بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tewas Godaan Hawa Nafsu Di Bulan Ramadan
Assalamualaikum... Bulan Ramadan 1436H / 2015 kini bermula. Bulan penghulu segala bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Bulan dimana kita semua umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan dan menunaikan zakat fitrah.

Walaupun sepanjang bulan Ramadan ini syaitan dan iblis dirantai namun ianya bukanlah bermakna kita akan terlepas serta tiada langsung dugaan dan godaan keatas keteguhan iman dalam diri sepanjang bulan Ramadan ini.

Segalanya kini bergantung pada hati, keimanan dan keazaman diri. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, sudah pastinya cabaran terbesar adalah menahan dan melawan godaan hawa nafsu dalam diri.

Godaan Hawa Nafsu Di Bulan Ramadan

Sudah kita sedia maklum, dibulan Ramadan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat dan jariah serta memperlahankan segala aktiviti rutin harian yang biasa. Namun ada perkara yng sebaliknya berlaku, bulan Ramadan inilah juga bermulanya pesta jualan makanan, pakaian, perabot, peralatan dan sebagainya.

Godaan hawa nafsu jualan murah di bulan ramadan
Bazar Ramadan serta tawaran hidangan Buffet Ramadhan ada dimana-mana sahaja. Manakala jualan murah dengan potongan harga berganda yang mengujakan pula menjadi promosi besar-besaran disetiap premis, pasaraya serta gedung jualan.

Inilah keistimewaan di bulan Ramadan namun ianya menjadi satu cabaran dan dugaan buat kita umat Islam iaitu menahan dan melawan godaan hawa nafsu agar tidak berlebihan dan melakukan pembaziran berbelanja dibulan Ramadan.

Sewajarnya ia dijadikan kekuatan diri agar tidak tewas lalu mengikut godaan hawa nafsu dengan bersifat boros, bermewah, menunjuk-nunjuk mahupun iri hati tetapi sentiasa bersederhana dan mengelak pembaziran dalam apa jua keadaan.

Puasa sepatutnya mengajar kita berjimat tetapi bermurah dalam sedekah dan amal jariah kepada insan lain yang lebih memerlukan bantuan kerana di bulan Ramadan ini ganjaran pahala berlipat ganda nilainya. Ingatlah... Sekaya atau semewah mana pun kita, kita semua tetap sama, terpaksa juga berpuasa dibulan Ramadan ini. 

Jangan Sia-Siakan Ramadan Ini

Seperti yang kita semua ketahui, Ramadan adalah bulan yang penuh kemurahan rezeki dan keberkatan. Namun jika kita tersilap langkah lalu tewas dan tergoda dengan godaan hawa nafsupasti ianya akan menjadi sebaliknya.

Alangkah ruginya kita... Ramadan tahun ini menjadi sia-sia. Kemenangan yang sepatutnya disambut di bulan Syawal hanyalah terlihat didepan mata sesama manusia tetapi tidak bermakna dan bernilai disisi Allah SWT.

Tewas Godaan Hawa Nafsu Di Bulan RamadanTewas Godaan Hawa Nafsu Di Bulan RamadanTewas Godaan Hawa Nafsu Di Bulan Ramadan
 Bunga mawar cantik dan harum mewangi namun awas! ianya berduri...

Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga Ramadan ini mendidik kita agar tidak tewas dengan godaan hawa nafsu diri.


Ditulis oleh :

20 comments - "Tewas Godaan Hawa Nafsu Di Bulan Ramadan"

mselim3 delete icon 8:42 PG

Assalammualaikum...BM.

tak mahu tewas sebelum berjuang.. insaallah moga2 ramadan ini lebih baik daripada ramadan sebelumnya.

mselim3

rumah akak menu mcm hari2 biasa...cuma waktu makan ja yg berbeza..

baik :)

paridah delete icon 10:23 PG

jgn sesiakan ramadan yg menjanjikan pelbagai ganjaran pahala dgn perkara2 yg larho.

Unknown delete icon 10:27 PG

Ameen.. Ya Rabb..

Unknown delete icon 11:52 PG

Pejuangan belum selesai...
Selamat berpuasa

Bahrain delete icon 12:04 PTG

Memang godaan di bulan Ramadhan semakin membuak-buak dengan bazar Ramadhan kemudian dengan jualan yang berlambak-lambak sempenan raya. Boleh beli tapi jangan membazir.

Kawalan kendiri di dalam Ramadhan tu penting. Kalau kita tak dapat hayati erti Ramadhan terutama sekali dalam bab mengawal hawa nafsu, maka kita berpuasa sekadar penat berlapar dan dahaga sahaja.

moga2 bertambah baik

Tanpa Nama delete icon 8:57 PTG

perjuangan yang menuntut 1001 kesabaran dan ketabahan...

Salam Ramadhan Hari ke Dua BM...
Perkongsian yang baik utk kita semua ...
Tq BM

Zawiah delete icon 12:32 PG

berbuka untuk mengalas perut bukan memenuhkan perut . banyak mana pun makanan yg ada depan mata , yg masuk perut sikit jer . ibadah kerana Allah bukan utk riak pada manusia .

Fiza Rahman delete icon 10:05 PG

Mekasih atas perkongsian. Betul tu. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Tapi kena jaga nafsu juga. Mata, telinga, mulut dan hati.

jie susanos delete icon 10:55 PG

walaupun dijanjikan dgn pahala yang berlipat ganda tapi cabarannya pun xkurang hebat..semoga kita jgn ikut hawa nafsu semasa hndk menbeli sesuatu.

KamilSalleh delete icon 2:56 PTG

Salam... inilah masanya utk mrngetahui perkembangan status halal dan perkara yg berksitan .

Yana Yani delete icon 3:53 PTG

terima kasih tuk peringatan tu BM =)

Org kita slalu menang membeli tp tewas memakai terutamanya dibulan puasa ni. Beli makan berlambak2 lepas tu termenung tengok sbb kekenyangan huhu... t kasih atas peringatan ini..

Bunda_nora delete icon 9:00 PG

Sama2 kita saling ingat mengingati..

Firs delete icon 2:47 PTG

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,
ANDA HARUS BERTINDAK DENGAN BIJAKSANA SEGERA!!!
Dalam menjalani kehidupan sebagai khalifahtullah, tiada siapa pun diantara kita dikecualikan dari menghadapi masalah perihal hubungan kita dengan Allah, sesama manusia, makluk-makluk lain termasuk pohon dan binatang dan juga alam sekeliling, masalah fizikal seperti kewangan, kesihatan dan 1001 jenis pemasalahan. Namun yang membezakan kita hamba Allah ialah apakah terlibih dahulu kita mengerti atau memahami akan setiap pemasalahan yang dihadapi dimana seterusnya meneruskan pula cara yang terbaik bagi menghadapi dan mengatasinya...(Berdoa, Ikhtiar dan Tawakkal)...
Sila lawati :-
1. http//www.mudah.my/serinitygallery
2. http//www.mudah.my/Rahsia+Kehidupan-37553118.htm
3. Facebook : Serinity Probina

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap