بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Setelah Dua Tahun Berlalu
Relaks Minda - 2 tahun telah berlalu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah dua tahun usia blog Relaks Minda (10 Sept. 2014).... Tak perlulah diulang kembali bagaimana asal kewujudan blog ini. Jika anda terlupa dan ada yang belum tahu, kembalilah kepada entri berikut : Setahun Sudah Berlalu.

Selepas setahun sebagai seorang blogger, mula mendapat rentak dan arah sebenar blog ini. Bak bayi yang baru mula berjalan, berhati-hati melangkah...walau sesekali jatuh tetap bangun semula. Kini bukan sahaja melangkah malah telah mampu berlari...

Bagaimana boleh berada didalam dunia blogging pun aku kurang pasti. Pada halnya aku sudah mempunyai blog sejak tahun 2010 lagi tapi hanya terbiar sepi.

Ada blog tapi tak tahu nak tulis apa. Tiada ilmu langsung tentang dunia blogging ini. Hanya apabila terwujudnya Relaks Minda barulah mula berminat untuk aktif menulis dan terus kekal sehingga ke hari ini.

Belajar Menjadi Blogger

Terjebak... itulah perkataan yang paling sesuai. Apabila sudah terkena virus keseronokan berblog, mulalah dahagakan pelbagai ilmu pengetahuan dalam dunia blogging ini. Melihat blogger-blogger yang berjaya dan terkenal, tak habis-habis bercerita tentang SEO serta entri berkualiti semakin membuatkan perasaan ingin tahu bertambah menebal.

Belajar dan mencuba. Hanya dua cara itu menjadi teknik pembelajaranku. Pernah sampai tak tidur malam kerana terlalu asyik mentelaah coding HTML tapi sampai sekarang tak mahir-mahir. Dari entri yang hanya layak dijadikan post di FB, sedikit demi sedikit mula yakin untuk menulis panjang. Mencuba pelbagai teknik dan gaya olahan penceritaan dan tanpa disedari semuanya itu telah mencorakkan blog ini dengan pelbagai variasi dan penuh warna warni.

Setelah setahun setengah, barulah faham sedikit akan maksud, kegunaan dan menggunakan SEO, itu pun setelah mencuba banyak kali dalam mempraktikkan apa yang dipelajari. Ilmu yang sedikit inilah juga yang dikongsi bersama anda...

Tahun Kedua Blogging

Tahun kedua berblogging... Pencapaian semakin baik. Pageviews terus meningkat dan begitu juga dengan pages/session lalu memberi kesan positif kepada peratusan baunce rate yang semakin menurun. Kalau dulu nak mencapai beratus ribu pageviews hanya angan-angan tetapi kini ianya bak mimpi menjadi kenyataan.

Bulan Terakhir, Setahun berblogging...
Setelah Dua Tahun Berlalu
Data overview dari Google Analytic - Relaks Minda 10 Ogos ~ 10 Sept 2013

Bulan terakhir, Tahun ke dua berblogging...
Setelah Dua Tahun Berlalu
Data overview dari Google Analytic - Relaks Minda 10 Ogos ~ 9 Sept 2014

Perubahan Blog

Tahun kedua berblogging... Pelbagai perubahan telah berlaku pada blog ini. Perubahan template dan header adalah yang paling memberi impak terhadap paparan blog ini. Jika dulu lebih sinonim dengan warna hijau.. Relaks Minda beralih kepada warna putih dan kelabu untuk paparan yang lebih jelas dan universal.

Semuanya kekal menjadi kenangan...
Setelah Dua Tahun Berlalu
Perubahan header dari dulu sehingga kini

Persahabatan Dan Ukhwah

Dunia seorang blogger bukanlah dunia sepi yang sekadar hanya syok sendiri.  Ianya juga salah satu media sosial untuk perkongsian, menjalin persahabatan dan berinteraksi. Walaupun tanpa jasad, ikatan ukhwah masih dapat dirasakan.

Kepada semua sahabat yang sudi Like Page Facebook Relex Minda dan Followers G+ Circle Bin Muhammad... Jutaan terima kasih diucapkan. Anda semua amat-amat dihargai. Semoga ikatan persahabatan ini akan terus berkekalan...

Ampun dan maaf di pohon andai ada sebarang salah dan silap dari segi fakta mahu pun mengguris hati anda sama ada daripada kandungan entri, balasan komen mahupun komen aku di blog anda. Aku juga manusia yang lemah...tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Setelah Dua Tahun Berlalu
Facebook Page Relaks Minda
Setelah Dua Tahun Berlalu
Google Plus (G+) Bin Muhammad - Banyak pula views!

Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama

Dua tahun sudah berlalu, Relaks Minda telah berkongsi pelbagai kisah, informasi dan panduan. Dari tujuan asal sebagai persinggahan santai blogger untuk menikmati ketenangan minda, kini ianya telah melangkah setapak lagi kepada matlamat ilmu dikongsi bersama. Dalam santai dan relaks... perlu ada juga pengisian untuk hati dan minda.

Tanggungjawab sebagai seorang blogger bukan sekadar mencoretkan dan menerbitkan entri. Mesti diingat bahawa setiap coretan menjadi tatapan semua orang tanpa sebarang sekatan oleh itu seorang Blogger mesti bertanggungjawab diatas setiap apa yang ditulis. Jangan lupa! Setiap kali kita menulis... dibahu kiri kanan kita juga ada yang sedang menulis! Baik atau buruk, ianya akan menjadi saham akhirat buat kita...

Pencapaian Relaks Minda

Dua tahun Relaks Minda dipersada maya. Blog Relaks Minda masih belum lagi dapat menyerlah. Tiada pencapaian yang boleh dibanggakan. Kalau pageviews jadi ukuran... banyak lagi blog yang lebih hebat dengan pageviews yang berjuta-juta.

Blog ini masih lagi terpaku di status Ranking PR 1. Alexa Traffic Rank pula terlalu sukar untuk bertahan. Pernah juga berada dibawah 500 MY tetapi tidak mampu bertahan lama. Kini hanya berlegar-legar antara 600 ~ 800 MY. Sepadanlah dengan komitmen yang diberi...

Setelah Dua Tahun Berlalu
Alexa Rank : 10 September 2014

Tahun Ketiga Blogging

Masuk tahun ketiga, Hmm... masih belum ada lagi sebarang matlamat baru. Hasrat dihati hendak memperbaiki Alexa Rank tetapi masa masih belum mengizinkan untuk memberi komitmen lebih kepada blog. Tunggu dan lihat sahajalah... InsyaAllah, selagi diizinkan Allah, Relaks Minda akan terus menerbitkan entri untuk perkongsian bersama...

Semoga kita semua menjadi seorang blogger yang berilmu, berkongsi kebaikan dan beretika serta beroleh keberkatan dan diredai didalam berblogging... Insyaallah. Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :
_______________________________________________________________________________

33 comments - "Relaks Minda - Setelah Dua Tahun Berlalu "

Segala yang terbaik untuk BM

Blog Santai delete icon 12:59 PTG

Tahniah BM. Dua tahun yang penuh pengalaman ya....Moga terus berjaya k..

HAMIDIsP delete icon 1:16 PTG

Semoga terus sukses bersama rakan2 blogger yang serius dalam dunia blogging..

Tahniah BM :-) Ada perubahan positif dalam perkembangan blog. Bukan semua blogger ada catatkan peningkatan trafik, ada masih ramai yang bertahun menulis, trafik takda perubahan.

moga relaks minda terus cemerlang di masa hadapan.

mselim3 delete icon 5:35 PTG

Assalammualaikum... BM,

Moga BM sentiasa relaks minda para pembaca blog dan rakan2 blog yang visit sini..

mselim3

pls: mselim3 pun sama andai sepanjang berkawan ... ada salah silap. k. Moga relaks minda sukses dan bertambah maju di masa hadapan k...

selamat maju jaya

Tahniah ye!

BinMuhammad delete icon 8:24 PTG

Terima kasih Zila...

BinMuhammad delete icon 8:25 PTG

Terima kasih RZ... InsyaAllah...

BinMuhammad delete icon 8:25 PTG

Terima kasih SP...sokongan anda amat2 dihargai

BinMuhammad delete icon 8:26 PTG

Terima kasih SY, Semoga ianya kekal positif...

BinMuhammad delete icon 8:26 PTG

Terima kasih AB... teruskan bersama Relaks Minda ya

BinMuhammad delete icon 8:28 PTG

Waalaikumsalam mselim,
InsyaAllah... Selagi diizin Allah... Terima kasih diatas persahabatan ini.

BinMuhammad delete icon 8:28 PTG

Terima kasih MKL :)

BinMuhammad delete icon 8:29 PTG

Terima kasih Siti...kunjungan anda amat2 dihargai

Unknown delete icon 9:31 PTG

tahniah BM.dua tahun yang penuh bermakna.moga relaks minda terus cemerlang..

farahiyah delete icon 9:39 PTG

teruskan menulis blog tuan BM. blog ni mmg merehatkan minda.

paridah delete icon 10:02 PTG

assalam... serius dlm blogging tentu memberi hasil yg setimpal berbeza dgn blogging suka2...moga BM terus sukses.

Tanpa Nama delete icon 1:32 PG

Tahniah buat BM ..lebih kurang usia blog kita.. Oh yer,blog Coretan Hati Kathy dah bertukar link. Jemput singgah.

kathyrbain.blogspot.com

Fiza Rahman delete icon 11:39 PG

Tahniah BM. Hebat pencapaian even baru 2 tahun blogging.

Khir Khalid delete icon 9:24 PTG

Tahniah BM.. dlm dunia berblogging ni pun asal saya sekadar dari minat suka2 menulis. Tapi bila lama berblogging, nampak potensi blog dpt membantu kerjaya & menambah ukhwah lebih dari sekadar minat suka2, Saya juga bersyukur kerana dpt mengenali BM di alam maya & beroleh ilmu hasil perkongsian yg sgt bermanfaat. Didoakan semoga BM & blog Relaks Minda terus berjaya serta mencapai matlamat yg dihajati... aamiin. All the best!!!

Unknown delete icon 3:55 PTG

tahniah ... bkn mudah sebenarnya nak menulis di blog ni . kena belajar dan terus belajar demi menghasilkan yg lbh baik .

BinMuhammad delete icon 5:58 PTG

Terima kasih... Semoga Kak Nah juga terus cemerlang ya!

BinMuhammad delete icon 5:59 PTG

Terima kasih diatas sokongan HZ :)

BinMuhammad delete icon 6:00 PTG

InsyaAllah... Terima kasih Kak Paridah

BinMuhammad delete icon 6:00 PTG

Terima kasih Kathy... sudah tukar rupanya!

BinMuhammad delete icon 6:02 PTG

Mendapat sahabat blogger seperti anda...itulah yg hebat! Terima kasih Fiza

BinMuhammad delete icon 6:05 PTG

Terima kasih Khir...
Saya amat bertuah mendapat mengenali anda walaupun hanya didalam dunia blogging. Komitmen dan kerajinan disamping kehebatan anda mendapatkan ruang dan peluang memang wajar dicontohi. Malah penulisan anda juga amat menarik sekali! Semoga terus maju jaya Khir!

BinMuhammad delete icon 6:08 PTG

Bukan mudah jika kita sentiasa inginkan yg terbaik dlm berblogging...
Terima Kasih Vee krn terus bersama Relaks Minda :)

HAMIDIsP delete icon 1:44 PTG

Bounce Rate rendah tu yang mahal sangat, mungkin BM boleh berkongsi petua..:)

Yana Yani delete icon 12:32 PG

jujurnya saya amat bertuah mengenali Relaks Minda
banyak ilmu yang saya pelajari di sini walau bukan semua mampu dituruti
sekurang-kurangnya ia tetap berbekas di minda saya
saya suka bila BM, boleh dikatakan setiap entry menyelitkan tentang agama
moga usaha BM diberkat
mak saya selalu kata, kalau betul niat kita, ALLAH permudahkan jalan =)

Bunda_nora delete icon 8:51 PG

Dah dua tahun dah...walaupun masih muda...tetapi dah banyak pencapaian yang memberangsangkan BM perolehi...TAHNIAH..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap