بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Jadikan malam anda adalah masa untuk beristirehat. Malam adalah masa untuk tidur dan beribadat. Tidurlah mengikut sunnah semoga istirehat anda itu menjadi satu ibadah dan bangunlah seketika untuk beribadat.

Malam adalah masa untuk kita beristirehat. Masa untuk kita tidur. Tidur yang sempurna dan dalam peliharaan Allah SWT. Tidur yang tanpa gangguan akan menyegarkan tubuh badan apabila anda bangun nanti. Untuk itu anda perlu tahu dan mengikut amalan dan cara tidur yang terbaik. Rasulullah SAW telah mengajar kita amalan terbaik yang perlu kita lakukan sebelum tidur. Bukan itu sahaja, cara tidur pun penting. Ikutlah amalan cara tidur Rasulullah dengan mengikut sunnah beliau kerana tidur mengikut sunnah itu adalah satu ibadah .

Mulakan dengan  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Lakukan amalan sunnah sebelum tidur agar istirehat anda dipelihara dan diberkati
InsyaAllah

Malam Masa Rehat, Tidur Ikut SunnahMalam Masa Istirehat, Tidur Mengikut SunnahMalam Masa Istirehat, Tidur Mengikut Sunnah

Berwuduk sebelum tidur - Muttafaqun Alaihi
Bercelak sebelum tidur - Tarmizi
Solat sunat witir sebelum tidur - Ahmad
Jangan tidur meniarap - Tarmizi
Bentangkan tempat tidur sendiri - Muslim 
Tidur diatas rusuk kanan - Bukhari dan Muslim
Baring sebelah kanan mengadap kiblat - Bukhari
Mengibas tilam sebelum tidur - Bukhari dan Muslim
Meletakkan tangan kanan dibawah pipi kanan - Abu Daud
Letakkan sejadah disisi kepala berniat untuk bertahajjud - Nasaa'i

Malam Masa Rehat, Tidur Ikut SunnahMalam Masa Rehat, Tidur Ikut SunnahMalam Masa Rehat, Tidur Ikut Sunnah

Membaca doa sebelum tidur - Bukhari
Beristighfar 3kali - Tarmizi
Membaca ayat qursi - Bukhari
Tidur dengan niat untuk bangun bertahajjud - Nasaa'i
Membaca surah yang diingati terutama surah Mulk dan Sajdah - Nasaa'i
Bertasbis 33kali, Bertahmid 33kali dan Bertakbir 33kali - Bukhari dan Muslim
Membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah bermula dari 'Amana rasul' - Bukhari dan Muslim
Menadah tangan lalu membaca 3 Qul dan tiupkan pada tangan lalu sapukan keseluruh tubuh yang dapat dicapai - Bukhari

Malam Masa Rehat, Tidur Ikut SunnahMalam Masa Rehat, Tidur Ikut SunnahMalam Masa Rehat, Tidur Ikut Sunnah

Tidur Itu Ibadah

Malam adalah masa yang paling sesuai untuk kita merehatkan rohani dan jasmani. Tidur adalah rehat yang terbaik. 

Tidur juga adalah satu ibadah jika kita melakukannya mengikut sunnah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. 

Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Alhamdulillah, Selamat malam...Semoga tidur anda lena dan terpelihara.
Terima kasih bersama Relaks Minda


Author by Bin Muhammad

25 comments - "Malam Masa Istirehat, Tidur Mengikut Sunnah"

Alhamdulillah..semoga tidur kita dipelihara..entry yg menarik..

Masa untuk merehatkan segala galanya..

Dr Yusuf Qardhawi berkata “tidak bangun tahajjud seumpama bangkai”:
“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”

Tidur itu satu ibadah andaipada tempatnya ..
Tapi tdur itu jadi satu perbuatan ygsia2andai berlebihan dan kita terlupa segalanya ..
Thanks BM atas perkongsian.

paridah delete icon 10:08 PG

n3 yg sangat menarik...perkongsiannya pasti bermenafaat.

Zaman sekarang ni dah terbalik. Siang waktu pagi membuta, tengah malam baru start nak buat kerja. Tu yang caca marba jadinya manusia zaman sekarang ni. Haha

Fiza Rahman delete icon 1:36 PTG

Thanks for sharing BM. Tido adalah masa untuk berehat. Sebab tu kena bersiap sedia sebelum tido. Berdoa dan mengucap dahulu. Mana tau tido terus tak bangun² kan. Sedar2 jer dah ada kat SANA ☺☺

Blog Santai delete icon 2:01 PTG

Tidur tu ibadah dan ianya adalah mati sementara. Jadi kena sediakan diri sebelum tidur..

betul2..anak2 akak time cuti semester..kat rumah lps solat subuh sambung tido..malam2 pulak pukul 2,3 pagi dia org dok rancak lagi berbual..ting tong ting tong kat dapur...

Nanie delete icon 2:17 PTG

terima kasih atas tips ni BM. terbaik terbaik dan terbaik.

nak try belaar amalkn :)

Tanpa Nama delete icon 4:38 PTG

betul tu BM, tq berkongsi sama yer

Yana Yani delete icon 5:48 PTG

banyak saya belajar hari ni
terima kasih BM =)

p/s - saya perasan komen dalam entry BM ada yang boleh terus publish ada yang kena hold
camne BM buat ye, boleh ajar tak? =)

Unknown delete icon 5:59 PTG

Mudahnya... tidur jer pun dapat pahala kan... :)

Subhanallah... malam mmg dicipta utk berehat.. menenangkan... segala yg baik menjadi ibadah...

BinMuhammad delete icon 10:04 PG

Setuju sangat! masa zaman belajar dulu pun macam tu juge...hehe

BinMuhammad delete icon 10:06 PG

Itulah yang takut terjadi...Ajal maut kita tak tau bila...maka sebelum tidur tak bangun2 baiklah berdoa dan mengucap sebelum tidur. Bukan susah pun nak diamalkan... :)

BinMuhammad delete icon 10:07 PG

Sama2 kita berubah kearah yg lebih baik... tiada yang terlambat selagi kita masih bernafas.

BinMuhammad delete icon 10:10 PG

Ye lah...tak terfikir pun. Terima kasih akak...perkongsian yg sgt bermakna!

Nurulhidayah delete icon 12:16 PTG

Thanks for sharing BM

Tanpa Nama delete icon 2:15 PTG

sangat hebat..saya kagum dengan gaya penulisan BM..malam di ciptakan tentu ada sebab musababnya. untuk berihat dan beribadat..Maha Besar Allah.

Nurul delete icon 3:55 PTG

Nice sharing... Tidur juga satu ibadah jika dilakukan mengikut sunnah... :)

Bunda_nora delete icon 9:58 PTG

Alhamdulillah...tidur yang sekejap tetapi nyenyak/berkualiti...pasti bangun berasa segar...Insya-Allah...

Islam amat indah dan memberikan segala panduan. Oleh itu, bertambah berkat kiranya kita mengikutinya.

OKje delete icon 6:24 PTG

Banyak yg tak diamalkan lagi ni......macamana tu?

ZaridaIshak delete icon 5:41 PTG

amalan baik ... tidak sukar untuk dibuat...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap