Seni Pokok Hiasan - Topiary
Naga di England. 
Seekor Naga Raksasa muncul di England! Ianya sungguh mengejutkan sehingga menjadi satu berita hangat di Britain pada minggu lepas. Naga berwarna hijau yang bersaiz 10 kaki tinggi dan 150 kaki panjang menjadi sensasi sehinggakan dibicarakan oleh BBC News!

Naga yang dimaksudkan adalah sebuah hasil seni hiasan pokok atau topiary yang sungguh mengagumkan.

Ianya dihasilkan oleh seorang pesara tentera, Mr. John Brooker yang berusia 75 tahun sebagai hadiah buat isterinya yang sering melihat pokok yang memagari rumah mereka terlalu membosankan.

Seni Pokok Hiasan - Topiary

Mr. Brooker mengambil masa sehingga 13 tahun untuk membentuk dan menyiapkan hasil seni pokok hiasan topiary ini. Beliau terpaksa menghabiskan masa dua atau tiga hari setiap dua atau tiga minggu untuk membentuk dan memotong dahan agar mengikut bentuk yang telah diilhamkan oleh isterinya Pippa.

Segalanya bukan mudah kerana ruang-ruang kosong yang ada terpaksa menanti tempoh masa yang agak lama untuk tunas-tunas baru tumbuh lalu memenuhinya. Yang paling menyukarkan Brooker apabila beliau terpaksa menggunakan tangga untuk berada di permukaan atas pokok bagi melakukan pemotongan dan pembentukan. Ianya terlalu sukar buat beliau kerana terpaksa berada diketinggian 6 kaki dan ianya sangat merbahaya!

Naga Raksasa Muncul Di England

Naga Raksasa Muncul Di EnglandNaga Raksasa Muncul Di England

Naga Raksasa Muncul Di England

Usaha Dan Sabar Tangga Kejayaan

Berkat kesabaran dan disiplin yang tinggi, beliau berjaya juga menyiapkan rekaan yang diinginkan oleh isterinya. Kini hasil seni topiary beliau telah memperkenalkan beliau dan Bandar East Rudham, Norfolk, England keseluruh Britain dan dunia. Menarik juga apabila beliau menyatakan bahawa ilham tentang naga dan seni topiary ini muncul setelah melawat Malaysia sebanyak 2 kali semasa beliau bertugas sebagai tentera dulu. Mungkinkah kisah Lagenda Naga Tasik Chini yang menjadi inspirasi beliau?

Mr. Brooker telah membuktikan bahawa dengan usaha dan kesabaran, segalanya tidak mustahil malah usia juga bukan satu penghalang. Anda berminat dengan kreativiti seni ini? Anda boleh mengenali dan belajar serta melihat lagi beberapa lagi hasil seni hiasan pokok topiary yang menarik di entri berikut: Kreativiti Seni Gubahan Pokok Hiasan - Topiary 

Naga Raksasa Muncul Di England
Seekor Naga hasil seni topiary Mr John Brooker

Terima Kasih bersama Relaks Minda... Hasil seni kreatif untuk ketenangan minda.


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

20 comments - "Naga Raksasa Muncul Di England!"

Tanpa Nama delete icon 8:56 PTG

kreatif nyer..kena sabar buat macam ni kan?hebat..

mselim3 delete icon 10:09 PTG

Assalammualaikum... BM,

kreatif nyer dia kan... ingatkan raksasa apa yg muncul kat england tadi..

mselim3

Blog Santai delete icon 10:18 PTG

Ingatkan naga betul coz kita pernah buat entry naga muncul di England..nway kreatif BM...

kak tie delete icon 11:05 PTG

mmg cantik,mmg unik

Hendak seribu daya....

Dunia Zumal delete icon 12:37 PG

Rajin la depa buat ;)

Bahrain delete icon 1:29 PG

Ingatkan apalah tadi. hahaha, memang kreatif walaupun dah tua, kalau semak tu dah tumbuh panjang penat juga nak potong balik macam naga tu.

ANIM delete icon 7:29 PG

mr.brooker ni mesti mendapat inspirasi bila lihat kaum tionghua malaysia sambut chinese new year kot BM, hee...

Unknown delete icon 9:19 PG

cool.. hebat nyer... memang sangat penyabar pesara ini.. untung isterinya.. :D

Banyak masa lapang agaknya pesara ni. Lagipun nak buat seni macam tu perlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

Yana Yani delete icon 10:28 PG

kalau dah minat yang mendalam
semua buat menjadi kan

paridah delete icon 10:58 PG

cantik n berseni..kalau xrajin mmg xjadi...dulu2 suka juga menggunting pokok teh kuning bentuk pelbagai...

Khir Khalid delete icon 11:44 PG

Menarik.. membuat sesuatu yg disertakan minat dpt menghasilkan sesuatu yg menarik.. sgt menarik.. :D

Unknown delete icon 3:05 PTG

Sungguh rajin dan tidak terkata oleh saya dan ini akan membuatkan saya untuk lebih rajin btw jemput singgah bag ke blog saya http://www.kacamataview.com/

OKje delete icon 10:12 PTG

Dan dan nama bini dia Pippa...
Org putih ni mmg kreatifkan....belum lagi jumpa orang melayu kreatif mcm ni

Fiza Rahman delete icon 3:58 PTG

Wah...kretifnya. Cantik plak tu.

Positif sungguh beliau..

Unknown delete icon 6:55 PTG

CONTOHI MR. BROOKER. KAN BAGUS KALAU ADA ORANG KREATIF MACAM DI.

Unknown delete icon 7:06 PTG

CONTOHI MR.BROOKER.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap