بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku dan Ameng baru sahaja berehat setelah pulang dari sembahyang Jumaat. Ketika itu, Ameng sedang berbaring sambil berbuai di buaian guni yang digantung pada 'palang gelegor' di bawah rumahnya manakala aku pula terbaring di atas meja kayu yang sememangnya menjadi tempat melepas lelahku setiap kali pulang dari sekolah. Masing-masing terdiam sambil mata terkelip-kelip merenung tepat ke papan lantai rumah. Sememangnya ada masalah yang sedang bermain di fikiran kami berdua.
"Bin, apa kata kita jalan kaki jer... Ko nak tak?" Ameng bersuara. "Ko gila apa Meng! Jauh tuuu... !" Balas ku. "Alah, sambil jalan-jalan kita cubalah tahan kenderaan lalu lalang... mesti ada yang nak bagi tumpanglah!", Ameng cuba memujukku. "Ok, jugak... Mesti dia orang terkejut bila tengok kita sampai kan! Tapi... boleh ke? Kenapa tak naik basikal, kan lagi cepat?" soal ku pada Ameng.
"Kalau naik basikal, dah biase... nanti tak gempaklah. Kita buat kejutan! Amacam!? Mesti bolehlah... Takkan ko takut... haha!", Ameng cuba menaikkan ego ku. "Hmm... Oklah! Set! Malam ni juge kite kena gerak!" jawabku walaupun sebenarnya dalam hati masih ragu-ragu.
Tidak pernah aku percaya sehingga kini, hanya dengan satu idea spontan, aku dan Ameng akan melakukan satu kerja gila yang sememangnya kekal menjadi kenangan yang tidak akan dapat aku dan Ameng lupakan sehingga kini.
Aku dan Ameng sememangnya nak sertai perkhemahan tersebut namun kami ada masalah kewangan. Maka kami pun buat keputusan untuk tidak menyertai. Namun begitu dalam hati kami memang nak sangat pergi. Walaupun kami dipujuk oleh rakan-rakan sehinggakan ada yang sanggup sponsor tapi kami tetap menolaknya. Akhirnya, entah kenapa...bila tiba harinya, mulalah rasa menyesal dan terkilan.
Berikutan dari itulah timbulnya idea gila secara spontan untuk berjalan kaki dari sekolah menuju ke Lata Kinjang. Aku pun masih tidak percaya sehingga kini, bagaimana aku boleh setuju untuk melakukannya. Mungkin kerana terlalu seronok untuk membuat kejutan sehingga berfikiran singkat tanpa memikirkan perkara dan kesan yang bakal kami hadapi.
Mengikut perancangan, kami berdua akan bergerak lepas maghrib dan sampai di Lata Kinjang pada pagi keesokan harinya (Sabtu) sebelum rombongan bas dari sekolah sampai. Maka bolehlah kami membuat kejutan!
Aku dan Ameng hanya memberitahu kedua ibu bapa masing-masing yang kami pergi mengikut perkhemahan sekolah di Lata Kinjang tanpa memberitahu bagaimana kami akan pergi kesana.
Mengikut seperti yang telah dirancang selepas sahaja solat maghrib, aku dan Ameng bergerak pada malam itu juga menuju ke destinasi.
Namun sebelum itu, pada sebelah petangnya, kami telah memberitahu salah seorang rakan yang boleh dipercayai yang juga mengikuti perkhemahan tersebut untuk merahsiakan pemergian kami kerana kami perlukan beliau untuk membawa beg pakaian kami menaiki bas.
Hanya beliau seorang sahaja yang tahu perancangan kami. Malah dia sendiri pun geleng kepala... dan menganggap kami hanya bergurau. Hanya beliau sahajalah yang menjadi sumber informasi sekiranya sesuatu perkara buruk berlaku keatas aku dan Ameng. Pada masa itu pula manalah ada lagi handphone untuk berhubung... memang kami buat gila!
Tahukah anda berapa jauh jarak Lata Kinjang dari sekolah ku? Anda boleh lihat laluan yang kami terpaksa lalui untuk sampai ke Lata Kinjang. Jaraknya hampir 100km!
Kini, dua orang budak sekolah dengan hanya berbekalkan RM20 tanpa sebarang latihan dan jagaan memulakan perjalanan berjalan kaki di waktu malam. Apakah nasib kami? Berjayakah kami berdua sampai ke destinasi??
Ikuti sambungan misi idea gila ini di SINI
Aku dan Ameng baru sahaja berehat setelah pulang dari sembahyang Jumaat. Ketika itu, Ameng sedang berbaring sambil berbuai di buaian guni yang digantung pada 'palang gelegor' di bawah rumahnya manakala aku pula terbaring di atas meja kayu yang sememangnya menjadi tempat melepas lelahku setiap kali pulang dari sekolah. Masing-masing terdiam sambil mata terkelip-kelip merenung tepat ke papan lantai rumah. Sememangnya ada masalah yang sedang bermain di fikiran kami berdua.
Idea gila aku dan Ameng |
"Kalau naik basikal, dah biase... nanti tak gempaklah. Kita buat kejutan! Amacam!? Mesti bolehlah... Takkan ko takut... haha!", Ameng cuba menaikkan ego ku. "Hmm... Oklah! Set! Malam ni juge kite kena gerak!" jawabku walaupun sebenarnya dalam hati masih ragu-ragu.
Tidak pernah aku percaya sehingga kini, hanya dengan satu idea spontan, aku dan Ameng akan melakukan satu kerja gila yang sememangnya kekal menjadi kenangan yang tidak akan dapat aku dan Ameng lupakan sehingga kini.
Bermulanya Idea Gila
Kejadian berlaku semasa aku dalam Tingkatan 5. Sebenarnya persatuan pengakap sekolahku akan mengadakan satu program perkhemahan pada hujung minggu itu di kaki air terjun Lata Kinjang. (Kalau anda melalui Highway Plus pasti nampak satu air terjun dekat kawasan Tapah. Itulah air terjun Lata Kinjang di Chenderiang, Tapah).Destinasi - Lata Kinjang, Chenderiang, Tapah |
Berikutan dari itulah timbulnya idea gila secara spontan untuk berjalan kaki dari sekolah menuju ke Lata Kinjang. Aku pun masih tidak percaya sehingga kini, bagaimana aku boleh setuju untuk melakukannya. Mungkin kerana terlalu seronok untuk membuat kejutan sehingga berfikiran singkat tanpa memikirkan perkara dan kesan yang bakal kami hadapi.
Mengikut perancangan, kami berdua akan bergerak lepas maghrib dan sampai di Lata Kinjang pada pagi keesokan harinya (Sabtu) sebelum rombongan bas dari sekolah sampai. Maka bolehlah kami membuat kejutan!
Perjalanan Gila Pun Bermula...
Perjalanan yang gila... |
Mengikut seperti yang telah dirancang selepas sahaja solat maghrib, aku dan Ameng bergerak pada malam itu juga menuju ke destinasi.
Namun sebelum itu, pada sebelah petangnya, kami telah memberitahu salah seorang rakan yang boleh dipercayai yang juga mengikuti perkhemahan tersebut untuk merahsiakan pemergian kami kerana kami perlukan beliau untuk membawa beg pakaian kami menaiki bas.
Hanya beliau seorang sahaja yang tahu perancangan kami. Malah dia sendiri pun geleng kepala... dan menganggap kami hanya bergurau. Hanya beliau sahajalah yang menjadi sumber informasi sekiranya sesuatu perkara buruk berlaku keatas aku dan Ameng. Pada masa itu pula manalah ada lagi handphone untuk berhubung... memang kami buat gila!
Tahukah anda berapa jauh jarak Lata Kinjang dari sekolah ku? Anda boleh lihat laluan yang kami terpaksa lalui untuk sampai ke Lata Kinjang. Jaraknya hampir 100km!
Laluan menuju ke destinasi. Sekolah - Lata Kinjang |
Ikuti sambungan misi idea gila ini di SINI
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Idea Gila Yang Memang Giler!
29 comments - "Idea Gila Yang Memang Giler!"
wahhh jauh dan beraninya ? sampai ke tak tempat destinasi ?
WOOWW... LATA KINJANG...!!!! Bagan Datoh ke Lata Kinjang.... jauh tuu.....
Tak sabar nak tau kesudahan......... tentu menarik peristiwa sepanjang perjalanan tu.......
memang keje gila hehe...dah la waktu malam...
nak tau kesudahannya...apa akan terjadi...terjumpa makhluk apa..
pasti berjaya kan.. kalu dak tak ader cerita ker giler nie.. :D
Bila balik dari KL, selalu tengok ada air mengalir di situ...Rupa-rupanya itulah Lata Kinjang...
jauh jugak BM dan rakan berjalannya ya...dalam kegelapan malam pulak tu...
Mesti ada sambungan crita ni kan.. xsabar nak tunggu baca.. salam blogwalking..
Aikk... adik kakak ni buat kakak suspenlah pulak. Habis tu beg dah dibawa tak kan tak jadi pergi pulak. Tapi 100km tu memanglah jauh jiddan. Entahlah kakak tak boleh bayangkan. Tapi kalau rahsia bocor mungkin cikgu tumpangkan bas tanpa bayaranlah. Kalau kakak yg jadi cikgu tak sampai hati bagi naik aje bas sama-sama pergi..
dah macam cerita suspend ni BM, tak sabar pula nak tahu sambungan
BM buat semua ni dulu ke? dahsyat tu
100km berjalan kaki? memang idea gila! =)
saya tak suka sgt masuk2 hutan ni, banyak nyamuk tapi suka dengar dan baca pengalaman orang.
Ini memang betul betul gila nie...pancit rasanya.,..hehehe
confirm sampai!
seram ya ..http://madey09.blogspot.com/ apa khabar..
Memang ada semangat berpengakap. Zumal tak sabar nak tahu kisah seterusnya..
Singgah sekejap....
Ini memang kerja gila. Hampir 100 km tu bukan 1km jek... Dahlah bergerak waktu malam. Tetiba timbul feeling-feeling supernatural pulak!
Assalammualaikum... BM,
wahh.. mencabar betul idea dan cabaran nie.. kalau tak kuat semangat tak sampai... takper kita 'wait and see'... good luck BM...
mselim3
Alaaaa...sambung plak ker. Dah semangat baca nih ☺
ni yang tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya..
idea giler betul ni...
Tengah seronok membaca. Bersambung la pula..
Cepat2 sambung tuan blog.. Nak baca lagi.
Oh ya.. Salam singgah di sini. =D
menarik kisahnya ni awal2 lagi dh suspen...ish tergantung pula citernya...
Dari jauh boleh nampak air terjun, sangat menakjubkan, kebiasaannya kalau di Malaysia tak berapa nampak.
pengalaman paling berharga kan..syok2 baca..bersambungla pula..
lah..bersambung ke..
wah..best tu...
Zaman budak2 ni mmg best buat kerja gila ni hehee.. kdg2 bila fikir balik, boleh geleng kepala dibuatnya... menarik ni BM.. teruskan cerita kerja gila ni nanti eh.. :D :D
Menarik...pengalaman yg sukar di lupakan kan?
bila sambungan cerita ini...
Nilah yang ni katakan remaja yang suka mencabar diri ni...suka akan cabaran dan berani...Nak kena tunggu sambungannya pulak...
Aiyoyoyo....serius ni buat kerja giler?? fuhhh, telan ayaq liur 10x ni baca. 100km tu (h)
Terbaiklah perancangan..jarang dah dengar cerita budak2 buat macam ni sekarang..okeh, nak gi sambung baca sambungan dia..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”