Jika dunia dikejutkan dengan tragedi karamnya kapal RMS Titanic dan diceritakan pula dengan cukup gah sehingga dikenali diseluruh dunia, pernahkah anda semua ketahui bahawa satu tragedi yang hampir serupa berlaku dalam sejarah negara kita?

Tragedi Kapal KD Sri Perak Karam di Laut China SelatanSetelah 28 tahun ianya berlaku, baru kini aku mengetahuinya. Satu peristiwa tragedi bersejarah yang sewajarnya dikenang dan diketahui oleh semua warganegara Malaysia.

Jika tidak dari catatan seorang mangsa yang menceritakan detik-detik kejadian dan berkongsi pengalaman sebenarnya, sudah pasti kisah ini terus hilang dalam lipatan sejarah beliau dari diketahui oleh kita semua.

Beliau adalah Ismail Abdul Aziz, 54 atau lebih dikenali sebagai Pak Mail, berjawatan Laskar 1 sebagai Radio Operator (RO) Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) pada ketika itu tidak pernah sesekali membayangkan akan mengalami satu realiti hidup yang bukan lagi hanya satu mimpi ngeri. Ianya kekal menjadi kenangan pahit yang terus terpahat dan masih segar diingatan beliau sehingga kini.

8 Januari 1984, Tanggal Bersejarah

Hari Ahad, 8 Januari 1984. Beliau diantara 29 anggota TLDM menaiki kapal KD Sri Perak untuk menyambung semula pelayaran bersama dua buah lagi kapal iaitu KD Sri Terengganu dan KD Hang Tuah untuk menuju ke Labuan, Sabah setelah singgah seketika di Tambatan Pangkalan Malaysia di Woodland Singapura. Tidak pernah menduga sama sekali bahawa pelayaran yang bermula pada 6 Januari 1984 dari TLDM Lumut itu merupakan pelayaran terakhir buat kapal KD Sri Perak.

Perjalanan merentasi Laut China Selatan tidak lancar seperti yang diharapkan. Dipertengahan perjalanan di laut yang luas, cuaca buruk melanda. Angin yang kuat dan ombak yang mengganas telah memisahkan kapal KD Sri Perak dari dua buah kapal dihadapannya. Malang melanda apabila hentaman kuat ombak telah menyebabkan penutup keselamatan atas geladak dibahagian hadapan kapal renggang lalu air laut memasuki kapal sedikit demi sedikit.

        
Antara gambar dari Blog Pak Mail

Saat mereka menyedarinya, keadaan sudah terlewat. Air semakin memenuhi bahagian hadapan kapal KD Seri Perak. Keadaan menjadi semakin kelam kabut dan cemas. Malang terus menimpa apabila usaha untuk menghantar isyarat kecemasan 'MAYDAY' gagal apabila radio GSB 900 tidak lagi berfungsi.

Tenggelamnya KD Sri Perak

Pak Mail masih terbayang raut-raut wajah ketakutan, panik dan cemas pada setiap anak-anak kapal. Kapal KD Sri Perak pula menjadi semakin senget ke depan dan akhirnya buritan kapal terangkat keatas sehingga 45 darjah sampaikan terlihat kipas propeller yang masih berpusing! Keadaan ini menyebabkan anak-anak kapal yang tadinya berkumpul diburitan kapal menggelongsor dan terpaksa berpaut pada mana-mana besi untuk menyelamatkan diri dan ada juga yang terus terjatuh ke dalam laut. 

Di kepulauan Natuna lokasi dimana kapal KD Sri Perak dilaporkan karam

Pelampung keselamatan sempat dicampak dan semua anak kapal segera terjun ke laut menyelamatkan diri. Kejadian berlaku amat pantas sekali, kapal KD Sri Perak terus tenggelam ke dalam laut lalu hilang dari pandangan. Setelah kesemua mereka berada didalam pelampung keselamatan, terlihat tiga orang rakan mereka yang masih didalam laut, terapung dengan jaket keselamatan namun tidak bergerak. Ternyatalah mereka telah maut kelemasan. 

Keadaan ombak yang kuat dan tinggi, menolak pelampung mereka dengan kuat mengikut arah angin sehingga dalam beberapa minit sahaja, ketiga-tiga orang itu hilang daripada pandangan, tiada apa yang mampu mereka lakukan. Kini nasib mereka pula masih lagi samar-samar. Mereka kini terapung tanpa haluan di tengah-tengah laut yang luas di Laut China Selatan sambil mengharapkan bantuan penyelamat sampai.

Survival 72 Jam Di Tengah Laut China Selatan

Gambar contoh - pelampung keselamatan
Umpama pengembaraan dalam filem Life Of Pi, situasi yang hampir sama mereka hadapi. Selama 72 jam mereka berada didalam pelampung keselamatan di tengah Laut China Selatan, pelbagai cabaran dan dugaan fizikal serta emosi melanda. Bertarung nyawa antara hidup dan mati.

Terapung dan berhimpit seramai 26 orang didalam pelampung keselamatan yang hanya boleh memuatkan 15 orang cukup menyeksakan dan menguji ketabahan, kesabaran dan keimanan disamping perlukan semangat serta keyakinan yang tinggi bahawa mereka semua akan selamat. 

Survival untuk hidup, melawan tekanan emosi dan dalam keadaan cuaca yang amat mencabar jasad dan minda. Ianya bukanlah satu situasi yang mampu dihadapi oleh sebarangan orang. Disaat masih tidak tahu akan nasib diri, diburukkan lagi dengan keadaan pelampung yang semakin berkurangan angin. Tiada apa yang dapat membantu, disekeliling hanya air dan langit yang dapat dilihat. Ketika ini hanya kekuatan mental dan keyakinan kepada kekuasaan dan ketentuan yang Maha Esa yang dapat memberi semangat untuk meneruskan hidup.

Ini hanyalah ringkasan dari kisah dan pengalaman Pak Mail yang beliau kongsikan dalam Blog Catatan Pak Mail. Anda boleh ikuti kisah pengalaman beliau ini dengan lebih lengkap hingga ke akhirnya melalui entri-entri berikut :
Beliau bukan sahaja menceritakan perihal tragedi serta pengalaman tetapi termasuk juga beberapa persoalan, pendedahan kebenaran dan kemushkilan disebalik tragedi yang berlaku. Untuk itu anda perlu membaca kesemua entri beliau dibawah Label : KD Sri Perak.

Catatan Pengalaman Yang Amat Berharga

Segala pengalaman detik cemas yang berlaku semasa tragedi kapal TLDM KD Sri Perak karam diceritakan Pak Mail dengan terperinci. Begitu juga dengan kisah pengalaman antara hidup dan mati beliau ketika terapung ditengah Laut China Selatan yang luas sambil menanti dan mengharap pasukan penyelamat tiba adalah satu perjalanan hidup amat berharga yang hanya beliau dan rakan-rakan dapat melaluinya.

Kapal KD Perak yang baru
Setiap saat berganti minit dan menjadi sejam...masa terus berlalu hingga berhari-hari. Segala catatan perjuangan untuk meneruskan hidup didalam sebuah pelampung keselamatan ditengah-tengah Laut China Selatan beliau kongsikan.

Anda semua perlu membaca dan menghayatinya kerana ia bukanlah sebuah kisah dongeng atau rekaan tetapi pengalaman sebenar disamping merungkai kebenaran yang tidak akan anda peroleh dari sesiapa pun.

Sesungguhnya catatan Pak Mail amat berharga sebagai sesuatu yang tidak ternilai dalam lipatan sejarah negara. Kisah yang sewajarnya diketengahkan dan diketahui oleh generasi masa kini. Pengalaman yang sepatutnya telah dibukukan dan dijadikan panduan, rujukan serta kenangan buat simpanan dan tatapan akan datang. 

Saya amat berterima kasih kepada Pak Mail kerana sudi menghantar entri kisah tragedi KD Sri Perak ini dalam segmen Komen Entri Pilihan Terbaik anda. Semoga dengan sedikit ulasan ini dapat mendedahkan kisah bersejarah ini kepada mereka yang masih tidak mengetahui akan tragedi karamnya kapal TLDM KD Sri Perak di Laut China Selatan.


p/s: semoga ulasan ini dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Sila SHARE jika anda rasakan ianya bermanfaat dan perlu diketahui oleh generasi masa kini...
Author by Bin Muhammad

44 comments - "Tragedi Kapal TLDM KD Sri Perak Karam di Laut China Selatan"

aswadz delete icon 12:02 PG

uish... 1st time dgr nih.

Khir Khalid delete icon 12:07 PG

Saya pun baru pertama kali mengetahui tentang kisah ini. Sesuatu yg perlu kita sbg rakyat malaysia tahu & hargai sejarahnya agar dpt dijadikan iktibar serta pengetahuan kpd generasi mendatang...
p/s: saya tag BM dlm segmen The Liebster.. tak kisahlah nak join atau tak hehee.. T kasih. http://www.khirkhalid.com/2014/05/the-liebster-award-by-hunyeda.html

Saudara BM,

Saya amat menghargai dan berbesar hati kerana kesudian saudara menulis sedikit ulasan dari pengalaman saya di dalam tragedi tersebut kerana saya mengerti ianya mengambil masa yang agak lama juga untuk membaca segala catatan saya dari awal sehingga akhir.

Terima kasih.

AisNy delete icon 7:22 PG

Kisah ini patut di filemkan untuk tatapan anak bangsa dimasa akan datang...

Benar...satu kisah bersejarah yg wajar diketengahkan dan diketahui oleh generasi masa kini.
Terima kasih Khir krn sudi tag.

Setiap artikel Pak Mail tentang KD Sri Perak ini saya baca satu persatu. Ianya satu kisah yg amat menarik. Selain dari faktor sejarah, tragedi ini banyak memberi pengajaran, menyelongkar kebenaran dan iktibar yang boleh diambil dan diketahui.
Ianya sebuah kisah yang wajar diketahui, dikenang dan diketengahkan buat tatapan generasi masa kini.
Terima kasih Pak Mail krn sudi bersama Relaks Minda, amat2 saya hargai dan semoga ulasan ini menepati kehendak Pak Mail dan akan mencapai matlamatnya.

Jika ada pihak yg ingin filemkan kisah ini...ianya sangat2 baik sekali dan saya pasti Pak Mail sanggup beri bekerjasama.

Kisah bersejarah yg terpinggir tapi amat penting diketahui oleh generasi masa kini.

Saya pasti...ramai yg pertama kali baru tahu akan kisah ini. Satu pendedahan yg wajar diketahui oleh generasi kini.

Unknown delete icon 8:13 PG

seram sejuk je dengar kisah pak mail nie uncle...
bvegitulah ujian Allah...walaupun di mana kita berada tiada apa yang pertama dan terakhir kita ingati...Hanya Allah....
Walaupun sehebat mana kecanggihan duniawi...tapi belum tentu dapat menandingi kekuasaanNYA...Maha Kuasa...

Semoga apa yang telah diceritakan oleh pak mail...menjadi kita lebih mengingatinya...Sedangkan waktu tu....hanya nyawa di hujung tanduk...kalau DIA menginginkan sesuatu dalam apa jua keadaan DIA mampu mengambil balik hak DIA...

Bunda_nora delete icon 8:31 PG

kalau tak silap pak mail ni follower bunda...
tabek kepada pak mail berjaya mendedahkan kisah sebenar pengalaman beliau...

Aimacomel delete icon 9:31 PG

Tak pernah dengar tentang kisah KD Sri Perak ni, baca kat sini baru tau tentangnya.

Wow. Macam tu rupanya kisah tentang karamnya kapal KD Sri Perak ni. Selama ni saya tau cerita ni sekali imbas je. Susah nak dapatkan info lengkap tentang ni sebab, entah la yer. Soal sejarah dalam Malaysia ni, tak ramai yang nak ambil berat.

Baru tau pasal ni bm..byk informasi dari blog ni

Satu entri yang harus diberi pujian kepada Pak Mail dan BM. Sebab itulah saya katakan, segmen yang dianjurkan BM ini bukan calang-calang segmen. Tahniah, BM.

Kakak pun baru tahu kisah ini dari N3 ini.
Sesak nafas kakak baca membayangkan mereka bertarung nyawa nak selamat.
Insya-Allah kakak akan cuba singgah ke blognya.
N3 yg sangat baik dan tidak kurang ulasan dari BM juga..

Wafa cw delete icon 11:51 PG

Ya... saya ada teringat sikit-sikit tentang berita kejaidan ni.. masa tu saya form 1. Kalau tak silap ada pernah keluar majalah...tapi tak ingat majalah apa dah... tapi cerita tak sedetail yang diceritakan oleh Pak mail ni ...

Unknown delete icon 12:35 PTG

tak boleh bayangkan andainya kita adalah salah seorang anak kapal.. :(

Tanpa Nama delete icon 12:55 PTG

baru mendengar kisah ini..membaca entri BM saja cukup mendebarkan..apatahlagi jika kathy berada di detik menakutkan itu..nak terjah ke blog pak mail nanti..tqvm BM..

paridah delete icon 1:26 PTG

untung kita dapat membaca pengalaman2 tragis sebegini dlm blog BM...jarang orang mahu menulis pengalaman2 hidup yg bersangkutan dgn sesuatu kejadian benar seperti pak mail pemunya entri yg sgt menarik sekali...

Zawiah delete icon 2:16 PTG

blog adalah platfprm yg plg sesuai utk org lama menceritakan pengalaman hidup seperti pak mail utk menambah pengetahuan serta dijadikan pedoman kepada para pembacanya ... sedih bila baca . bkn mudah sebenarnya nak melalui situasi seperti itu , pada ketika itu ...

Salam BM ..seyesss Lya pon tak penah dgr ttg nie huhuhuhu..
Nampak sgt takpeka sejarah huhuhu..
Tp bila BM dah kongsi entri ni dah baca dahh semua br la tahu ..
Nice sharing ..

Dunia Zumal delete icon 3:45 PTG

Pada tarikh kejadian tu zumal baru 6 hari dilahirkan...

akak pun baru dengar hari ni, cerita ni..wah...cerita yang menarik kerana berkongsi pengalaman, harus di baca

Yana Yani delete icon 4:17 PTG

saya pertama kali dengar ni
baguslah BM ulas sampai buat saya terbayang sekali
nanti p terjah blog dia
menarik, nak tahu sampai habis =)

fragmenbiru delete icon 4:21 PTG

Cerita yang tak pernah saya tahu..terima kasih atas pkongsiannya..

OKje delete icon 6:16 PTG

Seronok baca pengalaman orang yg macam ni....yg berjuang untuk hidup didalam laut yg luas...ohhh tuhan jer yg tahu betapa beratnya dugaan itu

BinMuhammad delete icon 7:46 PTG

Anda kena baca semua entri Pak Mail...anda akan tahu kenapa kisah ini tidak didedahkan.

BinMuhammad delete icon 7:48 PTG

Kalau akak baca kisah yg ditulis Pak Mail lagi real dan detail... Jgn lupa singgah ye

BinMuhammad delete icon 7:49 PTG

Jika baca keseluruhan entri Pak Mail...bukan sekadar berdebar, mampu menitiskan air mata...

BinMuhammad delete icon 7:51 PTG

Ulasan saya tak seberapa berbanding entri sebenar Pak Mail yang bukan sahaja mendebarkan, menakutkan malah mampu menumpahkan air mata...

Blog Santai delete icon 10:37 PTG

Nice sharing BM..First time dengar kisah ni..Hanya Allah yang tau perasaan mereka masa tu..pak Cik Mail must be very lucky..

Fiza Rahman delete icon 12:15 PTG

Baru tau kisah ni BM. Sambil baca sambil membayangkan saat2 cemas anak2 kapal.

Hafizul delete icon 12:21 PTG

Emm dugaan ini memang mimpi ngeri nih...nanti nak singgah blog pak mail..macam menarik jer blog tu...hehe

Nurul delete icon 2:52 PTG

x dapat bayangkan situasi Pak Mail yang bertarung nyawa time tu... nak pi baca jap... :)

Baru pertama kali dengar cerita ni..kena baca keseluruhan entry Pak Mail ni..

ZaridaIshak delete icon 5:31 PTG

saya juga antara yang baru pertama kali baca dan tahu mengenai tragedi ini... sekali baca seiras peristiwa Titanic...

Sejujurnya ini pertama kali akak membaca dan mengetahui kisah trajis ini..pak mail tentu byk menyimpan berbagai kisah suka duka dilautan...

Cdr (B) Cheong Wah Seng delete icon 1:00 PTG

I am the XO of KD Mahawangsa which was involved intensifly in the SAR of KD Sri Perak. I was tasked to recover the survivors from a Singapore registered buoy maintenance vessel which was diverted to the liferaft after being spotted by an Australian P3. No mention of the SAR ops and the personnel and ships involved.

Unknown delete icon 3:31 PG

Assalam sdr, terima kasih kerana menulis kembali sejarah yg tak dapat saya lupakan. terima kasih pak mail kerana bekerjasama memberi maklumat kejadian. pak mail mungkin tak perasan saya sbb saya dan pegawai kedet yg lain ketika itu naik kapal di woodlands, untuk makluman, saya adalah salah seorang survivors drp empat org pegawai kedet kanan yg terselamat semasa kejadian tersebut. pada saat ini, saya dan dua org lagi pegawai yg masih lagi berkhidmat dlm TLDM manakala seorang lagi telah berkhidmat sebagai pegawai APMM. kami kehilangan rakan kami pegawai kedet kanan arwah mokhtar serta dua org lagi seperti diceritakan. saya dan rakan2 sedang berusaha utk membuat reunion dengan semua survivors di tempat dan masa yg ditetapkan nanti..in shaa Allah semoga ini menjadi kenyataan..saat kami berada di kapal, di dalam air, pelampung, di mv thunder head, KD MAHAWANGSA dan pesawat TUDM, tidak dapat kami lupakan..begitu juga pesawat australia MPA - P3C orion yg berpengkalan di butterworth..sekalung perhargaan yg tidak terhingga di atas dedikasi juruterbang dan krew yg telah menjumpai kami di lautan china selatan, pesawat menjumpai kami diluar kawasan SAR dan di akhir waktu pencarian pesawat sblm kembali ke pengkalan. saya sedang berusaha utk menjejak juruterbang dan krew yg terlibat melalui rakan saya di australia utk kami menyampaikan ucapan terima kasih kami yg tidak terhingga kpd mereka yg telah menyelamatkan kami..sesungguhnya Allah jua yg tahu perasaan kami ketika diselamatkan setelah 3 hari 2 mlm terapung kerana pelampung kami telah pun bocor ketika itu.. tqvm sir, cdr cheong wah seng for your hospitality and very accommodating during our short stay onboard your ship..we will never forget it..terima kasih sdr..saya bole dihubungi melalui email sazalee1974@gmail.com

salam drp NDU Islamabad, pakistan
kepten sazalee bin shoib TLDM

Unknown delete icon 10:44 PTG

ayah saya sering menceritakan cerita ini kepada saya sehingga saya mengambil keputusan untuk mencari kisah ini di Internet.Ternyata niat saya dengan mencari kisah ini di Internet tidak sia-sia.Tambahan pula,faktor saya sedang membuat kerja kursus sejarah berkaitan TLDM membawa saya untuk mencari kisah ini di Internet sebagai sumber rujukan saya.apa yang encik kupaskan saya amat hargai kerana perkongsian ini dapat membantu saya dengan kerja kursus sejarah saya.namun begitu,saya tidak dapat membaca di blog Pak Mail bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas peritiwa berkenaan.dsn ini juga ditambah keinginan bapa saya yang merupakan bekas anggota TLDM yang pada ketika berkhidmat di KD sri Terengganu untuk membaca kisah ini.diharap admin dapat membantu saya bagi menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

BinMuhammad delete icon 11:34 PTG

Saya sekarang ini kurang aktif berbloging maka dah lama tak hubungi Pak Mail. Baru juga saya ketahui, blog beliau kini hanya untuk invited readers sahaja.

Mungkin anda boleh mendapat bantuan dari pengomen di atas iaitu sbs zalee yg merupakan salah seorang survivor dari tragedi tersebut melalui email yg beliau berikan.

Terima kasih singgah di blog ini

Ramlan AS delete icon 2:03 PG

Amat menakutkan....Aku dapat bayangkan sbb Aku takut dengan air dalam dan aku tak pandai berenang.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap