Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda semua mesti biasa melihat dan mendengar kata-kata ini "Kepelbagaian Bio" yang sering berkumandang di media elektronik tempatan. Ianya adalah iklan tentang maklumat sumber kekayaan negara Malaysia dari sudut biologi, ekosistem dan alam semulajadi

Kepentingan Kepelbagaian Bio Atau Biodiversiti
Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara paling kaya dari segi kepelbagaian bio.  
Terdapat lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dijumpai di Malaysia iaitu hampir 10 peratus daripada jenis tumbuhan berbunga yang terdapat di dunia. Malaysia turut memiliki lebih 175,000 spesis haiwan iaitu lebih daripada 15 peratus daripada semua spesis yang hidup di dunia.  
Terdapat lebih 3,000 spesis orkid iaitu antara bunga yang paling eksotik di negara ini disamping lebih 350 spesis reptilia, 300 spesis mamalia, 1,000 spesis rama-rama, 730 spesis burung. Malaysia juga merupakan habitat kepada bunga terbesar di dunia (bunga Rafflesia), pokok tropika tertinggi (pokok tualang) dan penghuni pokok yang terberat di dunia (orang utan).  
Ekosistem semulajadi Malaysia adalah antara yang paling mengagumkan di dunia yang terdiri daripada hutan hujan tanah rendah, hutan bakau, hinggalah ke hutan paya, hutan bukit dan gua batu kapur, hutan gunung dan juga padang rumput Alpine yang kesemuanya berada berhampiran dengan garisan Khatulistiwa. 

Kepelbagaian Bio Atau Biodiversiti
Apakah yang anda faham dengan maksud Kepelbagaian Bio? Dah macam nak belajar ilmu sains pula. Tapi sekurang-kurangnya kita faham daripada sekadar mendengar sahaja. Kepelbagaian Bio atau dikenali juga sebagai biodiversiti merujuk kepada kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan. Ianya adalah variasi pelbagai bentuk kehidupan yang ada di bumi ini. Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil kuman hingga ke hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-pokok yang besar. - sumber

Kepentingan Kepelbagaian Bio Atau BiodiversitiKepentingan Kepelbagaian Bio Atau BiodiversitiKepentingan Kepelbagaian Bio Atau Biodiversiti

Sumber kekayaan negara ini kian rakus dirompak kerana sikap tamak dan pentingkan diri sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan segera tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap kehidupan dimasa hadapan. Hutan-hutan diteroka dan di ambil segala khazanah berharganya. Bukit-bukit diratakan. Sungai-sungai dan tasik semulajadi dikambus, manakala sumber air bersih kian tercemar. Binatang-binatang mulai hilang habitatnya dan berhijrah. 

Semuanya ini memberi kesan bukan sahaja kepada mereka yang melakukan aktiviti tersebut tetapi kepada semua orang walaupun anda tidak pernah terlibat, ambil tahu dan ambil peduli tentang biodiversiti, ekosistem dan alam semulajadi.

Kepentingan Hutan Dan Alam Semulajadi

Hutan merupakan kawasana tadahan hujan semulajadi terbaik. Ianya menjadi pengumpul dan penapis sumber air semulajadi yang menyalurkan air bersih melalui mata air dan sungai untuk keperluan semua hidupan. Selain itu ia juga pembekal oksigen terbesar untuk semua makluk bernafas. Hutan juga menjadi pelindung buat kita dari kesan rumah hijau dimana ianya berfungsi mengekalkan keseimbangan suhu, iklim dan cuaca. Bayangkan jika ianya sudah tiada... apa akan jadi dengan kehidupan kita?

Kepentingan Kepelbagaian Bio Atau Biodiversiti

Hutan juga menjadi tempat tinggal, habitat dan sumber makanan bagi binatang. Apabila ianya diceroboh maka binatang-binatang ini terpaksa mencari lokasi baru. Andai lokasi baru sudah tiada maka binatang-binatang ini akan pupus atau akan hidup bersama dengan kita. Mahukah anda hidup dikelilingi oleh binatang-binatang ini? 

Sudah tentu tidak! Dan akhirnya binatang-binatang ini akan mati. Kesannya... ia akan mengganggu rantaian makanan dan kitaran kehidupan ini. Sesetengah binantang pula akan terus bertambah dengan banyaknya. Ketidakseimbangan ini akan membawa bencana kepada kehidupan kita akhirnya.

Bentuk muka bumi ini yang pelbagai rupa bukanlah sesuatu yang tidak sengaja. Setiap kejadian itu ada sebab dan fungsinya. Jika bukit-bukit diratakan, sungai dan lembah di kambus, maka ianya mengganggu ekosistem semulajadi alam ini. Kejadian tanah runtuh, mendapan, banjir dan hilangnya kesuburan tanah akan berlaku. Lebih teruk lagi, ianya merubah suhu dan tekanan yang akhirnya membawa kesan kepada ketidakstabilan pada alam dan cuaca. 

Kekalkan Kepelbagaian Bio atau Biodiversiti Ini

Oleh itu, Kepelbagaian Bio atau Biodiversiti adalah amat penting untuk keseimbangan ekosistem. Ianya adalah rantaian makanan yang penuh kerana biodiversiti membekalkan makanan, minuman, habitat kepada semua makluk yang hidup dimuka bumi ini. Iannya perlu dikekalkan kerana ia adalah keseimbangan dalam mengekalkan dunia ini dalam keadaan stabil, selamat dan aman. 

Kepentingan Kepelbagaian Bio Atau Biodiversiti

Apakah peranan setiap individu dalam mengekalkan biodiversiti ini? Kongsikanlah pandangan anda untuk rujukan dan kebaikan bersama kerana mencegah itu lebih baik dari merawati. Menyesal kemudian tiada gunanya...


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

17 comments - "Kepentingan Kepelbagaian Bio Atau Biodiversiti"

Kakzakie delete icon 9:26 PG

Namun apa yg jelas dimata kita pembangunan yg dikejar di negara kita sering mengabaikan itu semua. Yg jadi 'perompak besar' sebenarnya bukan rakyat tetapi selalu rakyat yg disaran dan dilaung-laungkan utk menjaga. Entahlah... bulan baik ni bersangka baik ajelah dik..

Sangat-sangat setuju dengan akak... Nak bersangka baik macam mana jika segala yang tak baik terlihat didepan mata dan kini kesan buruknya kita rasai bersama...huhu...

Vee Sandi delete icon 9:51 PG

pembangunan yg memusnahkan alam . sukar dibendung oleh pecinta alam sekitar sebenarnya . jepun dan singapura adalah antara negara yang masih cuba mengekalkan kewujudan pokok di bandar .

mama dee delete icon 10:36 PG

Sometimes the environment exploitation is legal for the sake of short term economic growth. However they do not consider the long term consequences. This is alarming sign for human being.

paridah delete icon 11:35 PG

kepelbagaian bio adalah kekayaan negara yg mengindahkan alam semulajadi kita moga ianya kekal terpelihara...

Pha Is delete icon 12:39 PTG

kita beruntung kerana mempunyai kawasan hutan yg kaya dengan biodiversiti... tapi sayang masih ada lagi yg x pandai nk menghargainya..

Aku Penghibur delete icon 12:41 PTG

keindahanya yang ada sering kali menjadi di rosakkan oleh tangan-tangan yang sentiasa dengan kepuasan kekayaan. lupakan segalanya demi kepentingan mereka

Fida Z Ein delete icon 12:51 PTG

Salam...benar kata Vee Sandi....Singapura adalah antara negara yang berusaha mengekalkan tanaman walau pun di dalam bandar.... Malaysia sememangnya bertuah kerana kalau nak belajar tentang pokok-pokok hutan boleh ke hutan.... Singapura pun terpaksa ke Malaysia.... semoga biodiversiti Malaysia dapat bertahan lama melalui kesedaran dari hati...

macam rencana biodervisiti bila baca entri ni.teringat pula pada salah satu kisah di novel Aku Bercerita karya RAM berkenaan tabiat manusia yang suka merosakkan hutan dan alam semula jadi.

semoga Allah memelihara alam kita.....Selamat berpuasa.

Jie Susanos delete icon 11:19 PTG

bila baca apa yg diperkatakan oleh bm..macam mana nasib haiwan dan tumbuhan di kemudian hari..ini jgk memberi kesan pada mnusia..

Alam semulajadi yang kian hilang kehijauannya oleh kerakusan tangan2 manusia..

Semoga ianya kekal untuk generasi akan datang.

Fiza Rahman delete icon 11:44 PG

Thanks atas perkongsian. Hari² tgk iklan ni kat TV. Dah naik hafal sket dialog nya ☺

Kehidupan manusia bergantung kpd kesihatan alam sekitar... klu alam sekitar tak sihat, lambat laun manusia juga akan menjadi semakin tak sihat... generasi kita akan menjadi generasi yg berpenyakit... wallahualam..

yana yani delete icon 2:29 PTG

selalu dok dengar perkataan tu dengan tv
tapi tak begitu faham, sekarang baru faham

BUDI HIJAU delete icon 9:10 PG

bagaimana pulak cara kita menulis karangan dalam mengaitkan remaja dan alam sekitar?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap