بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
![]() |
Cintai Haiwan |
Setiap kali 4 Oktober menjelang tiba, ianya menjadi tarikh penting buat semua pencinta binatang diseluruh dunia.
Hari Binatang Sedunia atau World Animal Day disambut pada 4 Oktober setiap tahun. Sambutan ini dilakukan kerana ianya punya matlamat dan objektif yang jelas.
Matlamat Hari Binatang Sedunia :
- Hari untuk meraikan jalinan hubungan diantara manusia dan binatang.
- Untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya peranan binatang dalam kehidupan manusia.
- Sebagai hari untuk menghargai akan sumbangan binatang sebagai satu pelengkap dalam ekosistem hidupan dimuka bumi ini.
- Sebagai satu program kesedaran, pendidikan serta pembangunan untuk menghargai binatang demi masa hadapan.
Sejarah Sambutan Hari Binatang Sedunia
Sambutan Hari Binatang ini dimulai di Florence, Italia tahun 1931 pada konvensyen para ahli ekologi. Pada hari tersebut, semua binatang dari segala jenis bentuk dihargai dan diraikan di pelbagai lokasi di seluruh dunia.![]() |
Hari Binatang Sedunia 2014 |
Beberapa gereja ketika itu juga melakukan pemberkatan terhadap binatang di hari Minggu yang berdekatan dengan tanggal 4 Oktober. Ketika itu, hari perayaan yang berkaitan dengan binatang seperti ini adalah perayaan khusus buat agama kristian.
Hari Binatang Sedunia mula mendapat perhatian seluruh dunia apabila World Animal Day website dilancarkan secara rasmi oleh Naturewatch Foundation pada 4 October 2003. Walaupun ianya di sponsor Naturewatch Foundation di UK tetapi oleh kerana ianya adalah satu program kebaikan bersama maka Sambutan Hari Binatang Sedunia adalah sambutan sejagat bagi penduduk dunia.
Menghargai Binatang Sebagai Makhluk Hidup Di Muka Bumi Ini
Kini, Sambutan Hari Binatang Sedunia disambut oleh seluruh pencinta binatang atau haiwan dari seluruh dunia tanpa sempadan agama, kepercayaan, kebangsaan serta latar belakang dengan matlamat dan objektif demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup manusia sejagat kerana dunia ini adalah satu perkongsian makhluk hidup yang saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
4 comments - "Sambutan Hari Binatang Sedunia - World Animal Day"
sesama kita menghargai makhlukNya,,,
jangan meniaya binatangan tak bersalah..kadang sedih kucing kena siksa... ishh
Ini bermakna haiwan pun di beri penghormatan...kerana mereka juga makhluk Allah...
Semoga ia dpt memberi kesedaran kpd semua ttg pentingnya peranan haiwan dlm kestabilan alam sekitar & dunia seluruhnya. Tanpa haiwan siapalah kita eh.. Tanpa haiwan, rosaklan rantaian makanan & kehidupan alam...
saya tak pernah tahu ada hari binatang
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”