Belajar Teknik On Page SEO
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah... Akhirnya berjaya mengaktifkan salah satu teknik On Page SEO yang agak penting untuk meningkatkan SERP di enjin carian iaitu Authorship. Sebelum ini banyak kali mencuba tapi tidak berjaya, mungkin kerana menukar image dengan meletakkan wajah pada akaun google+ berjaya mengikut kehendak terakhir Google.

Apakah kepentingan belajar teknik On Page SEO ini? Ia sebenarnya amat penting bagi mereka yang mahu mengoptimumkan SEO blog anda. Ianya adalah teknik asas bagi SEO. Antara kepentingan utamanya adalah:

rich snippets - on page seo
Hasil daripada aplikasi teknik On Page SEO - Rich Snippets Authorship 

Kepentingan ON Page SEO

  1. Enjin carian adalah komputer @ robot yang mengindek data dari blog anda. Melalui teknik On Page SEO ini kita dapat memberi maklumat tentang entri dan blog kepada robot enjin carian. Dengan bahasa mudahnya kita dapat berinteraksi dengan robot enjin carian melalui bahasa dan kemahuan yang sama.
  2. On Page SEO adalah umpama pengenalan diri tentang Admin @ Authorship blog. Kita lebih mudah mesra jika saling mengenali begitulah juga anda dan enjin carian ini.
  3. Menyerlahkan entri dan blog anda dimata robot enjin carian. Bila sudah kenal maka mudahlah entri anda di indeks dan berada dimuka hadapan carian maka hasilnya adalah trafik yang masuk akan meningkat.
  4. Sebelum anda meneruskan ke Off Page SEO, anda perlu melakukan teknik On Page SEO kerana tanpanya tidak bermakna Off Page SEO anda. Apa itu Off Page SEO?....itu kita belajar kemudian.
Teknik On Page SEO

Bagaimana untuk mengaplikasikan teknik On Page SEO ini? Ada banyak perkara yang perlu anda buat. Ada yang perlu anda lakukan sekali sahaja dan ada yang anda perlu lakukan berterusan. Ada lima elemen penting untuk belajar dan mengaplikasi teknik On Page SEO anda :

5 Cara Aplikasi Teknik On Page SEO 

1. Isi kandungan Entri anda

  1. Originaliti kandungan entri anda amat penting. Pastikan ianya bukan ayat copy & paste atau disalin semula. 
  2. Entri anda mestilah ada perkataan. Jika ianya wordless sekalipun, pastikan isi ruangan title dan alt text pada gambar tersebut bagi menceritakan apakah gambar atau video yang anda siarkan. Jangan sesekali published entri tanpa sepatah pun perkataan!
  3. Kandungan entri yang berkualiti dan mengikut format yang sewajarnya bagi sesebuah entri. Mempunyai tajuk, pendahuluan, berperenggan, ada sub tajuk dan penutup. Anda harus ingat "Content Is King!"

2. Tajuk dan Format Entri

Teknik On Page SEO
Aplikasi On Page SEO
  1. Tajuk entri anda adalah paling penting kerana disitulah tertanamnya keyword. Pastikan ianya tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. Setiap entri anda mestilah mempunyai tajuk yang berbeza dan unik. Kalau semua tajuk entri Wordless Wednesday 1, 2, 3..... jangan haraplah ianya akan di indek! 
  2. 50 perkataan pertama di permulaan entri anda adalah amat penting kerana ianya perlu ada keyword tajuk atau topik anda. Enjin carian akan menggunakan keyword yang ada disini untuk diindeks dan disiarkan dibawah tajuk entri anda. 
  3. Gunakan format yang disediakan blogger untuk membuat sub tajuk anda iaitu sama ada heading, sub heading, minor heading. Sesetengah perkataan yang penting juga perlu anda serlahkan dengan bold, italic atau underline.
  4. Gambar yang anda gunakan janganlah terlalu besar atau terlalu kecil saiznya (unit bytes). Format Png dan jpeg adalah yang terbaik kerana masa loading yang pantas. Paling penting, alt tag mesti diisi untuk setiap gambar agar robot enjin carian dapat mengenal pasti gambar tersebut lalu diindek dalam carian imej mengikut keyword yang anda letakkan.

3. Struktur URL

  1. Pastikan tajuk setiap URL anda dipisahkan setiap perkataan dengan (-). Contoh URL yang betul, http://relakssminda.blogspot.com/2014/04/pakar-seo-malaysia.html Contoh URL yang salah, http://relakssminda.blogspot.com/2014/04/pakarseomalaysia.html  URL anda juga mestilah sebaik-baiknya menggunakan tidak lebih dari 40 huruf/angka
  2. Labelkan entri anda agar ianya mudah dicari dibawah satu topik umum yang berkaitan.
  3. Buat pemetaan entri atau sitemap. Ianya amat penting umpama ruangan pendahuluan dalam majalah yang membariskan semua tajuk-tajuk entri anda mengikut label. Disinilah lokasi pertama robot enjin carian untuk mengenal pasti setiap satu entri-entri anda untuk di indeks.

4. Pautan Dalaman (Internal Linking)

  1. Pautan dalaman adalah jaringan entri berkaitan yang amat penting. Ianya menyerlahkan entri-entri anda pada pandangan robot enjin carian untuk terus mengindek entri-entri anda lebih dalam lagi. Penting disini adalah, ianya mestilah topik dan keyword yang benar-benar berkait dan relevan dengan entri anda! 
  2. Ianya dapat meningkatkan SERP entri yang dipaut dimata robot enjin carian kerana ia menunjukkan sesebuah entri itu penting, bernilai dan utama.
  3. Dengan adanya pautan, ia akan meningkatkan page view dan meninggikan tempoh masa pengunjung berada diblog anda selain dari merendahkan bounce rate.
  4. Jangan pula terlalu banyak pautan, sebaiknya dalam purata 7 atau 8 pautan sudah memadai. Ini termasuk pautan melaui 'widget related post' anda.

5. Masa Loading dan Authorship

  1. Masa itu emas, begitulah juga masa loading sesebuah blog! Jika blog yang mengambil masa yg panjang untuk loading, ianya akan memberi kesan kepada pengunjung malah robot enjin carian juga tidak suka. Terbaik jika anda dapatkan masa loading blog dibawah 3 saat sahaja!
  2. Setiap blog yang mempunyai authorship akan mendapat keistimewaan serta lebih dipercayai oleh enjin carian. Umpama sebuah novel, penulis sesebuah novel memainkan peranan yang besar untuk kita menilai isi kandungan cerita, kualiti, populariti dan pastinya untuk laris dijual. Bagaimana jika novel tanpa nama penulis? Mahukah anda membaca dan membelinya? Begitulah pentingnya authorship dimata enjin carian. Cara mengaktifkan authorship anda, ikut panduan ini : Cara Pasang Rich Snippets

Teknik On Page SEO Perlu Ketelitian dan Kerajinan

Oleh itu, jika anda mahu meningkatkan tahap SEO dan SERP entri serta blog anda dipaparan enjin carian, langkah pertama mesti anda lakukan adalah mempraktikkan dan mengaplikasikan teknik On Page SEO ini.

Teknik On Page SEO

Sebenarnya ianya tidak susah sangat kerana hampir kesemuanya sudah anda lakukan semasa anda menulis entri. Apa yang perlu lakukan seterusnya hanyalah mengikut segala teknik tambahan untuk menjadikan ianya sebuah entri yang berkualiti. Maka sinilah susahnya kerana ianya perlukan ketelitian, kesabaran dan kerajinan anda untuk melakukannya satu persatu. (Saya tahu, ramai blogger tak rajin nak buat semua ni...tulis, letak gambar dan publish...itu sahaja kan.)

Mungkin teknik On page SEO yang berkait dengan setting ianya sedikit sukar dilakukan tetapi cuba lakukannya perlahan-lahan bila ada kelapangan. Saya juga tidak berjaya sebelum ini tetapi teruskan belajar dan mencuba, InsyaAllah...pasti akan berjaya!

Terima kasih bersama Relaks Minda... Ilmu yang ada kita kongsi bersama


p/s: kurang faham?...boleh sahaja bertanya atau buat-buat faham aje le :)

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

45 comments - "Cara Aplikasi Teknik On Page SEO"

Unknown delete icon 10:40 PTG

Teknik seo nie memang susah lah uncle

Bunda_nora delete icon 10:45 PTG

Memang susah lah bagi orang2 macam bunda yg slow ni..berbanding dengan mereka yg benar2 cepat dalam bidang ni..

Huhuhu baca entri ni hingga habiss ..Seyess tak berapa tahu bab2 SEO nie ..
Main hambik jer nak buat tajuk apaon huhuhu ..
Kadang2 tajuk panjang berjela2 ikut mood ..
Nak BOLD Nak HIGHLIGHT Nak LABEL Nak ITALIC lagi la huhuhu ..
Dulu jer selalu letak label..sekarang tak letak dah huhuhuhu ...
Lepas ni kena lebih tahu teknik SEO nie ..
Tq BM atas perkongsian...

Ada jugak kurengg faham sikit tu ..
Tapi bak kata BM buat2 faham jer la hahahhaa ..
Nanti sampai tahap tak pahammm sangat kena lerr tanya tak gitu ..

BinMuhammad delete icon 11:52 PTG

Apa yang susahnya...kebanyakannya sudah pun Cik Akak apply, cuma kalau nak lebih lagi kenalah buat lebih lagi. Spt yang saya katakan diatas...tak ramai blogger yg rajin utk belajar dan mengaplikasikan teknik2 SEO ni.
Macam cik akak...ianya tak penting sebab trafik dah tinggi sebab topik2 drama, pelakon dan novel yg sememangnya menjadi carian hiburan yg tinggi. Cuba lihat topik2 entri selain dari itu... bagaimana dapatkan trafik? Inilah gunanya teknik SEO.

BinMuhammad delete icon 11:54 PTG

Tak pe Bunda...bukan sesuatu yang wajib pun melainkan ianya ada kepentingan buat Bunda.

BinMuhammad delete icon 12:00 PG

Sebab itulah untuk menyiapkan sebuah entri yang benar2 mengaplikasikan teknik SEO bukannya mudah, ianya memerlukan ketelitian dan kerajinan mengikut segala teknik yang disarankan. Kalau tak mampu...tak perlu, setiap kali entri di publish, walau bagaimana pun cara dan rupanya, ia sebenarnya dah guna teknik SEO secara tidak langsung!

BinMuhammad delete icon 12:01 PG

Malu bertanya nanti sesat jalan...hehe

Yana Yani delete icon 12:09 PG

saya baca banyak kali, masih kurang jelas
ada juga tengok rich snippets berdasarkan link yang BM bagi
banyak yang merah, saya jadi blur
tak tahu nak buat camne

cuba jujur beritahu saya, apa yang BM rasa saya perlu perbetulkan dalam blog saya
sungguh tak paham!

Unknown delete icon 12:21 PG

banyak yang fizi belajar dari entri bro Bm.. ada jgak yang x faham..ada yang dh buat..sikit tu mgkn la..huhu..fizi menabung libres dan wisper tuk isteri bro..huhu

Khir Khalid delete icon 12:25 PG

Info yg sgt berguna & bermanfaat ni BM.. klu tak keberatan bila2 nanti, boleh tak BM kongsikan cara nak apply format heading, sub heading & minor heading tu yg betul.. saya letak, bila preview entri saya jadi kelakarlah... ada perenggan yg tulisan besar, ada yg kecil & ada jugak yg halus.. pelik pulak jadi mcm tu.. Klu sudi lah hehee. T kasih atas perkongsian nasihat BM.. :)

BinMuhammad delete icon 12:43 PG

Jangan susah hati... Lupakan pasal rich snippets tu dulu. Fahami cara buat entri yang berkualiti dan betul seperti yang saya terangkan diatas kerana itu lebih penting. Rich snippets hanya satu portion kecil yg boleh dilakukan kemudian.
Adakah entri Yana sudah mengikut format entri yang betul seperti ada pendahuluan, ada keyword dalam perenggan pertama, ada sub-sub tajuk, perkataan penting dan keyword di bold, ada internal linking, gambar diletak title dan alt text, ada prenggan penutup/rumusan.
Jika entri anda sudah cukup segalanya, ianya sudah cukup kuat SEO nya dan pasti akan diindeks oleh enjin carian.
Blog anda xde apa yg nak diperbetulkan hanya tenik SEO dalam penulisan entri perlu dipertingkatkan. Inilah yang paling susah dilakukan kerana ianya perlukan ketelitian dan kerajinan untuk mengedit entri.
Tanya saja satu persatu yg anda xfaham, jgn terlalu umum...susah saya nak terangkan.

Bahrain delete icon 1:17 PG

Pada mulanya mesti orang cakap belajar benda ni susah, tapi kalau digali sebenarnya senang je. kena belajar slow-slow dulu. Baru tahu senang nak diperaktikkan tapi kena banyak bersabar.

Pha Is delete icon 2:06 PG

penerangan yg mantap.. ada yg selalu dilakukan, ada yg belum.. nice info, thanks..

arzmoha delete icon 10:39 PG

rasa nak pengsan blajar pasal SEO :(

paridah delete icon 11:27 PG

tutorial yg sempurna...masih belajar cuba memahaminya...tapi biasalah gen lama mmg slow pun.

BinMuhammad delete icon 12:09 PTG

InsyaAllah...satu entri khas untuk ini akan saya buat.

BinMuhammad delete icon 12:11 PTG

Betul tu...nampak macam susah tapi mudah sebenarnya. Yang sukar hanyalah jika ianya perlu diformat coding. Selain dari itu hanya perlu ikut teknik yang betul dalam menulis dan mengaplikasikan semua keperluan utk SEO ini. Kena teliti dan rajinlah sikit... :)

sitirohaida delete icon 12:30 PTG

sangat membantu dalam memahami teknik SEO..cuma kekadang tajuk entry tu main letak tanpa memikirkan satu keywords yang menarik..

Pening hakak membacanya..tapi bagus ni, untuk tambah pengetahuan...

Dunia Zumal delete icon 12:53 PTG

Thanks encik BM atas perkongsian berguna ini... Zumal akan praktikkan serba sedikit :))

ilmu yang sangat berguna nie BM dan acik aplikasikan ^_^

Zawiah delete icon 1:43 PTG

thanks share info ... banyak lagi yg perlu dibaik pulih . saya dah selesai edit blog . BM nak cari apa ekkk ... heheeee

Thanks for the info. Good sharing bro :-)

Sebagaimana pelabur hartanah yang mengutamakan tiga perkara utama iaitu, location, location & location, kita sebagai blogger pula mengutamakan tiga perkara penting iaitu content, content & content. SEO lebih mudah difahami jika kita sebagai blogger mengutamakan isi kandungan blog sebagai perkara paling asas.

Info berguna untuk semua bloggers

nice entri...thanks.

BinMuhammad delete icon 6:52 PTG

Ya...benar kata anda dan semua blogger lain yang terkenal dan pakar SEO... "Content Is King!"

Wafi Remli delete icon 6:55 PTG

Yang ni mudah sikit nak difahami berbanding yang banyak baca sebelum ni

Assalamualaikum, BM. Tak tahulah sama ada entri-entri saya tu menepati SEO ataupun tidak. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu tentang blogging ni.

Blog Santai delete icon 9:27 PTG

Authorship kita dulu ok. Sekarang dah hilang setelah tukar template..

jie susanos delete icon 9:54 PTG

wah teknik seo terbaru..bila baca nmpk cam sukar je..jie kena ambik masa nk memahami ni..

Unknown delete icon 5:59 PTG

kupasan yg bagus BM
pernah jugak baca pasal entry seo on page di blog lain, cuma yg BM nyer lebih terperinci n disertakan cth. mudah utk kami fahami. nanti nenek si bongkok tua ni baca pelan2 sambil practice kan. good point!

Tanpa Nama delete icon 9:31 PTG

cuba belajar tentang seo ni..ada sekali tu kathy pakai ubat antibiotik sebagai keyword di entri..bila kathy goggle balik guna keyword tersebut keluar juga entri kathy di antara banyak² tu.tapi setakat tu jerlah..tak tahu lagi nak buat macam mana..rich snippet kathy tu pun banyak merah..

Memang susah tapi lama2 dapat jugak..lagi banyak kita tahu rupanya lagi banyak kita tak tahu rupanye...serupe le dengan den ni..

Good info. Thanks for sharing. Tak tau lah blog saya tu mesra SEO atau tak ☺

Admin delete icon 3:53 PG

dulu, satu masalah kepada pengguna blogger ialah nak optimizekan URL tu. terlalu limit macam yang BM bagitau, 40 character je untuk mesra SERP snippet.

tapi sekarang permalink URL kita tu dah boleh kita edit ikut suka hati kita. tapi tu lah, kalau panjang sangat pun tak bagus. nanti kat snippet google search tu terlebih-lebih. hehe

Nina Mads delete icon 1:02 PG

sangat berguna BM

mselim3 delete icon 9:41 PG

Assalammualaikum...BM,

terima kasih perkongsian sahabat nie,...

mselim3

Tuan,
Untuk perkara (4), adakah maksudnya pautan yang dibuat di dalam entri atau yang menggunakan widget (contohnya; Linkwithin)

Terima kasih

BinMuhammad delete icon 12:34 PTG

Pautan didalam entri (internal linking) adalah pautan url entri (entri kita sendiri) yang kita masukkan ke dalam entri. Contohnya adalah perkataan biru dlm artikel diatas. Jika anda klik, ianya akan membawa anda kepada entri lain. Jika pautan luar (external linking) caranya juga sama cuma entri yang kita pautkan adalah bukan entri kita sendiri.

Widget yang mempunyai link url ke page entri kita sendiri spt 'linkwithin' juga termasuk di dalam kategori pautan di dalam entri (internal linking)

Harap anda faham penerangan saya ini...

Sy cuba nak paham on page ni...bukan seng nak tarik org singgah baca..walaupon pjg lebar entry tentang seo ni tp x bosan baca.

http://dslreyza.blogspot.com/ singgah

reezluv delete icon 12:26 PTG

yang penting dah baca kena buat, lepas tu maintain..:D

azrin delete icon 12:25 PG

terima kasih. memang berguna tips-tips ni.

saya pun baru buat wordpress baru, tengah belajar tentang seo. nak naikkan lagi ranking :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap