بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tugasan Geografi PT3 - Langkah Permulaan Memelihara Alam Sekitar
Kajian Tugasan Geografi PT3 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat pertama kalinya Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dilaksanakan tahun ini bagi menggantikan PMR. Nampaknya jelas sekali perbezaan penilaian dalam menilai prestasi murid-murid. Salah satu penilaian yang dilakukan adalah tugasan kertas kerja kajian individu bagi setiap murid.

Apa yang menarik perhatian saya adalah bagi Mata Pelajaran Geografi (23) tahun 2014 iaitu Tugasan Geografi bagi PT3 dimana calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon.

Tajuk Tugasan Geografi PT3 ini amat menarik dan bagus sekali dalam memberi kesedaran dan menjadi langkah permulaan kepada generasi muda untuk memelihara dan mencintai alam sekitar dari pencemaran.

Kajiannya adalah merangkumi perkara-perkara berikut :
  1. Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji
  2. Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut
  3. Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian.
  4. Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.

Mendidik Dan Mencegah Pencemaran Alam Sekitar
Tugasan dan kajian ini dapat mendidik generasi masa kini dalam membantu memelihara dan mencintai alam sekitar yang semakin hari semakin musnah dan tercemar. Mereka adalah generasi yang akan menempuh masa depan yang semakin mencabar. Kesedaran dan kecintaan harus dipupuk dari sekarang agar mereka memahami betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan dan alam ini.

Tugasan Geografi PT3 pula amat bersesuaian dan mudah kerana ianya kajian meliputi skop yang kecil iaitu hanya dikawasan tempat tinggal atau sekolah namun sudah cukup memperlihatkan pemerhatian dihadapan mata mereka sendiri terhadap apa yang telah dan sedang berlaku kepada alam sekitar.

Inilah pentingnya peranan setiap individu terhadap pemeliharaan alam sekitar. Keprihatinan dan kepedulian terhadap kawasan setempatlah sebenarnya perlu diutamakan kerana jika dibiarkan ia akhirnya akan menjadi masalah global.

Tugasan Geografi PT3 - Langkah Permulaan Memelihara Alam Sekitar

Terhad Bukan Kekangan Kreativiti

Mungkin skop yang kecil ini pula akan memberi sedikit kesukaran kerana kekurangan bahan serta lokasi kajian yang terhad boleh memungkinkan berlakunya banyak kajian yang hampir sama sahaja isi kandungannya. Disinilah akan menyerlahkan daya kreativiti seseorang calon dalam mengolah dan mempergunakan bahan yang terhad sehingga mampu memberi hasil kajian yang menarik, unik, asli dan tersendiri.

Tugasan Geografi PT3 - Langkah Permulaan Memelihara Alam Sekitar
Cintai Alam Sekitar 
Calon-calon janganlah terikat dengan topik-topik yang klise dan hanya merujuk kepada sumber-sumber yang diberi. Permasalahan alam sekitar ini sama sahaja dimana-mana, lokasi tidak penting tetapi bagaimana cara dan kebijaksanaan calon mengaitkan serta merumuskannya dengan masalah sejagat adalah paling bernilai.

Daya pemikiran mestilah berkembang untuk tidak hanya melihat, ambil gambar dan membuat huraian. Cuba kaji keadaan setempat bermula dari keadaan sebelum, kini dan bayangkan masa akan datang.

Jangan anggap Tugasan Geografi PT3 ini sebagai satu bebanan. Cuba selami topik kajian dan karanglah dengan hati dan jiwa yang ikhlas yang bukan sekadar untuk mendapat markah yang tinggi tetapi sebagai manusia yang inginkan kehidupan yang lebih aman, sejahtera serta sihat untuk masa kini dan akan datang. Jadilah seorang yang menolak akan pencemaran dan cintakan alam sekitar... InsyaAllah segalanya akan menjadi mudah.

Semoga PT3 Berjaya

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga tugasan bagi setiap subjek dalam PT3 ini dapat memberi lebih ilmu yang bukan sekadar untuk cemerlang dalam pelajaran tetapi menjadikan murid-murid lebih mendekati dan memahami secara praktikal tentang subjek yang mereka pelajari. Satu langkah permulaan yang wajar dan positif dalam sistem pembelajaran masa kini.


Semoga berjaya buat semua calon-calon PT3 dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Semoga tugasan kajian PT3 ini juga dapat mencapai matlamat yang disasarkan oleh kementerian.


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

14 comments - "Tugasan Geografi PT3 - Langkah Permulaan Memelihara Alam Sekitar"

Yana Yani delete icon 11:19 PG

wah, dahsyat bebudak sekarang kena buat
saya dulu kat U aje baru jumpa bebenda ni
apapun all the best buat mereka

Shahrul Yusof delete icon 12:17 PTG

Bagus jugak cara macam ni. Baru la dapat galakkan murid-murid mencari ilmu. Lagipun, ilmu perlu dicari dan digali, bukannya perlu disuap.

Tanpa Nama delete icon 12:58 PTG

hmm... anak kathy adalah perintis sistem PT3 tahun ni.. tqvm BM sudi berkongsi maklumat..

Bahrain delete icon 2:43 PTG

Pendidikan sekarang nampak semakin upgrade.

Unknown delete icon 3:21 PTG

bagus untuk bagi minda berfungsi.. mak ayah pun kena tahu jugakan..

paridah delete icon 4:05 PTG

moga xder yg komplen tentang perlaksanaan pt3 ni ya...biasanya yg baru lbh baik...

Semkin mencabar tugasan pelajar sekarang..

Anak dara kakak siap ambil gambar lagi kawasan yg terlibat. Menggoogle sampai ke sekolah pun bawa laptop hanya kerana subjek geografi PT3 ini. Moga mereka semua berjaya. Dah hantar pun. Tarikh akhir pada 17-07-2014 yg. lalu.

Siap jumpa blog ini tau masa anak kakak menggoogle dan mereka juga membaca kakak punya komen di N3 BM yg lama. Satu rumah semua ketawa...

Bersesuaian dengan keadaan semasa, pelajar semakin lama semakin cerdik..

sebenarnya dari zaman saya sekolah lagi, matapelajaran georafi sudah ada syllabus kajian georgrafi tempatan ni. Bagi saya syllabus tu sangat baik

Khir Khalid delete icon 2:32 PTG

Mudah2an in dpt membantu memberi pencerahan serta pemahaman yg baik kpd pelajar2 utk kebaikan generasi kita semua... aamiin.

mama dulu sekolah geografi kantoi habis.. adui.. lemah betul bab tu

Bunda_nora delete icon 8:03 PG

Anak2 kita sekarang ni lebih cerdik ...kerana mereka banyak didedahkan dengan bahan2 yang mudah dibuat rujukan...yang penting rajin dan usaha..

Tugasan yang mampu menguji dan mencabar keupayaan pelajar dalam menyediakan kajian kes.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap