lagi menikmati solat di masjid yg BM paparkankan semua itu.
Assalammualaikum...BM,
mselim3 tak pernah gi masjid nie... biasanyer gi masjid kat johor aje..
mselim3
cantik ye senibina masjid dekat perak
nampak unik
lepas ke selangor pula ye BM =)
Assalamualaikum, Subhanallah.. cantik2 masjid. Johor punya nanti buat ye. hehee tak pernah sampai ke Perak, rugi rasanya
subhanaAllah..indahnya rumah Allah...
cantiknya rumah Allah..
mana masjid cina di tasik? hii..kak duk scroll sampai bawah..heee
mmg cantik2lah BM.. suka tgk !
Ada satu lagi...Masjid Kg. Jambu Taiping..
Cantik2..
Menarik senibina masjid2 tu semua..
masjid tronoh nampak special lah pula binaannya ...
cantik.....
cantik.. masjid ubudiah tu ada la beberapa kali saya dah pergi.
menabung libresse sini.. :)
cantik, gambar ambil sendiri ?
Perak mmg bnyk masjid yg cantik & mempunyai nilai sejarah yg amat berharga. Nampaknya tak semua masjid yg ada di atas tu saya pernah pergi, malah Masjid Tinggi, Bagan Serai tu baru pertama kali saya lihat. Suka dgn rekabentuknya.. klasik.. mmg menarik.. :)
kali ni kembara ke masjid2 dinegeri perak..
Indah mata memandang.. tak ada yg lagi suci selain dari rumah Allah.. amazing!
Cantik² masjid ni. Reka bentuk yg pelbagai.
Satu rangkaian entri yang sangat menarik dan boleh dijadikan rujukan. Tahniah, BM. Sangat berkualiti entrinya.
Ini adalah entry-entry terawal Blog nikan...banyak kisah senibina kita baca kat sini dulu..sekarang dah advance..macam-macam ada. Selfie pun ada..he..he
Assalamualaikum tuan admin,
Saya sedang mencari sejarah dan asal usul Masjid Khairul Jariah, Segari, Perak. Kalau tuan ada infonya mohon share pada saya ya di alamat email taufiq_atm@yahoo.com / taufiq.atm@gmail.com
Tq tuan admin
terima kasih saya kongsi info ea :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”