بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila di renung kembali pada tahun 80an dan 90an... Kenderaan penumpang dinegara ini didominasi oleh
kereta jenis sedan. Antara kereta yang popular masa itu adalah
Saga, Wira, Corolla, Civic dan Sentra. Apabila menjengah ke zaman milenium,
kereta kompak dan MPV pula menguasai pasaran terutama apabila
Perodua mengeluarkan model
Myvi dan
Toyota dengan model
Avanza.
|
Myvi - Kereta paling laris dipasaran |
Namun begitu,
kereta sedan masih menjadi pilihan ramai diatas beberapa faktor kelebihan yang ada padanya. Sepanjang tahun ini pula, tidak banyak pilihan
kereta sedan terbaru pada harga mampu milik yang dilancarkan. Paling menonjol hanyalah dua model iaitu
Toyota Vios dan
Honda City... selebihnya adalah kereta sedan dalam kategori pertengahan dan mewah.
|
Toyota Vios - Kereta bukan jenama tempatan paling popular |
Kini persaingan kenderaan pada harga mampu milik ini lebih terarah kepada model
kereta kompak. Masih hangat dipasaran adalah
Honda Jazz manakala
Perodua sudah mempuat Pra-pelancaran
Axia.
Proton pula dalam proses terakhir untuk melancarkan
Proton PCC (mungkin namanya
Iriz) dijangkakan penghujung bulan September ini atau awal Oktober depan.
|
Honda Jazz - Semakin ranggi dan mengancam! |
|
Proton PCC (Iriz) - Menawan... Mampukah ianya bersaing? |
Kereta-kereta pada harga mampu milik oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini paling mendapat perhatian kerana ianya mengusai lebih dari separuh jualan kenderaan di Malaysia.
Melihat kepada
pilihan kereta baru terkini, orang-orang bujang pasti gembira kerana punya pilihan yang banyak untuk mereka memilih, hanya bergantung kepada kemampuan tetapi bagi mereka yang berkeluarga dan kurang berkemampuan...
pilihan kereta sedan dan MPV terbaru tiada yang berharga dibawah RM55K. Maka yang ada hanyalah model-model lama seperti
Saga, Persona dan
Alza. Oleh itu tidak hairanlah kenderaan ini masih lagi kukuh penjualannya.
|
Proton Saga - Kereta sedan paling murah dipasaran |
Pilihan yang paling banyak adalah
kenderaan terpakai yang pastinya menjadi pilihan terakhir. Satu
pilihan berisiko tetapi jika bijak memilih dan bertuah, ianya adalah
pilihan terbaik dan berbaloi!
Apa sebenarnya motif entri ni pun aku tak pasti... Sebenarnya terkenangkan masa dulu (penghujung 90an). Kereta pertama ku adalah
Honda Accord (
second hand le...masa tu murah jer) tapi sampai sekarang tak merasa nak pakai
Honda Accord baru...
|
Honda Accord - Kereta yang hanya mampu ku pandang |
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Ditulis oleh :
_______________________________________________________________________________
20 comments - "Borak2 Tentang Kereta Dulu Dan Kini"
Kete2 kecik ni...jimat mnyk skit BM...senang nk paking pun iya...hehe..
kereta proton kompak macam savvy..
tergelak saya bila baca psl motif ... saya dah buka blog baru dan aktif disitu -> http://cetusanmind.blogspot.com/ ...
anak2 yg dh mula berkerja...yg difikirkan hari2 cuma nk beli sebuah kereta....
Saya masih pakai Proton BM..Teringat sangat nasihat Saiful Nang dulu, pakailah yang termampu, jangan pakai ikut nafsu..Janji ada dua keta, memudahkan kehidupan, itu aje...
heehehehehe.. tak tau sangat pasal kereta ni..tau naik jer..aduh,teruknya kathy ni kan?tak alert langsung..
kereta yang ada pun masih belum habis hutangnya, jadi, tak boleh fikir nak tukar kereta hurmmm
Dulu pernah gila kereta skjp.. ada kawan kebanyakkannya wira pun tukar enjin dan mcm2 jadi lain. Jepun dtg pun pasti geleng kepala. Tp skrng lagi dah lagi mcm2.. Bagi saya kereta ni boleh jadi sbg sentimental value jika ada yg lama & juga sekadar kemudahan utk bergerak dgn selesa skrng. Paling penting jimat minyak & alat ganti yg mudah serta murah tp berkualiti.. :)
Assalammualaikum.. BM,
mselim3 geram gak tgk kereta honda jazz tu minat.. sesangat tapi kena sabar dulu... bila tiba masa nyer barulah... beli. Byk perancangan lain.. insaallah kalau ada rezeki honda jazz insaallah dalam gengaman....
mselim3
Bunda tumpang keta anak2 jer....jadinya...yang cuci bunda...tak kisahlah...tak sape pakse pun... selamat rm ...dari cuci kat luar... boleh beli lauk.... lari tajuk..hehe..
Sy baru berada dlm bidang automotif ni dlm 9tahun. Byk benda yg berubah, dulu dan sekarang. Tapi, dr segi pasaran memang masing2 bersaing hebat. Dan setiap kereta ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Kereta 2nd hand pun sbnrnya ok juga..:)
Haha! Betul sangatlah tu...
Mungkin kerana sekarang ni kereta dah jadi satu barang keperluan...
Setuju.... kalau ikut nafsu segalanya akan musnah!
Tu dia! dah buka kisah lama! Nasib baik gile kejap..hehe
Waalaikumsalam...
InsyaAllah...tak lama lagi dapatlah tu... Memang menarik Jazz baru ni!
Ya! 2nd hand pun boleh jadi satu pilihan yg bijak dan berbaloi sebenarnya!
Pakai jer lah keta yang ada ni ☺☺
saya tahu naik aje BM, dia sedan ke apa ke
tak pernah ambik tahu..hehe
kira okaylah tu walau pakai second aje BM
saya ni tak pernah beli pun
melaram keta en suami aje...okay jugalah kan =)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”