بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kedamaian Di Hati, Kedamaian Hakiki dan Sejati |
Lahirnya kita dibumi bertuah ini setelah segala kesengsaraan dan keperitan lenyap. Namun benar-benarkah kita ini sedang menikmati kedamaian yang hakiki dan sejati?
Kedamaian yang kita nikmati hanyalah kedamaian secara zahirnya sahaja. Kedamaian sebenar yang hakiki dan sejati adalah kedamaian di hati. Hati akan tenang dan damai apabila tiadanya rasa takut dan gusar serta penuh keyakinan untuk mengecapi segala nikmat dan kebahagiaan yang kekal abadi.
Bagaimana untuk mendapat kedamaian di hati? Hanya melakukan 4 cara ini sudah cukup lengkap merangkumi segala yang kita perlukan untuk mendapat kedamaian di hati :
- Ikutilah segala perintah Allah SWT dan jauhi segala larangannya.
- Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan pedoman hidup.
- Contohi cara hidup Rasulullah SAW dan Para Sahabat.
- Sabar, ikhlas dan istiqamah dalam melakukan semua perkara di atas.
Kedamaian Di Hati Seorang Blogger
Sebagai sorang blogger, perlu diingat bahawa blog bukanlah perkongsian yang terhad untuk diri sendiri dan orang-orang tertentu kecuali di setkan kepada 'private setting'. Blog bebas dilihat dan diakses oleh semua orang tanpa sebarang halangan dan sempadan. Ianya jua mudah disebarkan dan bebas disalin tanpa sekatan.Oleh itu berhati-hati apabila menerbitkan entri. Kongsikan dan sampaikan perkara yang baik dan gambar/video yang bersesuaian. Setiap patah perkataan, gambar mahupun video yang anda kongsikan akan kekal di alam maya ini untuk bacaan dan tatapan. Setiap yang baik akan berterusan mendapat ganjaran dan jika sebaliknya... dosa berpanjangan jadi habuan.
Kedamaian di hati seorang blogger akan anda nikmati andai ikhlas berkongsi dan menyampaikan segala kebaikan dengan tiadanya keraguan serta kerisauan di hati andai ianya disebarkan dan disalin malah ianya akan memanjangkan lagi kebaikan untuk dinikmati oleh ramai orang.
Bersama kita saling ingat-mengingati kerana hidup di dunia realiti mahupun di alam maya... kita tidak berseorangan. Dalam asyik bersosial, tanpa kita sedari yang kita telah terkhilaf mahupun mengguris hati seseorang...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
15 comments - "Nikmat Kedamaian Yang Sejati Di Hati"
BM entri yang terbaik!!! Iolss is loikee...
nice entry..
assalam menulis di blog seperti kata BM...harus berhati-hati walau niat kita jujur namun kadang2 keseronokan menulis cerita melalaikan kita agar xterlalu terbuka...
betul lah tu BM, 100% setuju
kadang mungkin tak perasan seseorang mungkin terguris
biasa kalau pembacaan ni, mudah disalah tafsir walau si penulis tak berniat
lagipun people tend to make mistakes, nobody's perfect!
aiceh, speaking london pula! =)
Setuju.. setiap perintah Allah SWT & dalam sunnah pasti ada kedamaian buat jiwa insan. Ia adalah sebaik2 ubat utk ketenangan hati & kehidupan... Subhanallah.. Allahuakbar.
kedamaian bkn diperoleh mellaui wang ringgit..harta benda...tp rasa kehambaan terhadap Sang Pencipta Alam ni...bersujud dan memohon padaNYA...benar2 memberi rasa damai yg tak terkata,tak terungkap..
Assalammualaikum... BM,
nikmati kedamaian sejati sebagai seorang blogger... insan yang hanya semata2 mengharapkan keredhaanNya. :)
mselim3
Terima Kasih atas perkongsian dan nasihat yang berguna. akan cuba perbaiki yang kurang dalam diri ini :)
Salam BM..satu perkongsian ilmu yg cukup baik ..terima kasih kerana sudi bsgi teguram yg ikhlas ..moga2 kita semua dapat mencedok sedikit ilmu dalam menerbitksn sesebuah entri yg bermanfaat ..insyaallah..
terima kasih peringatannya memang menjga dari segi content blog ^_^
Terima kasih kerana mengingatkan ye BM..
Hati senang...fikiran tak kusut...badan sehat...ahli keluarga ceria dan bahgia...itu DAMAI jugak tu..
Terima kasih mengingatkan sahabat.....
Lama tak menjengah sini.... org tu pun sombong betul tak sudi nak menyinggah huhu
baikkkkk, akan cuba perbaiki diri. Sharing is caring. Ye, baik yang kita beri insyaAllah baik lah yg kita dapat. kan,
Saya lebih suka setting blog berbanding fb kena kita boleh tapis komen
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”