Iklan terbaru hari raya 2014. Atuk-Nostalgia Raya Bersama Nissan
Iklan Hari Raya Terbaru 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saban tahun pasti ada sahaja iklan hari raya yang menarik mahupun memikat hati diterbitkan. Iklan hari raya apakah yang paling anda gemari dan ingati? Selalunya iklan yang paling dinanti dan mendapat perhatian adalah iklan yang ianya mempunyai mesej disamping penceritaan yang dekat dengan kehidupan dan budaya kita.

Baru sahaja masuk minggu kedua berpuasa, dah mula bercerita pasal menyambut hari raya...hehe! Bukan apa, kini satu iklan raya baru yang menarik dan menyentuh hati telah pun diterbitkan. Iklan terbitan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) adalah sempena dengan kempen perayaan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Biasalah... untuk kempen pembelian kereta baru untuk dibawa pulang beraya.

Iklan bertemakan kekeluargaan yang bertajuk 'Atuk - Nostalgia Raya bersama Nissan' ini agak menarik dan menyentuh hati. Ianya amat bertepatan dengan tagline Nissan iaitu "Orang Jauh Lagi Dikenang, Orang Dekat Makin Disayang. Tak Kira Jauh Atau Dekat, Kami Menyatukan Anda Dengan Semua".

Buat masa ini, inilah iklan hari raya terbaru yang menarik dan agak baik bagi Ramadan dan Syawal 1435H / 2014 ini. Selepas ini pasti akan menyusul lagi pelbagai iklan-iklan lain dan yang paling dinantikan pastinya iklan hari raya dari Petronas. Anda saksikan dan nilaikan sendiri iklan ini yang berdurasi hampir lapan minit atau terus ke link berikut : Atuk @ Youtube



Kalau anda masih ada atuk dan nenek dikampung tu, luangkanlah masa ziarah mereka untuk berbuka puasa dan bersahur bersama. Jangan pula tunggu sampai hari raya baru nak pulang... 


p/s: Kereta Nissan Sunny dalam iklan ni memang nostalgia...
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

22 comments - "Nostalgia Raya Bersama Atuk"

Assalamualaikum BM..
tak berkesempatan tonton iklan ni lg..

eh..tak pernah lagi la tengok iklan nie..macam best jer

iklan menarik & menyentuh hati tapi sound tak berapa bagus.. suara tenggelam & tak clear .. susah nak paham

dulu2 iklan raya oleh arwah Yasmin Ahmad sangat2 menyentuh hati walaupun terselit unsur2 lucu

Dunia Zumal delete icon 12:58 PTG

Yang last tu buat zumal mengalir air mata...

mselim3 delete icon 1:42 PTG

Assalammualaikum... BM,

Best gak iklan nie.. macam tonton drama kat tv penuh dengan nilai2 sentimental dan kasih sayang sesama keluarga.. best2,,

mselim3

dah tengok iklan raya ni..part akhir tu sedih..

paridah delete icon 3:13 PTG

IKLAN2 RAYA SGT KREATIF N MENYENTUH HATI...IKLAN YG NI XTENGOK LAGI....

menyentuh hati....

Zawiah delete icon 6:35 PTG

iklan raya dulu2 byk sgt yg nostalgia ... psst : nak kuatkan SEO on Page camna ya . ada tips tak . tynt tu saya dah lama pasang .

Unknown delete icon 10:54 PTG

idah dah tak ada datuk mahupun nenek lagi... belum pernah tengok lagi iklan nie... :)

BinMuhammad delete icon 12:34 PG

Untuk anda, saya sarankan kuatkan SEO On Page melalui rich snippet kerana ianya penting untuk enjin carian mengenal pasti sesebuah artikel yang original dan dipercayai kerana entri anda sudah mempunyai authorship. Cara-cara lain hanyalah teknik biasa untuk mengukuhkan entri dimata enjin carian. Anda boleh ulangkaji semua ini dari entri berikut : http://relakssminda.blogspot.com/2014/05/cara-aplikasi-teknik-on-page-seo.html
Saya pun bukan pakar sangat tapi kalau ada masalah boleh saja bertanya dan saya cuba bantu apa yang saya tahu. :)

BinMuhammad delete icon 12:46 PG

Waalaikumsalam...
Tak pasti dah kluar kat TV atau tidak... Baru tersiar di Youtube jer.

BinMuhammad delete icon 12:48 PG

Saya lihat terang dan jelas bunyinya pula... Hmm... Speaker cik jah kot, hehe...

BinMuhammad delete icon 12:50 PG

Betul tu... Arwah memang banyak mengarah iklan yang menarik dan menyentuh hati.

huhu..mmg mengudang nostagia..

Fiza Rahman delete icon 11:43 PG

Tak pernah tgk lagi iklan ni. Tapi saya suka iklan raya dari petronas ☺

Khir Khalid delete icon 6:46 PTG

Atuk saya dah di KL dijaga oleh makcik saya.. Klu raya anak2 semua kena balik KL bukan balik kampung dah sbb rumah makcik tu dah jadi rumah induk. Org raya kat kampung, kami biasanya beraya kat KL dah skrng... apa ada raya2 kat KL.. :D

ANIM delete icon 1:17 PTG

Aaa..mesti tangkap nangis sebab atuk dan nenek dua2 belah dah tak ada...

Tanpa Nama delete icon 3:34 PTG

terbaik....nenek belah mak ada,tapi atuk da xda..belaha ayah dua² xda..xsempat tengok pun :(

Yana Yani delete icon 3:07 PTG

kesian tengok orang tua ni
mujur ada anak cucu nak menumpang kasih

sangat menyentuh perasaan..tak sabar nak pulang ke kampung halaman

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap