بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cita-citaku ingin menggapai pelangi nan indah di langit yang tinggi... Mampukah aku...?

Cita-citaku Menggapai Pelangi
Pelangi nan indah... Anugerah Allah SWT

Cita-Citaku

Cita-citaku hendak menjadi kaya. Macam-macam telah ku lakukan. Orang buat itu... aku buat, orang buat ini... aku buat, orang buat macam tu... aku pun ikut buat. Orang berjaya... aku macam ni juga.

Cita-citaku hendak rumah besar dan mewah. Macam-macam telah ku lakukan. Orang buat itu... aku buat, orang buat ini... aku buat, orang buat macam tu... aku pun ikut buat. Orang tinggal di rumah banglo mewah... aku macam ni juga.

Cita-citaku hendak melancong keluar negara. Macam-macam telah ku lakukan. Orang buat itu... aku buat, orang buat ini... aku buat, orang buat macam tu... aku pun ikut buat. Orang dah sampai keliling dunia... aku macam ni juga.

Misi Menggapai Pelangi

Cita-citaku ingin menggapai pelangi... Ianya sungguh indah di depan mata. Macam-macam telah kucuba namun aku tidak mampu menggapainya...

Cita-citaku Menggapai PelangiCita-citaku Menggapai Pelangi

Walaupun cita-citaku tidak kesampaian, namun aku masih mampu meneruskan hidup. Aku masih mampu untuk bercita-cita dan masih boleh untuk mencuba...

Aku tidak pernah mengeluh, aku tidak pernah kecewa... Aku hanya bersyukur. Aku akan terus punya cita-cita dan berusaha mencapainya...

Walaupunku tahu pelangi itu mustahil untukku gapai tapi tidak bermakna aku langsung tidak boleh memilikinya... Kini, aku nyaman dan segar bersama 'pelangiku...'



Tiada yang mustahil dalam hidup ini... Selamat berhujung minggu.... :)

Nyaman dan segar bersama kipas pelangi
Nyaman dan segar bersama kipas pelangi


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________

21 comments - "Cita-Citaku Ingin Menggapai Pelangi"

masa sekolah dulu,ingat satu perkataan utk mengambarkan susunan warna pelangi...sekarang dah lupa..anak2 pulak yg tolong ajarkan...

cantiknya pelangi-pelangi itu.. semoga tercapau segala cita-cita BM ye.. :)
selamat pagi..

ada banyak lagi cita-cita yang belum tercapai...sangat indah pelangi tu

Banyak cita-cita dalam kepala ni ;)

paridah delete icon 11:05 PG

INDAHNYA PELANGI XTERGAPAI TANGAN...SELAMAT BERHUJUNG SAMBIL MENGECAPI KEBHGIAN APA YG TELAH TERGAPAI DGN PENUH KESYUKURAN...

kreatifnya orang yang buat kipas pelangi..

hihi... tak semestinya apa yang xleh digapai tu kita kena stop berusaha!! ahahha ^^

semoga tercapai... laskar pelangi ^_^

Assalammualaikum... BM ,

cantik pulak... kipas pelangi tu kan...

mselim3

pls: dah lama tak tgk pelangi....

cantiknya kipas pelangi tu.. moga tercapai segala impian..in shaa Allah..

Kathy R'bain delete icon 10:07 PTG

moga tercapai...

Org yang gagal adalah org yg gagal utk berusaha mengejar impian.. Impian tak semestinya dapat dicapai sepenuhnya tetapi kegagalan mengejarnya adalah satu kegagalan yg merugikan. Semoga tercapai segala impian yg BM hajati... aamiin.
p/s: tenung lama2 kipas pelangi tu boleh jadi mcm kena hipnosis tu hehee.. Salam ceria hari minggu.. :D

Cakap pasal pelangi...baru teringat, dah lama dah tak tengok pelangi...

SalamBM ..Lya singgah sini .Wahh !!! Moga cita2 BM tercapai hendaknya ..Cakap pasal pelangi ..Teringat pulak kat benda yang berwarni warni ...Bila tgk banyak sangat warna dalam satu benda TERINGAT pelangi...

ANIM delete icon 8:38 PTG

dulu-dulu, takut kudung jari tunjuk pelangi...
sekarang, siap nak gapai lagi:-))

titan delete icon 9:00 PTG

kreatif habis kipas tu eh..

yandi delete icon 11:45 PTG

semoga cita-citanya tercapai dan kipas pelanginya kreatif sekali ya untuk buatnya. terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik :)

yana yani delete icon 1:11 PTG

manusia memang perlu bercita-cita kan BM
kipas tu kreatif,
tapi kalau tenung, mau pening

Fiza Rahman delete icon 4:58 PTG

Smoga tercapai cita² yg di impikan.

Vee Sandi delete icon 9:01 PTG

yg ptg nyaman n segar bersama pelangiku ...

baby comel delete icon 10:45 PTG

terlalu jauh nak menggapai impian sendiri. Tapi, masih tetap tersemat cita2 tu dlm hati.. insyaAllah Tuan BM, rezeki tetap ada

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap