بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Topik "Cara dan Teknik Memilih Tajuk Entri Mesra SEO (siri 1)" ini agak berjaya menarik perhatian ramai. Sejak diterbitkan pada 29 Ogos, kurang seminggu sahaja ianya mencatatkan lebih dari 1,500 pageviews. Selalunya entri panduan/ilmu blogger ini memakan masa hampir sebulan barulah dapat mencatat angka pageviews setinggi itu. Kenapa agaknya?

Pilih Tajuk Entri Mesra SEO Untuk Trafik Tinggi
Print screen pada 4 Sept 2014, 09:27 am

Sekarang anda cuba pula guna mana-mana tiga perkataan dari tajuk tersebut dan gunakan enjin carian google.my dan lakukan carian. Lihat dimanakah kedudukan entri tersebut. (untuk keputusan carian yang tepat, gunakan chrome incognito window atau firefox private window)

Kini anda dapat lihat bagaimana kuasa sesebuah tajuk dan entri SEO mampu meningkatkan jumlah pengunjung dan trafik.

Cara Memilih Tajuk Entri Mesra SEO (Siri 2)

Tajuk hanyalah salah satu teknik SEO yang boleh anda aplikasikan namun ianya tidak akan menjanjikan kejayaan sepenuhnya tanpa gabungan dari semua aspek teknik SEO yang lain terutama isi kandungan dan penulisan entri yang berkualiti. Jika hanya bergantung kepada pemilihan tajuk, mungkin tuah anda sekiranya ia berjaya.

Secara praktikalnya, kita hanya ada dua pilihan dalam menulis tajuk entri sama ada :
  1. Menetapkan keyword tajuk dahulu, kemudian tulis kandungan entri
  2. Menulis dahulu, setelah siap barulah diberikan tajuk
Pilihan pertama pastilah tidak menjadi masalah namun pilihan kedua biasanya sering bawa masalah dan ianya adalah yang selalu pula kita amalkan.

Jika anda dipilihan kedua, janganlah pening kepala memikirkan keyword tajuk bercirikan SEO, letaklah apa sahaja tajuk yang menarik yang anda suka asalkan ianya masih berkait dengan entri (bak kata penggemar no.1 cendol banting, "belasah ajer") kerana entri sebegini sudah pastinya bukan entri target SEO! sebab jika ianya entri target SEO, anda sudah pasti apakah keyword yang anda ingin gunakan untuk dijadikan tajuk!

Pilih Tajuk Entri Mesra SEO Untuk Trafik Tinggi
Sentiasa ada jalan untuk menuju ke destinasi

Namun begitu, jika anda masih juga mahu jadikan ianya entri dan tajuk yang bercirikan SEO, lihat dan kajilah perkataan topik pengisian utama yang sering kali anda ulang didalam entri. Kaji juga kebarangkalian kepenggunaan perkataan ini dalam carian di enjin carian.

Jika berpotensi, gunakanlah ia sebagai antara perkataan keyword tajuk anda. Gunakan perkataan penarik dan mengujakan sebagai tambahan. Agak susah!? Memanglah susah sebab entri SEO ini bukan boleh main belasah ajer. Ianya mesti dirangka dari awal mengikut topik, keyword dan format entri SEO!

Entri Dan Tajuk SEO Bukan Satu Kemestian

Pilih Tajuk Entri Mesra SEO Untuk Trafik Tinggi
Laluan mencabar namun menenangkan
Bukan semua tajuk dan entri anda juga perlu mengaplikasikan teknik SEO kerana ianya akan membuatkan entri-entri anda nampak kaku dan membosankan.

Penerapan segala teknik SEO dalam setiap entri akan membuatkan entri anda kurang mesra, menarik dan nampak terlalu teknikal, formal serta menyekat sedikit daya kreativiti dan keunikan gaya dalam penulisan melainkan anda adalah seorang penulis berpengalaman yang sememangnya pakar SEO!

Oleh itu hanya entri-entri tertentu yang anda target untuk trafik dan penyebaran informasi meluas sahaja yang perlu diaplikasikan sepenuhnya teknik SEO. Nasihat Kak Kujie "Jangan tamak untuk merebut semua, selang seli entri secara simple supaya pembaca melalui pelbagai rentak dan seronok membaca."

Selainnya... jadilah diri anda sendiri melalui gaya penulisan dan penceritaan tersendiri kerana itulah keunikan dan kemahiran yang mampu menyerlahkan diri dan identiti anda serta blog menjadi terlalu istimewa dan memikat lalu digemari, dihargai serta dihormati oleh pembaca.

Kepelbagaian gaya dan teknik penulisan akan meningkatkan kemahiran dan kualiti dalam penulisan. Anda harus bijak membezakan diantara entri niche, peribadi mahupun entri SEO dan setiap satunya punya teknik serta gaya penulisan yang tersendiri. Ianya memerlukan kemahiran dan pengetahuan kerana itulah penulisan di blog sangat menarik, unik serta mencabar, berbeza dari penulisan di media yang lain.


Jadilah Blogger Bijak Dan Berilmu

Tajuk entri mesra SEO bukanlah satu-satunya sumber untuk trafik tetapi tajuk yang menarik dan unik juga adakalanya masih mampu menjadi tarikan trafik yang tinggi. Ini adalah lumrah naluri manusia yang selalu inginkan sesuatu yang menarik, unik, tergempar dan merangsangkan! Namun janganlah hanya tajuk sahaja gempak tapi isinya hampeh. Sekali pengunjung tertipu... sukar untuk mendapat kepercayaan kembali! Kejayaan jangka pendek ini amat merugikan.

Kesimpulannya, jangan anda terlalu obses dan terbeban untuk membuat entri dan tajuk bercirikan SEO. Dalam sebulan praktikkanlah beberapa sahaja entri target SEO. Lihat keberkesanannya dan lakukan penambahbaikan. Pada masa yang sama tingkatkan pengetahuan anda dalam SEO. Jika anda mahukan ilmu pakar SEO... belajarlah 12 teknik menulis blog di SINI. Ianya telah terbukti berjaya dan berkesan!


Selebihnya...tulislah mengikut gaya dan cara anda.  Jalinkan persahabatan dengan ramai blogger terutama blogger yang berpengalaman. Pelajari dan kaji cara dan teknik dari mereka yang telah berjaya. Jangan sesekali mengharapkan kejayaan itu datang dengan mudah. Hanya dengan mengasah kemahiran dan berani mencuba sahaja anda mampu beroleh kejayaan. 

Jadilah blogger bijak dan berilmu agar segala perkongsian bermanfaat anda dapat dikongsikan dengan lebik efektif, berkesan serta mencapai matlamat yang disasarkan.

Pilih Tajuk Entri Mesra SEO Untuk Trafik Tinggi
Dah pening...? Tarik nafas dan tenangkan diri seketika.

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :
_______________________________________________________________________________

36 comments - "Pilih Tajuk Entri Mesra SEO Untuk Trafik Tinggi"

Betul tu en.RM, besar manfaatnya tp jgn terlalu tamak.

Kakzakie delete icon 10:55 PG

Semakin ramai blogger yg bijak dan berilmu sekarang ini
Bukan macam kakak yg pakai hentam-keromo aje..

saya selalu buat yang no.2..

Kak Ros delete icon 12:04 PTG

Saya selalu guna teknik ini untuk setiap entri blog saya. Menjadikan keyword carian sebagai tajuk. Memang ada hasil pada google page.

nice sharing....

Assalammualaikum... BM,

entry untuk tambah ilmu SEO nie memang kerap dicari orang ramai.. terutama blogger untuk memantapkan pengetahuan tentang SEO nie... untuk sentiasa berada di atas carian google. Walaupun carian google sentiasa mengubah 'polisi' .. tanpa pemberitahuan....

mselim3

kekadang main hentam jugak tajuk tu...hehehe

Maria Firdz delete icon 4:10 PTG

Memang fikirkan sbb nak ilmu yg disampaikan tu bermnfaat dan smpai kpd pembaca....

Khir Khalid delete icon 4:43 PTG

Bila dah tahu ttg kelebihan memahami dan menguasai ilmu seo ni, banyk lagi yg rasa nak belajar & perlu belajar. Walaupun masih tak berapa pandai, ttp akan terus belajar. T kasih atas perkongsian nasihat yg bermanfaat ini BM. :)

semoga anda diberkati selalu...ilmu yang bermanfaat untuk kami blogger.

titan delete icon 7:21 PTG

haha..yap.

belasah aje. Orang suka bab-bab belasah ni. Diorang mesti baca jugerr

Nasihat Kak Kujie tu memang terbaik!

Akak bukan hentam keromo tetapi entri akak sebenarnya unik dan punya pengisian. Seorang penulis yg baik dan punya gaya tersendiri. Itu tandanya akak juga blogger bijak dan berilmu... :)

Ramai blogger yg buat macam tu, termasuklah saya juga... :)

Blog dan entri akak memang perlu tajuk2 yg mesra SEO dan mengujakan... Itu adalah cara niche akak utk bersaing... Kak Ros memang rajin :)

Thanks MKL :)

Waalaikumsalam mselim,
Entri ilmu blogger ni tidaklah menghasilkan trafik yg tinggi dan mendadak. Walaupun sikit tapi berterusan... Sekadar berkongsi ilmu yg sedikit ini buat mereka yg memerlukan.
Teknik SEO ini sentiasa berubah maka perlulah peka dgn perubahan...tetapi asasnya tetap serupa.

Itulah juga yang biasa saya lakukan.... :) Ya! Tidak semua tajuk entri perlu utk berfikir panjang dan bercirikan SEO. Hanya entri tertentu sahaja, selebihnya... hentam sajalah :)

Ya! Entri yg baik, berkualiti dan bermanfaat perlu sampai kepada pembaca serta tersebar dgn meluas... Itulah perlunya teknik SEO!

Tanyalah kepada Pakar SEO sekalipun...mereka akan kata, "masih lagi belajar". Ilmu dan teknik SEO ini tiada penamatnya, ianya sering berubah mengikut perkembangan, keperluan dan penambahbaikan yg diperlukan oleh enjin carian. Sama2lah kita belajar dan berkongsi ilmu...
Pasti suatu hari nanti Khir akan lebih berjaya mengusai ilmu SEO dr saya kerana anda sangat rajin menambah ilmu! :)

InsyaAllah...Sekadar berkongsi ilmu yg sedikit...

Tuan memanglah belasah aje tapi belasah yg ada maknanya... :)
Lihatlah tajuk2 entri tuan...bukan sebarangan belasah, belasah sampai patah riuk! haha!
Bikin semua orang terkejut dan teruja!

acik idah delete icon 9:39 PTG

Ada juga cuba2 nak try luck SEO nie... tapi betul la kata BM... rasa macam bukan kita jer... kaku penulisan kita rasanya...

aku pun kadang2 tulis main belasah je.hu3

setuju dengan entri ini.kalau nak terapkan entri yang ada SEO,kena target entri yang macam mana.Tak dinafikan ada kala penulisan jadi membosankan.Antara perkataan yang orang suka cari yang ada kaitan dan nilai SEO ialah letak tajuk macam ni : 5 Tips terbaharu tulis tajuk entri mesra seo..hehhe..dan banyak lagi..tahniah BM, perkongsian yang bermanfaat..:)

mai has delete icon 10:28 PG

terbaik...terima kasih di atas perkongsian ilmu...

paridah delete icon 12:16 PTG

assalam...tq BM tidak lokek berkongsi ilmu....kak baca n cuba2 praktikan kotlah mnjadi kan...

Thanks BM..dah tak larat nak kejar SEO sekarang..he..he..Apa-apa pun kalau nak berjaya kena ada ilmukan...pilihan tajuk memang memainkan peranan..

Kebiasaannya bunda tulis dulu baru letak tajuk...

Assalamua'laikum BM.. nice sharing :) Thank you

Kathy R'bain delete icon 10:40 PTG

kathy tulis tajuk dulu baru entri tapi tajuk pun entah apa² je..

Saya setuju BM, tajuk memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pengunjung.

Nak kena belajar SEO lagi. Banyak yang tak tahu lagi. Terima kasih Tuan BM kongsikan tips-tips ni..

Vee Sandi delete icon 8:19 PTG

saya cuma fikir bila buat penerangan mesti ada kaitan dengan tajuk supaya robot google mudah kesan ... selalunya tak fikir tajuk tu mesra seo ke idak ... adeh.

Fiza Rahman delete icon 12:15 PTG

Banyak nak kena belajar lagi nih.

yana yani delete icon 12:09 PG

saya memang tak pernah pikir sangat pasal tajuk
confirm memang belasah jer! hehe

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap