بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Memahami Maksud Dan Kepentingan Kata Kunci
Kata Kunci @ Keywords
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apabila menjadi seorang blogger kita didedahkan dengan satu perkataan yang sering disebut oleh pakar SEO Malaysia iaitu 'kata kunci' (keywords). Kata kunci amat ditekankan dan begitu penting sehingga diumpamakan urat nadi trafik blog anda.

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan kata kunci bagi sesebuah artikel atau entri?

Mengikut definasi wikipedia - "Kata kunci adalah perkataan atau rangkai kata yang terpenting dalam sesuatu ayat atau teks. Kata kunci biasanya muncul lebih kerap dari perkataan lain."

Kepentingan Kata Kunci 

Kenapa kata kunci begitu penting? Bagi sesebuah artikel atau entri, kata kunci umpama tag pengenalan bagi sesebuah artikel. Oleh itu kepentingan kata kunci adalah menjadi perkataan rujukan utama untuk mengenal dan memahami keseluruhan isi kandungan artikel oleh pembaca dan robot enjin carian.

Tajuk adalah kata kunci utama namun begitu tajuk sahaja belum dapat menjadi satu kata kunci andai keseluruhan entri tidak selari atau relevan dengan tajuk.

Pentingnya kata kunci adalah kerana ianya menjadi perkataan yang digunakan oleh pembaca dan pencari maklumat melalui enjin carian. Seseorang blogger yang dapat menguasai perkataan kata kunci dapat meletakkan entri tersebut di muka hadapan enjin carian lalu dengan mudah dapat mengundang trafik yang tinggi.

Memahami Maksud Dan Kepentingan Kata Kunci
Carian kata kunci Relaks Minda - Blogger
Memahami Maksud Dan Kepentingan Kata Kunci
Carian kata kunci Relaks Minda - Nuffnang

Bagaimana Menjadikan Perkataan Tajuk Sebagai Kata Kunci

Tajuk dan kandungan entri mesti selari dan saling berkait. Oleh yang demikian untuk menjadikan tajuk sebagai satu kata kunci yang berkesan, perkataan tajuk tersebut mestilah kerap diulang di dalam isi kandungan entri anda.

Robot enjin carian tidak boleh berfungsi seperti manusia yang dapat memahami dan menjiwai sesebuah artikel. Ianya hanya faham abjad, nombor dan simbol. Penggunaan perkataan kata kunci yang diulang berkali-kali di dalam rangkai kata adalah penting dalam artikel kerana ianya dapat memberitahu robot enjin carian bahawa perkataan tersebut merupakan kata kunci yang menceritakan tentang isi keseluruhan topik artikel tersebut.

Menjadikan Kata Kunci Mesra SEO

Namun begitu, menggunakan kata kunci terlalu banyak bukanlah satu-satunya faktor penentu untuk menjadikan perkataan tersebut sebagai kata kunci yang menjadi pilihan untuk meletakkan entri anda dimuka hadapan enjin carian.

Memahami Maksud Dan Kepentingan Kata Kunci
Google Search (.my) - keywords perodua axia

Berikut adalah beberapa faktor kata kunci yang menjadi keutamaan robot enjin carian dalam membuat pilihan:
  • Kalau dulu, robot enjin carian hanya melihat kepada lebih kurang 160 huruf terawal di dalam entri. Oleh itu perkataan kata kunci harus berada di dalamnya. Tetapi kini, ianya tidak semestinya begitu namun ianya masih diutamakan. 
  • Perkataan kata kunci sebaik-baiknya mestilah berada di tiga lokasi utama artikel anda iaitu di pendahuluan, isi kandungan dan penutup. Ini menunjukkan perkataan kata kunci tersebut releven dengan keseluruhan isi artikel.
  • Perkataan kata kunci diserlahkan sama ada dengan menjadikannya tebal (bold), condong (italic) atau digariskan (underline).
Namun begitu kesemua diatas belum menjamin kedudukan yang baik di enjin carian kerana beberapa faktor SEO lain juga akan diambil kira dan dinilai oleh robot enjin carian.

Kata Kunci Penentu Kejayaan Entri

Jelas disini, jika seseorang blogger mahukan trafik yang baik, kata kunci adalah salah satu faktor penentu kejayaan. Kata kunci yang relevan diantara tajuk dan isi kandungan amat penting untuk menjadian ianya berfungsi dan berkesan seperti yang anda inginkan.

Memahami Maksud Dan Kepentingan Kata Kunci
Kata Kunci, Kunci Kejayaan
Dua kaedah menentukan kata kunci adalah dengan menyediakan perkataan kata kunci sebelum artikel dikarang atau mengarang dahulu dan kemudiannya memilih kata kunci yg sesuai untuk artikel tersebut.

Semoga pengetahuan asas ini dapat memberikan anda sedikit pengetahuan tentang maksud dan kepentingan kata kunci bagi sesebuah entri. Jika anda berminat dengan permainan kata kunci ini atau menyertai contest SEO, ilmunya masih lagi luas dan mendalam untuk diterokai.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

21 comments - "Memahami Maksud Dan Kepentingan Kata Kunci"

Yana Yani delete icon 12:03 PTG

apakah ianya satu kemestian untuk kita bold perkataan yang mempunyai kata kunci
saya biasanya tak buat walau sedang mempraktikkan
tak banyaklah, mencuba aje
biasa saya italic kan bahasa yang bukan bahasa melayu

sitirohaida delete icon 1:30 PTG

keyowrds tu untuk satu hari ke BM..fuh...hebatnya...

mrhanafi delete icon 1:36 PTG

pening kepala den nak faham nie..!!

Unknown delete icon 1:54 PTG

ok2..saya nak mula balik ni..tungguuuuuu..nk kejar BM!!!!!!

Unknown delete icon 1:55 PTG

:d :d

Tanpa Nama delete icon 2:42 PTG

terbaik info ni..sedang mencuba..

Dah berkata kunci pulak dah adik kakak ni. Kakak ni memang publish/draft N3 tak fikir pasal SEO itu semua. Sebab itulah Relaks Minda mencanak-canak ye:)

kadang2 ingat..diboldkan..kadang2 tak ingat...tak buat...t..:)

Unknown delete icon 6:26 PTG

kata kunci. mesti diulang dlm entry. nice tips BM. akan saya ulang selalu n boldkan/underline.

Unknown delete icon 7:09 PTG

Entri cik akak....ikot sedap je taip.,hihi

Unknown delete icon 7:14 PTG

alhamdulillah , sedang dipraktikkan ...

paridah delete icon 9:39 PTG

selalu juga cek search keyword kadang ada pertambahan n kekurangan...belum cuba mengbold tajuk besar n kecil...nk kena try juga...tq BM

HAMIDIsP delete icon 7:28 PG

BM sememangnya hebat bermain kata kunci. Terima kasih diatas perkongsian.

Khir Khalid delete icon 10:06 PG

In shaa Allah, akan terus mendalami & mempraktikkan yg termampu.. T kasih atas perkongsian ini BM.

Tanpa Nama delete icon 1:08 PTG

tq terus sudi berkongsi ilmu yer BM

Fiza Rahman delete icon 3:13 PTG

Thanks for sharing BM.

Aimacomel delete icon 5:24 PTG

nak belajar pasal keyword ni. tapi, blog tak cukup rencah. Tu yang errmm,terima je seadanya.

terima kasih gan, kebetulan postingan sy jarang ada yg di page one, ijin nyoba dulu gan

http://www.ipeenk.com

Puteri Kenari delete icon 12:48 PTG

alhamdulillah...jenuh merayau dan mencuba,baru hari ini saya bertemu jawapan apa itu kata kunci yang sering diperkatakan.

Tanpa Nama delete icon 11:20 PG

Kalau ade contoh ayat lagi bagus

Terbaik! Tips dari Relaksminda memang logis. Penentuan keyword atau kata kunvi memang hal terpenting sebelum pembuatan artikel. Saya setuju sekali.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap