wonderful april
Wonderful April!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum saya meneruskan lebih panjang entri ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan amat menghargai diatas kesudian sahabat dan tetamu Relaks Minda yang sentiasa menyokong dan terus bersama menikmati santapan santai buat hiburan, berkongsi ilmu, informasi, ingatan serta pandangan sambil merasai sedikit ketenangan.

Ketahuilah juga, kerana anda semualah yang membuatkan Bulan April ini bukan April Fool tetapi bulan yang Wonderful!

Jika sebelum ini, Bulan Mac telah memberi kenangan manis, tapi tidak kusangka ianya bertambah-tambah manis di bulan April.

Bukan untuk bermegah tapi sekadar berkongsi dengan anda semua...kerana andalah ianya menjadi satu kenyataan. Anda semua juga berhak berkongsi kegembiraan ini.

Wonderful April 2014

Bulan April mencatat rekod baru buat Blog picisan ini. Bukan satu kebetulan tetapi tuah dari situasi dan keadaan semasa yang memberikan peluang buat blog ini mengecapi satu lembaran bersejarah yang akan menjadi satu kenangan terindah di Bulan April 2014.

Nikmati status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014. Semua data yang ditunjukkan disini adalah dari Google Analytic.

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Data Pengunjung Blog Relaks Minda - April 2014

Tidak pernah termimpi pun akan mencatat angka-angka sebegini. Catatan pageviews menghampiri setengah juta dalam masa satu bulan! Sesuatu yang sungguh diluar jangkaan bagi sebuah Blog Personal yang hanya bertemakan alam semulajadi dan kreativiti ini. Begitu juga dengan Baunce Rate dibawah 30% ianya sungguh menakjubkan! 

**Istilah baru Google Analytic : Sessions = Visitors, Users = Unique Visitors

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Data pengunjung setiap hari di Relaks Minda - April 2014

Catatan rekod harian tertinggi di Bulan April adalah pada 2 April 2014. Satu angka menarik... sebanyak 56,506 pageviews telah direkodkan dalam masa satu hari! Sungguh mengejutkan. Inilah tuah sebenarnya, ianya datang tanpa diduga.

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Data pengunjung setiap jam di Relaks Minda - April 2014

Ini pula adalah catatan rekod tertinggi pageviews dalam masa satu jam. Satu lagi sejarah telah direkodkan iaitu pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang di hari Rabu, 2 April 2014 sebanyak 4,559 pageviews dicatat hanya dalam masa satu jam sahaja! Ianya lebih kurang 76 pageviews seminit! Dari mana datangnya trafik yang tinggi di Bulan April ini...Jawapannya ada di bawah ini.

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Top 10 Entri di Relaks Minda - April 2014

Ya...Jelas dan nyata, dengan hanya menerbitkan tiga entri berkaitan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor telah memberi tuah dan membawa trafik yang amat tinggi ke blog ini! Peningkatan pengunjung bermula dari bulan Mac lagi tetapi pada bulan April, ianya terus meningkat sehinggga menjadi carian terhangat di Relaks Minda. Salah satu entri tersebut saya sering update dan ubah tajuk mengikut perkembangan semasa.

Namun harus diingat, trafik yang tinggi ini hanya dalam tempoh tertentu sahaja. Kini trafik blog ini sudah kembali seperti biasa dan limpahan trafik ini tidak akan dapat dinikmati lagi. Entri Kreativiti masih stabil dan konsisten menyumbangkan trafik kepada blog ini.

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Data sumber trafik blog Relaks Minda - April 2014

Kedudukan yang baik di enjin carian seperti Google banyak membantu meningkatkan kehadiran pengunjung ke blog ini. Data diatas membuktikan dengan jelas bahawa lebih dari 60% pengunjung organik datang ke blog ini melalui enjin carian dan hampir 75% pula adalah pengunjung baru. Bagaimana untuk meraih pengunjung dari enjin carian? Jawabannya mudah... 'SEO'

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Top 10 Referral Relaks Minda - April 2014

Senarai penuh Top 10 Referral yang memberikan trafik kepada blog ini. Tidak banyak berubah cuma nampak jelas adalah peningkatan pengunjung yang datang melalui Facebook. Rajin-rajinlah singgah dan like Page Facebook Relex Minda.. :)

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Top 10 Negara Pengunjung Tertinggi di Relaks Minda - April 2014

Tidak kira dari mana pun jua anda datang, kunjungan anda ke Blog Relaks Minda amat-amat di alu-alukan dan dihargai. Terima kasih daun keladi :) 
Pelik juga...ramai pengunjung dari Estonia. Apalah yang mereka cari agaknya...

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Data dari Tynt bagi kandungan Blog Relaks Minda yang telah di salin (copy) - April 2014

Data yang tidak banyak berubah dari bulan-bulan sebelumnya. Setiap bulan pasti lebih dari 4,000 salinan (copy) telah dilakukan keatas URL entri, kandungan dan gambar di Blog ini. Terima kasih diucapkan kerana anda telah memanjangkan perkongsian. Semoga apa sahaja yang di salin digunakan untuk tujuan yang baik hendaknya.

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Alexa Ranking pada 30.4.2014

Berbanding penghujung Bulan Mac, memang ada penurunan kedudukan Ranking Alexa. Blog ini juga pernah berjaya masuk ke top 500 MY pada pertengahan April namun hanya mampu bertahan selama 2 hari sahaja. Sukar untuk menurunkan lagi Ranking ini kerana komitmen untuk memperbanyakkan entri amat sukar direalisasikan. 

Kini... hanya cuba untuk konsisten menerbitkan satu entri sehari. Saingan juga semakin sengit apabila semakin ramai blogger yang mula sedar dan mengambil perhatian tentang Alexa Rank ini. Satu perkembangan yang amat baik sekali.

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014
Top 10 Komentator - April 2014

Terima kasih... Anda semua adalah Top 10 Komentator yang amat-amat saya hargai. Mulai bulan hadapan dan seterusnya, Top 18 komentator akan tersenarai dalam Bloglist Sahabat. Maka setiap bulan anda mempunyai peluang ini. Oleh itu, untuk Bloglist Sahabat Bulan Jun, kiraan bermula dari hari ini.

Terima kasih juga buat sahabat dan pengunjung lain yang telah meninggalkan komen, pandangan, pendapat dan pertanyaan. Tanpa komen-komen anda...terasa sunyi blog ini.

April Berlalu Mei Menjelma

Bulan April sudah berlalu. Sejarah dan kenangan manis yang telah tercipta sungguh tidak terduga. Bulan Mei kini menjelma yang pastinya amat sukar untuk mengatasi pencapaian di Bulan April. Namun bukan bermakna saya sudah berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi, saya tetap akan terus memberikan yang terbaik dan termampu sambil memperbaiki kesilapan dan kekurangan. 

Limpahan trafik sebegini tidak memberi impak yang besar kepada penjenamaan Blog kerana ianya hanyalah topik sampingan. Namun... sedikit sebanyak ianya dapat mendedahkan blog anda kepada pengunjung yang pertama kali singgah. Dalam ramai-ramai yang singgah, mesti ada yang mahu membaca entri-entri lain diblog anda, klik-klik iklan dan menjadi follower. Sesekali rebutlah peluang ini.

Topik-topik hangat sebegini juga menjadikan kita lebih kreatif dalam mengaplikasikan teknik SEO kerana pastinya kita perlu bersaing dengan banyak blog dan website yang cukup gah dalam topik isu semasa dan berita. Jika anda berjaya meletakkan entri anda dimuka hadapan enjin carian, pasti limpahan trafik akan mencurah-curah masuk. 

Status Blog Relaks Minda bagi Bulan April 2014

Terima Kasih Semua...

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat dan tetamu Relaks Minda. Semoga anda semua sihat dan diberkati serta bahagia disamping insan-insan tersayang. Tanpa kehadiran anda tiada makna kewujudan blog ini. Andalah sumber semangat dan inspirasi... dan andalah juga yang menjadikan April bukan April Fool tapi Wonderful!

Salam Manis di Bulan Mei @ Rejab dan Selamat Hari Pekerja!
Terima kasih bersama Relaks Minda.


Author by Bin Muhammad

44 comments - "April Bukan April Fool Tapi Wonderful!"

wahh.. memang awesome giler lah!!.. tahniah BM

Tahniah... So wonderful...

Dunia Zumal delete icon 10:13 PG

Relaks Minda the best... Bila baca penulisan BM buat kita rasa tenang jer dengan susunan ayatnya... Sebab tu zumal selalu singgah :))

Khir Khalid delete icon 10:17 PG

Alhamdulillah... tahniah BM. Semoga terus sukses & mencapai segala yg dihajatkan.. Tersenarai gak saya ye & tahniah juga buat yg lain.. Salam ceria bulan Mei.. :) :)

paridah delete icon 10:21 PG

tahniah pencapaian mengagumkan..

sitirohaida delete icon 11:40 PG

tahniah...memang wonderfull sekali...

memang wonderfull..successfull...
selamat menyambut hari pekerja BM..

Tanpa Nama delete icon 2:07 PTG

tahniah...hebat pencapaian bulan april ini..moga relakssminda sentiasa wonderfull..salam 1 rejab dan selamat bercuti BM..

Wah TAHNIAH ..sentiasa terbaik dari RELAKS MINDA
Tahniah BM ...
Selamat hari pekerja ..
Salam 1 Rejab ..

Zawiah delete icon 2:56 PTG

tahniah ! isu semasa mmg menaikkan traffic .

Unknown delete icon 3:22 PTG

alhamdulillah..tahniah! x sangka bounce rate tu 28% je. daebak!
yumida kurang faham baca data google analytic..nanti BM keluarkan 1 entry pengenalan google analytic..hihihi..kalau rajin la
byk gak trafik dri g. organik..BM mmg terer SEO..
april yg wonderful buat BM ..tahniah!

ZaridaIshak delete icon 3:33 PTG

isu bekalan air memang isu negara... memang betul-betul wonderful... tahniah BM

alkhamdulilah terbaiklah BM..tahniah !!!

Tahniah BM ya...suka blog BM ni

BinMuhammad delete icon 7:07 PTG

Terima kasih diatas sokongan Mama... :)

BinMuhammad delete icon 7:08 PTG

MKL anda sangat dihargai...tidak jemu2 singgah dan meninggalkan komen. Terima kasih

BinMuhammad delete icon 8:33 PTG

Terima kasih Zumal, teruskan bersama Relaks Minda :)

BinMuhammad delete icon 8:34 PTG

Syukur Alhamdulillah... Hajat tiadalah menggunung, sekadar menyampaikan dan berkongsi.
Tanpa komen anda, hilang seri blog...terima kasih Khir, amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 8:35 PTG

Terima kasih Kak Faridah... :)

BinMuhammad delete icon 8:40 PTG

Terima kasih KSD...sokongan anda amat dihargai :)

BinMuhammad delete icon 8:41 PTG

Terima kasih akak...selamat hari pekerja juga, semoga bahagia selalu!

BinMuhammad delete icon 8:42 PTG

April yg mengejutkan....tidak mungkin berulang lagi.
Terima kasih Kathy krn terus setia bersama Relaks Minda

BinMuhammad delete icon 8:43 PTG

Terima kasih dan salam 1 Rejab juga. :)

BinMuhammad delete icon 8:45 PTG

Tidak semuanya entri isu semasa mampu menaikkan trafik krn perlu bersaing dgn blog dan portal yg lebih popular...mungkin rezeki saya kali ni.
Terima kasih Vee

BinMuhammad delete icon 8:53 PTG

Bounce rate tu mungkin kesan dari entri krisis air itu kerana ianya di link dari satu entri kesatu entri yg lain. Pasal Google Analytic tu...hmm, boleh dipertimbangkan.
Saya bukan terer SEO la... Hanya ikut format entri yg standard jer... kadangkala ketepatan masa publish dan tuah juga antara faktornya. :)
Terima kasih Yumida...

BinMuhammad delete icon 8:54 PTG

Saya rasa siapa yg buat entri berkenaan MH370 dan isu air ini mesti dapat trafik yg baik dlm bulan April lepas...
Terima kasih Aye

BinMuhammad delete icon 8:55 PTG

Terima ksih Acik krn sentiasa menyokong Relaks Minda..

BinMuhammad delete icon 8:56 PTG

Terima kasih Zila...amat2 saya hargainya :)

Blog Santai delete icon 9:10 PTG

Tahniah BM..Isu semasa dan isu sensasi memang selalu menjadi antara penyumbang terbesar trafik dimana-mana Blog...Keep the good work k..

Pha Is delete icon 10:24 PTG

tahniah bin muhammad.. pencapaian yg mantap...
kali ni saya tak tersenarai plak dalam top commentator... x de rezeki kot.. heheh..

Tumpang gembira...

betul tu... cuma yangbaik tidaklah buat entri berkenaan antara sebab kenapa trafik tak tinggi macam BM... :D

Tidak semua isu semasa mampu membawa trafik yg tinggi. Saya biasanya memilih topik tertentu sahaja yg benar2 dapat memberi manfaat, berinformasi dan berkait dgn niche. Dalam satu bulan hanya 1 atau 2 topik sahaja sudah memadai.
Aye boleh cuba...bukan apa, ianya untuk meluaskan skop golongan pembaca dan pendedahan blog.

Benar tu...Sedangkan dgn satu dua isu pun dapat spt ini, pasti Blog Santai mencecah jutaan pageviews sebulan sebab sentiasa update isu semasa kan...
Thanks RZ, sentiasa support

Tidak tersenarai bukan bermakna dipinggirkan. Kehadiran dan setiap komen tetap dihargai... Terima kasih Pha Is

Terima kasih Pak Mail... menanti sesuatu kan...InsyaAllah, ianya akan tetap dilunaskan. Terima kasih krn sudi bertandang kesini.

Wow memang hebat BM :)

Tanpa Nama delete icon 2:21 PTG

blog Relakssminda sentiasa mengejutkan pencapaiannya..kathy tak hairan jika akan datang masih di tempat yang sama atau lebih baik kerana entrinya semua berkualiti dan bukan entri tangkap muat saja..

Fiza Rahman delete icon 5:43 PTG

Memang wonderful lah BM. Tahniah. Tinggi tu PV.

blogwalking sekali lagi kerana wonderful

Pencapaian ini sangat membanggakan BM. Tahniah! Saya menjadikan RM sebagai blog untuk menaikan semangat saya dalam dunia blogging ni. Dulu BM pamerkan PV di bahagian atas. Masa tu dah cecah 1juta. Adakah sekarang ni dah cecah 3juta BM? Saya memasang cita-cita untuk mencapai seperti apa yang BM capai ketika itu dan sekarang ini. Dengan kata lain, meminjam semangat RM.

weschairs delete icon 1:02 PG

Dahsyat dan tahniah buat anda saya ucapkan...tiada jalan mudah menuju kejayaan..

Yana Yani delete icon 5:38 PTG

camtu punya banyak BM kata blog ni picisan aje, tak patut!
saya hormati usaha dan semangat BM
usia blog kita berdua lebih kurang aje, tapi tengoklah...
BM dah jaug melangkah meninggalkan saya yang masih merangkak =)
apapun keep it up ye BM =)

saya antara yang ramai-ramai menyumbang =)

Bunda_nora delete icon 11:12 PTG

wah! memang wonderful giler!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap