Kenapa Anda Menjadi Seorang Blogger
Anda Seorang Blogger?
Kenapa anda memilih untuk menjadi seorang blogger? Pasti setiap blogger punya sebabnya yang tersendiri. Begitu juga tujuannya... Adakah blog anda sudah mencapai matlamatnya?

Tidak dinafikan, blog mempunyai fungsi yang lebih meluas dan pelbagai serta punya banyak kelebihan berbanding media sosial lain. Ianya memberi kebebasan dalam menentukan rekabentuk blog mengikut citarasa dan kreativiti tersendiri disamping perkongsian yang tidak terhad. 

Walaupun masih bercirikan perkongsian sosial ianya kelihatan lebih privasi dan biasanya perkongsian lebih mendalam serta menarik berbanding media sosial lain yang selalunya ringkas dan terhad.

Ada pelbagai sebab anda mewujudkan sebuah blog dan menjadi seorang blogger. Ada yang sepenuh masa dan separuh masa. Namun banyak juga yang terkubur begitu sahaja kerana mempunyai sebuah blog bukan seperti media sosial lain yang mudah di update tetapi sebuah blog perlukan komitmen dan mengarang untuk menerbitkan sesebuah entri. 

Matlamat Dan Tujuan Seorang Blogger 

Blog Relaks Minda pula diwujudkan sebagai kesinambungan dari Page Facebook Relex Minda. Saya mahukan perkongsian yang lebih panjang dengan olahan yang lebih menarik. Masih mengekalkan niche perkongsian santai dan berilmu yang bertunjangkan alam semulajadi, informasi dan kreativiti untuk ketenangan hati dan minda, kini ianya semakin diluaskan kepada topik peribadi dan panduan blogger. 

Facebook Page Relex Minda. Silalah LIKE

Pertama kali mengenali blog dan menjadi blogger, terasa ianya amat sukar namun amat menarik untuk diterokai. Cabaran yang membawa kepada keseronokan. Belajar dan berusaha sendiri mendalami ilmu blogging dan apabila berhasil mencapai sasaran, ainya adalah satu kepuasan yang sungguh tidak ternilai.

Mungkin ini pula antara menjadi sebab kewujudan sesebuah blog dan menjadikan anda seorang blogger. Mungkin juga ada sebab lain yang boleh anda kongsikan bersama diruang komen dibawah :

Tujuan Anda Menjadi Seorang Blogger

  • Mahukan perkongsian yang lebih panjang dengan kupasan dan pandangan sendiri.
  • Ingin berkongsi kisah peribadi, kerjaya dan kehidupan (umpama sebuah diari). Mungkin juga boleh jadi seperti selebriti...
  • Mahu merebut peluang menjana pendapatan sampingan.
  • Blogger sebagai satu kerjaya.
  • Mengikut rakan-rakan yang juga mempunyai blog.
  • Sudah bosan dengan media sosial lain seperti facebook.
  • Ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan serta kemahiran anda dalam sesuatu bidang.
  • Blog sebagai satu medium untuk pengembangan perniagaan dan promosi.
  • Blog menjadi wadah untuk berdakwah dan medium untuk melakukan amal jariah.
  • Blog menjadi satu portal sebaran berita, hiburan dan isu semasa (mungkin pernah bercita-cita menjadi wartawan).
  • Berkongsi minat dan hobi untuk dikongsi bersama orang lain..
  • Berminat dalam bidang penulisan dan kesusasteraan.

Kenapa Anda Menjadi Seorang Blogger
Kenali sebab kewujudan blog anda
Tujuan utama senarai diatas adalah untuk anda melihat kembali sebab utama kewujudan blog anda. Jika anda tidak pasti apakah niche blog, maka dengan melihat kembali tujuan anda berblogging dapat membuka minda untuk anda mengenal pasti apakah niche sebenar blog anda dan dimanakah anda sekarang ini. Adakah perkongsian dan pengisian blog selari dengan tujuan anda? 

Niche atau tema (pengisian utama) sesebuah blog amat penting untuk menjadi tunjang topik blog anda agar blog mempunyai kreadibiliti dan keunikan tersendiri. Walaupun perkongsian anda pelbagai tetapi topik yang menjadi niche inilah yang dapat menyerlahkan identiti dan keistimewaan blog anda.

Menjadi Blogger Tidak Mudah Tapi Menyeronokkan

Mempunyai sebuah blog tidak sama seperti mempunyai akaun facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Menerbitkan entri (post) juga berbeza. Kaedah kedatangan pengunjung juga berbeza dimana setiap entri akan menjadi tumpuan pengunjung blog yang tidak hanya rakan-rakan tetapi sesiapa sahaja tanpa mengira had masa dan tempohnya. Ianya akan sentiasa kekal dikunjungi. Oleh itu penting untuk anda menerbitkan entri yang berkualiti agar kunjungan pembaca tidaklah kecewa dan sia-sia.

Menjadi seorang blogger juga perlukan komitmen dan ilmu pengetahuan. Jika mahukan perkongsian anda mendapat kunjungan ramai (trafik yang tinggi), ia bukan sahaja memerlukan kerajinan menerbitkan entri serta keramahan anda bersosial tetapi teknik menyerlahkan entri di enjin carian adalah amat penting. Inilah yang membezakan blog dengan media sosial lain dan ianya amat mencabar dan menyeronokkan.

Kenapa Anda Menjadi Seorang BloggerKenapa Anda Menjadi Seorang BloggerKenapa Anda Menjadi Seorang Blogger

Tidak kira apa yang anda kongsikan, sebagai seorang blogger muslim, kita haruslah punya garis panduan dan had dalam menerbitkan entri. Tidak semuanya boleh kita kongsikan. Setiap perkongsian anda boleh menjadi amal jariah berpanjangan tetapi boleh jadi juga penambah dosa yang berpanjangan. 

Terima kasih bersama Relaks Minda... Menjadi seorang blogger bukan sekadar menerbitkan entri sahaja.


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

44 comments - "Kenapa Anda Menjadi Seorang Blogger?"

saya tulis blog utk catatan sejarah diri saya. bile baca blk post2 lama rasa best je. selain itu side income jugak la.hehe

dari dulu hingga sekarang niat jadi blogger untuk berkongsi pengalaman dan ilmu... tiada niat lain..

AisNy delete icon 11:30 PG

Teman jadi blogger... saja-saja jer... untuk mengisi masa lapang, sebagai hobi dan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.

jie susanos delete icon 11:32 PG

jdi blogger mmg kena komitmen skit tapi mmg bnar ianya menyeronokkan..dpt menulis lpas tu publish entry rasa menyeronokkan.. tapi jie menyedari kualiti entry tu pnting..

Terpulang pada diri masing-masing utk memilih entri yg bagaimana mahu diutarakan dlm blog. Namun sebaiknya jgnlah sampai mengundang dosa...

Tanpa Nama delete icon 12:40 PTG

mula tulis blog since 2008, suka menulis pengalaman belajar performing arts, then untill now masih menulis, berkongsi rasa dan juga catitan sy tentang zara,

Nak jadi blogger tu mudah, tapi nak jadi blogger yang bagus tu yang susah. Sebab nak buat blog senang je, register akaun Google, tulis entri lebih kurang pastu publish, memang siapa-siapa pun boleh buat. Tapi, nak tulis dengan baik dan berkualiti tu yang susah. Banyak benda yang nak kena study, rajin explore dan berani olah idea sendiri untuk diketengahkan dalam blog tu yang susah orang nak buat.

suri delete icon 3:54 PTG

minat dan suka berkongsi cerita dalam masa sama dpt membantu mereka perlukan tips,panduan.rm syukur ia berjalan secara serentak dengan blog

PCL delete icon 4:04 PTG

tercari-cari idea entri berbentuk amal jariah dalam penulisan saya di blog , mungkin sukar capai sebab cara menulis macam BM jauh sekali... saya hormati penulisan BM dalam masa sama saya tak berhenti cuba belajar dan mahu menguasainya .

Lokman delete icon 4:12 PTG

saya buat blog untuk diri sendiri sebenarnya.. ^_^

Berkongsi cerita,pengalaman dan idea..

Dunia Zumal delete icon 7:25 PTG

Zumal nie tulis apa yang terlintas di fikiran jer... Harap2 ada la insan yang sudi membaca. Hehe ;)

Unknown delete icon 8:54 PTG

Rojak campur kot blog cik akak
Hihi

Salam BM .. Terima kasih atas perkongsian ...Bagi diri akak la akak berblogging sekadar isi masa dan meluahkan cerita tentang anak2 dan keluarga ..juga mencari ketenangan dgn mencoretkan entri tentang motivasi renungan dan juga tazkirah ..

Tanpa Nama delete icon 9:20 PTG

suka menulis tujuan utama...

ANIM delete icon 10:06 PTG

dari 12 sebab yang BM utarakan, 9 darinya adalah tujuan kak. dan tak malu mengaku, dulu ada cita2 nak jadi journalist cuma tak kesampaian..

Blog Santai delete icon 10:08 PTG

Just suka-suka & sekadar berkongsi minat BM..

Unknown delete icon 10:49 PTG

salam bro,..setuju dgn entri bro..menjadi blogger bukan mudah tapi menyeronokan.. :)

Zawiah delete icon 11:12 PTG

sekarang saya merasakan seperti memiliki majalah sendiri disamping menjana pendapatan . tanpa saya sedar , saya juga punya bakat menulis .malah dapat offer menulis novel ... alhamdulillah .

weschairs delete icon 11:14 PTG

My hobby actually

Sebagai hobi dan nk kongsi pglmn dn info..

Kesinambungan dari suka2 menulis.. dari menulis kat dairi, baik tulis kat blog.. bila dah tulis kat blog baru mcm2 nampak keistimewaannya. Dari menulis entah apa2 jadi tulis apa2 yg dirasa bermanfaat utk dikongsikan & dpt bantu kerjaya mencapai matlamat hidup.. in shaa Allah. Lagi pun blogging ni menyeronokkan.. syok.. kdg2 rasa mcm retis huhu.. dpt duit juga dlm tak sedar tu, boleh buat belanja family makan satay hehee
Selain tu, yg penting lagi dapat kenal ramai org lagi termasuk juga mengenali saudara BM... ini semua menjadi sebab kenapa saya berblogging...

Tertinggal pulak*** Semoga Relaks Minda terus sukses.. begitu juga dgn penulisnya, saudara BM serta seisi keluarga... aamiin.. :) :)

Menarik tu..sejarah diri. Mesti kisah dari zaman kecil sampai besar dikongsikan. Kalau senyum2 sendiri depan komputer tu tengah belek balik sejarah lah tu ye... :)

Takde nye saje2lah...kalau hobi tu ye... :)

Kebebasan dalam berblogging pun mesti ada had dan garis panduannya. Setuju dgn akak...jgn sampai ianya mengundang dosa pula

Dah lama jadi blogger, mesti dah beribu2 entri dan macam2 dah dikongsikan. Mesti banyak sekali pengalamannya...

Setuju dan benar sekali apa yg SY katakan. Menjadi blogger mudah tapi nak jadi blogger yg bagus dan berkualiti itu memang susah.

PCL...jangan puji sangat, takde istimewanya penulisan saya. PCL lebih berpengalaman dalam blogging dan pelbagai ilmu serta kisah yg telah dikongsikan. Selagi ianya perkongsian yg baik...sudah tentu memberi kebaikan kepada semua pembaca...itu pun sudah jadi satu jariah.

Blog untuk diri sendiri? Tak mungkin...jika untuk diri sendiri mesti ianya privasi dan hanya dilihat oleh anda sahaja. Jika dilihat oleh orang lain itu bermakna perkongsian...ianya juga untuk orang lain. Blog adalah media sosial...bukan medium sesuai utk diri sendiri sahaja.
Tapi...terpulanglah...blog anda, hak anda... :)

Betullah tu Zumal...kita tulis apa yg terlintas difikiran sendiri, xkan nak tulis apa yg ada difikiran orang lain pula kan...hehe

Rojak kalau kena dengan bahan2 dan kuahnya....pasti enak rasanya :)

Waalaikumsalam,
Kebanyakan blogger kategori personal...inilah kisah dan topik biasa yg diceritakan. Tapi setiap orang pasti punya kisah yg berbeza dan tersendiri. Olahan yg menarik...pasti disukai ramai.

Oh ye ke...patutlah penulisan akan nampak seperti sangat pro! dengan olahan yang simple tapi sangat menarik!

Menjadi blogger itu mudah tapi nak jadi yg berkualiti dan komited itu amat sukar tetapi semua itulah cabaran yang amat menyeronokkan.

Jelas sekali menjadi seorang blogger telah membuka banyak ruang dan peluang buat anda.

Terima kasih saudara Khir. Semoga saudara juga berjaya dalam penulisan dan mencapai matlamat yg anda inginkan sebagai seorang blogger.

Betul-betul BM

entry BM yang ini membuat Nurul berfikir agak lama juga...apalagi bila BM menyentuh pasal niche.. kenapa agaknye Nurul berblog? urmm... Ingin berkongsi dan menyampaikan sesuatu yang tak mampu disampaikan secara peribadi.. Nurul doakan semoga BM sukses selalu.

Yana Yani delete icon 2:11 PTG

saya punya tujuan lebih kepada untuk bacaan akan datang
satu hari nanti anak cucu cicit saya pasti akan jengah ke blog saya
apa saya tulis hari ni adalah untuk mereka =)

OKje delete icon 8:05 PG

Bila ustaz berbicara mih....mih.... mih...hehe

dari dulu minat menulis...

Assalamualaikum, BM. Dahulu saya sekadar suka menulis dan berkongsi apa saja terutama hal penulisan saya di blog. Setelah saya di tempatkan dalam bidang pendidikan, saya selang selikan dengan entri perkongsian tentang pendidikan.

Tidak terjangka saya apabila ada yang masih setia mengikuti blog saya, yang kadang-kadang agak skema dengan pengisian yang ilmiah sedikit. Saya percaya, tidak sebaran blogger kecuali yang biasa dengan blog saya akan singgah baca entri saya. Pertamanya, soal pengisian entri saya yang kadangkala tidak melibatkan mereka, keduanya mungkin teknik SEO saya masih kurang menyengat. Berbanding entri sastera dan penulisan, entri pendidikan banyak menyumbang trafik di blog saya.

Bagaimanapun, saya suka menulis di blog. Jika ada pembaca yang sudi baca itu satu bonus dan memberikan semangat kepada saya.

P/S: Sekadar perkongsian.

Hero Borneo delete icon 10:18 PTG

menulis kat kertas berbeda dengan blog..maka tulis kat blog lebih seronok kerana ada orang baca!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap