بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Memahami Bounce rate |
Sebelum kita pergi jauh dan menggali tentang ilmu Bounce rate, adalah lebih baik kita fahami dan kenali dulu apakah makna atau yang dimaksudkan dengan bounce rate.
Maksud Bounce Rate
"Bounce Rate is the percentage of single-page visits (i.e. visits in which the person left your site from the entrance page without interacting with the page)." - Google AnalyticsDalam bahasa mudah makna atau maksudnya adalah, "Bounce rate adalah peratusan jumlah pengunjung blog anda yang hanya membuka satu entri dan kemudiannya berlalu pergi tanpa melihat entri-entri anda yang lain."
Contoh mudah bagaimana cara pengiraan untuk mendapatkan peratusan bounce rate :
- Dalam sebulan, jumlah pengunjung blog anda adalah 100 orang.
- 20 orang pengunjung membuka dan membaca hanya satu entri anda dan terus keluar.
- 80 orang pengunjung pula membuka dan membaca lebih dari satu entri.
- Oleh itu kiraan bounce rate blog anda adalah 20/100 X 100 = 20%
Ini bermakna, semakin rendah peratusan bounce rate adalah semakin bagus kerana ia menunjukkan ramai pengunjung blog anda membuka dan membaca lebih dari satu entri.
Sebagai perbandingan mudah ;
"Yang mana lebih bagus untuk sesebuah kedai, seorang pembeli hanya membeli satu barang atau seorang pembeli tetapi membeli banyak barang?"
Kepentingan Bounce Rate
Apabila sesebuah blog mempunyai peratusan bounce rate yang rendah, ianya pasti akan memberi kesan positif keatas jumlah pageviews. Ia juga akan memberi gambaran bahawa entri-entri di blog anda amat bagus serta disukai ramai. Peratusan Bounce rates juga dapat digunakan untuk menganalisa keberkesanan dan efektifnya sesebuah entri dalam menarik minat pembaca.Data Bounce rate Relaks Minda Sept 2014 - Google Analytics |
Oleh kerana data bounce rate ini sangat penting dan memberi impak yang besar kepada blog, maka anda perlu tahu dan bijak untuk menarik pengunjung blog untuk membuka dan membaca entri-entri anda yang lain.
Cuba anda anggap blog umpama sebuah kedai runcit. Seorang pelanggan masuk dan ingin membeli sekilo gula. Bagaimana anda hendak menarik minat pelanggan tersebut untuk membeli barangan lain? Begitulah juga cara mudah untuk memikirkan bagaimana hendak menurunkan peratusan bounce rate dan cara atau teknik untuk melakukannya.
Cara Merendahkan Bounce rate
Anda ingin tahu bagaimana caranya? Anda boleh ikutinya melalui link berikut : http//:cara-tingkatkan-pageviews-rendahkan-bounce-rate.Namun begitu jika anda inginkan teknik dan tips yang lebih berkesan lagi, ianya akan dibongkar dalam entri selanjutnya nanti.
Data Bounce rate Relaks Minda Sept 2013 ~ Sept 2014 by Google Analytics Ingin tahu bagaimana cara nak turunkan bounce rate seperti ini? Nantikannya... |
Terima kasih dan teruskan bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
26 comments - "Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate "
terima kasih pencerahannya.... alhamdulilah wah hebat blog BM.. semoga terus suksess
assalam..itu maksudnya bounce rate yer..tq berkongsi info.
Assalam BM..kak nah tumpang gembira tengok bounce rate blog BM. muga makin bertambah-tambah hebat lagi dengan pengunjung yang datang..
Assalam, Terima kasih atas info ini. Saya juga monitor blog saya melalui google analytics. Setakat ini bounce rate blog masih ok. Sudilah berkunjung.
Soalan wajib jawab untuk BM. Pertama. Adakah sharing url dilaman sosial penyumbang utama BR yg tinggi? Kedua. Adakah artikel yg terlalu banyak juga penyumbang BR yg tinggi? :)
Saya boleh katakan ya dan boleh katakan tidak...
Ya...jika blog/entri tidak diaplikasikan untuk merendahkan bounce rate. Entri yang banyak tetapi tidak ada yang saling berkait dan kurang kualitinya.
Tidak...jika ianya dilakukan sebaliknya. (InsyaAllah...akan diceritakan dlm entri sambungannya nanti)
Terima kasih SP.... Selagi boleh jawab, saya akan cuba kongsikan bersama...
Setuju BM, entri yang berkualiti dan berkaitan penting agar pengunjung dapat menyelak entri-entri yang lain juga sebagai rujukan.
Setuju BM, entri yang berkualiti dan berkaitan penting agar pengunjung dapat menyelak entri-entri yang lain juga sebagai rujukan.
masih lagi belajar cara nak rendahkan bounce rate ni...payah gak..:D
bounce rate ni yang kak anim confius..rupa2nya makin rendah peratusnya makin bagus..
p/s tahniah. berubah wajah.
yap. lebih kurang gitulah maksudnya. hoho
Perkongsian yg cukup bermanfaat... alhamdulillah, setakat ni bounce rate saya pun masih takat rendah.. Mudah2an berterusan hendaknya...
Terima kasih BM. Nak kena belajar rendahkan bounce rate juga ni.
bounce rate saya agak tinggi
mungkin sebab blog peribadi
Ok baru faham.. terima kasih atas info ini..
Saya punya blog pun bounce rate rendah dan saya rasa bangga jugakla
Owh...baru tau. Thanks for sharing BM.
menunggu episod berikutnya ... tak sabar .
Saya baru tahu pasal bnda nie. Tq atas perkongsian. Bnyk perlu diperbaiki nie
www.ourlovebonding.com
Salam.
Tuan, saya cuba menggunakan plugin "Linkwithin" untuk menyarankan pelawat artikel yang berkaitan. Adakah ini salah satu cara untuk mengurangkan "bounce rate"? Plugin "Linkwithin" ini pula mencadangkan artikel yang kurang/tidak berkaitan, walaupun saya menggunakan "label" yang sama untuk kebanyakkan entri yang berkaitan. Mohon pandangan tuan
Ya...Penggunaan widget plugin "linkwithin' merupakan salah satu cara utk merendahkan bounce rate namun ianya tidak menjanjikan sepenuhnya kejayaan. Seperti yg saudara nyatakan adalah benar, plugin ini tidak memilih entri mengikut label kerana ianya hanya memilih entri berdasarkan tajuk entri dan keyword yang berkaitan. Sebab itu paparan tidak semestinya berkait dgn entri tersebut dan gagal berfungsi untuk merendahkan bounce rate.
Oleh itu teknik yg betul, jika ianya dalam label yg sama, gunakan keyword yg sama pada tajuk atau dalam entri untuk widget ini berfungsi seperti yg saudara kehendaki.
Ini juga merupakan teknik SEO untuk menyerlahkan entri2 anda kpd niche tertentu. Apabila entri saling berkait, lakukan internal backlink utk mengukuhkan entri tersebut kerana ianya dapat menarik minat robot enjin carian.
Terima kasih Shahrulnizam... Semoga anda berjaya! :)
Ok. Sudah faham.
1- Saya perlu "ubah" tajuk entri saya supaya lebih relevan.
2- Pautan dalaman yang lebih kerap
Terima kasih sekali lagi.
Sangat menarik sekali..thanks BM..
Satu persatu ilmu boleh didapati disini...terima kasih BM..
hebatla BM. salute blog ni. memang terbaik. saya baru je nak fokus pd blog. tapi masih xde ilmu lg
Assalam..anis cari topik pasal bounce rate nie.. tengkiu ye atas penerangan.. boleh anis praktikkan.. :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”