بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kandungan Entri Berkualiti Dan Tepat Dengan Tajuk Itu Penting - Content is King!
Kedua-duanya penting. Tajuk dan Pengisian.
Kandungan Entri Berkualiti Dan Tepat Dengan Tajuk Itu Penting - Content is King! : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam menerbitkan entri informasi, kita tidak dapat lari dari menerbitkan topik yang serupa dengan orang lain. Seperti blog ini, acap kali saya menerbitkan entri berkisar tentang kitar semula. Namun pada masa yang sama, ramai lagi blogger yang menerbitkan entri dengan keyword, tajuk dan topik yang serupa.

Begitu juga dengan topik 'dekorasi ruang tamu'. Begitu ramai sekali blogger menerbitkan topik, tajuk dan keyword tersebut. Melalui enjin carian google.com.my terdapat lebih kurang 489,000 carian yang menggunakan keyword "Dekorasi Ruang Tamu"

Namun apa yang ingin disampaikan disini adalah bagaimana sebuah entri yang baik dan berkualiti serta bertepatan dengan tajuk walaupun perlu bersaing dengan keyword yang diguna ramai tetapi masih dapat menjamin kunjungan trafik yang baik. Ingat...Content is king!

Entri Popular Relaks Minda

Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu, merupakan entri paling popular sepanjang masa di Relaks Minda. Entri yang diterbitkan pada 26 April 2013 ini, sehingga ke hari ini telah mencatat lebih dari 120K pageviews. Apa yang dimaksudkan popular disini adalah trafik yang sentiasa berterusan dan stabil yang diraih oleh entri ini.

Kandungan Entri Berkualiti Dan Tepat Dengan Tajuk Itu Penting - Content is King!
Antara Pageviews Posts dibawah label 'creative'.

Setiap bulan entri ini secara puratanya akan meraih lebih kurang 5K pageviews dan sentiasa stabil dari dulu sehingga ke hari ini. 

Kandungan Entri Berkualiti Dan Tepat Dengan Tajuk Itu Penting - Content is King!
Pageview dalam 30 hari 14 Ogos 2014 ~ 12 Sept 2014.
'Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu' satu2nya entri 2013 yang masih berada di dalam top 10 popular.

Entri ini dikarang dan diolah mengikut citarasa sendiri berpandukan permintaan dari seorang blogger iaitu Puan Mieza Jhaa K yang meminta idea dan tips untuk 'dekorasi ruang tamu' di rumah baru beliau.

Apa Istimewanya Entri "Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu"

Tiada yang unik dan istimewa tentang entri ini, cuma ianya diolah dengan selengkapnya tentang informasi, panduan dan contoh untuk menghias serta mendekorasi ruang tamu. Pada ketika entri ini diterbitkan (26 April 2013), memang tiada langsung pengetahuan tentang SEO maklumlah masa tu belum pun sampai setahun berblogging. Oleh itu, jika nak kata penerapan teknik SEO menjadi kekuatan entri ini, ianya tidak mungkin.

Kandungan Entri Berkualiti Dan Tepat Dengan Tajuk Itu Penting - Content is King!
Carian melalui google.my -12/9/2014
Kedudukan entri ini di enjin carian agak baik. Dalam carian google.com.my, entri ini berada di helaian pertama dikedudukan ke 9 manakala dalam carian google.com, ianya hanya mampu berada di helaian kedua dan terperosok dibawah.

Bayangkan trafik entri ini jika ianya berada didudukan terbaik di enjin carian Maka bayangkanlah juga.... berapa agaknya trafik entri yang berada dikedudukan teratas enjin carian? Apatah lagi jika di google.com.

Kadang kala tuah dan rezeki itu hadir tanpa diduga. Tidak semestinya perlu ada pengetahuan tentang SEO untuk menulis entri informasi... apa yang lebih penting adalah entri anda berkualiti.. Why? Contents is King!

Menyampaikan sesuatu topik itu dengan lengkap dan penuh dengan maklumat serta tepat dengan tajuk entri. Ianya juga mestilah original/asli hasil dari idea dan penulisan tersendiri anda. Setiap entri yang dikarang dengan baik, lengkap dan berkualiti sebenarnya telah menerapkan teknik SEO tanpa anda sedari.

Menulis Biarlah lengkap... Ikhlas Dari Hati 

Oleh itu, teruskan menulis dan menerbitkan entri informasi yang berkualiti. Pastikan segala yang ingin dikongsikan dan disampaikan itu lengkap maklumatnya agar pembaca puas hati kerana itu sebenarnya lebih memberi kepuasan dan berjaya berbanding hanya tajuk sahaja yang gempak tetapi isinya tiada atau tajuk lain, isinya lain!

Bukan semua blogger mampu menguasai teknik dan kepakaran dalam SEO tetapi semua blogger mampu menulis dan mengarang dengan baik. Gunakan kemahiran dan pengetahuan anda dalam sesuatu perkara atau bidang dan sampaikan informasi dengan jelas dan lengkap.

Seperti menulis karangan didalam peperiksaan, sudah pastinya karangan yang berkualiti, unik dan menarik serta tepat dengan tajuk yang diberi akan meraih markah yang tinggi. Begitulah juga yang perlu anda berikan apabila anda menulis di blog.


Kandungan Entri Berkualiti Dan Tepat Dengan Tajuk Itu Penting - Content is King!

Menulis entri informasi berbeza dengan menulis kisah peribadi. Begitu juga dengan teknik menulis entri berita sensasi semasa dan sebuah cerita. Setiap satunya punya teknik dan cara tersendiri untuk berjaya menempatkan dikedudukan terbaik dan menjadi carian di enjin carian. Ini akan saya perluaskan dalam entri yang lain pula.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________

15 comments - "Kandungan Entri Berkualiti Dan Tepat Dengan Tajuk Itu Penting - Content is King!"

Betul tu BM, apabila kita ikhlas dalam melakukan ssuatu, pasti ada ganjaran yg tidak disangka-sangka.

Fiza Rahman delete icon 11:31 PG

Thanks for the tips & sharing BM. Dah boleh bersaing dengan pakar SEO HH ni...hehehe...

Shark Kay delete icon 11:36 PG

wow...
semuanya beribu untuk satu entri.
i wish :)

Nao Mei delete icon 11:47 PG

Buat kari tertumpah minyak,
kuah sotong tidak masin...
Buat entri banyak-banyak,
Tips menulis teknik SEO jadi pesanan...

Boleh layan ke pantun cik akak nie uncle...hihi
Bila agaknya ku boleh jadi macam uncle ni

memang terbaik lah BM...

Ye..ikhlas dan berinformasi.. hadiah hari jadi sy tahun 2013. Takkan ku lupakan.. .terima kasih BM :-)

Ehh comey plk emoticon ni :d :-d @-) :>)

Sentuhan BM memang ada aura sebab tu sentiasa mendapat sambutan :) ^_^

tepat sekali !! memang aura penulisan BM tidak dapat di nafikan

Khir Khalid delete icon 9:09 PTG

Penulisan BM mmg saya akui sgt baik sehinggakan google pun jatuh cinta... T kasih atas nasihat & perkongsian ini. Semoga BM terus sukses... aamiin.. :)

terkedu bila ke sini.., terkesima dengan kehandalan blog ni.. tahniah BM!!! tumpang bangga... hihi

tumpang bangga bila blog BM cecah ribuan pageviews...maintain tiap bulan..

paridah delete icon 10:09 PTG

assalam...menulis cara BM berteraskan info tepat perlu skil ilmu yg luas sbb tu kak hanya suka berkarya dgn infonya sikit2 saja heh..heh...

Yang pasti kalau Lya singgah sini entri mesti terbaik dan berkualiti ..Suka singgah dan baca entry BM yang berkualiti dan berinformasi ..Teruskan menulis entry2 yang TERBAIK..All Teh Best BM .. Yeyy contest denai hati fasa kedua start 15 Sept ..Jangan lupa komen2 ya BM ..

yana yani delete icon 12:37 PG

hehe...saya ni banyak kali cuba paham pasal SEO ni
masih gagal walau ada sedikit sebanyak saya daapt tangkap
mungkin boleh katakan saya tak bersungguh
apapun BM, saya tumpang gembira unytuk kejayaan BM
moga terus success ye

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap